Aktiviti Hujung Minggu - Balik Kampung

Bulan lepas penyewa aku di Bintulu pindah rumah. Lepas berbincang dengan Suami Terchenta, kiteorang decide lepas ni dah tak nak sewakan rumah tu dekat sesiapa supaya senang kiteorang nak balik ke Bintulu masa cuti sekolah yang panjang. Alhamdulillah, rumah tu dah selesai hutang bank jadi dah takde komitmen bulanan yang memerlukan aku untuk cari penyewa semata-mata nak cover loan rumah. 

Tiga minggu lepas, kiteorang balik ke sana sebab nak tengok condition rumah sebelum aku pulangkan deposit penyewa dan jugak sebab Suami Terchenta nak pasang CCTV dekat rumah tu. Memandangkan balik hujung minggu je, anak-anak tak ikut dan bermalam di rumah kakak aku. 


Tak jemu tengok langit dan lautan biru dari luar tingkap pesawat


Cantik kan pemandangan awan ni? Nampak macam awan ni terapung atas air sebab bayang-bayang yang terpantul atas permukaan lautan

Sampai je kat Bintulu, perkara pertama yang aku cari ialah sarapan pagi. Semestinya la mee sapi Ahim yang menjadi pilihan hati.


Gerai mee sapi Ahim tu dah pindah ke restoran Jom Ngeteh di Tanjung Batu, betul-betul sebelah Boulevard Mall Bintulu

Akhirnya dapat lepas rindu dengan mee sapi Ahim ni 🫢🏻

Dah setel bersarapan, kiteorang terus gerak ke rumah. Sebelum balik ke Bintulu, aku dah siap-siap buat temujanji dengan Wan, tukang rumah yang biasa aku panggil bila ada apa-apa kerosakan di rumah tu. Lepas diperiksa, ada beberapa kerosakan di tandas yang perlu dibaiki. Dinding pun nampaknya perlu dicat semula dan aku mintak quotation untuk repair kabinet dapur jugak. 


Suami Terchenta beli beberapa CCTV untuk pasang dalam dan luar rumah. Ni dia tengah test CCTV dari apps yang dia dah install dekat phone

Alhamdulillah, sekarang dah ada rumah semula untuk kiteorang balik ke Bintulu lebih kerap. Anak-anak tak sabar nak balik cuti sekolah / Raya Haji ni, suka la dieorang dapat balik melawat Mak Yeng (mak aku) selalu lepas ni πŸ₯°.


OK dah, jom balik ke lubuk rezeki...

Lamanya tak melepak dengan Geng Kamie...

Dua minggu lepas, tiba-tiba dapat mesej dari Kak Retna ajak lepak di Danau Kota dengan Sislin dan Abang Sabar. Kebetulan dieorang baru balik dari Kuantan dan malam tu memang plan nak tidur di KL sebelum ke melawat saudara di Selangor.

Tanya Suami Terchenta nak join ke tak? Dia kata boleh la lepak sekejap. Tapi jangan percaya sekejap tu - kalau dah lama tak jumpa, bila berborak tu tau-tau dah pukul 11 malam! 🀭 Anak sulung beberapa mesej tanya bila nak balik, hihi. Dah terbalik pulak, bukan mak ayah tanya bila anak nak balik tapi anak pulak tanya bila nak balik rumah πŸ˜†.

Kiteorang berjumpa di Maboba, tak jauh dari rumah Kak Siti Delima. Dieorang pun join jugak malam tu tapi lambat sikit sebab tu takde dalam gambar.

Masakan goreng-goreng kat sini kena dengan tekak aku. Nasi goreng ikan masin memang sedap πŸ‘πŸ». Tomyam campur dia meriah dengan seafood (ketam, udang, sotong, kepah) tapi sayangnya kurang segar dan kuah tomyam pulak kurang masam dan terlebih manis. Colek yang Sislin order tu pun sedap.

Oleh sebab aku jarang blogging dan jarang blogwalking jugak, baru tau pasal adik Kak Retna tak berapa sihat sekarang 😒. Semoga adik Kak Ret diberikan kesembuhan dari penyakitnya, Ameen YRA. Lepas tu terus la topik kiteorang berkisar tentang ubat apa yang kiteorang tengah ambik sekarang, al-maklumlah dan umur 40-an kan πŸ˜…. Gitu-gitu je la topik perbincangan bila berjumpa, selain dari bertanya khabar sahabat-sahabat Geng Kamie yang tak dapat nak memunculkan diri malam tu.

Apapun, rasa seronok bila dapat berjumpa Geng Kamie sebab kiteorang dah kenal lebih dari 20 tahun.  Dari anak-anak Sislin masih di sekolah rendah sampai la dah berkahwin dan Sislin dah bercucu. Tu yang sanggup keluar lepak malam-malam walaupun menahan mengantuk je bila dah pukul 10 malam ke atas hihi.

Psst... bila nak lepak lagi ni?


Kredit foto: Kak Retna

Jom Pergi ke Taman Botani Perdana!

Salam hujung minggu,

Sekarang ni aku suka beriadah di luar dari beriadah di gym sebab doktor kata kena dapatkan vitamin D secukupnya hihi. Jadi pagi-pagi aku akan keluar beriadah sama ada hiking di Taman Tugu atau berjalan di taman-taman awam. Jumaat lepas ke Taman Botani Perdana untuk brisk walk. Dari rumah, aku naik LRT dan MRT, kemudian turun di stesen MRT Muzium Negara. Dari stesen MRT, jarak ke Taman Botani Perdana tak jauh, dalam 300 meter je.


Keluar dari Pintu B dan naik escalator exit di depan Muzium Negara

Sebelum ni, nama rasmi taman ni ialah Taman Tasik Perdana sebelum ditukar ke Taman Botani Perdana pada tahun 2011

Macam biasa sambil brisk walk, aku suka ambik gambar sekitar taman:


Bangku kerusi dengan latar belakang yang cantik, sesuai untuk OOTD

Itik berenang-renang di tasik

Tenang je tengok hidupan liar di taman tasik ni

Hujung minggu, tempat ni jadi tumpuan orang ramai bawak anak-anak beriadah

Antara Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Botani Perdana, aku prefer Taman Botani Perdana sebenarnya sebab lebih besar dengan keluasan 226 ekar keseluruhannya, lebih banyak tarikan contohnya taman rusa, taman orkid dsb., nampak lebih terjaga dan lebih redup sebab ada banyak pokok. Cuma aku lebih kerap ke Taman Tasik Titiwangsa sebab lebih dekat dengan rumah.


Sungai yang bersambung dengan Tasik Perdana

Pokok peluru meriam atau dalam Bahasa Inggeris ialah cannonball tree. Antara fakta menarik tentang pokok ni ialah ianya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional Ayurveda termasuk merawat selesema, sakit kepala, masalah hati dan reumatisme (iaitu penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot ) dan kulit batangnya pernah digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa (sumber: sini)

Air terjun buatan

Kucing ni malas nak layan aku, mungkin dia dah bosan asyik kena belai pengunjung di sini πŸ˜…

Sekitar taman ni banyak fakta menarik jadi sambil beriadah, kita boleh tambah ilmu baru tentang alam semulajadi

Kalau korang pulak, korang suka beriadah dekat mana?

Ziarah Madinah al-Munawwarah (Bahagian 4)

Salam Jumaat semua, semoga kita semua memperoleh keberkatan berlipat kali ganda pada penghulu segala hari ni ✨.

Sambung cerita ziarah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Hari ketiga di Madinah dan sehari sebelum kiteorang bertolak ke Mekah, ada jemaah dalam kumpulan kiteorang yang ajak join naik bas Madinah Hop On Hop Off. Harga tiket seorang ialah SAR80 tapi sebab kiteorang lebih dari 10 orang, dapat diskaun sikit (tak ingat berapa).


Macam ni la rupa bas HOHO kat Madinah (kredit imej: city-sightseeing.com)

Laluan bas HOHO

Tempat menunggu bas HOHO ni tak jauh dari hotel kiteorang, jalan beberapa ratus meter je dah sampai. Lepas bayar harga tiket, kiteorang dapat brochure peta perjalanan bas, password wifi bas dan earphones untuk dengar penerangan audio tentang tempat-tempat yang kiteorang lalu.

Konsep HOHO ni sama je dengan bas KL HOHO, penumpang boleh berhenti di mana-mana bus stop dan naik bas seterusnya. Tapi kiteorang malas nak berhenti kat mana-mana jadi duduk je la atas bas tu sambil layan pemandangan sekitar kota Madinah.


Perjalanan bermula... kiri kanan ni ialah hotel-hotel yang berdekatan dengan Masjid Nabawi

Ni antara tempat-tempat yang kiteorang lalu:


Hotel ni didirikan atas tanah wakaf Saidina Uthman bin Affan RA, seorang hartawan yang dermawan dan  khalifah Islam ketiga selepas kewafatan Saidina Umar bin Khattab RA

As-Safiyyah Museum & Park. Tengok dari luar je, Insha Allah kalau ke Madinah lagi nak explore muzium ni

Bangunan berkubah hijau tu ialah Masjid Bilal Ibn Rabah

Satu perkara yang aku perasan di Madinah dan di Mekah takde motorsikal atas jalan raya 

Bangunan kerajaan di Madinah

Emarat Al Madinah (The Emirate of Al Madinah Province) ialah pejabat gabenor Madinah iaitu YM Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz al-Saud

Hejaz Railway Museum

Masjid Anbariya yang dibina oleh pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II dan merupakan sebahagian daripada projek pembinaan stesen keretapi Hejaz.


Salah sebuah gedung membeli-belah di Madinah. Nampak lengang sebab orang kat sana biasanya keluar shopping sebelah malam sebab tak panas sangat

Bukit Uhud yang kemerah-merahan. Bukit Uhud ni kesayangan Rasulullah SAW dan bukit ni jugak sangat sayangkan Rasulullah SAW (Riwayat al-Bukhari (4422))

Kalimah Allah atas bukit Uhud. Sambung lagi cerita tentang bukit Uhud. Disebabkan rasa cintanya bukit Uhud terhadap Rasulullah SAW, bukit Uhud mula bergegar ketika Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda menaiki bukit ni. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Tetaplah (jangan bergerak) Uhud, sesungguhnya di atas kamu terdapat Nabi, al-Siddiq (Abu Bakar) dan dua orang yang syahid (Umar dan Uthman).” [Riwayat al-Bukhari (3686)]

Menara Masjid Al-Qiblatain, salah satu masjid terawal yang dibina semasa zaman Rasulullah SAW. Masjid Qiblatain mempunyai 2 arah kiblat di dalam satu masjid. Mihrab yang terbina kedua-duanya saling berhadapan di antara satu sama lain. Kiblat pertama menghadap ke arah utara iaitu tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis) di Jerusalem (Palestin) manakala kiblat kedua adalah menghadap ke arah selatan iaitu tempat terletaknya Kaabah (Baitullah) di Mekah Al-Mukarramah (sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan). Dipercayai Rasulullah SAW menerima wahyu pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Baitullah ialah semasa berada di masjid ni

Masjid Quba, tempat pertama kiteorang singgah masa ziarah berkumpulan

Ladang kurma, bukan ladang kelapa sawit ye uolls πŸ˜…

Tamat acara jalan-jalan cuci mata menggunakan perkhidmatan bas HOHO Madinah. Aktiviti yang sangat menarik!

Kalau korang berada di Madinah, jangan lepaskan peluang naik bas HOHO ni untuk menjelajah sekitar bandar Madinah. Memang recommended sangat2 πŸ‘πŸ» Kalau ada banyak masa dan kerajinan, boleh singgah di setiap masjid ni untuk ziarah dan solat dalam masjid-masjid bersejarah di sini. Lepas tu boleh sambung perjalanan menaiki bas HOHO seterusnya, takde bayaran tambahan tau.

Sampai sini je tentang ziarah Madinah al-Munawwarah. Insha Allah ada kelapangan nanti aku update pulak tentang pengalaman di kota Mekah al-Mukarramah.

Ziarah Madinah al-Munawwarah (Bahagian 3)

Salam Hari Pekerja buat rakan-rakan semua!

Pejam celik, dah masuk bulan Mei. Bermakna dah 3 bulan berlalu lepas aku balik dari umrah tapi kenangan di Madinah tu masih segar dalam ingatan lagi-lagi bila tengok balik gambar-gambar dekat sana ☺️.

Cantiknya Masjid Nabawi... tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata. Ni ialah beberapa rakaman foto dalam dan luar Masjid Nabawi yang sempat aku rakamkan buat kenangan. Sampai sekarang rindu pada masjid Nabi SAW ni masih lagi terasa. Semoga ada rezeki untuk ke sana lagi, Ameen YRA 🀲🏻...


Menara masjid


Salah sebuah pintu masjid yang terukir 'Muhammad SAW'. Pada zaman Nabi SAW, hanya terdapat 3 pintu masuk ke masjid Nabawi tapi dengan perluasan masjid, sekarang terdapat 86 pintu keseluruhannya

Pintu masjid dibuat dari kayu jati, logam dan disaluti dengan emas

Ruang solat dalam masjid dihampar dengan permaidani hijau yang selesa. Biasanya lepas solat Subuh dan Asar, anak-anak orang Arab akan berkumpul dalam bulatan untuk belajar Al-Quran

Teringat satu Subuh ni, aku temankan mak berjalan ke masjid sebab mak aku jalan perlahan. Masa tu aku fikir mesti tak sempat nak ikut solat berjemaah sebab dah agak lama jugak masa berlalu lepas azan Subuh. Tidak ya, tuan-tuan dan puan-puan πŸ˜…. Kiteorang masih sempat ikut solat berjemaah walaupun sampai lewat. Sebab tu aku suka vibe dekat Madinah, chill dan santai je πŸ˜„

Burung merpati hinggap dalam masjid. Burung merpati dekat sana tak membuang merata-rata walaupun di luar masjid, jadi kebersihan kawasan masjid sentiasa terpelihara

Lampu chandelier terukir dengan kalimat Ω„َΨ§ Ψ₯ِΩ„َٰΩ‡َ Ψ₯ِΩ„َّΨ§ Ω±Ω„Ω„َّٰΩ‡ُ

Ukiran kubah masjid yang memukau. Ada sesetengah kubah masjid Nabawi yang boleh dibuka 

Subhanallah. Terasa kerdil je diri ni bila berdiri bawah kubah masjid

Boleh hayati keindahan Masjid Nabawi dalam video ni:


Bahagian 4 nanti aku cerita pasal pengalaman naik bas hop on hop off (HOHO) dekat Madinah. Stay tuned!