Masih ingat tak teka-teki matematik semalam? Soalan macam ni sebenarnya tahap sekolah rendah zaman sekarang. Agaknya ini yang dikatakan soalan KBAT. Dalam flight aku pun dok ralit mengira dan mencongak jawapan. Selepas disemak dengan jawapan yang memang sedia ditampal dekat belakang meja tu jugak, ternyata kemahiran matematik aku masih lagi tersimpan rapi dalam otak 😜. Hehe. Tapi zaman sekolah dulu, Matematik dan Prinsip Akaun antara subjek kegemaran aku berbanding subjek menghafal macam Sejarah atau subjek sains (serius, aku memang blur je bila masuk kelas Fizik, Biologi dengan Kimia sepatah apa pun aku tak faham tapi mujur tak fail masa SPM). Tapi Add Maths aku benci pulak hahaha!

OK, tanpa membuang masa meh aku kongsikan jawapannya:

Untuk dapatkan nilai ⛑️:

  1. ⛑️ + ⛑️ + ⛑️ = 12 (yang ni senang je, 12 bahagi 3) = 4

Untuk dapatkan nilai 🔑:

  1. 🔑 + 🔑 x ⛑️ = 50 👉🏻 untuk yang ni kita kena gunakan ilmu algebra sikit. Tukarkan ⛑️ = 4;
  2. 🔑 + 🔑 x 4 = 50
  3. 🔑 + 4🔑  = 50
  4. 5🔑  = 50
  5. 🔑  = 50 / 5 = 10

Untuk dapatkan nilai 🛞:

  1. 🛞 x 🛞 + 🔑 = 35
  2. 🛞² = 35 - 10  (tukarkan kepada nilai 🔑 =10) 
  3. 🛞² = 25
  4. 🛞 = √25 (punca kuasa dua) = 5

Jadi, ⛑️ = 4, 🔑 = 10, 🛞 = 5:

10 + 2(5) x 2(4) (ramai tak perasan yang ⛑️ dan 🛞 tu ada 2, jadi mungkin berlaku kesilapan di situ)
= 10 + [10 x 8] (ikut tatatertib matematik, kena selesaikan darab dulu baru tambah)
= 10 + 80
= 90
✌🏻

Bila minat subjek Matematik, sekali-sekala jawab trivia matematik ni seronok jugak. Korang pulak masa zaman sekolah dulu suka subjek apa? Cer komen sikit.



20 comments:

  1. Awal tu pass....masuk je gambar 2 dah pening....ilmu algebra buat 'algabra' la Carneyz....memang selalu careless pun bila masuk algebra.....

    at least boleh belajar balik tengok contoh Carneyz. Tq :)

    ReplyDelete
  2. heheh seronok jer buat aktiviti math gini esp to kill the time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, bila lagi nak kill the time sementara tunggu flight mendarat hihi

      Delete
  3. PKSK dan UKKM ada soalan bentuk gini...
    PH suka Sejarah tapi Math kureng sikit. Terbaliklah kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya malas nak menghafal fakta sejarah, tapi bila maths ni pulak bila dah faham konsep, soalan maths tu macam kita selesaikan teka-teki sbb tu Maths tu lebih menarik bagi saya hehe

      Delete
  4. tgk jawapan pun dah penin dah .. MA..maths pun x minat, nasib lulus la ...tapi akaun i like...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka subjek Akaun kan... selagi tak seimbang Penyata Imbangan, selagi tu rasa tak puas hati hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Tak yah pening Uncle. Jawapan dah ada kat situ hehe

      Delete
  6. sama ... kita pun suka maths tapi dah tua2 ni hotak cam dah tepu hahah senang kata dah malas nak pk soalan masalah hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi masalah yg nak difikirkan kan... hahaha!

      Delete
  7. saya nak jawab dah 90 tp salah taip
    hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  8. paduhal itulah jawapan...masalahnya saya dah kurang rajin nak fikri jawaan tersebut hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gik masalah hidup mok difikir kan haha

      Delete
  9. Ok siiiip saya memang tak pernah bagus dalam math 🤣🤣🤣🤣🤣.

    Dari dulu subject yg saya suka itu accounting, geografi, sejarah, bahasa Indonesia dan bahasa inggris kak.

    Memang saya lebih suka yg berbau sosial daripada eksakta.

    Satu2nya hitungan yg saya suka cuma accounting . Kalo hitungan berbau duit, saya langsung lancar 🤣🤣🤣. Makanya dulu saat kuliah ambil accounting 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sama, saya pun suka accounting, walaupun dulu aliran Sains. Selain tu, suka subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

      Delete
  10. SA ngaku otak SA dah tepu...muahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Banyak lagi masalah lain nak kena fikirkan kan 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .