Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Khayla

Minggu lepas ialah hari pelaporan PBD di sekolah Khayla. Macam biasa, aku dan Suami Terchenta akan sama-sama pergi ke sekolah untuk mendengar laporan tentang prestasi akademik Khayla. Alhamdulillah, lulus semua mata pelajaran, cuma kena usaha lagi untuk dapatkan gred A untuk beberapa subjek macam Bahasa Melayu dan Sejarah. Dari segi kedudukan dalam kelas pulak, Khayla di kedudukan nombor 4. Satu peningkatan yang agak baik sebab tahun lepas dia dapat nombor 7-8 macam tu.


Menunggu giliran berjumpa guru kelas

Lepas ambik result PBD, pelajar dah boleh balik dengan ibubapa. Since boleh balik sekolah awal, aku bawak la dia makan tengahari di Bray Bakery sebab dia suka sangat croissant kat sini. 


Celebrate prestasi PBD yang meningkat dan tempat nombor 4 dalam kelas

Seronok dia dapat croissant favourite

Macam biasa aku order shakshuka, Khayla pulak order croissant dan grilled cheese sandwich. Memang tak jemu makan shakshuka di Bray Bakery ni, dan shakshuka ni versi takde daging. Jadi takde la rasa bersalah hehe.

Singgah di Masjid Sri Sendayan & Willy Satay

Dalam perjalanan balik ke KL, kiteorang singgah solat Maghrib di Masjid Sri Sendayan, iaitu salah sebuah masjid tercantik di Malaysia. Bukan kiteorang je, ramai jugak yang singgah untuk solat di masjid ni.

Serba-sedikit info tentang Masjid Sri Sendayan - ianya menelan belanja RM100 juta untuk disiapkan dan menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Masjid ni diwakafkan oleh pengasas Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Allahu. Bukan setakat jutawan, malah dermawan. 

Mak beriya-iya nak singgah solat di masjid ni sebab dengar cerita, arkitek yang diberikan kepercayaan untuk merealisasikan senibina masjid ni berasal dari Miri, Sarawak iaitu Zailan Yusop (eLANZ Design Build Sdn Bhd). Mak tumpang bangga sebab dia orang Miri, hihi...

Disebabkan kiteorang pergi sebelah malam, jadi gambar-gambar yang diambik tak berapa menyerlah. Kalau nak tengok gambar-gambar Masjid Sri Sendayan yang lebih cantik, boleh pergi ke blog kak Mulan sebab dia pun singgah di masjid yang sama baru-baru ni.

Bangunan masjid yang berwarna putih mengingatkan aku dengan masjid yang kiteorang pernah pergi di Abu Dhabi dulu (Sheikh Zayed Grand Mosque). Tapi masjid Sri Sendayan ni lebih dikenali sebagai Taj Mahal Malaysia sebab mirip dengan Taj Mahal di India.

Next, jom layan gambar-gambar masjid yang aku / Suami Terchenta ambik:


Masjid Sri Sendayan
Bukti dah sampai ke Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan yang tersergam indah


Masjid Sri Sendayan
Pemandangan dari luar masjid

Masjid Sri Sendayan
Setiap sudut masjid ni memang cantik dan memukau

Masjid Sri Sendayan
Dalam dewan solat utama (gambar diambil oleh Suami Terchenta)

Dah selesai solat, Suami Terchenta kata nak singgah makan dulu sebelum balik ke rumah. Since dah dekat dengan Kajang, aku suggest la singgah makan di Willy Satay sebab ramai orang review Willy Satay ni lagi sedap dari Satay Haji Samuri.


Willy Satay
Willy Satay

Agak lama jugak menunggu satay siap sampai aku lapar dan pergi beli nasi goreng kampung dari gerai lain untuk isi perut sementara tunggu satay siap. Kalau makan kat Satay Haji Samuri, servis lebih cepat la. Kadang-kadang tu terlebih cepat sebab dapat satay ayam yang tak berapa masak, gara-gara nak cepat sangat kan. Huhu.

My verdict - Willy satay ni lebih banyak isi, dari segi rasa not bad, tapi aku lebih prefer kuah kacang Satay Haji Samuri. Mungkin sebab dah terbiasa kot.


nasi goreng kampung
Sekali lagi kecewa dengan nasi goreng kampung 

Hmm... Aku tak tau la apa nasib aku hari tu sebab kali kedua order nasi goreng kampung (kononnya nak menebus rasa kecewa dengan nasi goreng kampung di Makan Avenue @ Melaka) hari yang sama, pun sangat mengecewakan. Korang tengok dan nilai sendiri nasi goreng kampung ni. Dari gambar dah tau ni bukan nasi goreng kampung. 

Menu Simple Orang Sarawak - Sup Udang dan Cangkuk Manis Telur

Bila masak untuk diri-sendiri je macam ni la kan... tak bother langsung nak salin dari periuk ke mangkuk hihi 🤭. Malas nak bazir air basuh pinggan mangkuk. Sejenis siap masak, terus bawak periuk ke meja makan #unbothered. Kalau mak aku tau, mesti dia bising hihi.


Sup udang dengan terung asam dan sayur pucuk manis @ cangkuk manis tumis telur 

My mom dah selamat terbang pulang ke Sarawak Ahad lepas tapi masa dia datang ke sini, dia bawakkan terung asam @ terung Iban sebab dia tau aku suka sangat terung asam. Selalunya aku campur dalam masakan sardin pedas tapi sebab sardin pedas cap Smiling Fish tu dah habis jadi aku campur dalam sup udang.

Sup udang ni sedap dipadankan dengan sayur tumis, jadi aku pun buat sayur pucuk manis tumis telur. Orang Sarawak tak panggil sayur ni pucuk manis - kiteorang panggil sayur cangkuk manis. Ni pun stail orang Sarawak jugak.

Sup udang ni ringkas je bahan-bahannya - halia, bawang holland, serai yang diketuk, cili padi, asam keping dan nak bagi lebih 'kick', belacan Bintulu. Lepas semua bahan-bahan ni dah mendidih, baru masukkan terung asam sampai lembut dan last sekali baru masukkan udang. Udang tu rebus sekejap je dalam 5 minit terus tutup api. Kalau rebus lama sangat, isi udang tu tak berapa manis dan liat pulak.

Sayur tumis tu pulak lagi la simple. Tumis bawang putih cincang sampai wangi, aku suka letak stok ayam untuk ganti garam, tumis sayur dan akhir sekali baru aku pecahkan telur dan hancur-hancurkan sebelum gaul dengan sayur dalam kuali yang sama. Selalunya aku letak jugak jagung muda tapi lupa nak beli. Ada orang letak serbuk lada putih jugak nak bagi lebih sedap tapi aku tak letak.

Udang ni sepatutnya aku buang dulu kepalanya sebelum dimasak sebab nak elakkan kolesterol tinggi, tapi tanpa kepala udang, sup tu rasa tak bermakna hahaha! Lagipun bukannya makan udang hari-hari pun, setiap minggu pun tak tentu ada. Jarang-jarang kiteorang beli udang tapi kalau ada memang akan masak sup udang la jawabnya. 

Dating dengan Khadeeja di Llaollao

Di satu petang ni balik dari sekolah, aku ajak Khadeeja ke Sunway Putra sebab tetiba teringin nak makan aiskrim yogurt llaollao kat sini. Kalau pergi ke sini berdua je dengan Khadeeja, aku tak rasa bersalah sebab Khayla memang tak minat pun aiskrim yogurt ni. Cuma aku dengan Khadeeja je peminat aiskrim yogurt dalam rumah ni. Biasanya kalau dah bawak Khadeeja dating, aku akan bawak Khayla dating dekat tempat favourite dia pulak. Baru la adil dan saksama #alasanmakanakdua.


yogurt ice cream
Adik dah dapat aiskrim memang tak toleh kiri kanan lagi hehe

Biasanya aku ambik maksimum 2 toppings sebab mahal noks kalau ambik banyak-banyak. Aku pilih buah mangga dan sos ovomaltine. Khadeeja taknak buah, dia nak sos ovomaltine tu je. Jimat duit mak hehe.


yogurt ice cream
Sekali-sekala boleh la layan anak tekak, kalau selalu confirm kena marah doktor!

Kalau korang pulak, korang suka topping apa dekat llaollao ni? By the way, cara sebutan llaollao ialah (yao-yao). Kena tepek kat sini sebab aku selalu lupa cara nak sebut llaollao ni. Berbelit-belit lidah dibuatnya!

Singgah Minum di Stuart's Coffee

Sebelah luar Malaysia Heritage Studios tu ada kafe dan Marrybrown's. Sebelum balik, kiteorang singgah kejap membasahkan tekak di Stuart's Coffee. Maklumlah, cuaca panas dan puas berjalan-jalan kat dalam taman tu.


Malaysia Heritage Studios
Sebab dah petang-petang sikit, jadi tak ramai orang. Ada pelbagai jenis minuman dijual di sini, bukan setakat kopi je jadi ok la sebab anak-anak dan aku tak minum kopi. Pastries pun ada

Lega rasanya melangkah masuk dalam kafe yang berhawa dingin. Lepas pesan minuman, kiteorang duduk lepak kejap. Aku terlupa ambik gambar minuman, boleh tak? Tapi rasa ok la, standard kafe moden.


Stuart's Coffee
Pastries pun menarik tapi kiteorang dah kenyang so tak terasa nak beli

Stuart's Coffee
Menggoda betul rich chocolate croissant ni. Adoi, ingat pesan dietitian sikit Carneyz...

Suka deko dalam kedai ni, walaupun simple tapi sedap mata memandang dan selesa untuk lepak. Bahan bacaan pun disediakan.


Malaysia Heritage Studios
Hiasan dalaman kafe Stuart's Coffee

Malaysia Heritage Studios
Stuart's Coffee

Orang Melaka dah pernah singgah sini ke?