Minggu lepas kawan aku bagitau yang dia makan lontong Paktam Laksa tapi bukan di kedai Paktam Laksa. Rupa-rupanya menu di kedai Paktam Laksa tu ada dijual di kafe berhampiran iaitu kafe Folk Kofii. Eh, bagus la idea dieorang ni buat partnership macam ni. Kalau kedai Paktam Laksa penuh, boleh singgah di Folk Kofii untuk pesan laksa Johor, lontong atau soto di sini. 

Memandangkan hari Jumaat masa lebih panjang sebelum hantar Khayla ke sekolah, jadi kiteorang pun decide nak sarapan pagi di sini.


Kafe ni terletak di bangunan belakang 7E, agak tersorok sikit. Aku pusing 2x baru nampak signboard kafe yang cinonet ni

Folk Kofii
Macam biasa, kafe ni berkonsepkan hipster dan estetik. Sambil tunggu pesanan sampai, boleh baca bahan-bahan bacaan yang disediakan.

Selain dari menu dari kedai Paktam Laksa, kafe ni ada jual kek, kuih-muih, tart dan menu sarapan terdiri dari hidangan Western macam pancakes dan waffles yang Khayla pesan ni dan jugak menu lokal macam nasi lemak bungkus dan lempeng. Specialty dekat sini ialah pelbagai jenis minuman kopi. So penggemar kopi boleh la singgah mencuba kopi dekat sini.


Pancake
Pancake

Waffle
Waffle dengan inti coklat dan peanut butter

Aku pulak pesan lontong dari kedai Paktam Laksa. Kalau nak bagi rating, aku bagi 10/10. Sedap sangat! Kuahnya cukup pekat, bahan-bahan semua lengkap, sambal dan kuah kacang memang padu. Bertambah satu lagi menu yang aku suka di kedai Paktam Laksa ni 😋.


lontong Johor
Lontong Paktam Laksa

Dari segi makanan aku rasa semuanya sedap dan menarik. Cuma slack dekat sini ialah servis agak slow. Agak lama jugak kena tunggu pesanan sampai, tapi lontong Paktam Laksa ni laju je sampai walaupun dari kedai lain hehe. Kawan aku pun komen benda yang sama - siap cakap rasa macam nak tolong bancuh kopi kat dapur, sebab lama sangat tunggu 🤣. Lepas tu aku order cold chocolate milk, adik tu boleh pulak salah dengar oat chocolate milk. Minuman Khayla pulak dia tak masukkan dalam order, bila aku check takde, rupa-rupanya dia tak dengar masa Khayla buat pesanan. Patut la tak sampai-sampai.

So kalau tengah lapar nauzubillah sampai nak makan orang, baik singgah makan dekat kedai lain je. Setakat lapar biasa-biasa dan masih sanggup tunggu, boleh la try kafe ni.

20 comments:

  1. Bila servis slow ya lah nyuruh turn off ooo... tp lontong ya nang menggoda abis... dgn kaler nya sambalnya.. nangga gambar pun setuju ktk berik rate 10/10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok nang nyemms lalu lontong Paktam Laksa tok. Nasib kafe selesa ada bahan bacaan sementara tunggu order smp

      Delete
  2. Lontong tu memang nampak sedap sgt la Carneyz, tapi lain kali kena datang bawa minuman sendiri siap², aci tak? 😄. Spoil mood jugak tu jika pesanan salah dan ada jugak yg tidak diambil pesanannya, tentu kecewa rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang authentic lontong Johor ni SK. Sebab dulu duduk kat JB so dah pernah rasa lontong kat Johor camane. Haha, mesti sentap owner kafe bila kita datang bawak minuman sendiri 🤣

      Delete
  3. part servis lambat tu memang tak leh laaaa sbb i jenis tak sabar menunggu hahahah anyway unik betul nama cafe ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, nasib baik kiteorg ni jenis penyabar 😂

      Delete
  4. saya jenis tak sabar kalau servis lambat ni mungkin itu yg pertama&terakhir pergi walaupun makanan sedap...tak boleh nak tunggu lama nanti mood swing hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah lapar nauzubillah tak digalakkan datang ke sini hehe

      Delete
  5. Adoi spoiled mood pula ye bila service lambat satu hal, silap ambil order pulak 🤦

    ReplyDelete
  6. Makanan sedap tp servis slow spoil btul..nak plak kalau tgh lpr kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah lapar baik cari tempat lain, takut hypo pulak menunggu tak sampai2 😅

      Delete
  7. menariks.. MA weekend ni pun ada 2 cafe baru nak terjah.. in sya Allah...

    ReplyDelete
  8. Bab service slow kena perbaiki lagi. Kalau kita nak cepat2 sebab ada urusan bila service slow....kita punya plan pulak nanti berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kalau takde apa2 plan atau tak rushing mungkin boleh la bersabar menunggu.

      Delete
  9. Hahahahaha memang lah kalo servis slow sangat macam bad mood langsung dibuat, apalagi kalo sedang lapar kan 😂. Nak jadi singa rasanya.

    Tapi saya langsung pengiiiiin coba makanannyaaaa 😍😍. Cantik pun dekor dia.

    Lihat koleksi buku mereka, eh ternampak pula novel Gadis Kretek 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nasib baik makanannya ok, dalam kafe selesa. Novel di sini ada dalam bahasa Indonesia jugak.

      Delete
  10. rasa nak pegi cari lontong laa lunch hari ni...😁😁lapar laa pula

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .