Sarapan di PakTam Laksa Johor

Ni kisah weekend lepas, pagi tu lepas Subuh aku terus keluar ambik Suami Terchenta di ofis sebab malam sebelumnya dia kena masuk bekerja. Macam tu la nasib pekerja bidang IT, bekerja tak kira siang, malam atau hujung minggu huhu... Eh, terbebel pulak di sini.

Anyway, sebelum balik ke rumah kiteorang decide nak jalan-jalan cari makan dulu. Dah lama tak nge-date bersama. Memandangkan aku mencari laksa Johor sejak pekena laksa Johor yang sedap di rumah Kak Retna, jadi kiteorang pun singgah di PakTam Laksa Johor di Taman Melawati. 

Kedainya kecik je dan terletak di belakang Melawati Mall. Rasanya sebelum ni aku pernah terbaca pasal kedai ni dekat blog Kak Fzy (Krabat Kramat). Tu yang teringat bila mencari laksa Johor.


PakTam Laksa Johor
Kiteorang sampai awal, kedai minuman kat sebelah pun belum bukak lagi
 
Melawati
Ada tempat letak kereta disediakan untuk pelanggan, tapi kiteorang berdua naik motor so parking je merata-rata

Selain dari laksa Johor, ada jugak lontong dan soto. Tapi pagi tu kiteorang sama-sama nak makan laksa Johor. Lontong tu pun nampak sedap, lain kali singgah sini lagi boleh la cuba.


Laksa Johor dengan portion yang sangat banyak

Tu diaaa.... semangkuk besar tu penuh dengan kuah laksa. Bawang hiris memang tak kedekut langsung, sayangnya aku tak makan bawang jadi aku tolak ke tepi. Kuahnya pekat dan packed with flavours, sedap! Sambal belacan tu nampak je macam pedas tapi tak ye. Alhamdulillah, puas hati dapat makan laksa Johor yang memenuhi citarasa aku. Portion laksa pun tak kedekut, rasa sayang pulak dengan kuah laksa sebab tak boleh habiskan. Bagi aku, tempat ni boleh repeat kalau teringin nak makan laksa Johor.

Kalau nak try boleh datang ke sini:


PakTam Laksa Johor
Alamat: No 56 Jalan Negara, 2, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 KL.
Waktu operasi: 8 pagi - 11.30 malam (setiap hari)
IG: @paktamlaksa

Salam Jumaat - Solat Sebelum Kamu Disolatkan

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. 

Perkara pertama yang dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Solat itu tiang agama, dan janganlah kamu meninggalkannya.


Salam Jumaat semua,

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang mendirikan dan menjaga solat. 

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻


Tapi Kiera, bukan tu arah kiblat kita 😅...

Jawapan Kepada Teka-Teki Matematik Semalam...

Masih ingat tak teka-teki matematik semalam? Soalan macam ni sebenarnya tahap sekolah rendah zaman sekarang. Agaknya ini yang dikatakan soalan KBAT. Dalam flight aku pun dok ralit mengira dan mencongak jawapan. Selepas disemak dengan jawapan yang memang sedia ditampal dekat belakang meja tu jugak, ternyata kemahiran matematik aku masih lagi tersimpan rapi dalam otak 😜. Hehe. Tapi zaman sekolah dulu, Matematik dan Prinsip Akaun antara subjek kegemaran aku berbanding subjek menghafal macam Sejarah atau subjek sains (serius, aku memang blur je bila masuk kelas Fizik, Biologi dengan Kimia sepatah apa pun aku tak faham tapi mujur tak fail masa SPM). Tapi Add Maths aku benci pulak hahaha!

OK, tanpa membuang masa meh aku kongsikan jawapannya:

Untuk dapatkan nilai ⛑️:

  1. ⛑️ + ⛑️ + ⛑️ = 12 (yang ni senang je, 12 bahagi 3) = 4

Untuk dapatkan nilai 🔑:

  1. 🔑 + 🔑 x ⛑️ = 50 👉🏻 untuk yang ni kita kena gunakan ilmu algebra sikit. Tukarkan ⛑️ = 4;
  2. 🔑 + 🔑 x 4 = 50
  3. 🔑 + 4🔑  = 50
  4. 5🔑  = 50
  5. 🔑  = 50 / 5 = 10

Untuk dapatkan nilai 🛞:

  1. 🛞 x 🛞 + 🔑 = 35
  2. 🛞² = 35 - 10  (tukarkan kepada nilai 🔑 =10) 
  3. 🛞² = 25
  4. 🛞 = √25 (punca kuasa dua) = 5

Jadi, ⛑️ = 4, 🔑 = 10, 🛞 = 5:

10 + 2(5) x 2(4) (ramai tak perasan yang ⛑️ dan 🛞 tu ada 2, jadi mungkin berlaku kesilapan di situ)
= 10 + [10 x 8] (ikut tatatertib matematik, kena selesaikan darab dulu baru tambah)
= 10 + 80
= 90
✌🏻

Bila minat subjek Matematik, sekali-sekala jawab trivia matematik ni seronok jugak. Korang pulak masa zaman sekolah dulu suka subjek apa? Cer komen sikit.



Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik

Teacher's Day


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik tak kira guru taska, guru sekolah maupun para pensyarah! Tak terbalas jasa guru-guru yang mendidik kita dengan ilmu dunia dan akhirat hingga kita berjaya hari ni. Semoga ilmu yang dicurahkan dengan penuh ikhlas dan sabar menjadi asbab guru-guru kita masuk ke syurga. Ameen YRA! 🤲🏻 

Nota kaki:

Selamat Hari Guru buat rakan-rakan blogger yang memilih kerjaya sebagai pendidik antaranya Kak Amie, Abam Kie, Kakmim, Mama Zharfan dan jugak Mama Sara Nur / Cik Nor 🌸

Teka-teki Matematik

brain teaser
Soalan trivia dalam penerbangan AirAsia KCH-BTU baru-baru ni

Masa dalam flight dari Kuching ke Bintulu, ternampak teki-teki matematik ni di belakang tempat duduk penumpang depan. Bagus jugak idea ni, bagi kita sibuk berfikir jawapan kepada teka-teki ni.

Siapa yang dapat jawapannya? Letak dekat komen ye.