Kisah Perjalanan Balik Ke Kampung Menaiki Syarikat Penerbangan Scoot

KLIA2
Pertama kali balik kampung kena bawak passport antarabangsa

Tahun ni kiteorang mencipta pengalaman baru menaiki penerbangan antarabangsa nak balik ke kampung. Scoot ni ialah anak syarikat Singapore Airlines yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Kaunter Scoot ni terletak di KLIA2, jadi kiteorang bertolak awal dari rumah menaiki LRT dan MRT sebelum tukar ke KLIA transit sebab ikutkan pengalaman tahun-tahun sebelum ni, KLIA2 lebih sesak dari KLIA jadi taknak la takut terlepas nak daftar masuk bagasi kiteorang.

Turned out, sebenarnya tak perlu risau pun sebab kaunter yang sesak dan beratur panjang tu ialah kaunter AirAsia sementara kaunter Scoot pulak lebih pendek dan cepat beratur. Dalam 10 minit je dah selesai daftar masuk bagasi. Suami Terchenta terus ajak masuk ke balai berlepas sebab takut barisan panjang sangat dekat pemeriksaan imigresen dan keselamatan.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab balai perlepasan antarabangsa tak seramai di balai perlepasan domestik. Boleh dikatakan sangat lancar walaupun airport security cuma bukak 2 lorong je untuk scan hand luggage. Harap-harap tahun depan tiket Scoot ni masih lagi murah sebab rasa lebih seronok pulak tak payah beratur panjang-panjang di kaunter daftar masuk bagasi dan security screening! 😂

Oleh sebab ada banyak gambar, jadi aku ulas dekat gambar je la ye.


KLIA2
Macam ni la rupa dalam flight Scoot ni, lebih kurang macam dalam kabin AirAsia

Singapore Airlines
Comel je karikatur pramugari Scoot dekat sayap kapal terbang ni

Cloud
Cantik berkepul-kepul je awan senja

Changi Airport
Di Changi, kiteorang sampai di Terminal 1. Terus cari tempat untuk berbuka puasa

Changi Airport
Food court terletak di tengah-tengah terminal, nasib baik dekat dengan prayer room. Lepas bukak puasa terus pergi solat.

Changi Airport
Ada macam-macam stall makanan dekat sini, tapi kena Google tengok mana yang halal sebab takde tampal tanda halal

Changi Airport
Kiteorang curious bila tengok gerai ni siap tersenarai dalam Michelin rated. Jadi aku dan Suami Terchenta pilih untuk menikmati nasi lemak Michelin rated ni di Nasi Lemak Ayam Taliwang

Michelin rated
Macam ni la rupanya nasi lemak Michelin rated tu... Kalau ikutkan tekak aku, aku lebih suka nasi lemak Saleha hihi

Changi Airport
One thing aku suka pasal Changi Airport ialah lantainya fully carpet. Sebabnya malam tu kiteorang kena tidur atas lantai airport sebab kerusi tidur (snooze chair) dah penuh. Part ni aku puji airport di Abu Dhabi sebab sediakan lebih banyak kerusi tidur untuk keselesaan penumpang yang kena bermalam di airport

Changi Airport
Lepas solat jamak dan solat terawih, kiteorang mencari HSBC Rain Vortex yang terletak di Jewel, which is salah satu tarikan di Changi Airport ni. Rupa-rupanya kena keluar lalu imigresen Singapura kalau nak ke sana. Yang best nya passport Malaysia boleh scan je dekat mesin pengimbas dan tak perlu lalu kaunter imigresen. Sebelum tu kena isi white card online walaupun nak keluar sekejap je tengok air terjun dalam airport. Kalau scan passport masa isi white card, pastikan maklumat yang diimbas tu betul, jangan jadi macam Suami Terchenta tak check terus submit, rupa-rupanya phone dia scan nombor '8' jadi huruf 'B'. Terus tak lepas dekat mesin pengimbas passport, kena beratur di kaunter imigresen.

Changi Airport
Air terjun tu terletak di Terminal 1 jugak, ikut je signage JEWEL ni

Changi Airport
Sayangnya kiteorang terlambat! 😔 Rupa-rupanya air terjun ni sampai pukul 10 malam je. Takde rezeki nak ambik gambar berlatarbelakangkan air terjun ni.

Singapore
Lain kali kalau ada rezeki ke sini lagi, kena terus keluar imigresen Singapura sebab kat luar ni pun banyak tempat makan rupa-rupanya. Cuma ambik gambar ni je sebagai bukti dah sampai ke Changi Airport 😂

Changi Airport
Esok paginya bangun sahur pukul 4 pagi dan lepas makan terus ke tandas ambik wuduk dan tunggu masuk waktu solat Subuh. Lepas Subuh je, terus beratur di balai berlepas sebab flight pukul 6.40 pagi

Singapore Airlines
Muka masing-masing kepenatan sebab tak cukup tidur since kena tidur atas lantai airport!

Hmm... yang tak syoknya bila kiteorang sampai di Kuching, ada 2 biji bagasi kiteorang yang tak muncul-muncul. Terpaksa buat laporan beg hilang dan pihak Scoot berjanji untuk cari beg yang hilang tu. Masalahnya dalam beg-beg tu ada baju raya aku dan Khadeeja. Walaupun tahun ni recycle baju raya lama, tapi still rasa terjejas mood beraya sebab esoknya dah nak raya tapi baju raya nan hado... Paling awal pun dieorang boleh terbangkan beg kiteorang (kalau jumpa) ialah hari raya kedua. Terus rasa nak kensel raya gara-gara beg kiteorang hilang oleh Scoot! 😅

16 April - Tarikh Bertunang

 Baru perasan hari ni 16 April. Terus teringat eh, ni tarikh bertunang dulu!


Gambar lepas kahwin, sebelum ada anak

Gambar bertunang takde. Sebab kami bertunang ala koboi je hehe. Majlis pun takde, family dia datang bertandang untuk serahkan cincin tunang dan bincang pasal majlis nikah. Mak mertua tak ikut pun, so mak aku la yang sarungkan cincin.

Masa tu umur aku 24 tahun. Masih keliru. Betul ke aku dah sedia nak kahwin dengan Suami Terchenta ni?

Sebab kiteorang bercinta jarak jauh (dia di KL, aku di JB). Tambah lagi dia cepat cemburu masa tu. Banyak kali jugak bergaduh. Gaduh je putus. Pastu sambung balik. Ulang 100x. Haha!

Last-last dia senyap-senyap contact bapak aku bagitau hasrat nak masuk meminang. Lepas dah bincang dengan bapak aku, baru dia bagitau aku. Terkejut beruk aku masa tu. Speechless. Rasa nak mengamuk pun ye jugak kihkih.

Iye, takdenya dia nak melamar ala-ala romantik. Melutut bagi bunga tu bukanlah Suami Terchenta. Sampai ke hari ni kalau dia nampak orang jual bunga Hari Valentine's, dia akan tanya 'ada konvo ke hari ni?' Nak surprise, nak sweet? Sweet kan diri-sendiri je lah 😂

So hari bertunang tu akulah yang turun ke dapur masak untuk family dia. Dah habis masak dengan berpeluh-peluh lagi, mak aku dah panggil suruh tukar baju. Aku pakai baju kurung biasa je, baju raya 2-3 tahun lepas hihi. Protes la konon, sebab kena paksa bertunang masa tu! 🤪

Masa mak aku sarung cincin tu, aku pandang je cincin tu. Ni ke cincin yang akan mengikat kami sepanjang hayat? Sungguh takde perasaan masa tu kecuali perasaan cuak sebab tak ready nak kahwin haha.

Kiteorang bertunang 8 bulan je, sebab Suami Terchenta nak menyabar-nyabar nak kahwin bapak aku kata tak elok lama-lama, lagi-lagi darah manis banyak godaan. Jadi semua sepakat buat majlis nikah hujung tahun.

Alhamdulillah, dah 17 tahun berlalu. Kenangan pasrah kena bertunang! 

Salam Aidilfitri 1445H

 Salam kawan-kawan blogger,

Dengan rendah hati dan penuh ikhlas, aku menyusun 10 jari dan mohon maaf zahir & batin andai ada nukilan blog yang menyinggung perasaan korang ye. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Dalam kegembiraan dan kemeriahan menyambut Hari Raya, mari kita doakan agar saudara-saudara kita di Palestin agar dieorang pun sama-sama dapat menyambut bulan Syawal ni macam kita jugak. 

Galakkan anak-anak kita untuk menderma duit raya ke tabung Palestin terutama buat anak-anak yatim di Gaza. Semoga sedekah kita dapat mengurangkan penderitaan dan menggembirakan hati mereka 🥺. Allahumma ameen…



Akibat Terpengaruh Tengok Youtuber Jepun...

