Aktiviti Hujung Minggu - Balik Kampung
Bulan lepas penyewa aku di Bintulu pindah rumah. Lepas berbincang dengan Suami Terchenta, kiteorang decide lepas ni dah tak nak sewakan rumah tu dekat sesiapa supaya senang kiteorang nak balik ke Bintulu masa cuti sekolah yang panjang. Alhamdulillah, rumah tu dah selesai hutang bank jadi dah takde komitmen bulanan yang memerlukan aku untuk cari penyewa semata-mata nak cover loan rumah.
Tiga minggu lepas, kiteorang balik ke sana sebab nak tengok condition rumah sebelum aku pulangkan deposit penyewa dan jugak sebab Suami Terchenta nak pasang CCTV dekat rumah tu. Memandangkan balik hujung minggu je, anak-anak tak ikut dan bermalam di rumah kakak aku.
 |
Tak jemu tengok langit dan lautan biru dari luar tingkap pesawat |
 |
Cantik kan pemandangan awan ni? Nampak macam awan ni terapung atas air sebab bayang-bayang yang terpantul atas permukaan lautan |
Sampai je kat Bintulu, perkara pertama yang aku cari ialah sarapan pagi. Semestinya la mee sapi Ahim yang menjadi pilihan hati.
 |
Gerai mee sapi Ahim tu dah pindah ke restoran Jom Ngeteh di Tanjung Batu, betul-betul sebelah Boulevard Mall Bintulu |
 |
Akhirnya dapat lepas rindu dengan mee sapi Ahim ni 🫶🏻 |
Dah setel bersarapan, kiteorang terus gerak ke rumah. Sebelum balik ke Bintulu, aku dah siap-siap buat temujanji dengan Wan, tukang rumah yang biasa aku panggil bila ada apa-apa kerosakan di rumah tu. Lepas diperiksa, ada beberapa kerosakan di tandas yang perlu dibaiki. Dinding pun nampaknya perlu dicat semula dan aku mintak quotation untuk repair kabinet dapur jugak.
 |
Suami Terchenta beli beberapa CCTV untuk pasang dalam dan luar rumah. Ni dia tengah test CCTV dari apps yang dia dah install dekat phone |
Alhamdulillah, sekarang dah ada rumah semula untuk kiteorang balik ke Bintulu lebih kerap. Anak-anak tak sabar nak balik cuti sekolah / Raya Haji ni, suka la dieorang dapat balik melawat Mak Yeng (mak aku) selalu lepas ni 🥰.
 |
OK dah, jom balik ke lubuk rezeki... |
alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar
ReplyDeletebetul tu.. x jemu tgk..indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa..subhanallah
bestnya balik kg! i rasa mcm nak balik kg jugak weekend ni sbb ada cuti wesak monday tu kan
ReplyDeleteAlhamdulillah...yang penting loan dah habis...seronoknya...salut lah orang yang boleh habis loan rumah cepat nie
ReplyDeleteThe best of life bila hidup x ada hutang...
ReplyDelete