• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, August 02, 2025

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London Hari Ke-2

Salam semua,

Dah masuk bulan Ogos rupa-rupanya. Cepat betul masa berlalu. Cerita jalan-jalan ke Eropah ni harapnya dapat la dihabiskan sebelum habis bulan Ogos 😜. Semoga mood blogging tu kekal sampai ke penghujung siri jalan-jalan ni! 🤲🏻

Malam kiteorang sampai rumah Aini tu, kiteorang tidur pukul 2 pagi berborak sambil mengimbau nostalgia zaman muda dulu hihi. Bukan selalu dapat jumpa. Bila dah berkumpul tu, boleh berjam-jam lepak walaupun mata tu dah berat rasa nak kena tongkat aje supaya tak terpejam 🤣.

OK jom sambung cerita jalan-jalan pulak. 

Sambungan dari siri jalan-jalan ke Eropah musim panas 2025:

  • Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Stopover di Istanbul
  • Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Welcome back to London!


Esoknya, kiteorang tetap la kena bangun awal demi melaksanakan aktiviti yang dah dirancang.


Day 3 - Buckingham Palace. Westminster Abbey. The Queen's Diamond Jubilee Galleries. The National Gallery. Sherlock Holmes @ Baker Street. Notting Hill.


summer in london
Aktiviti di London hari kedua - padat, penat tapi seronok!

Sarapan Pagi di The Wolseley

Dari Hendon Central Station, kiteorang ke Piccadilly untuk bersarapan pagi di The Wolseley. Nah, bukan calang-calang tempat lagi Jen bawak kiteorang breakfast OK 🤭. The Wolseley ni quite famous jugak di kalangan pelancong luar. Dalam restoran ni nampak klasik dengan gabungan gaya Inggeris dan Eropah. Kebanyakan pelancong datang ke sini untuk menikmati hidangan klasik English tea tapi sebab aktiviti kiteorang padat petang tu, jadi kiteorang pilih untuk datang ke sini for the breakfast experience.


The Wolseley
Berangan-angan jadi 'tai-tai' bila masuk ke The Wolseley 🤭

breakfast
Sarapan pagi ala English / European

Untuk sarapan pagi, aku pesan Eggs Royale (sejenis variasi Eggs Benedict) iaitu poached egg dan smoked salmon dengan sos hollandaise dihidang atas roti muffin, croissant dan hot chocolate. Total damage pagi tu ialah £26.39 . Verdict? Hmm. Biasa-biasa je. Hot chocolate agak cair, croissant pulak aku rasa sedap lagi croissant dekat Bray Bakery di KL.


The Wolseley
Eggs Royale, bukan Casino Royale ye.

Lepak di The Green Park Sementara Tunggu Kawan-kawan Tengok Acara Change of Guard di Buckingham Palace

Panjang sikit tajuknya haha. Lepas bersarapan, kiteorang menapak ke Green Park tak jauh dari The Wolseley. Green Park ni ialah taman yang bersebelahan je dengan Buckingham Palace. Memandangkan aku dah merasai pengalaman tengok acara change of guard dekat Buckingham Palace dan malas nak berdiri lama-lama menunggu acara tu bermula, aku pun decide nak lepak dekat The Green Park je sambil baca e-book. Lama jugak la aku lepak kat situ, rasanya sejam lebih kot. Dah la sejuk berangin, terpaksa bangun 2-3x memanaskan badan sebab tak tahan sejuk! Last-last aku pun join mat saleh yang lain berjemur bawah matahari sebab tak tahan sejuk 😂 (suhu dalam 22℃ tapi sebab berangin tu yang sampai ke tulang sejuknya!).


United Kingdom
Main highlight of the day - Buckingham Palace

United Kingdom
Sementara tunggu kawan-kawan tengok acara change of guard, aku lepak kat taman ni sambil baca e-book

Westminster Abbey dan The Queen's Diamond Jubilee Galleries

Setel acara change of guard, destinasi kiteorang seterusnya ialah ke Westminster Abbey dan The Queen's Diamond Jubilee Galleries. Tiket masuk Westminster Abbey berjumlah £30 seorang dan tiket galeri The Queen's Diamond Jubilee tu pulak £5 seorang.

Westminster Abbey ni sebenarnya ialah sebuah gereja Anglican di mana upacara pertabalan ratu dan raja England berlangsung di gereja ni. Kiteorang ke sini sebab nak tengok architecture dalam bangunan ni yang cantik dan jugak tengok kerusi pertabalan yang Raja Charles guna masa dia ditabalkan menjadi Raja England pada tahun 2022.


United Kingdom
Antara architecture yang menarik dalam dan luar Westminster Abbey

Dalam bangunan Westminster Abbey ni jugak terletaknya The Queen's Diamond Jubilee Galleries. Tapi sayangnya tak boleh ambik gambar dalam galeri ni, tapi korang boleh tengok video dekat YouTube ni untuk pengalaman di galeri ni. Antara barang-barang yang dipamerkan ialah replika mahkota-mahkota yang pernah dipakai oleh raja-raja dan ratu-ratu England, jubah diraja, pedang diraja dan gaun-gaun yang dipakai oleh ratu-ratu England. Selain tu ada jugak patung raja-raja dan ratu-ratu yang dipamerkan masa pengebumian diraja zaman dulu. Galeri ni kecik je sebenarnya. Tapi nak ke sini kena naik tangga beberapa tingkat haha. Mengah dibuatnya 😆.



Big Ben. Parliament Street. Horse Guards

Keluar dari Westminster Abbey, wajib la ambik gambar berlatar belakangkan Big Ben (gambar pertama kat atas). Lepas tu kiteorang berjalan ke destinasi seterusnya melalui Parliament Street. Berhenti ambik gambar kuda di bangunan Horse Guards.


United Kingdom
Dekat sini ramai orang beratur nak ambik gambar dengan kuda. Apa la perasaan jadi askar atas kuda tu kena duduk hidu bau najis kuda berjam-jam sehari ye?

Kiteorang berhenti di salah sebuah kedai sepanjang jalan ni beli sandwich untuk makan tengahari. Lepas tu kiteorang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


The National Gallery

National Gallery ni ialah satu lagi tarikan percuma di London. Bangunan ni menempatkan pelbagai lukisan hasil karya pelukis terkenal. Ada lukisan yang permanently installed dalam galeri ni dan ada jugak lukisan yang dipinjamkan dari galeri lain dan dipamerkan untuk tempoh waktu tertentu (contohnya lukisan karya Van Gogh yang dipinjamkan dari Van Gogh Museum di Amsterdam).


United Kingdom
The National Gallery

London
Salah satu ruang menarik dalam The National Gallery ni

London
Antara lukisan-lukisan hasil karya Max Pechstein (1881 - 1955), 'The Umbrellas' oleh Renoir (1881),  Monet (1896), 'Van Gogh's Chair' oleh Van Gogh (1888) dan 'The Execution of Lady Jane Grey' oleh Paul Delaroche (1833)

Dalam banyak-banyak lukisan ni, kisah di sebalik lukisan 'The Execution of Lady Jane Grey' paling menyentuh hati aku.  Lady Jane Grey ni ialah cicit Raja Henry VII of England dan sepupu kepada Raja Edward VI. Selepas Edward VI meninggal dunia, Lady Jane Grey ni ditabalkan sebagai Ratu England pada usia 17 tahun. Tapi baginda berada di atas takhta cuma selama 9 hari je, sebelum Ratu Mary, sepupu Lady Jane Grey merampas takhta dan Lady Jane Grey ni pun turun takhta. Ratu Mary memerintahkan supaya Lady Jane Grey dan suaminya dibicarakan (biasalah, alasan sebenarnya nak bagi hukuman mati supaya Lady Jane Grey ni tak memberontak dan merampas balik takhta). Selepas diputuskan bersalah, kedua-duanya (Lady Jane Grey dan suaminya) dihukum mati dengan cara penggal kepala. Sebelum Lady Jane Grey dibicarakan, dia dipenjara di Tower of London dan dijaga oleh dayang-dayang yang mengasuh baginda dari bayi lagi. Dalam lukisan ni, kedua-dua dayang ni dilihat menangis di belakang sebab kena tengok puteri yang dieorang jaga dari lahir tu akan dijatuhkan hukuman penggal kepala huhu. Tak boleh bayangkan betapa hancur perasaan dieorang kan, mesti dah rasa macam anak sendiri.


London
Ni saja posing menghayati lukisan dalam galeri ni padahal tak tau pun pokok pangkal lukisan ni hihi

Kisah Lucu Terpisah Kena Tinggal Bas Double Decker

Dah puas tengok lukisan di The National Gallery, kiteorang pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Baker Street sebab nak tengok tugu Sherlock Holmes dan jugak Muzium Sherlock Holmes. Zaman sekolah dulu, aku suka baca buku tentang penyiasat terkenal Sherlock Holmes dan 'side-kick' nya, Dr John Watson. Kebanyakan cerita tentang detektif terkenal ni ditulis dari kaca mata Dr John Watson.

Since dekat apps CityMapper ada alert train delay di beberapa lokasi, jadi aku pun suggest kiteorang ambik bas double decker ke Baker Street. Mula-mula tu ok, kawan-kawan aku seronok sebab dapat duduk seat paling depan dekat tingkat atas jadi boleh la dieorang rakam banyak-banyak gambar pemandangan London dari dalam bas.

Tiba-tiba dekat satu bus stop ni, semua orang turun. Aku pun terpinga-pinga, dan terdengar salah seorang penumpang ni cakap 'the bus is terminating here'. So aku pun signal dekat kawan-kawan untuk turun dari bas ni jugak. Aku yang mula-mula turun dan keluar dari bas, tapi bila aku toleh, aku tengok kawan-kawan aku tak turun lagi. Bila dieorang turun dari tingkat atas dan belum sempat keluar, tiba-tiba pintu bas tu tertutup. Maka sama-sama terloponglah kiteorang, aku dekat luar bas dan dieorang dekat dalam bas sebab bas tu dah mula bergerak tinggalkan aku sorang-sorang 😅.

Aku terus mesej dieorang suruh tunggu dekat next bus stop. Then aku naik bas seterusnya. Guess what, bas yang aku naik tu tak berhenti dekat bus stop yang kawan-kawan aku turun! Dah dua kali terlopong tengok masing-masing dari dalam / luar bas! 🤣

In the end, dieorang naik Tube je la ke Baker Street dan aku pulak turun di Baker Street tapi seberang jalan. Bila dah berjumpa semula, kiteorang gelak terbahak-bahak. Kisahnya dieorang perasan ada seorang penumpang ni tertidur dalam bas yang kiteorang mula-mula naik, jadi dieorang pun dengan baik hatinya kejutkan penumpang tu. Sebab tu dieorang lambat turun dari bas pertama tu. Baik hati sangat kan! 🤣


Baker Street Station
Tugu Sherlock Holmes betul-betul luar stesen Baker Street

Baker Street
Sherlock Holmes Museum terletak di alamat 221B Baker Street, macam yang ditulis dalam buku-buku cerita Sherlock Holmes. Kiteorang tengok dari luar je la sebab kena bayar £20 kalau nak masuk.

Berjalan-jalan di Notting Hill, UK

Kalau korang peminat Julia Roberts, mesti korang ingat filem Notting Hill gandingan Julia Roberts dan Hugh Grant kan? Filem romantik komedi ni memang famous tahun 90an dulu. Tak sangka pulak 26 tahun lepas tengok cerita ni dapat jejak kaki ke bandar Notting Hill tengok beberapa lokasi penggambaran filem ni.


Notting Hill UK
Lokasi kedai buku dalam salah satu babak Notting Hill

Selain dari tu, dekat Notting Hill ni ada sederet kawasan rumah yang berwarna-warni. Tempat ni pun selalu jadi tumpuan pelancong.


Notting Hill UK
Notting Hill, UK

Makan Malam di Poppies

Tak sah la kalau ke UK dan tak cuba fish & chips dekat sana. Last aku ke UK pun dah cuba Poppies ni. Kali ni kawan-kawan aku pun nak cuba jugak sebelum kiteorang gerak balik ke rumah Aini.


Fish & Chips
Poppies terkenal dengan hidangan fish & chips yang tak menggunakan alkohol dalam campuran batter

Poppies UK
Lawa kan tandas dalam kedai Poppies ni 😅

Dengan itu, berakhirlah cerita hari kedua di London hehe. Hari ketiga kiteorang keluar kota London pulak. Ke manakah? Kena tunggu next entry ye...


OOTD London
OOTD hari kedua di London

Read more »
on Saturday, August 02, 2025 16
Share this!
Tags
International, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, July 31, 2025

Hari Kantin Anjuran Pihak Pengurusan Kondo

Management kondo kiteorang duduk sekarang ni rajin betul buat aktiviti komuniti untuk penduduk-penduduk yang tinggal di kondo ni. Ahad lepas, dieorang anjurkan Hari Kantin (tak tau la kenapa nama acara tu Hari Kantin, aku dah terbayang kantin sekolah tau haha). Aku tak lepaskan peluang mendaftar sebab macam biasa akan dapat makanan percuma haha. Setiap unit yang mendaftar akan diberi kupon makanan, kupon aktiviti dan sekeping kad untuk menyertai acara putar dan menang (dengan syarat kena dapatkan 3 cop dari booth service provider yang terlibat).


Alhamdulillah, menang kad Touch N Go special design SkyWorld. Dalam tu ada kredit RM10

Aktiviti yang dibuat masa Hari Kantin tu lebih kepada aktiviti untuk anak-anak sebenarnya. Ada bouncy castle, sand art, memancing itik, menembak itik, face painting, popcorn dan gula-gula kapas.


Ada bouncy castle jugak, nak main kena bagi 1 kupon hehe

Aktiviti tembak itik getah. Khadeeja dapat tembak seekor itik, hadiahnya berupa jajan 😅

Aktiviti memancing itik - kena pancing 12 ekor itik dalam masa 1 minit. Dua-dua dapat hadiah gelang DIY

Aktiviti sand art

Gerai paling popular - gerai popcorn dan gula-gula kapas

Selain tu, ada gerai makanan dan gerai kitar semula barang-barang terpakai (kiteorang bawak turun pakaian terpakai, botol-botol kaca dari sos spaghetti yang aku dah cuci dan tanggalkan pelekat label, botol-botol plastik contoh botol syampu, shower gel, botol minuman dsb., kotak kadbod, barangan e-waste (kabel pengecas yang tak dipakai, hp rosak, headphone rosak dll.) dan barangan perkakas elektrik yang dah rosak. Semua ni memang aku dah simpan untuk dihantar ke tempat kitar semula. Lupa pulak ambik gambar barang-barang yang kiteorang bawak turun, penuh satu troli! Setiap satu kategori barang kitar semula (kertas, plastik, kaca, baju, barangan elektrik, e-waste) akan dapat satu kupon makanan dan aktiviti. OK la daripada tak dapat apa-apa hehe.


Gerai makanan - ada nasi lemak, sandwich, karipap kentang, popia sayur dan pelbagai minuman dalam tin

Dekat booth service provider pulak, kiteorang ambik kesempatan untuk upgrade penapis air jenama LG sebab dah pakai lebih tempoh 36 bulan, jadi dah boleh tukar ke model lain tanpa kos tambahan. Selain dari upgrade model, bayaran bulanan pun lebih rendah sebab model baru ni self-service, jadi tak perlu la buat appointment technician datang setiap 3 bulan untuk servis penapis air.

Selain tu, aku mintak quotation untuk buat kabinet kasut dekat booth servis renovation, dan Suami Terchenta pulak register untuk tukar Internet provider ke Time Internet.

All in all, selain dari seronok join aktiviti dan dapat makanan percuma, dapat jugak hantar barang-barang terpakai untuk dikitar semula dan berjumpa dengan service provider mendapatkan apa-apa servis yang patut. Diharapkan management akan teruskan lagi aktiviti komuniti macam ni dekat kondo ni.

Read more »
on Thursday, July 31, 2025 23
Share this!
Tags
Daily Life, Journal, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 30, 2025

Hari Sukan Sekolah Anak-anak

Sabtu lepas sekolah anak-anak mengadakan hari sukan sekolah. Tahun ni anak-anak join acara perbarisan - Khayla dengan unit badan beruniform dan Khadeeja pulak dengan rumah sukan.


Khayla terpilih bawak sepanduk tahun ni

Sebelum jam 7.30 pagi lagi dieorang dah berada di sekolah. Aku dan Suami Terchenta datang lambat sikit so terlepas la tengok dieorang berbaris masuk ke padang. Tapi keluar padang tu sempat la kiteorang ambik gambar.

Tahun ni tema rumah sukan ialah jenama minuman/dessert. Rumah biru bertemakan minuman kopi ZUS, rumah hijau minuman jus Boost, rumah ungu minuman Tealive, rumah kuning aiskrim Inside Scoop, rumah oren Dunkin Donut dan rumah merah pulak ialah aiskrim Mixue. Kreatif betul cikgu-cikgu rumah sukan mereka pakaian untuk maskot dan dekorasi untuk anak-anak yang berkawad 😍. 


Tema rumah sukan tahun ni memang gempak habis

Di akhir acara sukan, rumah kuning (Inside Scoop) dinobatkan sebagai rumah dengan deko tema terbaik 👏🏻👏🏻. Bukan main gembira lagi cikgu-cikgu rumah kuning sebab berbaloi la dengan hasil kerja keras dieorang. Memang all out kan. Tahniah rumah Satria!


Tudung kepala maskot tu dibuat dari tudung saji ye. Kreatif tak?

Walaupun anak-anak tak ikut pertandingan sukan, tapi ada jugak wakil turun padang hari ni dari family kiteorang iaitu Suami Terchenta! 🤣 Sebabnya dia kena 'paksa' ikut pertandingan bola besar - team bapa-bapa lawan team guru lelaki. Walaupun kena paksa, tapi dia semangat memukul bola. Yang penting gaya tu kena ada hehe. Dan keputusannya - team bapa-bapa MENANG! Hahaha! Ok la tu, walaupun main berkaki ayam sebab tak pakai kasut sukan 😅.


Beberapa aksi Suami Terchenta di padang

Aku pulak terhibur dengan acara selingan iaitu persembahan tarian dari pelajar-pelajar. Dieorang ni memang ada bakat menari, nampak lincah dan tak kekok langsung. Siap buat backflip lagi. 


Group ni yang buat back-flip, semua orang bertepuk tangan bila tengok aksi stunt dieorang

Yang ni wakil kelab tarian kot. Hujung-hujung persembahan tu dieorang tarik pelajar-pelajar lain ikut sama menari. Memang sporting budak-budak ni!


Syukurlah cuaca hari Sabtu tu elok je, tak berjerebu sangat. Cuma panas sikit, kesian tengok anak-anak kena berdiri tengah panas sewaktu acara penutupan. Selesai majlis penutupan, Pengetua pun umumkan hari Isnin ialah cuti peristiwa. Bukan setakat anak-anak, kiteorang pun bersorak sekali dengar pengumuman cuti tu 🤣.


With my bubble tea girl 😅

Read more »
on Wednesday, July 30, 2025 22
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Family Activities, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 28, 2025

Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Welcome back to London!

Salam Isnin semua!

Sambungan dari siri jalan-jalan ke Eropah musim panas 2025:

  • Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Stopover di Istanbul

Sebelum tu, nak jawab soalan Kak Ujie dalam entry sebelum ni. Last pergi UK tahun 2023 (November). Sebab tu tajuk entry kali ni 'Selamat kembali ke London' 😅. 


Elizabeth line
Welcome to London!


Day 2 - Heathrow Airport. British Museum. Tottenham Court Road. Neal's Yard. Covent Garden Market.  Goodwin's Court, Covent Garden.

Menaiki Elizabeth Line dari Heathrow Airport ke Tottenham Court Road Station

Alhamdulillah, perjalanan kiteorang dari Istanbul ke London lancar dan takde sebarang masalah. Dekat kaunter border control,  kiteorang ditanya serba-sikit tujuan ke UK, berapa hari akan berada di UK dan ke mana destinasi seterusnya. Once passport dah kena cop, kiteorang pergi ambik bagasi di conveyor belt dan terus keluar mencari stesen Elizabeth line untuk ke destinasi pertama - Tottenham Court Road.


London Heathrow Airport
Dari UK Arrivals ni, kiteorang ikut je signage menuju ke stesen Elizabeth line, Heathrow Express dan London Underground (aka 'the tube')

Simpan Bagasi di Tottenham Court Road

Perjalanan dari Heathrow ke London mengambil masa lebih kurang 45 minit. Destinasi pertama kami ialah ke Tottenham Court Road sebab kiteorang dah sewa tempat letak beg di kawasan ni.


Elizabeth line
Kalau taknak sesat, muat turun dan guna aplikasi CityMapper untuk navigate stesen London Underground yang bersimpang-siur ni

luggage storage
Kiteorang tinggalkan bagasi di Basicmart bertentangan dengan stesen Tottenham Court Road. Boleh tempah dari aplikasi Bounce.com dengan harga £4.90/bagasi sehari.

Dari Tottenham Court Road, kiteorang berjalan kaki ke British Museum sebab dah tempah slot masuk ke muzium pukul 12 tengahari. Masa kiteorang sampai, memang ramai sangat pelancong tapi sebab kiteorang dah buat tempahan siap-siap, pegawai muzium terus bagi kiteorang masuk tanpa perlu beratur panjang.


Melawat Koleksi Mumia di British Museum


British Museum
Sebelum masuk, posing dulu depan British Museum. Bahagian luar muzium dengan struktur bangunan berkonsepkan Greek Revival menampilkan tiang dan serambi yang menonjol dengan jumlah 44 tiang semuanya.


British Museum
Sebahagian dari galeri di British Museum menempatkan pelbagai artifak dari tamadun dunia

British Museum ni besar dan ada banyak galeri menampilkan peninggalan dari sejarah tamadun dunia. Sehari pun sebenarnya tak cukup nak cover semua galeri dalam muzium ni kalau korang sejenis peminat sejarah. Dan bila pergi pada musim panas dengan takde aircond/kipas dan sesak dengan orang ramai, memang rasa cepat-cepat nak keluar je 😅.  Sebab tu kiteorang cuma target satu galeri je - Galeri "Egyptian death and afterlife: mummies". Kiteorang nak tengok pelbagai mumia asli dari zaman Mesir purba sebab British Museum menempatkan koleksi mumia kedua terbesar di dunia di luar Kaherah, Mesir. Kalau nak tengok lebih banyak mumia, datang la ke Mesir terus hehe.


British Museum
Sebahagian dari koleksi mumia dan keranda di galeri Egyptian death & afterlife: mummies (Bilik 62-63)

Rupa-rupanya bukan kiteorang je yang berfikiran macam tu - rasanya majoriti pengunjung muzium pun berfikiran sama macam kiteorang sebab galeri ni yang paling sesak dalam muzium ni 😅. Nasib baik ada kipas tangan, kalau tak mau berkicap dalam galeri tu. Panaih mak aih!

Bagi aku berbaloi la nak jadikan British Museum sebagai salah satu tempat jalan-jalan di London cuma jangan pergi masa musim panas haha. Masuk percuma, banyak koleksi menarik dan bangunan pun estetik.


British Museum
Posing dalam muzium pulak sebelum keluar dari muzium

Immersive Exhibition di The NOW Building

Satu lagi tarikan percuma di London iaitu immersive exhibition di The Now Building, tak jauh dari Tottenham Court Road. Serius cantik weyh! Korang boleh tengok sebahagian dari exhibition dekat video bawah ni ye.



The NOW Building
Antara immersive exhibition yang dipancarkan di skrin LED

Makan Tengahari di Wildwood Restaurant, Covent Garden

Kiteorang singgah makan di Wildwood Restaurant di Covent Garden. Restoran ni menampilkan menu Itali dan yang penting sebahagian menu menghidangkan ayam halal. Aku pilih funghi risotto sebab tak rasa nak makan ayam haha. Funghi ialah perkataan Itali bermaksud cendawan. Kawan-kawan aku pilih margherita pizza, lasagna dan Eggs Benedict. Untuk dessert, dieorang share cookies & cream cheesecake, kalau tak silap.

halal chicken
Makan tengahari kami. Total damage aku £16.78

Bangunan Berwarna-warni di Neal's Yard

Hari pertama di London, kiteorang fokus bersiar-siar di Covent Garden. Kawasan ni memang charming dan tipikal pemandangan UK sangat. Setel lunch, kiteorang menuju ke Neal's Yard which is salah satu tarikan di Covent Garden. Neal's Yard ni terkenal dengan bangunan yang ceria dan berwarna-warni. Lepas tu dengan cuaca yang memberikan kerjasama, memang tempat ni lawa sangat kalau nak ambik gambar selfie 😄.


Covent Garden
Pemandangan di Neal's Yard

Neal's Yard
Neal's Yard

Covent Garden Station. Young Dancer Statue. Covent Garden Market. Goodwin's Court.

Next, kiteorang menuju ke Covent Garden Station sebab nak ambik gambar bangunan stesen Underground ni. Bangunan stesen ni nampak striking sebab menampilkan batu-bata berwarna merah terang dan design klasik dari awal abad ke-20.


London Underground Station
Covent Garden Underground Station

Dari Covent Garden Station, kiteorang singgah di Broad Street tak jauh dari Royal Opera House untuk melawat patung Young Dancer. Di belakang patung ni ada beberapa pondok telefon berwarna merah yang ikonik dan sinonim dengan imej London. 


Young Dancer statue
Young Dancer Statue diperbuat dari tembaga hasil karya Enzo Plazzotta, seorang artis dari Itali

Destinasi kami seterusnya ialah Covent Garden Market. Bangunan ni menempatkan pelbagai kedai berjenama dan juga Apple Market. Historically, Apple Market ni ialah pasar yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan bermula dari abad ke-16, tapi sekarang ni ia terkenal sebagai pasar menjual barangan hasil kraftangan UK, handmade jewellery, hasil seni dan sebagainya. Kalau aku nak samakan dengan bangunan di Malaysia, aku akan cakap tempat ni seakan-akan Pasar Seni la, abis citer 😅.


Apple Market
Covent Garden Market

Di Covent Garden Piazza, kiteorang sempat menyaksikan street performance sebab dekat sini memang terkenal dengan street performers. Tapi aku lupa pulak ambik gambar haha.

Next stop, Goodwin's Court. Laluan sempit di celah-celah bangunan dengan ciri klasik batu-bata coklat ni dikatakan tempat yang mencetuskan inspirasi penulis novel Harry Potter, J.K. Rowlings untuk menggambarkan suasana di Diagon Alley. Dan ya, bila berjalan di laluan ni, memang auto berangan-angan jadi watak dalam cerita Harry Potter, tak pun watak dalam cerita klasik kurun ke-17 di London.


Diagon Alley
Goodwin's Court

Sepatutnya hari pertama kiteorang nak teruskan berjalan-jalan di Notting Hill, tapi disebabkan kiteorang tak cukup tidur dan penat giler, kiteorang decide untuk tangguhkan plan tu ke hari lain. Ditambah pulak tak jumpa tempat solat yang dekat, jadi lebih baik terus gerak ke rumah Aini supaya aku sempat jamak Zohor dan Asar.

Kiteorang bergerak semula ke Tottenham Court Road untuk ambik bagasi dan terus ambik tren ke Hendon Central station. Since kiteorang sampai awal, tuan rumah tak siap lagi kemas rumah haha. Sudahnya kiteorang decide ambik Bolt ride ke rumah Aini, drop off luggage dekat rumah dia dan lepak di Airbnb Susan.


Kat UK normal naik 'Grab' kereta BMW hehe

So with that, it's a wrap for day one in London. Kita sambung acara jalan-jalan ke hari berikutnya 😄. Gambar-gambar dekat bawah ni ialah sebahagian dari bangunan yang cantik dan unik sepanjang kiteorang berjalan-jalan di kawasan Covent Garden.


London UK
Bangunan unik di London

London UK
Part paling best bila jalan-jalan dengan geng perempuan ni ialah skill ambik gambar dieorang memang mantap 😍

Read more »
on Monday, July 28, 2025 28
Share this!
Tags
International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    1 hour ago
  • Inilah Shaizhar
    2 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • My Small World
    5 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    5 hours ago
  • Miles of smiles
    6 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    17 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    17 hours ago
  • Travel My Way
    17 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    20 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    21 hours ago
  • Titian Perjalanan
    22 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    23 hours ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • Ainihalim
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Warisan Petani
    2 days ago
  • orangbukit
    2 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    4 days ago
  • Sodep
    1 week ago
  • Ako Tetap Ako
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • anajingga
    1 week ago
  • Drawing the Words
    2 weeks ago
  • Blog Anamizu™
    3 weeks ago
  • Mreneyoo
    3 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Afzan Sidi
    4 weeks ago
  • Sunah Sakura
    2 months ago
  • Blog Sal
    4 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.