Awal tahun ni, aku ambik kursus sijil profesional yang dianjurkan oleh MEF Academy. Selepas 12 minggu dan menduduki peperiksaan bulan Mei lepas, alhamdulillah aku berjaya memenuhi kriteria kursus ni dan mendapat sijil profesional yang ditawarkan.
Jadi petang ni sekali lagi aku akan menghadiri majlis konvokesyen walaupun cuma untuk ambil sijil profesional hehe.
Bila baca kod pakaian ke majlis ni (strictly formal), terkedu sekejap sebab semua baju pejabat aku dah let go. Tapi aku selongkar jugak la almari kot-kot ada baju yang sesuai. Nak pakai baju kurung macam malas pulak hehe. Akhirnya aku terjumpa la blazer lama (nasib baik masih muat!) dan blouse yang nampak macam formal jugak. Syukur jugak masa aku let go kasut-kasut kerja, ada la sepasang kasut hitam bertutup yang agak baru rasa sayang nak let go in case Khayla kena pakai kasut formal. Jadi tak perlulah aku shopping kasut baru. Harap-harap kaki aku tak kembang semangkuk sebab dah lama tak pakai kasut bertutup ni kan...
![]() |
Konvo ijazah sarjana muda (22 tahun) di UTM Skudai - masa ni mula-mula kenalkan Suami Terchenta dengan bapak dan kakak aku. Malu-malu pulak bila bapak aku ambikkan gambar kiteorang berdua hihi... |
![]() |
Kenangan perjalanan kiteorang sambung belajar diabadikan dalam artikel The Star tahun 2014 🥰 |
Insha Allah kalau ada rezeki, teringin nak sambung belajar di peringkat pasca ijazah pulak (PhD). Walaupun sekarang pegang title surirumah, tak salah kalau bercita-cita besar kan? Semoga my girls pun akan ikut jejak langkah kiteorang berdua untuk sambung belajar sampai ke menara gading, Insha Allah 🤲🏻.