Kalau korang suka menonton video Youtube foodie warga asing mencuba makanan Malaysia, mesti korang kenal dengan Youtuber dan pempengaruh sosial berasal dari Jepun, iChang. Kisahnya, satu hari ni Suami Terchenta layan video Youtube iChang dan suami dia, Jimmy pergi ke bazaar Ramadhan di Kampung Baru. Macam-macam la dieorang cuba, semua nampak sedap pulak tu.

Apa lagi aku ni sejenis yang mudah terpengaruh, ajak la Suami Terchenta pergi bazaar Ramadhan Kampung Baru di Jalan Raja Alang. Boleh tengok video dia kat sini:




Bazaar Ramadhan Kampung Baru
Bazaar Ramadhan Kampung Baru

Masa kiteorang pergi ni, masih awal Ramadhan lagi jadi memang sesak dengan orang ramai sebab masing-masing teruja nak tengok makanan apa yang sedap di bazaar Ramadhan. Lepas tu, ada sekali dua la kiteorang pergi lagi sepanjang bulan puasa tapi masa tu dah kurang sesak. Sebab sesak sangat aku pun tak dan nak angkat kamera tangkap gambar sebab akan nampak kepala orang je haha! Maka cepat-cepat beli dan cepat-cepat balik, baru boleh tangkap gambar makanan yang kiteorang beli.


Bazaar Ramadhan Kampung Baru
Chicken ice cream ni ada 2 jenis - yang biasa dan perisa blackpepper. Aku prefer yang biasa

Bazaar Ramadhan Kampung Baru
Nasi ayam goreng kunyit dengan telur mata - sedap tapi harganya buat aku terperanjat (RM13). Sambal pedas giler.

Bazaar Ramadhan Kampung Baru
Ikan patin tempoyak ni pun harga kayangan sungguh (RM17 kalau tak silap), sekali dengan nasi

Bazaar Ramadhan Kampung Baru
Spaghetti bolognese dengan meatball. Khayla kata sedap, tapi tak kena dengan tekak Khadeeja

Bazaar Ramadhan Kampung Baru
Tauhu begedil (RM10). Sedap, isi padat dan sambal cili pun padu

Sekali pergi bazaar Ramadhan, lebih RM50 jugak la habis. Sebab tu kiteorang jarang-jarang pergi melainkan aku tak larat nak memasak. Selebihnya aku lebih suka sediakan sendiri juadah berbuka puasa dekat rumah. Lebih sihat dan jimat gituh...


menu berbuka puasa
Our typical lauk berbuka puasa, masak yang simple-simple janji kena di tekak. Bila masak sendiri, aku jarang tambah garam dan gula dalam masakan sebab dah letak kicap / sos tiram / stok ayam / stok ikan bilis, supaya tekanan darah stabil

Sepanjang bulan puasa ni, korang suka beli di bazaar atau masak sendiri di rumah? Cer komen sikit.

Bila Kampung Dekat 'Overseas'...

Sejujurnya aku rasa tahun ni bakal menjadi perjalanan yang 'rare' untuk balik ke kampung di Sarawak. Mana taknya, tahun ni balik kampung kena bawak passport Malaysia!

Macam biasa, menjelang bulan puasa je aku akan buat spreadsheet untuk bandingkan tiket flight paling murah untuk pulang beraya. Semua faktor aku masukkan - route berbeza (sebab kadang-kadang flight transit lagi murah dari flight direct), tarikh berbeza dan syarikat penerbangan berbeza. Lepas tu aku akan analyze route mana dan syarikat penerbangan 'mix n match' mana yang paling murah. Murah tak murah, dekat RM3 ribu jugak la melayang!

Lepas dah buat perbandingan semua, akhirnya aku buat keputusan untuk pilih Scoot (syarikat tambang rendah Singapura) sebab harga tiket Scoot jauh lebih murah dari tiket AirAsia! Even Batik Air tahun ni pun dah dekat nak sama dengan MAS. Beza harga tiket AirAsia yang terbang direct ke Kuching berbanding dengan Scoot yang transit di Singapura dalam RM700+, banyak kan? 
 

Tiket balik raya
Tiket AirAsia untuk 4 orang dalam RM1897 banding dengan tiket Scoot (RM1164)


Scoot fare
Baggage fee tu memang mahal sebab ikut currency Singapore

Dah alang-alang ada passport Malaysia, kita pakai je la Scoot sebab lebih murah. Lagipun dah lama tak ke Changi Airport, sambil balik kampung, sambil-sambil tu jadi pelancong asing hihi. Insha Allah esok aku update perjalanan kiteorang pulang beraya singgah di negara jiran.