Lindungi Kulit Semasa Camping Dengan Sunscreen Terbaik 2023 - Sunscreen Aloe Vera SPF 50+ PAA++ Yang Boleh Basuh Dengan Air & Senang Reapply

Baru-baru ni masa pergi camping, cuaca cerah dan matahari terik waktu tengahari. Jadi aku siap-siap bawak sekali Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, iaitu sunscreen SPF50+ PA+++ terbaik untuk melindungi kulit semasa membuat aktiviti di luar rumah.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Angkut favourite sunscreen sekali pergi camping

Penting tau guna sunscreen waktu camping untuk mengelakkan kulit terbakar akibat terdedah bawah cahaya matahari semasa tengah set up khemah, memasak dan healing bawah pokok sambil menikmati pemandangan alam semulajadi!


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Bestnya memasak sambil layan view sungai

Kalau korang baca entry aku sebelum ni (8 Skincare Tips Memilih Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak), banyak manfaat dan kebaikan apabila menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ - antaranya teksturnya yang sangat ringan (lightweight) dan melembapkan (moisturizing), memberikan kesan menenangkan pada kulit selepas terdedah lama dengan cahaya matahari, tiada kesan white cast dan mesra wudu’ kerana sunscreen ini sunscreen yang boleh basuh dengan air.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Tekstur sunscreen Aloe Vera yang lightweight & moisturizing. Boleh melembapkan kulit sesuai untuk kulit kering, ringan dan tidak menyumbat liang pori kulit sesuai untuk kulit berminyak

Bercakap tentang tekstur Aloe Vera Sunscreen, teksturnya yang lighweight & moisturizing menjadikan sunscreen atau sunblock ini sunscreen untuk semua jenis kulit baik untuk mereka yang memiliki kulit kering mahupun kulit berminyak. So kalau korang ada kulit berminyak macam aku, pertimbangkan sunscreen untuk kulit berminyak yang ringan dan tidak menyumbat liang pori kulit iaitu Sunscreen Aloe Vera.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Lepas memasak, reapply sunscreen. Hilang rasa perit sebab cuaca panas

Aloe Vera sunscreen SPF 50 ni jugak mengandungi ekstrak aloe vera yang baik untuk kulit dan boleh menenangkan dan melegakan kulit yang merengsa selepas terdedah lama di bawah cahaya matahari. Selepas terdedah lama bawah sinaran matahari, mesti kulit rasa lega masa reapply sunscreen ni.

Aloe vera ialah bahan semulajadi yang mempunyai banyak manfaat untuk kulit. Ia menenangkan dan melegakan, dan ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan kerengsaan. Aloe vera juga membantu melembapkan kulit, yang penting untuk melindunginya daripada matahari. Tak hairanlah Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature ialah pilihan sunscreen terbaik untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Ia juga tidak berminyak dan tidak komedogenik, yang bermaksud ia tidak akan menyumbat pori-pori.

Menariknya, Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ni ialah hybrid suncreen merupakan inovasi sunscreen yang baru menggabungkan dua jenis sunscreen iaitu physical sunscreen dan chemical sunscreen.

Perbezaan Physical Sunscreen, Chemical Sunscreen dan Hybrid Sunscreen

Physical sunscreen bertindak sebagai perisai atas permukaan kulit yang melindungi dari sinar UVA dan UVB manakala chemical sunscreen pula bekerja dari bawah kulit dengan menyerap sinar UV dan membebaskannya sebagai haba supaya tidak masuk ke lapisan kulit dalam. Manakala hybrid sunscreen menggabungkan kedua-dua cara sunscreen ini bekerja untuk perlindungan spektrum yang luas.

Dari segi tekstur, physical sunscreen lebih tebal, meninggalkan white cast selepas disapu pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif dan berjerawat, manakala chemical sunscreen lebih ringan dan mudah disapu terutama pada kulit berminyak kerana menyerupai tekstur krim pelembap. Hybrid sunscreen pula memiliki tekstur ringan dan tidak meninggalkan white cast serta sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.

Sunscreen jenis hybrid ni sunscreen terbaik kerana menawarkan perlindungan spektrum luas terhadap kedua-dua sinaran UVA dan UVB di samping memberikan kesan moisturizing dan calming. Tapi jangan risau, Aloe Vera Sunscreen yang bagus ni tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya iaitu tiada paraben, tiada alkohol, tiada sulfat dan tiada silikon.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Sunscreen Aloe Vera SPF 50+ PAA++ menawarkan kedua-dua perlindungan spektrum luas terhadap sinaran UV dan juga menenangkan (soothing) kulit

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PAA++
Sapu sunscreen pada muka yang telah dibersihkan dan selepas memakai pelembap untuk perlindungan optimum dari bahaya sinar UV

Waktu sesuai pakai sunscreen ialah selepas mencuci dan memakai pelembap muka pada awal pagi. Lepas tu jangan lupa untuk reapply sunscreen setiap 2-3 jam untuk memastikan perlindungan sunscreen yang berkekalan sepanjang hari.

Kalau korang suka buat aktiviti di luar rumah macam camping, sunscreen ni akan buatkan korang rasa lebih yakin dengan perlindungan kulit apabila terdedah dengan sinaran matahari. For me, my skin feels well-moisturized and not oily at all even after spending hours outdoor whole day. Paling best, bila nak ambik wudu’ di tepi sungai setiap kali masuk waktu solat, tak perlu basuh muka dengan pencuci muka terlebih dahulu sebab sunscreen ni boleh dibasuh dengan air je. Senang, kan?

Dapatkan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen dari laman web Hansaegee Nature:

Brand: Hansaegee Nature

Happy Monday!

 

Salam Isnin buat kawan-kawan blogger! Semoga hari ni membawa keceriaan dan senyuman untuk korang semua 🌻. 

Nota kaki: Minggu ni mungkin sibuk sikit sebab kena mengajar kelas memasak dan ada beberapa hal yang kena setelkan. Jadi minggu ni mungkin tak kerap sangat update blog. Kalau ada masa aku cuba singgah blog kawan-kawan ye.

Kenapa Malaysia Menyambut Hari Malaysia Pada Tarikh 16 September?



Masih belum terlambat untuk aku ucapkan 'Selamat Hari Malaysia' buat semua rakyat Malaysia di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Sabah & Sarawak.

Setiap tahun pada 16 September, Malaysia memperingati peristiwa penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura yang membentuk negara Malaysia pada tahun 1963. 

Satu soalan yang sering ditanya oleh orang luar - kenapa Malaysia ada dua sambutan berbeza iaitu Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September? Untuk menjawab soalan ni, jom kita tengok fakta menarik ni:

  • Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah mendapati keadaan politik yang tidak tenteram dan ancaman komunis di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kestabilan Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan gagasan Malaysia melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei (Brunei walau bagaimanapun menolak menyertai gagasan Malaysia).
  • Pembentukan negara Malaysia pada awalnya dirancang pada 1 Jun 1963 namun diubah kepada 31 Ogos 1963 supaya dapat diraikan bersama-sama dengan hari kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-6 (kalau ikut perancangan, memang kita sambut satu tarikh je iaitu 31 Ogos, tapi...)
  • Rancangan pembentukan persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat tentangan dari negara-negara jiran yang enggan mengiktiraf negara Malaysia.
  • Akhirnya pengisytiharan pembentukan Malaysia ditunda pada 16 September 1963 untuk memberi masa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diwakili oleh Lawrence Michaelmore mengadakan pungutan suara sekali lagi di Sabah dan Sarawak selepas pungutan suara yang dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold. Pada 14 September 1963, laporan PBB telah dikeluarkan yang mengesahkan majoriti penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penyertaaan dalam gagasan Malaysia sebagai rakan sekutu Tanah Melayu. Justeru, Hari Malaysia akhirnya diputuskan disambut pada 16 September.
  • Untuk meraikan pembentukan Malaysia, sebuah lagu iaitu "Malaysia Forever" telah dikarang oleh Bobby Gimby ("Pied Piper dari Kanada") dan dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Beberapa hari sebelum penggabungan Malaysia, lagu "Malaysia Forever" telah diajarkan kepada murid-murid sekolah dan dimainkan di radio-radio untuk menjadi lagu rasmi Hari Malaysia yang pertama.
(Sumber: Wikipedia)


Keratan akhbar pada 16 September 1963

Itulah secara ringkas sejarah tentang penubuhan negara Malaysia. Tapi kalau dikaji lebih mendalam sebenarnya perjalanannya agak complicated.

Persetujuan Sabah dan Sarawak Menjadi Rakan Sekutu Tanah Melayu dan Singapura

Sebelum Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak bersetuju menyertai gagasan Malaysia sebagai rakan sekutu seperti termaktub dalam perjanjian yang dikenali sebagai 'Malaysia Agreement' 1963 (MA 1963), ada beberapa perkara dari Memorandum 20 Perkara telah dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk: 

  1. memberi keyakinan bahawa tujuan Tanah Melayu membentuk gagasan Malaysia bukanlah untuk menjajah Sabah dan Sarawak; dan
  2. melindungi kepentingan kedua-dua rakan sekutu Tanah Melayu tersebut. Antaranya kuasa autonomi Sabah dan Sarawak dalam bidang mengendalikan hal ehwal imigresen, peruntukan kerusi dalam Parlimen Malaysia, sistem pendidikan negeri, agama dan bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak. 

Boleh dikatakan sebelum bersetuju untuk jadi rakan sekutu, Sabah dan Sarawak agak ragu-ragu motif pembentukan gagasan Malaysia sebab masa tu negara Sabah dan Sarawak masih dijajah oleh British. Jadi pemimpin tempatan Sabah dan Sarawak masa tu bimbang yang gagasan Malaysia ni ialah satu lagi bentuk penjajahan dan taknak Sabah dan Sarawak dijajah oleh negara yang baru mencapai kemerdekaan. Tapi sebab nak bebas dari British, Sabah dan Sarawak pun buat syarat-syarat untuk melindungi kepentingan mereka yang kemudiannya dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Hari ni ramai yang lupa sejarah penubuhan Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai sentimen yang boleh menggugat perpaduan rakyat. Kita seharusnya menghayati semula sejarah supaya kita faham kenapa negara kita membentuk sebuah gabungan pada saat ancaman komunis yang berleluasa di Tanah Melayu dan Singapura dan penjajahan British di Borneo. #lestweforget

Bak kata pepatah - bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Apa yang kita kecapi sekarang ialah hasil usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang berkongsi misi & visi yang sama - sebuah negara yang kuat & kukuh dari segi ekonomi dan politik, selamat dari ancaman komunis / musuh negara dan berdaulat. Selamat Hari Malaysia!

Tengok Cerita Apa Tu Kiera?



Amboi Kiera, tak berganjak dia tengok dokumentari kucing. Best sangat ke rancangan tu? Hehe.

Sejak akhir-akhir ni, Kiera dah makin aktif bermain. Aktif tahap sampai terbalikkan speaker bar depan TV tu bila dia berlari lepas tu tolak speaker bar tu ke bawah! Kalau Bapak tau Kiera jatuhkan speaker Bapak tu siap la kena babab montot tu! Hehe. Ni baru lepas kena marah sebab speaker bar jatuh. Risau je dia lari-lari susup belakang TV lepas tu TV rebah ke depan dan jatuh tergolek jugak. Nangis Bapak karang Kiera oi!

Nak bagi dia duduk diam, aku bukak la dokumentari kucing. Amboi, ralit betul dia tengok kucing dalam TV. Tapi tak lama, 5 minit je la dia duduk diam-diam tengok TV. Lepas tu dah hilang bermain kejar-kejar dengan abang Louis. Tau-tau dengar bunyi dia mengiau kena terkam oleh Louis. Tapi sekejap je lepas tu dia berlari dan melompat atas air purifier pulak. Macam tu la hari-hari melayan anak kucing yang makin aktif sekarang ni. Asal tak cakar sofa Mommy sudah!

Mencari Giant Croissant di BlackBixon Cafe

Salam Jumaat yang mulia,

Dah sampai Jumaat, baru nak up story Isnin lepas kat sini hehe. Bila malas nak edit dan pilih gambar macam tu la jadinya. Kena tunggu kerajinan tu datang baru datang mood menulis.

Hari Isnin lepas masa cuti peristiwa sekolah Khayla, kiteorang keluar sebenarnya sebab anak dara aku nampak iklan IG tentang giant croissant di BlackBixon Cafe. Apa lagi, hantu croissant ni pun teringin nak cuba so lepas Zohor kiteorang keluar naik MRT ke kafe ni.

Nak ke tempat ni senang je - turun dekat stesen MRT Tun Razak Exchange keluar ikut pintu A lepas tu jalan kaki kira-kira 600 meter je dari stesen. Kafe ni terletak di Jalan Inai off Jalan Imbi. Landmark nak ke sini ialah Kelab Merpati, lepas tu belok kiri dan jalan terus. Confirm jumpa la.


BlackBixon Cafe KL
Nampak signage lembu jantan ni (bixon), sampai dah la tu

BlackBixon Cafe KL
Bangunan kafe ni warna gelap dan ada patio kaca di sebelahnya

Bila masuk kafe ni, terus ternampak menu giant croissant ni terpampang di sebelah pintu masuk:


giant croissant
Croissant gergasi ni sesuai untuk hantu croissant macam Khayla

Tapiiiiii... giant croissant dah habis! 😭 Kecewa sekejap Khayla tak dapat merasa croissant gergasi yang dicari. Kalau nak kena pre-order. Untuk walk-in pun ada jugak dieorang buat tapi kuantiti terhad. So untuk walk-in hari yang kiteorang pergi tu dah habis.

Tapi dah alang-alang sampai, kiteorang decide untuk try makanan lain kat kafe ni. Pelayan kafe datang dan bawak kiteorang ke tempat makan. Ada 2 pilihan tempat duduk - nak duduk bahagian dalam ada aircond atau dekat bahagian 'luar' ada kipas angin. Since tengahari tu panas dan kiteorang berpeluh-peluh lepas berjalan dari stesen MRT, tentulah kiteorang pilih duduk dekat bahagian dalam. Bahagian atas pulak khas untuk majlis / event (kena buat tempahan dulu).


BlackBixon Cafe KL
Ruang dalam dan 'luar' kafe

Lepas belek-belek menu, Khayla pilih pasta BlackBixon Meatball Pomodoro (RM29), butter croissant (RM8) dan minuman hot chocolate (RM13). Lepas tu dia tanya aku boleh ke dia nak tambah classic scone (RM8) jugak? Eh eh... Boleh habis ke tu? Aku tanya balik. Dengan yakinnya dia jawab boleh. Oleh sebab jarang-jarang kitoerang keluar mother-daughter outing, aku layan je la permintaan Khayla. For myself, aku pesan Beef Burger (RM29) dengan iced chocolate (RM14).

Sementara tunggu makanan sampai, aku pergi la tengok pastri yang ada kat sini.


BlackBixon Cafe KL
Pastri sini standard kafe-kafe hipster kat KL

pastries
Antara yang menarik

Bila aku balik ke meja, makanan pun sampai. Servis kat sini memang pantas. Makanan pun semuanya nampak menyelerakan.


western food
Makanan yang dipesan Khayla

beef burger
Burger daging dengan charcoal bun

Bagi aku makanan kat sini not bad la. Khayla kata pasta dia sedap, lagi-lagi dalam meatball tu ada cheese yang cair meleleh. This meatball tastes like Ikea's meatball but with cheese, kata Khayla. Iyalah, aku iyakan aje. Bagi aku meatball Ikea the best hehe. Untuk croissant pulak, Khayla kata croissant kat sini antara yang paling sedap  - light and fluffy katanya. Aku cuba secebis, mmm ok memang sedap.

Burger pulak - daripada 10 mata, aku bagi 5 je la. Daging burger tu memang juicy, tapi ada rasa rempah macam makan kebab berempah. Eh, aku nak burger American bukan burger berempah. Lepas tu fries pulak tawar. Sebenarnya bagus untuk aku, kan kena elakkan makan masin haha. So kalau nak fries sihat boleh la cuba order burger kat sini.

Aku baca komen online kat sini kopinya sedap tapi memandangkan aku pantang kopi kan, so tak dapat nak verify.

Overall, aku suka decor kafe ni yang nampak klasik moden, lokasi tak jauh dari stesen MRT dan servis pun cepat. Makanan bagi aku biasa je la kot, ada yang kena dengan tekak dan ada yang tak. Standard kafe hipster.


BlackBixon Cafe
Alamat: 17 Jalan Inai, Off, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam