Masa check-in, front desk staff tu bagitau yang bilik kiteorang ni datang sekali dengan complimentary drink di Woo Bar, tapi budak-budak tak dibenarkan so kiteorang kena tinggalkan dieorang kat bilik. Tapi jangan pulak korang fikir yang bukan-bukan ye, mentang-mentang lepak dekat bar terus auto ingat kiteorang minum air mabuk! ๐Ÿคฃ Sebenarnya kiteorang bukan la duduk dekat bar tu pun, tapi dekat tepi kolam renang tu je. Nauzubillah la kiteorang nak jejak kaki dalam bar hehe.


WIP Access
Turun semata-mata nak ambik gambar berlatar belakangkan KLCC je sebenarnya hehe


WIP Access
Sementara tunggu minuman, kiteorang layan view swimming pool siap keluar asap tengah-tengah kolam


Woo Bar
Terpaksa censor sebab nak cover perut bila posing camni ๐Ÿ˜œ

WIP Access
Ambik pilihan minuman bebas alkohol - our hostess recommended Soul Out dan Suami Terchenta pulak dia recommend minuman yang takde dalam menu ni (macam custom made la)


WIP Access
Minuman dah sampai. Minuman Suami Terchenta tu air limau ada letak asam boi lepas tu campur air soda kalau tak silap. Sambil minum, kita berangan-angan la jadi owner Megah Holding bincang pasal projek dan bisnes sambil menikmati pemandangan KLCC ๐Ÿ˜†

Mula-mula ingatkan dapat complimentary drink je, rupa-rupanya ada complimentary snacks sekali. Dia macam food finger - ada ikan, ayam dan sayuran. Sedap la jugak tapi lepas tu kiteorang turun pergi mamak sebelah W Hotel ni makan malam sebab tak kenyang ๐Ÿ˜œ.


WIP Access
Ni namanya food finger

Sebenarnya ada kejadian yang menyebabkan kiteorang rasa kesal dan agak malu sikit. Tengah kiteorang lepak tu, tiba-tiba datang waitress bawak salad dan letak atas meja kiteorang. Sebelum tu hostess kiteorang tu memang dah bagitau ada complimentary light snack sekali. Bila tengok salad tu rasa pelik, ni ke light snack? Tapi masa ni kiteorang masih lagi bersangka baik, taknak la membazir so kiteorang pun makan salad tu.

Lepas tu barulah datang pulak snack yang sebenar macam dalam gambar tu. Time ni dah blur, banyak betul hidangan complimentary snacks ni ye. Kiteorang tanya dekat hostess, betul ke ni makanan kiteorang? Dia pun jawab ya. OK, makan sekali lagi sambil fikir wow, hebat betul W Hotel ni layan tetamu.

Tak lama lepas tu datang lagi seorang waitress letak sepinggan besar steak atas meja. Masa ni aku dah ragu-ragu sangat. Hostess datang dan tanya ok ke makanan kiteorang, so aku tanya ni apa pulak? Biar betik steak ni ialah snacks? Hostess tu dengan confident jawab ye, sebab kat sini ramai foreigner guests dan portion ni memang ikut tekak foreigners la. Aku dan Suami Terchenta angguk-angguk je tapi sesungguhnya kiteorang dah mula doubtful ๐Ÿคจ. 

Betul la sangkaan kiteorang sebab meja sebelah nampak kiteorang question pasal makanan tu, lepas tu dia pun panggil F&B manager & bagitau yang makanan dieorang dah tersalah hantar ke meja kiteorang. Dia nampak upset sangat sebab dia dah tunggu makanan dia lama. Walaupun benda tu bukan salah kiteorang tapi rasa malu tu tetap ada sebab dah termakan salad yang dieorang order

Benda yang buat aku rasa terkilan ialah esoknya masa aku check out, dieorang still charge salad tu dekat bilik kiteorang padahal bukan salah kiteorang. Aku pun bagitau kejadian yang berlaku dan rasa malu yang teramat sangat bila orang kat meja sebelah tu pandang kiteorang ni macam kiteorang sengaja ambik makanan dieorang. Agak lama jugak aku meluahkan rasa terkilan tu dekat front desk staff sebab malam tu tak cukup tidur dengan bunyi bingit dari bar sampai awal pagi.

Last sekali front desk staff mintak maaf dan offer untuk waive bill salad tu, siap offer kiteorang datang untuk hi-tea percuma to make up for our less than perfect experience di hotel ni. Dah la birthday staycation tapi tak berapa seronok bila ada pengalaman yang tak selesa. Tapi sampai sekarang aku tak call lagi nak arrange masa untuk hi-tea tu. Nanti dia hantar hidangan orang lain lagi kat meja kiteorang, tak ke naya? ๐Ÿคญ

Next part, aku cerita pasal breakfast kat sini pulak keesokan harinya. Stay tuned!

18 comments:

  1. tak kan laa hostess tu staf baru? sbb kalau baru masuk dia mesti jawab teragak agak. yg ni nampak mcm confident je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia diambik sebagai hostess sbb tahap confident dia yg tinggi hehe

      Delete
  2. adoyaiii part tersalah antar tu memang annoying laaaa tp dpt complimentary hi tea tu ok gak hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu je sbb igtkan salad tu snacks complimentary dari hotel. Sekali salah meja daa.... Hi-tea tu tak arrange lagi. Rasa malas pulak nak pergi haha

      Delete
  3. Dah la salah hantar.. boleh lak dia charge dekat bil masa nak check out.. at first place tak patut charge bila salah sendiri.. okla pihak hotel mohon maaf and repay for something else..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, tu yg panjang saya meluahkan perasaan dekat front desk staff tu huhu... bukan salah kiteorang pun sbb mmg igtkan benda tu complimentary dari hotel. Tapi nasib baik pihak hotel minta maaf dan waive harga salad dari bill bilik

      Delete
  4. Takat salad tu boleh accept lagi, sampai steak tu PH pun jadi confused gak haha... Bila jadi macam ni kadang nak repeat the same place pun jadi a bit reluctant kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis... nanti salah lagi, kena tanggung lagi silap hotel huhu.

      Delete
  5. Alahai part makanan salah hantar tu mmg dpt rasa perasaan terkilan dan malu tu mcm mana. Tak apa lah benda dan berlalu yg pntg air tu ibu tgk mcm sedap jer. ๐Ÿ˜Š Salam AidilAdha Maaf Zahir & Batin.. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air manis, sekali-sekala minum boleh la hehe. Salam Aidiladha jugak sis ๐Ÿ˜Š

      Delete
  6. Alahaiii kalau saya pon marah kakk. Bukan salah kita diorang yang salah meja hantar makanan pastuu nak claim dalam bill pulak. Nasib dapat hi tea tuu kan, kurang sikit marah. Hahaha. Happy weekend kakk ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kurang sikit rasa kesal tu cuma rasa teragak2 nak take up offer dieorg utk hi-tea sbb takut tersalah lagi, tak pun dicaj nya bill hi-tea padahal complimentary ๐Ÿ˜…

      Delete
  7. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… itu memang pengalaman yg buat kesal. Makin kesal Krn kita discharge pula yaa.

    Tapi okelaah Krn pada akhirnya mereka waive kan. Cuma tuhlah, saya pun akan malas juga kalo nak datang ke Hi-Tea yg mereka offer. Dah cukup dengan hapus bill salah tadi ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan. Malu bila customer tu pandang2 kat kiteorang macam kiteorang sengaja makan makanan yg dieorang order.

      Delete
  8. slalu tgk yg stay sini amik gmbr kt pool view klcc tu...cantik....bab slh antar menu tu maunya terkejut kn tiba2 steak plak smp...nasibaik steak tk makan...tp yg otel pn charge salad tu mmg slh die la...nasibaik say sorry and ganti ngan hi tea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab masa steak sampai tu, mmg rasa curiga yg tu complimentary dari hotel. Tapi boleh pulak hostess tu dengan confident jawab tu mmg snack yg datang sekali dgn welcome drink kiteorg ๐Ÿ˜…

      Delete
  9. cantik view KLCC...bila terjadi kejadian sebegini, auto rasa x best...kita yg x bersalah tetiba kena pandang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, mmg rasa x best sbb pertama kali datang ke sini, jadi mana la kita tau tu bukan snek utk meja kiteorang huhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .