• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, August 09, 2024

Update Tahap Kesihatan Selepas 2 Bulan

Semalam hampir seharian aku ada temujanji hospital, dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Last aku jumpa doktor ialah pada bulan Jun lepas, jadi nak tengok la hasilnya ada improvement ke tak.


KPJ Ampang Puteri
Setiap kali ke sini mesti berdebar-debar sebab ada je berita kurang enak setiap kali dapat result lab

Mula-mula sampai aku kena pergi ke makmal untuk ambik sampel darah dan air kencing. Lepas tu kena tunggu result lab keluar baru boleh jumpa doktor pakar diabetologist.


Jumpa Pakar Diabetologist / Endocrinologist

Diringkaskan hasil ujian darah dan urine:

  • Bacaan gula dalam darah stabil (HbA1c) dan pada tahap pre-diabetes 
  • Bacaan tekanan darah normal (alhamdulillah) 
  • Fungsi buah pinggang improve (dari tahap 3 ke 2) tapi tak banyak (eGFR dari 57% ke 62%). 
  • Bacaan kolesterol naik! (apakah?? Padahal aku dah kurangkan makan daging merah!)

Doktor pun tak boleh nak fikirkan punca fungsi buah pinggang aku ni merosot dengan mendadak sebab masa awal-awal aku ke sini tahun lepas, bacaan buah pinggang aku ialah 86% (masa ni memang dah merosot sebab buah pinggang normal sepatutnya bacaannya above 90%. Tapi dalam masa 5 bulan je, turun dengan drastik ke 57%. Dia confuse sebab ubat-ubatan yang dia bagi tu katanya 'supposed to protect your kidneys and heart'. Akhirnya dia suruh aku minum lagi banyak air (4L pulak kali ni 🤨) dan 2 bulan lagi kena scan buah pinggang pulak. 

Doktor pakar takde pilihan kecuali prescribe ubat kolesterol sebab dah cuba kawal tanpa ubat tapi tak berjaya huhu 😖. Selain dari tu, aku request untuk dirujuk ke pakar pemakanan (dietitian) supaya aku boleh tau apa makanan yang perlu aku elakkan dan perlu aku ambik untuk improve tahap kolesterol. 


Jumpa Pakar Pemakanan (Dietitian)

Pukul 4 petang, aku jumpa dengan pakar pemakanan pulak. Mula-mula sekali dia catat apa rutin pemakanan aku seharian (makan apa, pukul berapa, portion banyak mana). Lepas tu dia pun explain untuk tingkatkan fungsi buah pinggang aku, aku kena improve tahap kolesterol dan turunkan bacaan gula. Sebab dua-dua ni berkait rapat dengan fungsi buah pinggang.

Overall, dietitian rasa pola pemakanan harian aku dah OK (kecuali part cheat days bila kawan-kawan ajak keluar makan atau bila keluar makan dengan family, yang tu dia kata cuba cari menu sihat contohnya salad ke. Tak boleh bayangkan orang lain makan sedap-sedap aku pulak boleh makan salad je 😅). Dia cuma nasihatkan tabiat aku minum Vico satu sachet sehari kena kurangkan lagi kepada 1 sachet sebulan. Sarapan oat dan chia seed tu kalau boleh jangan letak brown sugar tapi letak la buah kurma kalau nak manis sikit atau campur susu rendah lemak. 

Antara tips-tips dari dietitian yang aku sempat catat tadi:

  1. Cholesterol is not only from eating red meat, seafood or oily food! Minum minuman dan makan makanan manis macam pastries dan air bergas, ice blended coffee etc. pun boleh naikkan kolesterol! (new knowledge for me)
  2. Pilih cara masakan rebus, stim, bakar atau panggang. Nak masak masakan bergulai boleh tapi jangan ambik kuah bila makan. 
  3. Banyakkan sayur-sayuran dalam diet sebab serat sangat membantu turunkan kolesterol jahat.
  4. Amalkan diet suku-suku-separuh (DSS). Jangan ambik lebih dari 3 portion karbohidrat setiap kali makan atau 3 sudu rata senduk nasi setiap kali makan atau segenggam penumbuk tangan sendiri.
  5. Waktu tengahari ambil protein (ayam/daging/ikan/dll.) sebesar tapak tangan tapi sebelah malam pulak kurangkan kepada separuh tapak tangan.
  6. Buang kepala udang sebelum memasak sebab kepala udang banyak kolesterol, walaupun dalam masakan rebus.
  7. Gantikan Vico dengan susu rendah lemak dan tabur sedikit serbuk koko untuk rasa coklat.
  8. Pilih yogurt perisa asli atau Greek yogurt perisa asli
  9. Cheat days (biasanya hujung minggu aku cheat days sebab keluar makan dengan family) akan menyusahkan penurunan berat badan. So selagi belum nampak perubahan berat badan, no cheat days!
  10. Fokus pada senaman kardio dulu sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Maksudnya dalam sehari, aku kena buat senaman kardio selama 30 minit (brisk walk, zumba, jogging, senamrobik dan seangkatan dengannya). Senaman kardio ni rupa-rupanya bagus untuk menaikkan bacaan HDL (kolesterol baik). Aku baru tau... Bila dah nampak penurunan berat badan, baru tambah senaman lain macam strength training.

Harap-harap tips ni pun membantu mana-mana kawan-kawan lain yang tengah berusaha menurunkan tahap kolesterol dan turunkan berat badan. Semoga aku berjaya follow tips-tips dietitian ni. Doakan aku ye kawan-kawan... 💪🏻

Read more »
on Friday, August 09, 2024 36
Share this!
Tags
Daily Life, Journal, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 08, 2024

POV: Bila Nak Blogging Tapi Majikan Sibuk Lalu-Lalang Depan Muka...

Itulah kejadian yang perlu Mommy hadap di satu pagi yang hening. Mula-mula dia perhati aku tengah BW blog kawan-kawan. Lepas tu dia mula mengiau-ngiau, entah apa yang dibebel si Kiera ni. Tolong bagi input untuk komen kot?


funny cats
Tolong baca blog sis Ezna Khalili sekali

Lepas tu dia dah mula tak duduk diam. Baru nak taip komen, dia pun sibuk la lalu-lalang sambil bagi ekor kat muka Mommy dia. Beberapa kali dia ke kanan, lepas tu ke kiri. Kalau kat Sarawak, orang kata 'kelang-kelus jak nya tok' (ke hulu ke hilir je dia ni).


funny cats
Siap tolong tekan touchpad laptop lagi, baik sangat majikan ni tolong buat kerja kan?

Akhirnya dia duduk tepi laptop tapi kan, tapi kan... ekor kembang tu dia saja je letak atas keyboard. Abis tu camane nak buat kerja ni? Geram je kita dibuatnya!


funny cats
Nak perhatian, tutup keyboard laptop dengan ekor hehe

Macam tu la bila anak bulus nak mintak perhatian dan bermanja dengan kita. Ada-ada je taktik dia nak mengacau supaya kita bagi perhatian kat dia.

Nota kaki: Lepas baca blog Syazni Rahim, aku rasa lepas ni kena letak watermark dekat gambar-gambar yang upload kat blog terutama gambar-gambar peribadi. Sekarang dah macam-macam taktik scammer, siap ambik gambar dekat blog orang lepas tu letak kat iklan scam dengan caption macam blogger tu brand ambassador skim penipuan dieorang pulak. Mintak-mintak kita semua dijauhkan dari penyakit 'ain dan fitnah dunia ni dalam kita berblogging ni 🤲🏻

Read more »
on Thursday, August 08, 2024 23
Share this!
Tags
Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 07, 2024

Pemandangan Bandaraya KL Dari Udara

Bila naik flight, aku suka duduk di tepi tingkap pesawat sebab boleh tengok pemandangan di luar. Gambar pemandangan ni aku ambik masa flight dari KL ke Kota Bharu. Siapa yang bekerja di KL, boleh nampak ke bangunan pejabat korang? 

Kat atas kanan tu area rumah kiteorang tapi bangunan rumah tak nampak sebab masa lalu situ pesawat buat lencongan pulak hehe. Terus terlepas nak ambik gambar bangunan rumah dari udara. Cuma nampak rumah kakak aku je.


Nampak bangunan tempat kerja lama hihi...

Read more »
on Wednesday, August 07, 2024 36
Share this!
Tags
Journal, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, August 06, 2024

Senang Rupa-rupanya Buat Shakshuka...

Shakshuka ni ialah resipi dari negara Tunisia dan hidangan yang popular di Timur Tengah. Kalau pergi ke restoran yang menghidangkan menu shakshuka, confirm aku akan order sebab aku suka sangat rasa shakshuka ni.

Resipi shakshuka aku ni simple je, tapi gerenti sedap hehe. Bahan-bahan utamanya ialah bawang holland, capsicum, chopped tomato (dalam tin) dan telur. Kalau nak boleh masukkan daging cincang jugak. Tapi yang menaikkan rasa shakshuka ni sebenarnya ialah serbuk paprika dan serbuk jintan manis (cumin powder). Bila dah masak, aku suka tabur daun ketumbar yang dah dihiris halus. Sedap tau!


Shakshuka yang aku makan di Bray Bakery

resipi shakshuka ringkas
Ni pulak shakshuka versi aku. Walaupun presentation nampak tak seberapa tapi rasanya sedap hehe


Shakshuka

Bahan-bahan:

  1. Minyak zaitun (untuk menumis)
  2. Sebiji bawang holland (dicincang)
  3. Sebiji capsicum (dicincang)
  4. Bawang merah 2 ulas (dicincang / blend kalau tak suka rasa bawang)
  5. Bawang putih 3 ulas (dicincang / blend kalau tak suka rasa bawang)
  6. Daging kisar (kalau nak)
  7. Chopped tomato dalam tin
  8. Serbuk paprika
  9. Serbuk jintan manis
  10. Telur 2 biji
  11. Feta cheese (kalau takde takpe, tapi kalau ada lagi sedap)
  12. Daun ketumbar, daun parsley dan daun thyme - kalau takde pun tak pe


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang holland dan capsicum sampai kekuningan dan lembut
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan kacau lagi
  4. Masukkan daging kisar dan masak sampai keperang-perangan
  5. Masukkan tomato dalam tin dan kacau lagi
  6. Masukkan serbuk paprika dan serbuk jintan manis (agak-agak je sukatannya)
  7. Masukkan daun parsley dan daun thyme
  8. Kecilkan api, buat lubang tengah-tengah shakshuka dan pecahkan telur.
  9. Tutup periuk dengan penutup dan tunggu sampai telur masak dan nampak macam poached eggs
  10. Taburkan daun ketumbar dan feta cheese.
  11. Siap untuk dihidang dan dimakan macam tu je atau cicah dengan roti


resipi shakshuka ringkas
My ultimate comfort food. Abaikan presentation tak sesedap dekat restoran hehe

resipi shakshuka ringkas
Cicah dengan roti atau makan macam tu je pun ok

Read more »
on Tuesday, August 06, 2024 20
Share this!
Tags
Food, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, August 05, 2024

Brunch dengan BFFs di Opera Cafe & Lounge @ TRX

Dah lama tak bersiaran dengan BFFs dua orang ni, jadi 2 minggu lepas kiteorang keluar brunch sesama selepas mendapat keizinan dari suami masing-masing. Hehe. Sejak dieorang ni kahwin susah bebenor nak cari masa nge-date bersama sebab aktiviti hujung minggu dieorang dengan suami masing-masing 🤭. Sis ni pengantin lama jadi Suami Terchenta dah bagi kepercayaan penuh setiap kali sis bagitau nak keluar girls outing dengan BFFs hihi. 

Kali ni kiteorang nak try tempat baru iaitu Opera Cafe & Lounge di TRX. Sebenarnya ni cawangan kedua dieorang, cawangan pertama di Starhill so korang boleh agak la kan kekayangan kafe ni 😅. Kafe ni sangat la lawa sampai dapat jolokan most Instagrammable cafe in KL gittew... Tapi memang lawa pun. Kalau sis Suzy datang sini mesti dia suka sebab tema kafe ni warna pink. Semua pink, dari hiasan kafe sampai la ke pinggan dan even peket gula pun warna pink lolzz.


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Opera Cafe & Lounge @ TRX

Lokasi kafe ni sebenarnya susah sikit nak cari sebab bukan dalam mall TRX tu tapi di bangunan Menara Exchange 106 yang bersambung dengan mall. Sampaikan Zura boleh sesat barat tak jumpa-jumpa kafenya, bengang member tu siap bagitau kalau dia tak jumpa jugak lepas sejam cari, dia akan pergi shopping je la! Nasib baik 45 minit kemudian dia muncul 😝. Aku dengan Nurul dah puas ber posing sakan by the time dia sampai hehe.


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Puas ber posing sementara menunggu seorang lagi BFF sampai sebab dia tengah sesat mencari jalan ke kafe

Kafe ni menghidangkan menu Western dan Mediterranean, pastries, kek dan jugak dessert. Sebenarnya ada jugak Instagrammable desserts yang sangat la comel dan menarik, tapi kiteorang tak order sebab tujuan datang ke sini sebab nak brunch. Boleh tengok menu kafe di SINI.

Antara makanan/minuman yang kiteorang pilih:


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Peach iced tea, Opera avocado dan rich hot chocolate

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Almond croissant

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Eggs benedict with smoked salmon

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Salmon cruffin

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Truffle fries

Boleh dikatakan makanan kat Opera Cafe & Lounge ni sangat memuaskan hati, cuma harganya agak kayangan la. Tempatnya sesuai untuk celebrate birthday atau anniversary sebab deko kafe OTT (over the top) dan sesuai untuk orang yang suka ambik gambar dan post di IG hihi. Sebelum ke sini, elok buat tempahan meja dulu. Masa kiteorang mula-mula sampai pukul 10 pagi, kafe ni agak lengang tapi bila kiteorang dah nak gerak hampir 2 jam kemudian, tiba-tiba tempat ni penuh. Nak selamat, digalakkan buat tempahan meja.


Opera Cafe & Lounge @ TRX
Ada tempat OOTD jugak tapi camera girl yang bertugas kat sini ambik gambar close-up ni kenapa? Dah kena crop sayap sis ni 🤪

Opera Cafe & Lounge @ TRX
Alamat: Lot No. UG.08, Level Upper Ground, Menara Exchange 106
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam
IG: @operacafemy
Laman web: https://operacafe.com.my/
Read more »
on Monday, August 05, 2024 30
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Aku Sis Lin
    30 minutes ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    1 hour ago
  • mrhanafi.com
    2 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    10 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    11 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    12 hours ago
  • KasihkuAmani
    12 hours ago
  • Drawing the Words
    14 hours ago
  • SURIA AMANDA
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    16 hours ago
  • a m m i
    23 hours ago
  • orangbukit
    23 hours ago
  • My Small World
    1 day ago
  • Miles of smiles
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Blog Anamizu™
    2 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.