Salam Jumaat semua, semoga kita semua memperoleh keberkatan berlipat kali ganda pada penghulu segala hari ni ✨.

Sambung cerita ziarah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Hari ketiga di Madinah dan sehari sebelum kiteorang bertolak ke Mekah, ada jemaah dalam kumpulan kiteorang yang ajak join naik bas Madinah Hop On Hop Off. Harga tiket seorang ialah SAR80 tapi sebab kiteorang lebih dari 10 orang, dapat diskaun sikit (tak ingat berapa).


Macam ni la rupa bas HOHO kat Madinah (kredit imej: city-sightseeing.com)

Laluan bas HOHO

Tempat menunggu bas HOHO ni tak jauh dari hotel kiteorang, jalan beberapa ratus meter je dah sampai. Lepas bayar harga tiket, kiteorang dapat brochure peta perjalanan bas, password wifi bas dan earphones untuk dengar penerangan audio tentang tempat-tempat yang kiteorang lalu.

Konsep HOHO ni sama je dengan bas KL HOHO, penumpang boleh berhenti di mana-mana bus stop dan naik bas seterusnya. Tapi kiteorang malas nak berhenti kat mana-mana jadi duduk je la atas bas tu sambil layan pemandangan sekitar kota Madinah.


Perjalanan bermula... kiri kanan ni ialah hotel-hotel yang berdekatan dengan Masjid Nabawi

Ni antara tempat-tempat yang kiteorang lalu:


Hotel ni didirikan atas tanah wakaf Saidina Uthman bin Affan RA, seorang hartawan yang dermawan dan  khalifah Islam ketiga selepas kewafatan Saidina Umar bin Khattab RA

As-Safiyyah Museum & Park. Tengok dari luar je, Insha Allah kalau ke Madinah lagi nak explore muzium ni

Bangunan berkubah hijau tu ialah Masjid Bilal Ibn Rabah

Satu perkara yang aku perasan di Madinah dan di Mekah takde motorsikal atas jalan raya 

Bangunan kerajaan di Madinah

Emarat Al Madinah (The Emirate of Al Madinah Province) ialah pejabat gabenor Madinah iaitu YM Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz al-Saud

Hejaz Railway Museum

Masjid Anbariya yang dibina oleh pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II dan merupakan sebahagian daripada projek pembinaan stesen keretapi Hejaz.


Salah sebuah gedung membeli-belah di Madinah. Nampak lengang sebab orang kat sana biasanya keluar shopping sebelah malam sebab tak panas sangat

Bukit Uhud yang kemerah-merahan. Bukit Uhud ni kesayangan Rasulullah SAW dan bukit ni jugak sangat sayangkan Rasulullah SAW (Riwayat al-Bukhari (4422))

Kalimah Allah atas bukit Uhud. Sambung lagi cerita tentang bukit Uhud. Disebabkan rasa cintanya bukit Uhud terhadap Rasulullah SAW, bukit Uhud mula bergegar ketika Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda menaiki bukit ni. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Tetaplah (jangan bergerak) Uhud, sesungguhnya di atas kamu terdapat Nabi, al-Siddiq (Abu Bakar) dan dua orang yang syahid (Umar dan Uthman).” [Riwayat al-Bukhari (3686)]

Menara Masjid Al-Qiblatain, salah satu masjid terawal yang dibina semasa zaman Rasulullah SAW. Masjid Qiblatain mempunyai 2 arah kiblat di dalam satu masjid. Mihrab yang terbina kedua-duanya saling berhadapan di antara satu sama lain. Kiblat pertama menghadap ke arah utara iaitu tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis) di Jerusalem (Palestin) manakala kiblat kedua adalah menghadap ke arah selatan iaitu tempat terletaknya Kaabah (Baitullah) di Mekah Al-Mukarramah (sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan). Dipercayai Rasulullah SAW menerima wahyu pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Baitullah ialah semasa berada di masjid ni

Masjid Quba, tempat pertama kiteorang singgah masa ziarah berkumpulan

Ladang kurma, bukan ladang kelapa sawit ye uolls 😅

Tamat acara jalan-jalan cuci mata menggunakan perkhidmatan bas HOHO Madinah. Aktiviti yang sangat menarik!

Kalau korang berada di Madinah, jangan lepaskan peluang naik bas HOHO ni untuk menjelajah sekitar bandar Madinah. Memang recommended sangat2 👍🏻 Kalau ada banyak masa dan kerajinan, boleh singgah di setiap masjid ni untuk ziarah dan solat dalam masjid-masjid bersejarah di sini. Lepas tu boleh sambung perjalanan menaiki bas HOHO seterusnya, takde bayaran tambahan tau.

Sampai sini je tentang ziarah Madinah al-Munawwarah. Insha Allah ada kelapangan nanti aku update pulak tentang pengalaman di kota Mekah al-Mukarramah.

4 comments:

  1. Banyaknya berubah selepas 2022 kami ke sana dulu. Rindunya moga dapat ke Tanah Suci lagi, Aamiin

    ReplyDelete
  2. subhanallah... cantiknya..moga dpt juga dijemput jadi tetamu Allah...satu hari nanti... aamiin

    ReplyDelete
  3. bestnya.. hari tu saya kat madinah x tahu pun pasal bas ni..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...seronoknya...moga2 ada rezeki linda ke tanah suci sebelum menutup mata..aamin

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .