Singgah di Kafe Folk Kofii

Minggu lepas kawan aku bagitau yang dia makan lontong Paktam Laksa tapi bukan di kedai Paktam Laksa. Rupa-rupanya menu di kedai Paktam Laksa tu ada dijual di kafe berhampiran iaitu kafe Folk Kofii. Eh, bagus la idea dieorang ni buat partnership macam ni. Kalau kedai Paktam Laksa penuh, boleh singgah di Folk Kofii untuk pesan laksa Johor, lontong atau soto di sini. 

Memandangkan hari Jumaat masa lebih panjang sebelum hantar Khayla ke sekolah, jadi kiteorang pun decide nak sarapan pagi di sini.


Kafe ni terletak di bangunan belakang 7E, agak tersorok sikit. Aku pusing 2x baru nampak signboard kafe yang cinonet ni

Folk Kofii
Macam biasa, kafe ni berkonsepkan hipster dan estetik. Sambil tunggu pesanan sampai, boleh baca bahan-bahan bacaan yang disediakan.

Selain dari menu dari kedai Paktam Laksa, kafe ni ada jual kek, kuih-muih, tart dan menu sarapan terdiri dari hidangan Western macam pancakes dan waffles yang Khayla pesan ni dan jugak menu lokal macam nasi lemak bungkus dan lempeng. Specialty dekat sini ialah pelbagai jenis minuman kopi. So penggemar kopi boleh la singgah mencuba kopi dekat sini.


Pancake
Pancake

Waffle
Waffle dengan inti coklat dan peanut butter

Aku pulak pesan lontong dari kedai Paktam Laksa. Kalau nak bagi rating, aku bagi 10/10. Sedap sangat! Kuahnya cukup pekat, bahan-bahan semua lengkap, sambal dan kuah kacang memang padu. Bertambah satu lagi menu yang aku suka di kedai Paktam Laksa ni 😋.


lontong Johor
Lontong Paktam Laksa

Dari segi makanan aku rasa semuanya sedap dan menarik. Cuma slack dekat sini ialah servis agak slow. Agak lama jugak kena tunggu pesanan sampai, tapi lontong Paktam Laksa ni laju je sampai walaupun dari kedai lain hehe. Kawan aku pun komen benda yang sama - siap cakap rasa macam nak tolong bancuh kopi kat dapur, sebab lama sangat tunggu 🤣. Lepas tu aku order cold chocolate milk, adik tu boleh pulak salah dengar oat chocolate milk. Minuman Khayla pulak dia tak masukkan dalam order, bila aku check takde, rupa-rupanya dia tak dengar masa Khayla buat pesanan. Patut la tak sampai-sampai.

So kalau tengah lapar nauzubillah sampai nak makan orang, baik singgah makan dekat kedai lain je. Setakat lapar biasa-biasa dan masih sanggup tunggu, boleh la try kafe ni.

Sarapan di Rumah Kuning

Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab weekend lepas dia kena standby dekat ofis. So semalam boleh la kiteorang keluar berjimba hehe.

Destinasi pertama yang dituju ialah kedai legend Rumah Kuning di Kampung Baru. Kedai ni betul-betul dekat simpang nak masuk lebuhraya AKLEH dekat Jalan Raja Abdullah menghala ke Dang Wangi. Kedai ni takde tempat parking khas, jadi kiteorang decide naik motor je ke sini sebab senang nak parking tepi jalan.

Rumah Kuning Kampung Baru
Rumah Kuning kedai legend di Kampung Baru

Menu yang ramai orang order ialah roti sarang burung. Kalau kat tempat lain, roti sarang burung letak daging cincang, tapi kat sini letak sardin.


Rumah Kuning Kampung Baru
Roti sarang burung dihidangkan dengan kuah kari yang pekat

Bagi aku, ok la sedap la jugak. Cuma jenuh aku nak asingkan cili padi potong dengan bawang cincang sebab aku tak makan pedas dan tak suka bawang. Kalau datang sini lagi, kena bagitau siap-siap tak nak cili potong dengan bawang. Vibe kat tempat ni macam kat kedai makan di kampung tapi lokasi kat tengah bandar. Owner kedai ni friendly dan servis pun cepat. 

Aku baca review kedai ni dekat je dengan stesen LRT Dang Wangi. Lain kali boleh cuba datang sini naik LRT pulak.


Rumah Kuning
Alamat: 17, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 6 pagi - 3 petang (Sabtu & Ahad 6 pagi - 12 tengahari)

Bawak anak-anak merempit cari sarapan pagi

Lepas sarapan, ke manakah destinasi seterusnya? 

Kemalasan Melanda...

Hari ni kemalasan melanda...


Rasa nak join anak2 bulus terbongkang depan TV

Sepatutnya minggu ni plan nak declutter dan cuci peti sejuk. Lepas tu nak pergi ke Celcom. Kita tengok la jadi ke tak hihi.

Oh ya, Suami Terchenta belikan benda baru untuk anak-anak bulus minggu lepas. Kemain lagi dieorang suka. 

Abaikan cermin kaca yang comot tu, macam yang aku cakap tadi, sekarang tengah mood M-A-L-A-S 🥱.


Sepetang di Kaffe 16 @ Chinatown, KL

Ni throwback kiteorang keluar makan sebelum bulan puasa. Kaffe 16 ni ialah kafe yang dimiliki oleh Beryl's Chocolate, jenama coklat tempatan. Lokasinya tak jauh dari stesen MRT Pasar Seni, bersebelahan dengan kedai butik coklat Beryl's. 


Beryl's Chocolate
Kaffe 16 milik jenama coklat Malaysia, Beryl's Chocolate


Kaffe 16, Chinatown KL
Suka tengok pintu masuk ke kafe ni sebab design pintu kayunya yang klasik

Dalam kafe ni cantik dan banyak sudut yang Instagrammable.


Kaffe 16, Chinatown KL
Pintu masuk dari butik coklat Beryl's di sebelah dan menuju ke bahagian courtyard, sesuai untuk ber OOTD

Instagrammable cafe
Tangga pusing ni pun nampak klasik dan Instagrammable


Makanan kat sini standard harga kafe hipster. Alhamdulillah, semua sedap dan menepati citarasa kiteorang. Paling recommended dekat sini ialah steak on mash (RM37), daging lembut sumpah sedap sampai sekarang teringat-ingat... Kiteorang order makanan tapi kongsi makan satu family dan steak ni yang paling kiteorang berebut nak makan 😅:


Kaffe 16, Chinatown KL
Steak on mash (RM37) - tak menyesal order walaupun mahal
 

Next, nak rasa daging itik panggang pulak. OK jugak, cuma bagi aku agak masin. Still sedap cuma masin je la.


Kaffe 16, Chinatown KL
3 sauces duck (RM24)

Menu seterusnya ialah nasi orang Itali pulak, cream seafood risotto (RM34). Udang yang dieorang guna besar dan segar. Rasanya lemak berkrim dan kalau mat salleh buat review dia akan guna perkataan 'savoury' dan 'umami' untuk describe risotto ni, sis dengan Khadeeja approved 👍🏻


Kaffe 16, Chinatown KL
Cream seafood risotto (RM34) - harga sama keras dengan steak on mash

Menu fish and chips (RM35) ni pulak kegemaran Khayla. Dia ni sejak makan fish and chips dekat UK memang ketagih betul dengan hidangan asal dari UK ni.


Kaffe 16, Chinatown KL
Fish and chips (RM35) dengan homemade lemon aioli sauce

Untuk dessert pulak, kiteorang pilih single origin chocolate shots - bila sampai kat meja... eh eh, ada coklat asal dari Bintulu ke? Apasal aku tak pernah tau ye hihi... Ke coklat ni dibuat dari biji koko yang ditanam di Bintulu? Atau saja-saja letak nama Bintulu untuk chocolate shot ni? Lupa pulak nak tanya.


Kaffe 16, Chinatown KL
Single origin chocolate (RM24), siap ada panduan 'Flavor Wheel' yang kiteorang tak faham pun hihi. Coklat dalam setiap gelas ni berbeza dari segi rasa masam (acidity), pahit (bitterness) dan lemak (creaminess). Dari segi manis, hmm... tak boleh dibezakan.


Kaffe 16, Chinatown KL
Pancakes (RM24) yang di request oleh Khadeeja sebab katanya dah lama tak makan pancakes

Last but not least, anak-anak order minuman House of Chocolate ni sebab ada macaron dan chocolate shavings. Manis leting minuman ni. Nasib baik air suam percuma disediakan untuk hilangkan rasa manis tu. Peminat coklat confirm suka la minuman ni sebab kaya dengan rasa coklat. Oh ya, semua menu yang ada coklat ni menggunakan coklat dari Beryl's Chocolate. Tak sangka jenama coklat Malaysia pun ada menjual coklat premium.


Kaffe 16, Chinatown KL
House of chocolate (RM26)

Suami Terchenta kata makanan sedap-sedap tapi tak boleh bawak selalu hangus poket dibuatnya 😂. Apapun terima kasih buat Suami Terchenta sebab bila bab bawak family keluar makan, dia selalu tak kedekut dan berkira. Semoga murah rezeki encik suami 😘...