Sejak cawangan burger dari US, Five Guys mendarat di Malaysia, ramai peminat burger sanggup beratur semata-mata nak makan burger premium yang pernah mendapat jolokan 'Number 1 Burger' oleh Washington Magazine selama 7 tahun. 

Walaupun kiteorang duduk di KL, tapi tak pernah cuba Five Guys ni sampai la minggu lepas masa kiteorang jejak kaki di Pavilion KL. Dah alang-alang lalu depan Five Guys, apa kata kita cuba burger di Five Guys yang famous sangat ni.

 
Pavilion KL
Five Guys @ Pavilion KL

Deko restoran ni bertemakan warna merah dan putih. Kalau korang selalu tengok sitkom US dan ada babak di restoran burger, haaa lebih kurang macam tu la feel dalam restoran Five Guys di Pavilion KL ni.


Pavilion KL

Apa keistimewaan burger Five Guys ni? First of all, aku baca daging burgernya 100% dibuat dari daging segar tanpa sebarang tambahan (fillers). Everything is fresh made to order. Kedua, burgernya highly customisable, maksudnya boleh pilih nak topping apa dan pilih sos apa. Lebih kurang macam order sandwich di Subway Sandwich. Ketiga, kuantiti kentang goreng kat sini memang banyak sangat tak habis makan.


Five Guys Malaysia
Pilihan 15 topping burger percuma

menu
Harga milkshake tu convert dari matawang USD agaknya, mahal nau.


Aku pesan cheeseburger (RM38) dan peanut butter milkshake (RM23.90). Kat website siap-siap letak jumlah kalori cheeseburger tu ialah 980kcal 😅. Tak boleh makan selalu tau, sebab tinggi kandungan garam (1050mg). 


Five Guys Malaysia
Burger dan milkshake - 2 menu popular di Five Guys

cheeseburger
Ni la rupanya burger Five Guys

Dari segi rasa, bagi aku OK je. Sebab dah terbiasa dengan cheeseburger Mekdi jadi persepsi aku sedap lagi burger di Mekdi dan harga pun jauh lebih murah. Mungkin peminat burger ada pendapat lain dari pendapat aku la. To me, yang sedap kat sini ialah their fries. Milkshake pulak agak pekat dan rasanya kalau order milkshake je pun boleh kenyang. Mungkin milkshake di US macam tu kot.

Jadi berbaloi ke makan burger di Five Guys?

Dengan 100% daging dan bahan-bahan yang segar, mungkin sesetengah orang rasa berbaloi kot. Tapi for me, sekali tu je la kot aku nak makan kat sini.

20 comments:

  1. Biasanya macam tu la, nak makan sekali jer cukuplah buat raso². Teringat dulu kat JB ni ada Fat Burger ke apa, pun sekali je agaknya pelanggan membeli. Kita lagi suka woodfire burger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, bagi saya kalau bandingkan dengan burger premium sedap lagi burger dari MyBurgerLab 😄

      Delete
  2. wow..harga nya... sesekali boleh la kot kan, nak merasa gak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga memang kayangan sbb katanya guna bahan-bahan segar dan berkualiti dan jenama dari US. Ada org compare harga di MY dgn US, dekat US lagi murah burger Five Guys ni hehe

      Delete
  3. Boleh tahan harga bak kayangan.
    Kalau menepati selera memang berbaloi dengan harga, tapi kalau sebaliknya memang tak akan datang lagi ye Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kayangan harganya, lebih mahal dari di US 😅 Tapi cukup sekali je la kot makan kat sini.

      Delete
  4. oh dh buka kt pavilion skarang...yg tau kt genting...baca juga review ....kebanyakkan komen biasa je tp harga kayangan..tp wat ngaso2 skali okla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak baca review sebelum pergi, tapi tengok crowd sampai beratur panjang nak makan kat sini tu yg teringin mencuba jugak.

      Delete
  5. Pergh!! Seramnya harga dia.. huhuhu..
    Nak cuba, mungkin okaylah..

    ReplyDelete
  6. Kak Sue tak pernah tau pulak ada jenama Burger Five Guys nie. Harga boleh tahan juga ya, tapi tak apa lah sesekali nak mencuba kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burger dari US, harga mmg kayangan tapi rasa biasa2 je bagi saya.

      Delete
  7. i suka burger tp now dlm fasa konon2 healthy eating so tak leh nak mkn burger beria sbb processed food kan...dan sbb kolesterol mencanak2 naik so byk benda kena reduce niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berjaya istiqomah MZ dan berjaya turunkan paras kolesterol 💊ðŸŧ

      Delete
  8. mahalnya. kalau makan sorang bolehlah order. kalau nak bawak sefamily hmmmm ktia makan kedai tomyam jelah nak oiii

    ReplyDelete
  9. Sendawa SA tengok harga, sesekali takpe kot..janji merasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali tu je la merasa SA. Lepas tu rasanya tak lagi hehe

      Delete
  10. fuhhh hargaaaa... mmg T20 ni! kalau nk mkn sy kena bw 'bapa manis' hahahhahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .