BP oh BP...

Semalam ada appointment dengan gynae aku yang garang tegas tu hihi. Punyalah takut kena marah sebab berat badan tak turun-turun... Adoii. Lepas turun 4 kilo hari tu terus tak bergerak-gerak dah penimbang tu.

Sebab takut punya pasal agaknya masa ambik bacaan tekanan darah, BP aku agak tinggi dalam 162/100. Dua kali ambik, dua-dua bacaan sama. Dr Marlik tanya, you dah makan ubat ke? Dah, laju je aku jawab. Makan masa sahur, doc. Dr Sakinah bagi aku 2 jenis ubat untuk BP, satu makan waktu pagi dan satu lagi makan sebelah malam.

Hmm... last-last dia suruh ambik bacaan BP sebelum tidur. Dia kata ramai orang kena serangan strok / serangan jantung masa tengah tidur bila BP tinggi sangat sampai pembuluh darah pecah. Sebab tu dia nak tengok BP aku sebelum tidur tinggi ke tak.

Alhamdulillah malam OK sikit BP compare dengan waktu siang. Mungkin siang sibuk buat kerja rumah,  jadi tekanan darah tinggi sikit. Malam dah mod nak berehat, lagipun lepas Isyak selalunya aku turun ke gym berjalan atas treadmill dalam setengah jam dan lepas pergi gym aku akan mandi air panas. Ni salah satu tips yang aku dapat kat Internet macamana nak turunkan tekanan darah tinggi (berjalan dan mandi air panas).


Withings BP monitor
BP monitor jenama Withings yang aku beli di Shopee ni bagus sebab boleh rekod bacaan BP dekat apps, senang tunjuk dekat doktor masa appointment

 Tips yang aku amalkan untuk kawal tekanan darah tinggi:

  1. Kawal stress / emosi marah!
  2. Minum air secukupnya
  3. Tidur secukupnya
  4. Banyakkan berjalan / naik turun tangga
  5. Mandi air panas sebelum tidur
  6. Jaga paras gula dalam darah
  7. Jaga paras kolesterol jahat (ada kaitan dengan tekanan darah)
Ada satu lagi sebenarnya, yang ni Dr Marlik selalu tekankan dengan aku tapi tu la, belum berjaya lagi. Kurangkan berat badan (untuk orang obese macam aku la). Bila berat badan turun, secara automatik semua penyakit (darah tinggi / diabetes / kolesterol) akan hilang, katanya. Part ni kena jaga pemakanan, something yang aku masih lagi struggle nak buat (cut sugar, cut simple carb, etc.). Semoga ada kekuatan untuk amalkan pemakanan yang sihat 🤲🏻.

Ambil Angin Pagi di Pantai Tanjung Batu, Bintulu Sarawak

Awal pagi selepas Subuh kiteorang dah keluar untuk bersiar-siar di pantai Tanjung Batu. Tempat ni menggamit nostalgia sebab dari kecik lagi aku bermain di tepi pantai ni, lepas tu bila dah ada anak, pun bawak dieorang mandi-manda di sini.


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Dari jauh kelihatan ada arca baru di pantai Tanjung Batu


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Khadeeja buat lawak - Mommy, mungkin dung bettle dah penat sebab tu dia tinggalkan je dung tu dekat situ! 😂 << penangan tengok kartun Larva!

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Penerangan tentang arca baru ni - dibuat dari besi dan kayu hanyut, benda bulat tu mewakili kepala anak Bintulu sebagai simbol pembangunan intelek dan burung bangau mewakili identiti Bintulu yang menjadi salah satu destinasi pilihan burung bangau semasa migrasi dan juga pembangunan yang pesat di Bintulu.

Macam biasa, wajib bergambar depan arca baru yang menjadi simbol baru di Pantai Tanjung Batu ni.


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Khayla posing di depan arca

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Bila isteri ambik gambar suami (terang nampak muka)

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Bila suami ambik gambar isteri pulak (ni aku dah edit kasi paling clear kalau tak memang tak nampak apa! 🤭)


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Pokok cemara yang tumbuh membesar di pulau batu. Kalau tengok dalam video kat bawah ni, nampak pokok ni masih kecik dan tak serendang sekarang



Pantai Tanjung Batu
Sebelum balik ke KL, singgah lagi di Pantai Tanjung Batu menikmati angin petang pulak sambil duduk di bawah pokok kelapa. Nanti Suami Terchenta dah retire, berangan-angan nak lepak di Tanjung Batu setiap petang macam ni

Hari Raya Ketiga - Pulang ke Bintulu

Tahun ni la paling sekejap kiteorang balik ke Kuching - 3 hari je. Petang hari raya ketiga, kiteorang dah fly ke Bintulu, raya sebelah keluarga aku pulak.

Terserempak dengan BFF aku menghantar keluarga adik iparnya balik ke Sibu kalau tak silap. Lepas tu terjumpa seorang lagi ex-colleague kiteorang. Apa lagi, wajib la bergambar. Nak singgah beraya di rumah tak sempat, akhirnya berjumpa di airport je.


