Sumber imej: KWSP

Psst... korang tau tak pasal i-Sayang? i-Sayang yang telah dilancarkan oleh KWSP ni merupakan pemindahan sukarela sebanyak 2% caruman KWSP daripada akaun suami kepada akaun isteri.

Buat pengetahuan korang, i-Sayang ni baru je lagi dilancarkan pertengahan bulan ni. Masa nilah para isteri boleh tuntut 'kasih sayang' para suami masing-masing 😄.

2% mungkin tak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi para isteri yang memilih jadi 'stay-at-home partner', inisiatif ni sesuatu yang amat dialu-alukan. Bukan apa, kita isteri yang sekarang bergelar pengurus rumahtangga ni pun nak pastikan kestabilan ekonomi pada hari tua kelak. 

Bila dapat tau je KWSP dah lancarkan i-Sayang ni, aku pun apa lagi terus bagitau Suami Terchenta hehe. Alhamdulillah ternyata dia memang cinta sejati aku, tanpa banyak soal terus daftar i-Sayang dan dapatkan kelulusan 😆 🥰.

Syarat-syarat kelayakan untuk pemberi (suami) dan penerima (isteri) ialah mestilah seorang ahli KWSP, berumur kurang dari 75 tahun dan perkahwinan didaftarkan bawah undang-udang Malaysia. So yang kahwin lari di negara sempadan dan tak daftar perkahwinan tu, sorry. Anda tak memenuhi syarat kelayakan. 

Untuk mendaftar i-Sayang, suami cuma perlu mendaftar masuk ke dalam i-Akaun (ahli) atau pergi ke pejabat KWSP yang terdekat berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. 

Selepas pendaftaran diluluskan, KWSP akan membuat potongan untuk gaji bulan depan dan  masukkan ke akaun 1 KWSP isteri. Berita baik buat para isteri,  caruman ni TAK BOLEH ditarik balik atau dibatalkan melainkan berlaku perceraian atau kematian isteri ✌🏻.

Untuk keterangan lanjut, boleh pergi ke laman web KWSP.

20 comments:

  1. wow menarik! tapi rasanya akaun kwsp suami da sikda apa da, banyak da dikeluar masa pengeluaran awal dolok ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok nya sik ambik dari simpanan kwsp sedia ada, tapi tolak dari caruman semasa. Mun daftar bulan tok, bulan depan baru tolak dari caruman gaji bulan depan ke akaun isteri 😄

      Delete
  2. 2% je? Kalau tlepon nak kena charge dah tu!

    ReplyDelete
  3. i tak bernasib baik. sebab dah habis lama keluar dah yg dia punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i-Sayang bukan potong simpanan KWSP yg memang dah dalam akaun 1 suami, tapi masa suami dapat gaji yang seterusnya dan HR carum 9% / 11% gaji suami ke KWSP, 2% dari caruman tu akan pergi ke akaun isteri. Macam tu la kekdahnya 😅

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Rezeki tulus ikhlas dari suami untuk isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Skim ni bagi surirumah yang tak layak untuk i-Suri sbb i-Suri cuma utk golongan didaftarkan di bawah eKasih. Sekurang2nya adalah tabungan utk hari persaraan buat surirumah jugak.

      Delete
  5. Tak boleh batalkan suka-suka…terbaik! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Letih KWSP nak layan drama rumahtangga kalau boleh suka2 batalkan.

      Delete
  6. Ooo.. KWSP pulak. Saya dah masuk yang SURI oleh Perkeso tu, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, suami sponsor. Yang tu pun, ambil dari caruman Perkeso suami, atau boleh bayar terus untuk satu tahun. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah yg ni utk surirumah yg tak layak daftar bawah eKasih. Yang SOCSO punya tu tak register lagi

      Delete
  7. Baru ye skim ni? Aritu baru regi yg Perkeso punya skim. Annually RM120.
    Alhamdulillah makin byk manfaat utk surirumah / isteri 👍

    ReplyDelete
  8. berita baik utk surirumah... mcm potongan kpd isteri askar juga la ni. tiap2 bln siap potong. cuma yg kwsp ni bini2 kena tunggu umur 55 baru buleh ambik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, masih kena tunggu umur minimum persaraan. Yalah, daripada akaun KWSP tu tak bertambah sejak berhenti kerja untuk jaga keluarga, baik juga dapat 2% daripada income suami untuk top up akaun KWSP si isteri 👍🏻

      Delete
  9. hmm x de can laa sy dpt i-sayang ni sbb x de suami lg 😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari suami dulu nampaknya tu 😄

      Delete
  10. inisiatif yang bagus. duit suami untuk siapa lagi kan kalau bukan isteri

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .