Celebrate Hari Ibu

mother's day
Digital artwork oleh Khayla


Hari Ahad lepas kiteorang keluar ke Sunway Putra untuk makan-makan sempena Hari Ibu. Walaupun Hari Ibu untuk menghargai seorang ibu, tapi anak-anak aku yang pilih tempat makan🤭. OK la tu, kalau ikutkan nafsu mentekedarah emak dieorang ni, takut mintak nak ke Me'nate pulak haha! Nasib baik tengah pantang tak makan daging sampai bulan depan jadi kita lupakan je la nafsu tu!


Menu pilihan kiteorang di Dolly Dim Sum

Anak-anak tanya aku nak hadiah apa untuk Hari Ibu. Aku pun jawab - Mommy nak korang belajar berdikari, tu je. Setengah jam lepas tu dieorang bersiap pakai tudung. Nak ke mana? Aku tanya. Mommy kata nak kiteorang berdikari, jadi kiteorang berdikari pergi ke Sunway Putra sendiri tanpa Mommy atau Bapak temankan. Wowww! 👏🏻 👏🏻 Bangga pulak aku dengar jawapan dieorang sebab selama ni bila dieorang nak kemana-mana mintak kiteorang temankan. Jadi Suami Terchenta dan aku pun biar dieorang naik LRT sendiri pergi ke Sunway Putra.

Tapi tak lama lepas tu Suami Terchenta ajak ke Sunway Putra. Rasanya Bapak dieorang masih tak percaya dieorang boleh berdikari, biasalah bapak kan protective sikit bila melibatkan anak-anak perempuan. Itulah ceritanya sambutan Hari Ibu yang tak dirancang. Takpelah janji fefeeling disambut! 🤣

Terima kasih Khayla dan Khadeeja, menceriakan hari mak korang ni. Terima kasih jugak atas pemberian hadiah Hari Ibu dekat Mommy. Dua-dua Mommy suka ♥️.


Mother's Day gift
Hadiah Hari Ibu dari anak-anak tersayang

Cara-Cara Naik MRT Turun di Stesen LRT KLCC

Kalau sebelum ni naik MRT nak ke KLCC, aku akan berhenti di stesen MRT Persiaran KLCC. Tapi dari stesen MRT Persiaran KLCC nak menapak ke KLCC jauh mat. Dalam 700m kalau tak silap aku. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah nak ke KLCC kalau naik MRT. 

Langkah 1: Pastikan turun di stesen MRT Ampang Park

Stesen Ampang Park ni selang satu stesen je dengan stesen Persiaran KLCC. Bila turun di stesen MRT Ampang Park, korang kena naik ke atas dan keluar ikut Jalan Ampang. Korang akan nampak signboard ke stesen LRT Ampang Park. Ikut je signboard tu.


KLCC
Ikut anak panah menuju ke stesen LRT Ampang Park

KLCC
Anak panah ni akan bawak korang menyusuri kaki lima berbumbung di tepi bangunan stesen MRT dalam beberapa meter


MRT Ampang Park
Korang akan nampak beberapa kiosk di sebelah kiri ni laluan pejalan kaki

KLCC
Dah sampai di stesen LRT Ampang Park (anggaran masa berjalan kaki dari stesen MRT dalam 5 minit je)

Langkah 2: Naik LRT dari stesen Ampang Park ke stesen KLCC melalui platform 2 (Putra Heights)


Dah sampai di stesen LRT Ampang Park, korang turun escalator menuju ke stesen LRT bawah tanah. Nak ke stesen KLCC kena naik LRT laluan Kelana Jaya di platform 2 menuju ke Putra Heights. Stesen KLCC ni selang satu stesen je dengan stesen Ampang Park.

Nak penerangan beserta gambar yang lebih terperinci, boleh rujuk di SINI.

Semoga membantu terutama buat warga luar KL yang belum familiar dengan laluan MRT di KL. Aku yang duduk di KL ni pun baru tau yang stesen LRT Ampang Park ni dekat je dengan stesen MRT Ampang Park, lengkap dengan laluan pejalan kaki berbumbung. Kenapalah tak sambung je dua-dua stesen ni macam dekat stesen Titiwangsa, kan lebih senang.

Selamat Hari Ibu!

Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun sempena mengiktiraf dan meraikan insan mulia yang memberikan pengaruh yang mendalam, pengorbanan tanpa batas dan kekuatan yang tidak terhingga kepada kita sehingga menjadi manusia yang berjaya. Bila sebut pasal ibu je, mesti kita akan terbayangkan pengorbanan yang tak terhingga dilakukan oleh ibu kita dalam membesarkan kita -sanggup bersengkang mata jaga kita masa masih kecil dulu, berkorban wang ringgit dan tenaga untuk kita dan sanggup buat apa saja untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak. Sebab tu orang kata kasih sayang seorang ibu tiada bandingannya di dunia ini.

Kepada semua ibu, nenek, makcik atau kakak yang mengambil alih tugas seorang ibu, semoga korang diraikan, dihargai, dan dihormati tidak hanya hari ini tapi setiap hari sebab peranan luar biasa korang dalam membentuk dunia anak, cucu, anak buah atau adik-adik dengan kasih sayang. Selamat Hari Ibu!


Selamat Hari Ibu buat Puan Sainah, my mom. Emak yang mengajar kami adik-beradik membaca sampai kami celik huruf sebelum masuk darjah satu. Setiap kali balik cuti semester, emak akan menghidangkan juadah kegemaran untuk menyambut anak-anak pulang. Sepanjang kami anak-anak berjauhan dari emak, emak sentiasa mendoakan keselamatan kami. Banyak kali aku accident motor masa bujang dulu tapi alhamdulillah, asbab doa mak, aku terpelihara dari kecederaan teruk. Bila anak-anak aku lahir, emak la yang paling gembira menjaga cucu-cucu setiap kali aku kena outstation. Dari meningkat remaja sampai sekarang, mak selalu jadi pendengar setia kepada setiap luahan masalah (setiap masalah aku cerita dekat mak kecuali masalah rumahtangga je). Dan paling best, mak sporting bila aku ajak keluar berjimba - selain dari seorang emak, mak jugak ialah BFF aku.

Kadang-kadang I wish boleh balik jenguk mak setiap bulan sebab mak dah semakin berusia. Kalau boleh nak habiskan banyak masa dengan mak. Kalau boleh nak ajak mak duduk dengan kiteorang di KL ni tapi mak lebih selesa di rumah sendiri di Sarawak. Aku doakan mak sihat-sihat selalu dan usia mak panjang sebab tak sanggup rasanya kehilangan mak 😢. Ameen Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻



 

Jumpa Doktor Lagi

Tunggu giliran untuk ambik darah

 

Minggu lepas appointment dengan gynae, minggu ni pulak appointment dengan endocrinologist / diabetologist. Nervous masa bagi darah dengan sampel urine, maklumlah lepas bulan puasa dan beraya kan dah makan macam-macam... Takut result tak cantik sampai kena tambah ubat lagi, tak pun doktor suruh admit dekat wad. Macam-macam la yang difikirkan bila dah seriau kan.

2 jam kemudian, keputusan ujian makmal menunjukkan perubahan positif dan negatif at the same time:

Positif - bacaan HbA1c menurun dari 6.3% ke 6.1%, walaupun banyak makan kuih raya. Mungkin sebab rajin turun ke gym dan brisk walking atas treadmill. Tekanan darah pun improve jugak. Alhamdulillah.

Negatif - buah pinggang tak berapa cantik, bacaan eGFR merosot dari Stage 2 ke Stage 3 dan tahap creatinine melebihi range sepatutnya. Ada 3 kemungkinan, terlampau kurang minum air (doktor sarankan minum 3L sehari, tapi aku kadang-kadang minum tak sampai 1L sehari huhu), efek dari dos ubat diabetes atau terlampau banyak makan daging. 

Disebabkan bacaan eGFR ni merosot mendadak dari 5 bulan lepas, doktor terus tukarkan ubat diabetes dan suruh aku minum 3L air sehari. You kena jaga buah pinggang sebab kidney damage can take place very fast! Terus insaf aku dibuatnya.

Aku ni bab makan ubat memang disiplin, tapi bab minum air culas. Padahal bila makan ubat diabetes dan darah tinggi, WAJIB minum banyak air kosong.

Balik dari hospital, terus aku print action plan dan tampal di pintu peti sejuk supaya tak lupa. Bulan depan aku nak pastikan bacaan eGFR ni ada improvement sebab tak sanggup kalau kena buat dialisis padahal umur masih muda (muda la sangat kan).


Lekat di peti sejuk supaya tak lupa terutama bila nak beli barang-barang basah

Doakan kesihatan aku makin bertambah baik ye, kawan-kawan 🤲🏻.

Hari Raya Ke-Empat - Beraya di Mukah

Hari raya keempat, kiteorang bertolak ke Mukah untuk beraya di rumah makcik aku yang kiteorang panggil Ngah Yah. Perjalanan dari Bintulu ke Mukah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sebenarnya kalau jalan elok tak berombak rindu, aku rasa tak sampai 3 jam pun dah boleh sampai. Tapi kiteorang orang Sarawak dah lali dengan keadaan jalan raya di sini. 


Jambatan Mukah
Bila nampak jambatan kuning ni, maknanya dah sampai Mukah

Bila sampai di rumah Ngah Yah, takde orang pun kat rumah. Rupa-rupanya semua berkumpul di lapangan terbang Mukah menghantar adik sepupu aku pulang ke Kuching. Alhamdulillah, sempat la kiteorang jumpa sekejap dengan anak saudara terbaru ni, Baby A. Geram sungguh dengan kemontelan dan pipinya yang gebu tu. Lain kali jumpa lagi tahun depan la most likely, mesti dah pandai berjalan.


Baby A dengan neneknya, Ngah Yah

Lepas adik sepupu aku dah masuk ke balai pelepasan, barulah semua gerak ke rumah Ngah Yah semula. Di rumah Ngah Yah, bermacam-macam hidangan dah tersedia di atas meja. Alhamdulillah, kenyang kiteorang dijamu oleh makcik aku yang suka memasak.

Agak lama kiteorang lepak di rumah Ngah Yah. Lepas jamak solat Maghrib dan Isyak, barulah kiteorang gerak balik ke Bintulu semula. Tapi sebelum balik, wajib ambik gambar dengan keluarga Ngah Yah dan sepupu aku yang paling rapat, Intan.


Bergambar dengan keluarga di Mukah

Driving waktu malam melalui jalan kampung kena berhati-hati sebab kebanyakan tempat takde tiang lampu di tepi jalan. Sepanjang perjalanan, 2 kali melalui 2 buah kenderaan yang terpaksa menukar tayar di tepi jalan sebab langgar lubang besar di jalan raya yang rosak. Ada sekali ternampak ular besar melingkar di tengah jalan. Untuk keselamatan, kiteorang tak berhenti dan meneruskan perjalanan sebab banyak kes pemandu kena samun oleh perompak yang konon-kononnya kereta rosak di tengah jalan. Alhamdulillah, pukul 10 malam kiteorang selamat sampai ke hotel di Bintulu. Masing-masing keletihan, lepas mandi terus tidur.