Kuching International Airport
Dengan Haji Dol (sebelah Suami Terchenta)

Kali ni naik AirAsia sebab cuma AirAsia je ada flight direct Kuching ke Bintulu. Kalau naik MASWings atau MAS, mau satu Malaysia dia bawak transit 2-3 tempat dulu baru sampai Bintulu. Masa cari tiket raya bulan puasa tu, aku siap tergelak sebab ada satu option ni, dia bawak terbang ke KK, lepas tu singgah ke Mulu, then singgah pulak ke Mukah, baru la sampai ke Bintulu. Sehari cuti kau dihabiskan dalam kapal terbang je kalau macam tu. Baik tak payah balik, hahaha!


Kuching International Airport
Sampai airport sejam awal, nasib baik boarding gate dekat dengan food court jadi kita singgah minum dulu sebelum naik flight

AirAsia
Boarding. Dapat duduk satu baris, alhamdulillah

Pemandangan awan
My favourite activity bila naik flight - menikmati keindahan pemandangan awan berkepul-kepul

Kiteorang selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu lepas Maghrib. Adik ipar nombor 2 yang tak balik raya tahun ni yang ambik kiteorang di airport dan terus bawak balik ke rumah dia untuk beraya di rumah dia. Tiap-tiap tahun bila kiteorang balik ke Bintulu, memang kiteorang akan pinjam kereta dia sebab dekat Sarawak kalau takde kereta memang payah nak gerak ke mana-mana. Syukur adik ipar ada 2 buah kereta dan baik hati pinjamkan keretanya.


Fairfield Bintulu
Lupa nak ambik gambar di rumah adik ipar sebab dah penat dan kelaparan hehe. Btw ni la baju raya yang sepatutnya aku pakai pada hari raya pertama

Macam biasa bila balik ke Bintulu, kiteorang pilih untuk menginap di hotel Fairfield by Marriott since macam biasa bilik di rumah mak aku penuh bila adik-beradik lain balik. Masa tu tengah ada promosi menginap semalam dapat bonus night tambahan semalam. Maksudnya instead of duduk 2 malam baru dapat 2 bonus nights, duduk 2 malam dapat 4 bonus nights. Kiteorang duduk 3 malam jadi dapat la kumpul 6 bonus nights. Overall, menjimatkan sebab tak payah booking hotel selalu semata-mata nak kumpul bonus nights dan kekalkan status keahlian Silver Elite yang aku pegang selama 6 tahun berturut-turut setakat ni. Sekarang ni aku tengah aim nak dapatkan 250 bonus nights supaya keahlian Silver Elite aku ni bertukar jadi Lifetime Silver Elite (maksudnya dah tak payah gigih nak lengkapkan 10 malam hotel stay setiap tahun).


twin/single beds
Bilik twin/single beds

twin/single beds room
Bilik air hotel

Balik dari rumah adik ipar, terus check-in di hotel, mandi, solat jamak dan tidur. Esoknya nak bangun awal menikmati pemandangan waktu pagi di pantai Tanjung Batu sebelum gerak ke Mukah untuk beraya di rumah makcik pulak.

Panduan Isi Nama Bila Beli Tiket Flight

Masa book tiket flight nak ke Istanbul tahun lepas, aku rasa tak confident sebab takut salah sampai terpaksa contact blogger Nohas untuk bertanyakan betul ke cara aku isi nama penumpang? Dah lama tak fly ke luar negara, sampai lupa cara nak isi nama bila beli tiket flight

Bukan apa, lain airlines, lain tau panduan isi nama. Boleh tengok panduan isi nama bagi syarikat penerbangan AirAsia dengan Malaysia Airlines kat bawah ni. Mana la tak confuse? Tapi kalau isi semberono, takut tak sama pulak dengan nama dalam passport. Bila tak sama, kemungkinan kena reject masa nak naik flight. Sebab tu perkara remeh macam ni kena ambik tahu jugak.


panduan isi nama tiket kapal terbang
Sumber: FB

Untuk Etihad Airlines pulak, aku ikut panduan isi nama macam beli tiket penerbangan AirAsia. Macam tu jugak bila beli tiket Wizz Air dan Scoot Airlines. MAS ni aku tak tau la apasal nama kita jadi 'Last Name', mungkin sistem dieorang lain sikit kot. Apapun, semoga panduan ni membantu terutama bila dah lama tak travel ke luar negara (macam aku) atau baru pertama kali nak beli tiket ke luar negara.

Selamat Hari Pekerja

Kredit foto: nadz.my

Selamat Hari Pekerja buat rakan-rakan semua! Selagi kita hidup, selagi tu la kita bekerja. Even pengurus rumahtangga pun satu bentuk pekerjaan yang perlu dihargai jugak.

Jadi, buat golongan pengurus rumahtangga, selain dari nafkah zahir, mintak la jugak suami untuk mencarum KWSP dan SOCSO untuk kita. KWSP untuk simpanan hari tua dan SOCSO untuk perlindungan sekiranya berlaku kemalangan contohnya masa kita keluar ke pasar membeli barangan rumah, keluar menghantar anak-anak ke sekolah atau menemankan mak/ayah ke klinik / hospital. Banyak manfaat yang boleh diperolehi surirumah dan waris bila mencarum SOCSO.