Salam Maal Hijrah 1446 H

Kepada semua rakan-rakan Muslim,

Salam Maal Hijrah 1446 Hijrah / 2024 Masihi. Semoga tahun baru ini membawa sinar dan kemenangan kepada semua umat Islam terutamanya saudara-saudara kita di G4z4 🇵🇸. Ameen Ya Rabbal Alameen...

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’ ayat 100)


Hijrah itu perjuangan kita semua

Lirik Lagu 'Take Me In Your Arms'

Setiap pagi bila aku bukak IG nak tengok perkembangan terbaru di G4z4 mesti bergenang air mata walaupun dah beberapa bulan berlalu. Aku tak tau la tahap kesabaran orang-orang di G4z4 ni macamana... kalau aku kat tempat dieorang, mungkin aku dah mental kot hari-hari kena hadap kekejaman tentera laknatullah, tiap-tiap har hidup dalam ketakpastian hari ni adakah ajal akan menjemput atau kalau ya, adakah sebab kebuluran, dahaga atau ditimpa runtuhan dari bom Z*on*s.

Setiap hari dieorang menderita, setiap hari dieorang melalui kehilangan yang sangat besar dan ramai kanak-kanak yang hilang keluarga, ramai ibubapa yang hilang anak-anak, tapi kalau tengok video dieorang, dieorang tak sempat nak menangis pun. Dieorang bercerita tentang kehilangan, tentang keluarga yang syahid, tapi air mata dieorang dah kering.

Sometimes kan, aku rasa nak hulur tangan dalam skrin telefon dan peluk anak-anak yatim tu. Kalau la boleh. Take them in my arms and heal their wounds.


"Berlembutlah dengannya wahai bumi, kerana langkahnya sudah lemah, berlembutlah dengan zaman kanak-kanaknya yang rapuh dan sedang dia menginjak dewasa... Berlembutlah, kerana orang-orangnya sedang dahaga, dan kerana penindasan ke atas mereka belum pernah berhenti lagi." (Sumber: IG)


Bila dengar lagu ni, aku cuba selami perasaan orang-orang G4z4 dan rasa... aku tak sekuat dieorang. Sesungguhnya rakyat G4z4 dan P4lestin ialah ahli-ahli syurga sebab walau sekuat manapun tentangan yang dieorang hadap dan satu dunia tak mampu tolong dieorang sebab ada kuasa-kuasa besar yang menghalang, dieorang terus teguh dengan keimanan kepada Allah SWT. Dieorang terus yakin dan percaya Allah sentiasa bersama mereka dan terus bergantung harapan kepada Allah.

Teruskan berdoa dan bantu rakyat P4lestin, kawan-kawan. Semoga kemenangan berpihak kepada orang-orang yang beriman 🇵🇸. Ameen Ya Rabbal Alameen...



 

Take Me In Your Arms

خذني بحضنك
khuzhni bahdanik 
Take me in your arms and embrace me

ابي اغفى آه 
abaghfaa ah
I would like to fall asleep so deep

مبطي ماغفيت
mabti maghafat
Haven't fall asleep for too long

وإن لمحت دموع عيني
w'ii-lamahta dumu 'aini
And if you see my tears

سوي نفسك ما لمحت
sawiun nafsak ma lamaht
Pretend that you didn't

خذني بحضنك
khuzhni bahdanik 
Take me in your arms and embrace me

وبعثر في جروحي وانقضيت
wabaethar fi juruhi wanqadayt
And heal my wounds, and when you finish

هزلي كتفي
hazli katfi
Nudge me and tell me

 وكلي عيب تبكي لو سمحت
wakuliy eayb tabki law samhat
It's shameful to cry

Birthday Staycation 2: Perhentian Marriott Resort & Spa (Part 4)

Baca entri sebelum:


Sebelum move on dari kisah birthday staycation di Pulau Perhentian ni, apa kata kita tengok breakfast spread di restoran Dapur Perhentian Marriott Resort & Spa. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Salah satu stesen sarapan pagi di restoran Dapur

Simple je nama restoran ni - Dapur. Kiteorang makan malam sebelumnya pun dekat sini jugak.


Perhentian Marriott Resort & Spa
Dapur - restoran utama di resort ni

Perhentian Marriott Resort & Spa
Restorannya luas dan tampak eksklusif. Sayangnya belum boleh dapat diskaun 10% Silver Elite member Marriott Bonvoy dekat sini sebab dieorang masih dalam proses register sebagai salah satu rantaian F&B Marriott

Perhentian Marriott Resort & Spa
Bersarapan sambil menikmati pemandangan laut

Bagi aku makanan kat sini semuanya memang bertaraf resort 5 bintang - semuanya tak mengecewakan. Malam sebelumnya kiteorang order menu ala carte - kakak aku order steak dan aku pulak order char kue teow. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Dinner kiteorang - char kuey teow (aku punya) dan steak (kakak punya)

Layanan kat restoran ni pun tiptop - staff very accommodating dengan request guests. Masa dinner, aku mintak cili jeruk, terus dieorang hantarkan. Masa breakfast pulak, bila pengurus restoran datang ke meja kiteorang untuk bertegur-sapa dan aku bagitau yang aku suka eggs benedict tapi sayangnya takde dalam menu, terus dia mintak diri dan 10 minit kemudian datang balik ke meja kiteorang sambil bawak eggs benedict khas untuk aku. Terasa bagai dapat layanan VIP gittew... Siap tolong bacakan doa makan lagi, betapa cemerlangnya layanan di restoran Dapur ni 😅


Perhentian Marriott Resort & Spa
Staff Dapur yang paling baik tolong bacakan doa, siap tolong hantarkan balik ke bilik lepas makan malam (sebab lama sangat tunggu buggy, last2 dia sendiri yang bawak buggy hantar ke bilik 😄)

Dari segi variety makanan masa breakfast pun not bad jugak. Macam biasa, ada egg station, noodle station, makanan local, bijirin, salad, buah-buahan, pastries, jus buah-buahan dan macam-macam lagi.


Perhentian Marriott Resort & Spa
Pilihan minuman di sini

Perhentian Marriott Resort & Spa
Jus buah-buahan segar, salad dan buah-buahan tempatan dalam chiller

Perhentian Marriott Resort & Spa
Egg station dan side dishes

Perhentian Marriott Resort & Spa
Cheese & salad station dengan pelbagai condiments

Perhentian Marriott Resort & Spa
Pilihan bijirin sarapan pagi dan buah-buahan kering (atas); pilihan juadah tempatan (bawah)

Perhentian Marriott Resort & Spa
Pelbagai pilihan pastries, cookies, pancake dan waffle dan dessert di sini

Alhamdulillah, semuanya sedap dan walaupun aku ambik sikit-sikit je untuk rasa tapi sebab banyak pilihan kat situ, kenyangnya tu sampai ke petang. Sampai aku terpaksa cancel pergi ke lunch sebab rasa tak boleh masukkan lagi makanan dalam perut 😅.


Perhentian Marriott Resort & Spa
Food that I tried - aiskrim dengan biskut, nasi kerabu dengan ayam percik, bihun, telur sambal, cucur udang, salad, pancake, omelette dan eggs benedict my favourite

Lepas breakfast, aku buat keputusan berjalan kaki balik ke bilik supaya makanan cepat hadam sementara kakak aku pulak naik buggy ke spa untuk buat facial. On the way, aku lalu kids & teens club. Teringat zaman anak-anak masih kecik dulu, setiap kali aku kena outstation dan angkut anak-anak sekali sebab takde orang jaga, biasanya kat hotel tu aku akan cari kemudahan kids club ni supaya dapat tinggalkan anak-anak bermain di situ bawah pemantauan staff sementara aku pergi meeting / bekerja. Tempat-tempat macam ni bagus sebab ada banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Dekat kids club Marriott Pulau Perhentian ni, siap ada tempat untuk budak-budak nap bila dah letih bermain. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Kids & teens clubs

Sekian, tu je la cerita pasal birthday staycation di Pulau Perhentian. Harap-harap ada rezeki boleh repeat dengan Suami Terchenta dan anak-anak pulak 😊.


Perhentian Marriott Resort & Spa
Goodbye, Pulau Perhentian!

Perhentian Marriott Resort & Spa
Sampai bertemu lagi ♥️

Buah Cempedak di Luar Pagar...

jackfruit
Cempedak buah kayangan sekarang ni...

 

Siapa peminat buah cempedak? Angkat tangan! 🙋🏻‍♀️

Buah cempedak ni Suami Terchenta beli di AEON minggu lepas. Wangi semerbak baunya, dah boleh lawan dengan bau durian. Bila dibelah, banyak ulasnya dan juicy pulak tu. Alhamdulillah, dapat buah yang elok memang seronok la. Kat rumah ni Khayla seorang je tak reti makan cempedak, so yang membedal buah cempedak ni ialah aku, Suami Terchenta dan Khadeeja.

Harga sebijik buah cempedak ni ialah RM40. Mahal kan, dah level harga durian. Masa aku kecik dulu, harga sebijik buah cempedak takde la kaw-kaw macam zaman sekarang. Kalau tak silap RM5 je untuk sebiji cempedak kat kampung aku. 

Bila makan cempedak mesti aku teringat legenda Dang Anum. Gara-gara mengandung dan mengidam seulas cempedak (ke nangka?) di kebun Sultan Melaka, Sultan Mahmud, perutnya dibelah oleh sultan yang tak percaya bayi dalam perut Dang Anum yang nakkan cempedak tu. Akibatnya, suami Dang Anum, Laksamana Megat Seri Rama ni pun balas dendam dan bunuh Sultan Mahmud sampai terkenal la baginda sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Dari situlah tercetusnya ayat-ayat keramat - 'Raja adil, raja disembah - raja zalim, raja disanggah'. Demi seulas buah cempedak/nangka, berlaku tragedi berdarah ye.

Malangnya cempedak antara buah yang aku kena makan berpada-pada sebab kandungan gulanya yang tinggi jugak. Sama macam durian, pisang, mangga, nangka dan buah-buahan yang manis-manis. Buah-buahan yang tak berapa manis macam jambu, blueberry, epal hijau - yang tu nak bedal banyak mana pun tak kisah. Tapi aku suka buah-buahan yang manis je, acane ni huhu...

Birthday Staycation 2: Perhentian Marriott Resort & Spa (Part 3)

Baca entri sebelum:


Petang tu, kakak aku dah tempah slot massage dan facial di Qi Forest Spa & Wellness. Bila kiteorang sampai, rupa-rupanya pihak spa tak terima info dari pihak resort pasal booking kiteorang. Sudahnya kiteorang kena tunggu 20 minit sementara staff spa prepare bilik massage dan facial. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Qi Forest Spa & Wellness

Perhentian Marriott Resort & Spa
Sampai di spa, kiteorang diberi tuala basah dan dihidangkan minuman

Kakak aku pilih untuk buat massage dan aku pulak pilih untuk buat facial sebab dah lama giler tak pergi buat facial. Kalau tak silap, kali terakhir aku pergi buat facial ialah tahun 2019 ye! 🤣


Perhentian Marriott Resort & Spa
Sementara tunggu dieorang sediakan bilik, kiteorang isi borang spa dan pilih menu massage / facial yang kiteorang nak

Perhentian Marriott Resort & Spa
Ruangan menunggu dalam spa

Dekat spa ni, produk facial yang digunakan ialah jenama Elemis. Harga pun bukan kaleng-kaleng ye 🤭. Kalau beli produk Elemis dekat situ, dapat diskaun SST kalau tak silap. Tapi aku tak beli pun sebab sebotol krim muka tu dalam RM560 kalau tak silap. Mak aih, tak pe la 😅. Setakat ni, aku suka pakai krim muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, bukan setakat melembapkan kulit, bau pun calming. Harga pun mampu milik.


Qi Forest Spa & Wellness
Produk facial dan massage yang digunakan

Bila bilik dah ready, staff yang buatkan facial untuk aku pun bawak ke bilik rawatan di bahagian belakang. Bilik rawatan facial ni menghadap hutan, so memang rasa dalam hutan semulajadi je. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Bilik rawatan facial



One of the reasons aku tak berapa gemar buat facial ialah bila kena steam muka dengan buang blackhead, sebab aku jenis tak tahan sakit. Tapi dekat spa ni dieorang guna scrub muka je untuk buang blackhead. Memang best je rasa muka diurut sepanjang rawatan facial tu, sampai aku tertidur masa tengah buat facial. Produk yang digunakan pun wangi je. Selesai rawatan facial yang ambik masa sejam, memang nampak perbezaan kulit muka - rasa lebih lembut dan nampak lebih cerah dan glowing gittew... Patut la harga produknya kayangan sebab baru pakai sekali dah nampak kesannya.

So kalau korang berkesempatan datang ke Perhentian Marriott Resort & Spa ni, aku memang rekemen datang ke spa ni buat facial. Best ooo... Sekali-sekala manjakan kulit yang dah berusia ni hihi. Aku bagitau kat kakak aku facial kat sini best terus kakak aku book slot esok paginya untuk dia buat facial jugak.