Kau Dah Kenapa, Louis?

Korang tengoklah perangai si Louis ni, dah kesampukan ke apa? Tengah-tengah malam la dia nak terbaring mengerekot macam ni sambil merenung bapak dia:


funny cat
Kucing yang bakal diruqyah gamaknya

Terus aku terbayang Emily Rose dalam cerita 'The Exorcism of Emily Rose':


Sama tak dengan pose Louis kat atas tu? 😅 (Kredit foto: rottentomatoes.com)

Sejak akhir-akhir ni perangai dia menguji kesabaran betul. Ada sekali tu aku tengah solat di ruang tamu, dia boleh ek duduk depan aku, acah-acah tunggu aku habis solat kot. Tengah mak dia berjuang nak khusyuk dalam solat, tiba-tiba dia keluarkan kuku-kuku yang tajam tu dan cakar sofa! Beraninya kamu Louis, mencabar keimanan mommy yang tengah solat! Selama ni dia baik je patuh dan faham yang sofa tu ialah zon larangan mencakar. Ke dia tengah menginjak usia remaja, sejak tu dah makin berani melawan? Ada pakar psikologi kucing tak kat sini? Cuba korang komen sikit? 🤣

Selamat Kembali ke Sarang!

With my kakak - penaja utama weekend getaway kiteorang!
 

Alhamdulillah pagi tadi dah selamat balik ke KL selepas 2 hari 2 malam di luar kawasan. Selesai dah vacation dengan kakak aku ni sebelum dia mula sibuk dengan aktiviti audit (dia auditor).

To be honest, mixed reviews from both of us berkenaan percutian kali ni. Aku agak seronok dengan trip percutian kali ni tapi kakak aku pulak sebaliknya. Hmm... Nanti la aku cerita lanjut tentang percutian kali ni. Buat masa sekarang aku nak berehat kejap sebelum ambik Khadeeja balik dari sekolah.

Birthday Staycation: W Hotel (Part 4)

Bukanlah staycation namanya kalau tak ambik pakej sarapan pagi di hotel. Sarapan pagi sebenarnya untuk dua orang je dalam room rate, so kiteorang kena add-on untuk 2 orang lagi.

Nama restoran tempat kiteorang breakfast ialah Flock. Masa kiteorang sampai macam tak ramai orang pun yang dah turun breakfast. Mungkin masing-masing masih nyenyak tidur atas tilam yang empuk.


W Hotel KL
Egg station ni antara tempat wajib singgah - macam-macam pilihan hidangan telur yang kita boleh pesan! 

Lepas kiteorang bagitau nombor bilik, terus staff restoran bawak ke tempat duduk dan tanya kiteorang nak pesan minuman apa. Aku dan Suami Terchenta dua-dua pesan teh tarik kurang manis. Anak-anak pulak nak hot chocolate. Aku pesan sekali eggs benedict dari signature menu Flock, my favourite egg dish.


W Hotel KL
Breakfast dekat sini berkonsepkan buffet tapi ada disediakan jugak signature menu

Flock buffet breakfast
Eggs benedict with smoked salmon

Flock buffet breakfast
Nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk - tapi bagi aku sambal nasi lemak dia kurang menyerlah. Nasi lemak paling sedap aku makan di hotel ialah di Grand Hyatt KL. 

Trick aku bila makan buffet kat hotel ialah aku akan ambik sikit je untuk setiap hidangan supaya aku boleh rasa hampir kesemua makanan yang dihidangkan. Contohnya aku ambik nasi lemak sesenduk dan ambik ayam goreng berempah seketul kecik lepas tu ambik kuah rendang je untuk rasa. Satu lagi trick aku dan Suami Terchenta akan ambik makanan berbeza pastu kiteorang cilok sikit dari pinggan masing-masing. Ahaks!


W Hotel KL
Atas: Fresh salad dengan pelbagai jenis sos, tengah (kiri: pilihan buah-buahan; kanan: pilihan salad), bawah: pilihan cheese, crackers dan cured meat

W Hotel KL
Atas: side dishes untuk hidangan telur (baked beans, beef bacon, etc.), tengah kiri: roti paratha dengan kuah dhal, cucur bawang, etc.; kanan: jus segar, susu, bawah: pelbagai pilihan bijirin sarapan pagi

W Hotel KL
Atas: Pilihan roti dengan pelbagai jem, krim dan mentega; bawah kiri: waffle, frech toast, lempeng kelapa; bawah kanan: kuih-kuih tradisional dan bubur berlauk

Flock buffet breakfast
Pelbagai pilihan pastry

Hiasan menggunakan rempah-ratus

Alhamdulillah semuanya memuaskan tapi kalau dibandingkan dengan hotel lain, bukanlah yang terbaik. Buffet breakfast yang paling meriah bagi ialah di Le Meridien KL (teh tarik LMKL terbaik!). Cuma aku suka susunan makanan di sini dan layanan staff tip-top.

Pergi Chagee Semata-mata Nak Paper Bag

Ni kisah bulan lepas. Lepas jemput Khadeeja dari sekolah (naik LRT), aku ajak dia pergi ke Petaling Street sebab nak beli hamper dari butik coklat Beryl's untuk hadiah Hari Guru. Tapi sayangnya masa kiteorang sampai tu, dah tutup pulak butik coklat tu. 

Masa berjalan balik ke stesen MRT nak balik ke rumah, ternampak kedai teh Chagee ni. Eh, apa lagi menyinggah la sekejap.


Chagee @ Petaling Street
Baru bukak agaknya sebelum tu tak perasan pun

Chagee @ Petaling Street
Cantik dan nampak luas je dalam kedai ni

Sebab ni first time masuk kedai teh Chagee, jadi agak canggung sikit nak buat pesanan. Rupa-rupanya kena imbas kod QR, pilih lokasi kedai dan buat pesanan. Boleh pilih bayar di kaunter atau dalam talian.


Chagee @ Petaling Street
Suka tengok perkataan Chagee ni sebab berseni

Chagee
Aku pilih black milk tea dan Khadeeja pulak pilih fresh watermelon jasmine tea. OK la, not bad tak manis sangat sebab aku pilih option kurang gula.

Aku ni bukanlah penggemar minuman teh yang hipster ni. Teh boba pun dah lama tak minum aku rasa last sekali beli teh boba pun 2 tahun lepas. Tapi aku masuk ke sini sebab nak paper bag Chagee ni hehe. Paper bag Chagee ni serius lawa dan kualiti pun premium. Design beg pun ala-ala beg Christian Dior. 

Aku nak beg Chagee ni sebab nak buat jadi kotak tisu. Aku follow tutorial dekat sini untuk tukarkan paper bag ni jadi kotak tisu.


tissue box
Serius lawa kan kotak tisu ni?

So kalau korang penggemar minuman teh Chagee, jangan buang paper bag sbb boleh recycle jadi kotak tisu yang lawa. Selamat mencuba!

Birthday Staycation: W Hotel (Part 3)

Masa check-in, front desk staff tu bagitau yang bilik kiteorang ni datang sekali dengan complimentary drink di Woo Bar, tapi budak-budak tak dibenarkan so kiteorang kena tinggalkan dieorang kat bilik. Tapi jangan pulak korang fikir yang bukan-bukan ye, mentang-mentang lepak dekat bar terus auto ingat kiteorang minum air mabuk! 🤣 Sebenarnya kiteorang bukan la duduk dekat bar tu pun, tapi dekat tepi kolam renang tu je. Nauzubillah la kiteorang nak jejak kaki dalam bar hehe.


WIP Access
Turun semata-mata nak ambik gambar berlatar belakangkan KLCC je sebenarnya hehe


WIP Access
Sementara tunggu minuman, kiteorang layan view swimming pool siap keluar asap tengah-tengah kolam


Woo Bar
Terpaksa censor sebab nak cover perut bila posing camni 😜

WIP Access
Ambik pilihan minuman bebas alkohol - our hostess recommended Soul Out dan Suami Terchenta pulak dia recommend minuman yang takde dalam menu ni (macam custom made la)


WIP Access
Minuman dah sampai. Minuman Suami Terchenta tu air limau ada letak asam boi lepas tu campur air soda kalau tak silap. Sambil minum, kita berangan-angan la jadi owner Megah Holding bincang pasal projek dan bisnes sambil menikmati pemandangan KLCC 😆

Mula-mula ingatkan dapat complimentary drink je, rupa-rupanya ada complimentary snacks sekali. Dia macam food finger - ada ikan, ayam dan sayuran. Sedap la jugak tapi lepas tu kiteorang turun pergi mamak sebelah W Hotel ni makan malam sebab tak kenyang 😜.


WIP Access
Ni namanya food finger

Sebenarnya ada kejadian yang menyebabkan kiteorang rasa kesal dan agak malu sikit. Tengah kiteorang lepak tu, tiba-tiba datang waitress bawak salad dan letak atas meja kiteorang. Sebelum tu hostess kiteorang tu memang dah bagitau ada complimentary light snack sekali. Bila tengok salad tu rasa pelik, ni ke light snack? Tapi masa ni kiteorang masih lagi bersangka baik, taknak la membazir so kiteorang pun makan salad tu.

Lepas tu barulah datang pulak snack yang sebenar macam dalam gambar tu. Time ni dah blur, banyak betul hidangan complimentary snacks ni ye. Kiteorang tanya dekat hostess, betul ke ni makanan kiteorang? Dia pun jawab ya. OK, makan sekali lagi sambil fikir wow, hebat betul W Hotel ni layan tetamu.

Tak lama lepas tu datang lagi seorang waitress letak sepinggan besar steak atas meja. Masa ni aku dah ragu-ragu sangat. Hostess datang dan tanya ok ke makanan kiteorang, so aku tanya ni apa pulak? Biar betik steak ni ialah snacks? Hostess tu dengan confident jawab ye, sebab kat sini ramai foreigner guests dan portion ni memang ikut tekak foreigners la. Aku dan Suami Terchenta angguk-angguk je tapi sesungguhnya kiteorang dah mula doubtful 🤨. 

Betul la sangkaan kiteorang sebab meja sebelah nampak kiteorang question pasal makanan tu, lepas tu dia pun panggil F&B manager & bagitau yang makanan dieorang dah tersalah hantar ke meja kiteorang. Dia nampak upset sangat sebab dia dah tunggu makanan dia lama. Walaupun benda tu bukan salah kiteorang tapi rasa malu tu tetap ada sebab dah termakan salad yang dieorang order

Benda yang buat aku rasa terkilan ialah esoknya masa aku check out, dieorang still charge salad tu dekat bilik kiteorang padahal bukan salah kiteorang. Aku pun bagitau kejadian yang berlaku dan rasa malu yang teramat sangat bila orang kat meja sebelah tu pandang kiteorang ni macam kiteorang sengaja ambik makanan dieorang. Agak lama jugak aku meluahkan rasa terkilan tu dekat front desk staff sebab malam tu tak cukup tidur dengan bunyi bingit dari bar sampai awal pagi.

Last sekali front desk staff mintak maaf dan offer untuk waive bill salad tu, siap offer kiteorang datang untuk hi-tea percuma to make up for our less than perfect experience di hotel ni. Dah la birthday staycation tapi tak berapa seronok bila ada pengalaman yang tak selesa. Tapi sampai sekarang aku tak call lagi nak arrange masa untuk hi-tea tu. Nanti dia hantar hidangan orang lain lagi kat meja kiteorang, tak ke naya? 🤭

Next part, aku cerita pasal breakfast kat sini pulak keesokan harinya. Stay tuned!