Pergi Chagee Semata-mata Nak Paper Bag

Ni kisah bulan lepas. Lepas jemput Khadeeja dari sekolah (naik LRT), aku ajak dia pergi ke Petaling Street sebab nak beli hamper dari butik coklat Beryl's untuk hadiah Hari Guru. Tapi sayangnya masa kiteorang sampai tu, dah tutup pulak butik coklat tu. 

Masa berjalan balik ke stesen MRT nak balik ke rumah, ternampak kedai teh Chagee ni. Eh, apa lagi menyinggah la sekejap.


Chagee @ Petaling Street
Baru bukak agaknya sebelum tu tak perasan pun

Chagee @ Petaling Street
Cantik dan nampak luas je dalam kedai ni

Sebab ni first time masuk kedai teh Chagee, jadi agak canggung sikit nak buat pesanan. Rupa-rupanya kena imbas kod QR, pilih lokasi kedai dan buat pesanan. Boleh pilih bayar di kaunter atau dalam talian.


Chagee @ Petaling Street
Suka tengok perkataan Chagee ni sebab berseni

Chagee
Aku pilih black milk tea dan Khadeeja pulak pilih fresh watermelon jasmine tea. OK la, not bad tak manis sangat sebab aku pilih option kurang gula.

Aku ni bukanlah penggemar minuman teh yang hipster ni. Teh boba pun dah lama tak minum aku rasa last sekali beli teh boba pun 2 tahun lepas. Tapi aku masuk ke sini sebab nak paper bag Chagee ni hehe. Paper bag Chagee ni serius lawa dan kualiti pun premium. Design beg pun ala-ala beg Christian Dior. 

Aku nak beg Chagee ni sebab nak buat jadi kotak tisu. Aku follow tutorial dekat sini untuk tukarkan paper bag ni jadi kotak tisu.


tissue box
Serius lawa kan kotak tisu ni?

So kalau korang penggemar minuman teh Chagee, jangan buang paper bag sbb boleh recycle jadi kotak tisu yang lawa. Selamat mencuba!

Birthday Staycation: W Hotel (Part 3)

Masa check-in, front desk staff tu bagitau yang bilik kiteorang ni datang sekali dengan complimentary drink di Woo Bar, tapi budak-budak tak dibenarkan so kiteorang kena tinggalkan dieorang kat bilik. Tapi jangan pulak korang fikir yang bukan-bukan ye, mentang-mentang lepak dekat bar terus auto ingat kiteorang minum air mabuk! ๐Ÿคฃ Sebenarnya kiteorang bukan la duduk dekat bar tu pun, tapi dekat tepi kolam renang tu je. Nauzubillah la kiteorang nak jejak kaki dalam bar hehe.


WIP Access
Turun semata-mata nak ambik gambar berlatar belakangkan KLCC je sebenarnya hehe


WIP Access
Sementara tunggu minuman, kiteorang layan view swimming pool siap keluar asap tengah-tengah kolam


Woo Bar
Terpaksa censor sebab nak cover perut bila posing camni ๐Ÿ˜œ

WIP Access
Ambik pilihan minuman bebas alkohol - our hostess recommended Soul Out dan Suami Terchenta pulak dia recommend minuman yang takde dalam menu ni (macam custom made la)


WIP Access
Minuman dah sampai. Minuman Suami Terchenta tu air limau ada letak asam boi lepas tu campur air soda kalau tak silap. Sambil minum, kita berangan-angan la jadi owner Megah Holding bincang pasal projek dan bisnes sambil menikmati pemandangan KLCC ๐Ÿ˜†

Mula-mula ingatkan dapat complimentary drink je, rupa-rupanya ada complimentary snacks sekali. Dia macam food finger - ada ikan, ayam dan sayuran. Sedap la jugak tapi lepas tu kiteorang turun pergi mamak sebelah W Hotel ni makan malam sebab tak kenyang ๐Ÿ˜œ.


WIP Access
Ni namanya food finger

Sebenarnya ada kejadian yang menyebabkan kiteorang rasa kesal dan agak malu sikit. Tengah kiteorang lepak tu, tiba-tiba datang waitress bawak salad dan letak atas meja kiteorang. Sebelum tu hostess kiteorang tu memang dah bagitau ada complimentary light snack sekali. Bila tengok salad tu rasa pelik, ni ke light snack? Tapi masa ni kiteorang masih lagi bersangka baik, taknak la membazir so kiteorang pun makan salad tu.

Lepas tu barulah datang pulak snack yang sebenar macam dalam gambar tu. Time ni dah blur, banyak betul hidangan complimentary snacks ni ye. Kiteorang tanya dekat hostess, betul ke ni makanan kiteorang? Dia pun jawab ya. OK, makan sekali lagi sambil fikir wow, hebat betul W Hotel ni layan tetamu.

Tak lama lepas tu datang lagi seorang waitress letak sepinggan besar steak atas meja. Masa ni aku dah ragu-ragu sangat. Hostess datang dan tanya ok ke makanan kiteorang, so aku tanya ni apa pulak? Biar betik steak ni ialah snacks? Hostess tu dengan confident jawab ye, sebab kat sini ramai foreigner guests dan portion ni memang ikut tekak foreigners la. Aku dan Suami Terchenta angguk-angguk je tapi sesungguhnya kiteorang dah mula doubtful ๐Ÿคจ. 

Betul la sangkaan kiteorang sebab meja sebelah nampak kiteorang question pasal makanan tu, lepas tu dia pun panggil F&B manager & bagitau yang makanan dieorang dah tersalah hantar ke meja kiteorang. Dia nampak upset sangat sebab dia dah tunggu makanan dia lama. Walaupun benda tu bukan salah kiteorang tapi rasa malu tu tetap ada sebab dah termakan salad yang dieorang order

Benda yang buat aku rasa terkilan ialah esoknya masa aku check out, dieorang still charge salad tu dekat bilik kiteorang padahal bukan salah kiteorang. Aku pun bagitau kejadian yang berlaku dan rasa malu yang teramat sangat bila orang kat meja sebelah tu pandang kiteorang ni macam kiteorang sengaja ambik makanan dieorang. Agak lama jugak aku meluahkan rasa terkilan tu dekat front desk staff sebab malam tu tak cukup tidur dengan bunyi bingit dari bar sampai awal pagi.

Last sekali front desk staff mintak maaf dan offer untuk waive bill salad tu, siap offer kiteorang datang untuk hi-tea percuma to make up for our less than perfect experience di hotel ni. Dah la birthday staycation tapi tak berapa seronok bila ada pengalaman yang tak selesa. Tapi sampai sekarang aku tak call lagi nak arrange masa untuk hi-tea tu. Nanti dia hantar hidangan orang lain lagi kat meja kiteorang, tak ke naya? ๐Ÿคญ

Next part, aku cerita pasal breakfast kat sini pulak keesokan harinya. Stay tuned!

Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak

Salam Jumaat korang,

Mesti ramai yang seronok sebab hari ni last day bekerja sebelum berehat di hujung minggu kan. Weekend ni Insha Allah aku takde kat KL, kakak aku bawak bercuti sempena birthday aku bulan ni hehe. So weekend ni aku "me time" dengan kakak sementara anak-anak mungkin lepak di rumah adik aku kalau Suami Terchenta kena masuk ofis sekali lagi hujung minggu ni.

Bukan selalu dapat "vacation time" ni. Biasanya kalau cuti sekolah pun kiteorang tak kemana-mana sebab jadual kerja Suami Terchenta yang sibuk sekarang ni. Cuti sekolah yang lepas kiteorang habiskan di KL, even staycation birthday pun dalam KL jugak. Kalau boleh memang nak bawak anak-anak bercuti tapi tunggu la Suami Terchenta free (bila la agaknya tu). 

Sepanjang cuti sekolah lepas, aku hantar Khadeeja ke kelas coding di Mont Kiara. Sedar tak sedar, dah setahun dia enrol kursus coding ni. Sekarang ni dia tengah belajar programming menggunakan bahasa programming Python yang digunakan oleh Google sebagai bahasa pengaturcaraan rasmi. Semoga satu hari nanti kemahiran ni bakal membantu dia mencapai cita-cita dia nak jadi scientist engineer ๐Ÿคฒ๐Ÿป.


kidocode
Dia berkampung di sini dalam setengah hari untuk menyiapkan satu modul latihan coding (ada 20+ latihan dalam satu modul). Sebenarnya boleh jugak buat dari rumah tapi motivasi tu ke laut sikit ๐Ÿคฃ

kidocode
Kena ambik gambar untuk hantar ke bapak dia sebagai bukti

kidocode
Lepas 4 jam menunggu, dia berjaya habiskan satu modul latihan coding

Selain dari hantar Khadeeja ke kelas coding, kiteorang ke Perpustakaan KL jugak sebab nak galakkan dieorang lebih banyak membaca buku dari tengok gajet. Biasanya kiteorang lepak di bahagian kanak-kanak dalam 2-3 jam sebelum dieorang pilih buku-buku untuk dipinjam. Dari rumah, kiteorang naik LRT lepas tu berhenti di Masjid Jamek dan menapak ke Perpustakaan KL.

 
Dataran Merdeka
Suka pemandangan ni sebab takde kereta / orang lalu depan Dataran Merdeka time ni

Sekarang aku dah jarang bawak dieorang jalan-jalan ke shopping mall sebab dieorang lebih suka terperap di rumah dari cuci mata di shopping mall. Kalau ajak keluar rumah je mesti dieorang akan tanya, "Lama ke? Nak cari apa? Perlu ke?" Eh, eh... kita ni bukan main tunggu cuti sekolah supaya ada teman jalan-jalan dan window shopping, dieorang pulak tak berminat langsung. Kadang-kadang bila dah bosan aku jawab la perlu, supaya boleh buat senaman kaki ๐Ÿคฃ Kalau tak, hmm.. memang macam-macam alasan dieorang nak duduk lepak di rumah je. Kalau pergi cuci mata pulak, bila aku tanya, "Cantik tak baju tu? Cantik tak kasut tu?" Jawapan dieorang, "Hmm.. biasa je." Aku envy betul dengan mak-mak yang boleh keluar window shopping dengan anak-anak perempuan yang minat window shopping jugak. Tak pe la, fikir positif at least jimat duit aku! ๐Ÿ˜œ

Birthday Staycation: W Hotel (Part 2)

Masa kiteorang masuk bilik, benda pertama yang kiteorang tengok dekat ruang tamu ialah belon-belon metalik dan hadiah dari pihak hotel atas meja sempena birthday aku.


Birthday staycation
Birthday decor dan hadiah dari W Hotel


Birthday staycation
Close up hadiah

Birthday staycation
Hadiah dari pihak hotel yang paling best setakat ni

Berbanding hotel-hotel yang aku pernah stay, hadiah dari W Hotel paling best setakat ni. Biasanya hotel lain akan bagi sekeping kek je. Ada yang buat decor sekali, ada yang takde. Tapi W Hotel bukan setakat bagi kek, dieorang bagi biskut dan coklat jugak. Kek tu pun bukan sebarang kek, tapi smash cake dalam bentuk coklat yang kita ketuk sampai lapisan coklat kat atas tu pecah, lepas tu boleh nampak isi dalam smash cake tu. 


Birthday staycation
Kiri ke kanan: Sugar biscuit berbentuk nenas, smash cake (dalam tu ada kek red velvet), kad birthday dan coklat berbentuk bibir dalam pelbagai perisa

Birthday staycation
Khadeeja yang terlebih excited memandangkan dia dah lama teringin smash cake ni sebab nampak seronok katanya. So aku bagi dia je la pecahkan kek birthday aku tu hehe.

Birthday staycation
Kek red velvet

Birthday staycation
Paling bahagia main belon yang pakai tudung putih tu. Tetaplah dengan perangai anak bongsu ๐Ÿคญ

Birthday Staycation: W Hotel (Part 1)

Untuk birthday aku setiap tahun Suami Terchenta tak tanya nak hadiah apa sebab dia tau asal birthday aku je, aku nak staycation bersama keluarga. Tahun ni dia tanya hotel rangkaian Marriott Bonvoy mana lagi yang kita belum pergi? Eh, dia dah sedia maklum jenama hotel yang akan aku pilih! ๐Ÿ˜‚ Selagi belum dapat lifetime Silver Elite member, bertabah la ye memang kena pilih hotel jenama Marriott je la untuk tujuan staycation.

Sambil mengumpul jumlah malam untuk tahun ni, sambil tu mengumpul bonus points sebab bonus points ni boleh redeem untuk penginapan di hotel, villa / apartment bawah Marriott Bonvoy macam yang kiteorang buat masa stay di Istanbul tahun lepas

Tahun ni aku pilih W Hotel di tengah-tengah bandaraya KL dan tak jauh dari KLCC. Antara sebabnya selain dari kiteorang tak pernah lagi try staycation di sini, W Hotel ada promosi 5000 points untuk penginapan semalam, which is a lot. Selalunya satu malam dapat la kumpul 1000-2000 points je, bergantung dengan harga bilik hotel. Jadi bila ada offer dapat 5000 points semalam memang berbaloi sangat.


Pemandangan W Hotel dari luar sebelah malam


Lobi hotel di tingkat bawah (ground floor) dan tingkat 8 (kaunter daftar masuk di sini) 

Macam biasa tempahan dibuat menggunakan aplikasi Marriott Bonvoy. Masa tempahan ni aku bagitau siap-siap yang ni ialah birthday staycation. Biasanya untuk ahli Marriott Bonvoy, kalau bagitau kita nak celebrate birthday atau anniversary, hotel akan sediakan complimentary decor dan kek (bergantung dengan hotel, tapi kena bagi advanced notice).

Proses daftar masuk cepat dan one thing aku perasan dekat sini staff hotel sangat pantas dan mesra melayan tetamu, tak kira la staff security, front desk, guest relations yang jawab soalan dekat bahagian chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy, bahagian F&B atau bahagian housekeeping. Semua laju je melayan pertanyaan atau request tetamu hotel. So dari sudut customer attentiveness ni aku memang impressed la.

Kiteorang tempah bilik suite Marvelous (dekat W Hotel KL ni dieorang bagi nama-nama yang unik untuk setiap bilik hotel - Wonderful, Spectacular, Mega, Cool Corner, Studio dan Marvelous) yang berkeluasan 1130 kaki persegi (dah nak sama besar dengan rumah kiteorang ๐Ÿ˜…). Jom kita tengok bilik suite Marvelous yang memang betul-betul luar biasa (marvelous) di W Hotel KL:


W Hotel KL
Pemandangan dari pintu masuk ke bilik suite - ruang bilik tidur berasingan dari ruang tamu, manakala ruang makan bersambung dengan ruang tamu

Bilik suite ni bukan setakat luas tapi jugak nampak cerah dengan penggunaan natural lighting dari luar tingkap dari pelbagai sudut bilik. Selain dari tu, penggunaan perabot yang moden dengan warna yang terang menjadikan suite ni tampak moden dan ceria. 


W Hotel KL
Close up ruang tamu. Belon-belon tu sebahagian dari complimentary birthday decor yang pihak hotel sediakan

W Hotel KL
Ruang makan yang dilengkapi dengan coffee bar, snack bar dan peti sejuk mini yang menghidangkan pelbagai minuman ringan (snek dan minuman ringan berbayar)

W Hotel KL
Geram je tengok kapsul kopi tu tapi aku dah tak boleh minum kopi sekarang

W Hotel KL
Bilik tidur dengan katil bersaiz king. Bilik suite kat hotel ni cuma ada katil king je, takde katil double single / double queen

So far, tilam W Hotel ni ialah the best hotel mattress yang empuk dan selesa (sebelum ni, aku rasa Heavenly bed di Westin hotel yang paling selesa). Sedap sangat baring kat katil ni sampaikan lepas check-in je aku dan Suami Terchenta nyenyak tertidur sampai pukul 6 petang! Lagi-lagi petang tu hujan, memang syok la tarik selimut! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kalau nak privacy atau nak malapkan cahaya dalam bilik, boleh tutup roller blind guna suis di dinding. Suka sangat bilik yang banyak natural lighting tapi pada masa yang sama kalau tak nak terang sangat boleh tutup bila-bila masa.


W Hotel KL
Bilik tidur berlatar belakangkan KLCC

W Hotel KL
Dari bilik kiteorang dapat tengok kolam renang hotel

Bilik tidur bersambung walk-in wardrobe yang luas dan jugak bilik air dan bilik mandi. Dekat luar bilik air tu sebenarnya ada sinki his and hers dengan cermin besar tapi aku terlupa nak ambik gambar.


W Hotel KL
Walk-in wardrobe yang menyambungkan bilik tidur dengan bilik air dan ruang tandas ni menempatkan papan seterika, seterika stim, jubah mandi, penimbang berat badan (confirm la tak guna karang stress pulak!) dan paling aku suka ada hand-held garment steamer jugak! So kalau setakat nak iron tudung sehelai tak payah pakai seterika, pakai garment steamer pun boleh.

W Hotel KL
Ruang tandas yang berasingan dari ruang bilik mandi. Ada 2 bilik air dalam bilik suite ni, satu dekat bahagian entrance bilik (dipanggil 'powder room')

W Hotel KL
Kiri: Ruang shower berasingan yang mewah (ada 2 shower, sesuai untuk pasangan suami isteri sebab tak payah berebut siapa mandi dulu ๐Ÿคฃ)
Kanan: Ruang bathtub yang cukup besar boleh muat 2 orang dewasa ๐Ÿ˜œ

W Hotel KL
Kelengkapan mandi yang paling lengkap setakat ni - ada loofah, garam mandi, sabun tangan, mouthwash, shower gel, syampu, conditioner, losyen badan, berus gigi, kapas muka, kapas telinga dan even ada pencuci muka. Kalau terlupa nak bawak apa-apa barangan mandi, tak payah risau semua ada dalam bilik mandi ni.

Sebenarnya masa kiteorang mula-mula masuk bilik hotel, kiteorang terjumpa cawan kotor dalam sinki. Aku pun terus bagitau pihak housekeeping menggunakan chat dalam aplikasi Marriott Bonvoy. Lepas housekeeping datang bersihkan cawan dan sinki, pihak hotel hantar buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf sebab bilik kurang memuaskan. Sejuk rasa hati bila dapat hadiah dari hotel ๐Ÿคญ.


W Hotel KL
Kiri: Hadiah buah-buahan dengan snek sebagai tanda minta maaf atas kesulitan tetamu hotel; 
Kanan: minuman kombucha ni pulak kiteorang dapat masa proses check-in hotel

Next entry, aku sambung pasal apa yang pihak hotel sediakan dalam bilik untuk birthday treat aku. Stay tuned!