Tempat wajib singgah bila balik ke kampung Suami Terchenta

Tempat wajib singgah bila balik kampung

Semalam terbaca komen Suria Amanda dekat entry balik kampung:


Kalau belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak mungkin tak boleh bayangkan rupa mee sapi yang dimaksudkan SA tu 😅. Yessss... ni la mee sapi tersohor di Sarawak, sampai pernah disebut oleh PM ke-8 dalam teks ucapan beliau sebelum ni. Beroperasi dari Restoran Sepinang Sari, mee sapi Hj Salleh ni menjadi tumpuan bukan setakat masyarakat tempatan di Sarawak tapi pelancong dari luar Sarawak pun sanggup beratur semata-mata nak menikmati mee sapi ni.


Mee sapi Hj Salleh


Biasanya kalau giliran raya tahun tu di kampung Suami Terchenta dulu, mesti aku rasa disappointed sikit haha. Kecewa bukan apa, sebab kedai ni tutup jadi tak dapat la aku merasa mee sapi bila balik kampung Suami Terchenta. Tapi tahun ni giliran kampung aku dulu, jadi bila kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta pada hari raya ke-3, hari raya ke-6 kiteorang pun gigih beratur depan kedai semata-mata nak makan mee sapi Hj Salleh 🤭.

Nak makan mee sapi Hj Salleh ni kena sabar beratur... ada yang sanggup beratur dari pukul 6 pagi lagi! Kiteorang yang beratur pukul 8 pagi kena menunggu sejam baru dapat tempat duduk dalam kedai. Lepas tu kena menunggu lagi 30 minit untuk pesanan kiteorang sampai. Tapi rata-rata pengunjung masih lagi sabar beratur dan takde yang marah-marah sebab servis lambat.

My favourite dekat sini ialah mee sapi tendon. Tendon lembu ni direbus sampai lembut dan kenyal, memang kena dengan mee kolok yang kenyal jugak. Yang menjadikan mee sapi Hj Salleh ni istimewa ialah sup dan kuah cili nya yang sedap. Ex-boss aku dulu kalau ke sini, dia akan pesan sekurang-kurangnya 2 mangkuk mee sapi ni ye! Dia memang peminat tegar mee sapi Hj Salleh. 

Kalau korang ada rezeki sampai ke Kuching dan nak merasa mee sapi Hj Salleh ni, tips nak mengelak beratur panjang ialah datang seawal jam 6 pagi atau hari biasa. Oh ya, dekat sini cuma boleh bayar tunai je kalau tak silap jadi standby bawak cash sebelum ke sini.

April - Birthday Month Suami Terchenta

Tarikh 12 April ialah tarikh istimewa Suami Terchenta. Selamat Hari Lahir, Suami Terchenta! Semoga dengan bertambahnya umur, semakin bertambah juga ketaqwaan kepada Allah, kasih sayang kepada keluarga dan rezeki yang berkat, Ameen2x Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻


Sanah Helwah, habibi!


Macam biasa, birthday dalam keluarga ni disambut dengan staycation di hotel 😄. Tapi entry pasal hotel tu aku akan buat berasingan (harap-harap mood blogging tu masih ok hihi).


Bersama dengan dua orang anak kesayangan

Pandai Khadeeja ambik angle gambar ni, nampak la mommy dia kurus sikit! 🤣

Tahun ni alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit jadi dapat la aku hadiahkan kerusi idaman Suami Terchenta iaitu kerusi ergonomik ni. Kerusi lama dah teruk nau kena cakar si Kiera 🫣. Suka betul si kenit tu mengasah kuku dekat kerusi kerja Suami Terchenta. Kerusi lama kiteorang dah letak dekat ruang tamu asalnya nak hantar ke tong sampah besar kat bawah tapi tak sampai hati pulak sebab Kiera dah buat macam kerusi dia sendiri. Sekarang dia lepak dan tidur dekat kerusi tu. Pagi-pagi masuk rumah je mesti mengasah kuku dulu dekat kerusi lama hihi. Suami Terchenta siap bagitau kat dia kalau Kiera berani cakar kerusi baru, dia akan jual kerusi tu dengan designer nya (Kiera) sekali! 😂


Semoga Suami Terchenta lebih selesa bila kena standby kerja malam ❤️

Aktiviti Hujung Minggu - Balik Kampung

Bulan lepas penyewa aku di Bintulu pindah rumah. Lepas berbincang dengan Suami Terchenta, kiteorang decide lepas ni dah tak nak sewakan rumah tu dekat sesiapa supaya senang kiteorang nak balik ke Bintulu masa cuti sekolah yang panjang. Alhamdulillah, rumah tu dah selesai hutang bank jadi dah takde komitmen bulanan yang memerlukan aku untuk cari penyewa semata-mata nak cover loan rumah. 

Tiga minggu lepas, kiteorang balik ke sana sebab nak tengok condition rumah sebelum aku pulangkan deposit penyewa dan jugak sebab Suami Terchenta nak pasang CCTV dekat rumah tu. Memandangkan balik hujung minggu je, anak-anak tak ikut dan bermalam di rumah kakak aku. 


Tak jemu tengok langit dan lautan biru dari luar tingkap pesawat


Cantik kan pemandangan awan ni? Nampak macam awan ni terapung atas air sebab bayang-bayang yang terpantul atas permukaan lautan

Sampai je kat Bintulu, perkara pertama yang aku cari ialah sarapan pagi. Semestinya la mee sapi Ahim yang menjadi pilihan hati.


Gerai mee sapi Ahim tu dah pindah ke restoran Jom Ngeteh di Tanjung Batu, betul-betul sebelah Boulevard Mall Bintulu

Akhirnya dapat lepas rindu dengan mee sapi Ahim ni 🫶🏻

Dah setel bersarapan, kiteorang terus gerak ke rumah. Sebelum balik ke Bintulu, aku dah siap-siap buat temujanji dengan Wan, tukang rumah yang biasa aku panggil bila ada apa-apa kerosakan di rumah tu. Lepas diperiksa, ada beberapa kerosakan di tandas yang perlu dibaiki. Dinding pun nampaknya perlu dicat semula dan aku mintak quotation untuk repair kabinet dapur jugak. 


Suami Terchenta beli beberapa CCTV untuk pasang dalam dan luar rumah. Ni dia tengah test CCTV dari apps yang dia dah install dekat phone

Alhamdulillah, sekarang dah ada rumah semula untuk kiteorang balik ke Bintulu lebih kerap. Anak-anak tak sabar nak balik cuti sekolah / Raya Haji ni, suka la dieorang dapat balik melawat Mak Yeng (mak aku) selalu lepas ni 🥰.


OK dah, jom balik ke lubuk rezeki...

Lamanya tak melepak dengan Geng Kamie...

Dua minggu lepas, tiba-tiba dapat mesej dari Kak Retna ajak lepak di Danau Kota dengan Sislin dan Abang Sabar. Kebetulan dieorang baru balik dari Kuantan dan malam tu memang plan nak tidur di KL sebelum ke melawat saudara di Selangor.

Tanya Suami Terchenta nak join ke tak? Dia kata boleh la lepak sekejap. Tapi jangan percaya sekejap tu - kalau dah lama tak jumpa, bila berborak tu tau-tau dah pukul 11 malam! 🤭 Anak sulung beberapa mesej tanya bila nak balik, hihi. Dah terbalik pulak, bukan mak ayah tanya bila anak nak balik tapi anak pulak tanya bila nak balik rumah 😆.

Kiteorang berjumpa di Maboba, tak jauh dari rumah Kak Siti Delima. Dieorang pun join jugak malam tu tapi lambat sikit sebab tu takde dalam gambar.

Masakan goreng-goreng kat sini kena dengan tekak aku. Nasi goreng ikan masin memang sedap 👍🏻. Tomyam campur dia meriah dengan seafood (ketam, udang, sotong, kepah) tapi sayangnya kurang segar dan kuah tomyam pulak kurang masam dan terlebih manis. Colek yang Sislin order tu pun sedap.

Oleh sebab aku jarang blogging dan jarang blogwalking jugak, baru tau pasal adik Kak Retna tak berapa sihat sekarang 😢. Semoga adik Kak Ret diberikan kesembuhan dari penyakitnya, Ameen YRA. Lepas tu terus la topik kiteorang berkisar tentang ubat apa yang kiteorang tengah ambik sekarang, al-maklumlah dan umur 40-an kan 😅. Gitu-gitu je la topik perbincangan bila berjumpa, selain dari bertanya khabar sahabat-sahabat Geng Kamie yang tak dapat nak memunculkan diri malam tu.

Apapun, rasa seronok bila dapat berjumpa Geng Kamie sebab kiteorang dah kenal lebih dari 20 tahun.  Dari anak-anak Sislin masih di sekolah rendah sampai la dah berkahwin dan Sislin dah bercucu. Tu yang sanggup keluar lepak malam-malam walaupun menahan mengantuk je bila dah pukul 10 malam ke atas hihi.

Psst... bila nak lepak lagi ni?


Kredit foto: Kak Retna

Jom Pergi ke Taman Botani Perdana!

Salam hujung minggu,

Sekarang ni aku suka beriadah di luar dari beriadah di gym sebab doktor kata kena dapatkan vitamin D secukupnya hihi. Jadi pagi-pagi aku akan keluar beriadah sama ada hiking di Taman Tugu atau berjalan di taman-taman awam. Jumaat lepas ke Taman Botani Perdana untuk brisk walk. Dari rumah, aku naik LRT dan MRT, kemudian turun di stesen MRT Muzium Negara. Dari stesen MRT, jarak ke Taman Botani Perdana tak jauh, dalam 300 meter je.


Keluar dari Pintu B dan naik escalator exit di depan Muzium Negara

Sebelum ni, nama rasmi taman ni ialah Taman Tasik Perdana sebelum ditukar ke Taman Botani Perdana pada tahun 2011

Macam biasa sambil brisk walk, aku suka ambik gambar sekitar taman:


Bangku kerusi dengan latar belakang yang cantik, sesuai untuk OOTD

Itik berenang-renang di tasik

Tenang je tengok hidupan liar di taman tasik ni

Hujung minggu, tempat ni jadi tumpuan orang ramai bawak anak-anak beriadah

Antara Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Botani Perdana, aku prefer Taman Botani Perdana sebenarnya sebab lebih besar dengan keluasan 226 ekar keseluruhannya, lebih banyak tarikan contohnya taman rusa, taman orkid dsb., nampak lebih terjaga dan lebih redup sebab ada banyak pokok. Cuma aku lebih kerap ke Taman Tasik Titiwangsa sebab lebih dekat dengan rumah.


Sungai yang bersambung dengan Tasik Perdana

Pokok peluru meriam atau dalam Bahasa Inggeris ialah cannonball tree. Antara fakta menarik tentang pokok ni ialah ianya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional Ayurveda termasuk merawat selesema, sakit kepala, masalah hati dan reumatisme (iaitu penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot ) dan kulit batangnya pernah digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa (sumber: sini)

Air terjun buatan

Kucing ni malas nak layan aku, mungkin dia dah bosan asyik kena belai pengunjung di sini 😅

Sekitar taman ni banyak fakta menarik jadi sambil beriadah, kita boleh tambah ilmu baru tentang alam semulajadi

Kalau korang pulak, korang suka beriadah dekat mana?