Kalau kat KL ni, korang suka beli nasi lemak kat mana? Kalau tanya aku, aku akan jawab - Nasi Lemak Saleha.

Nasi Lemak Saleha

Ni kali ketiga aku merasa keenakan nasi lemak Saleha. Pertama kali aku beli nasi lemak peket dekat kiosk Nasi Lemak Saleha di stesen LRT Masjid Jamek. Sedap. Rasa rugi pulak tak beli 2 peket masa tu hihi. Kali kedua aku order dekat Grabfood sebab kiosk dekat stesen LRT tu asyik tutup je bila aku lalu situ (ke memang dah tutup terus?)

Dan akhirnya buat kali pertama aku berkunjung ke restorannya pagi Sabtu semalam. Alang-alang dah menghala ke KLCC untuk menghadiri acara nikah BFF di Masjid KLCC, kami singgah sarapan di sini.


Nasi Lemak Saleha
Nasi Lemak Saleha cawangan Setapak

Sampai je kat sini, kami dapat parking tepi restoran. Bila masuk je, ada 2 barisan sedang beratur - barisan sebelah kiri ialah untuk customer yang tapau balik, manakala sebelah kanan untuk customer dine-in. Jadi kami pun beratur dekat sebelah kanan. 

Masa beratur tu nak kata lama tak boleh jugak, tapi memang kena beratur jugak la dalam 10 minit jugak. Cuma ada 3 orang pekerja yang sibuk ambik order dan bungkus nasi lemak, tu pun salah sorangnya jaga kaunter bayaran jugak. Bagi aku kalau ditambah sorang lagi pekerja kat situ mungkin akan lebih efisyen.

Menu utama kat situ semestinya ialah nasi lemak di samping lauk-pauk sampingan seperti ayam goreng berempah, rendang ayam/daging, sambal sotong, ayam masak merah dan paru berempah. Tapi ada jugak menu lain macam mee goreng, asam laksa, lontong dah sebagainya. Kuih-muih pun ada dijual kat sini macam apam mekar, apam beras, puteri ayu dll. Since Khadeeja memang tak gemar sangat nasi berperisa ni (dia suka makan nasi putih je), so kiteorang suruh dia pilih kuih depan kaunter bayaran. Kami bertiga makan nasi lemak, dia sorang je layan kuih apam mekar. Takpe, janji ada yang masuk tekak dia, ye tak?

Bagi aku, yang buatkan nasi lemak Saleha ni jadi favourite aku ialah sebab nasinya memang cukup aroma santan dan rasa berlemak. Sambalnya sedap cukup rasa masin/manis, cuma agak pedas di lidah aku jadi aku makan sikit je. Tapi yang terpaling aku suka - ayam gorengnya. Memang dia hidang yang panas-panas baru angkat dari kuali kot sebab aroma ayam goreng tu sungguh membangkitkan selera. Rasanya ayam tu diperap semalaman sebab rempahnya meresap sampai ke dalam isi ayam yang lembut, kulit di luar pun rangup yakmat. Tahap kesedapan ayam goreng kat Nasi Lemak Saleha ni sampai anak-anak aku yang sejenis tak makan ayam sangat tu pun puji ayam goreng situ sedap.

Memang worth repeat makan kat sini.

6 Comments

  1. alamakk k ret mcm kureng sket sambal nasi lemak dia hehehe tp part ayam goreng mmg sedap la kan makan panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ayam goreng berempah dia mmg sedap la bagi saya. Biasa kiteorg beli nasi lemak dekat gerai tepi jalan / grab kadang2 rasa cili boh je bawang apa semua takde. Kadang2 ada sambal yg terlebih manis. Yg ni just nice cuma pedas la.

      Delete
  2. Sis sampai sekarang terbayang nasi lemak berlauk yang kita makan sesama tu Karni, ya Allah sedapnyaa lahaiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu petanda nak suruh datang lepak kat KL lagi ni Sislin…

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .