Salam semua,

Dah masuk bulan Ogos rupa-rupanya. Cepat betul masa berlalu. Cerita jalan-jalan ke Eropah ni harapnya dapat la dihabiskan sebelum habis bulan Ogos 😜. Semoga mood blogging tu kekal sampai ke penghujung siri jalan-jalan ni! 🤲🏻

Malam kiteorang sampai rumah Aini tu, kiteorang tidur pukul 2 pagi berborak sambil mengimbau nostalgia zaman muda dulu hihi. Bukan selalu dapat jumpa. Bila dah berkumpul tu, boleh berjam-jam lepak walaupun mata tu dah berat rasa nak kena tongkat aje supaya tak terpejam 🤣.

OK jom sambung cerita jalan-jalan pulak. 

Sambungan dari siri jalan-jalan ke Eropah musim panas 2025:


Esoknya, kiteorang tetap la kena bangun awal demi melaksanakan aktiviti yang dah dirancang.


Day 3 - Buckingham Palace. Westminster Abbey. The Queen's Diamond Jubilee Galleries. The National Gallery. Sherlock Holmes @ Baker Street. Notting Hill.


summer in london
Aktiviti di London hari kedua - padat, penat tapi seronok!

Sarapan Pagi di The Wolseley

Dari Hendon Central Station, kiteorang ke Piccadilly untuk bersarapan pagi di The Wolseley. Nah, bukan calang-calang tempat lagi Jen bawak kiteorang breakfast OK 🤭. The Wolseley ni quite famous jugak di kalangan pelancong luar. Dalam restoran ni nampak klasik dengan gabungan gaya Inggeris dan Eropah. Kebanyakan pelancong datang ke sini untuk menikmati hidangan klasik English tea tapi sebab aktiviti kiteorang padat petang tu, jadi kiteorang pilih untuk datang ke sini for the breakfast experience.


The Wolseley
Berangan-angan jadi 'tai-tai' bila masuk ke The Wolseley 🤭

breakfast
Sarapan pagi ala English / European

Untuk sarapan pagi, aku pesan Eggs Royale (sejenis variasi Eggs Benedict) iaitu poached egg dan smoked salmon dengan sos hollandaise dihidang atas roti muffin, croissant dan hot chocolate. Total damage pagi tu ialah £26.39 . Verdict? Hmm. Biasa-biasa je. Hot chocolate agak cair, croissant pulak aku rasa sedap lagi croissant dekat Bray Bakery di KL.


The Wolseley
Eggs Royale, bukan Casino Royale ye.

Lepak di The Green Park Sementara Tunggu Kawan-kawan Tengok Acara Change of Guard di Buckingham Palace

Panjang sikit tajuknya haha. Lepas bersarapan, kiteorang menapak ke Green Park tak jauh dari The Wolseley. Green Park ni ialah taman yang bersebelahan je dengan Buckingham Palace. Memandangkan aku dah merasai pengalaman tengok acara change of guard dekat Buckingham Palace dan malas nak berdiri lama-lama menunggu acara tu bermula, aku pun decide nak lepak dekat The Green Park je sambil baca e-book. Lama jugak la aku lepak kat situ, rasanya sejam lebih kot. Dah la sejuk berangin, terpaksa bangun 2-3x memanaskan badan sebab tak tahan sejuk! Last-last aku pun join mat saleh yang lain berjemur bawah matahari sebab tak tahan sejuk 😂 (suhu dalam 22℃ tapi sebab berangin tu yang sampai ke tulang sejuknya!).


United Kingdom
Main highlight of the day - Buckingham Palace

United Kingdom
Sementara tunggu kawan-kawan tengok acara change of guard, aku lepak kat taman ni sambil baca e-book

Westminster Abbey dan The Queen's Diamond Jubilee Galleries

Setel acara change of guard, destinasi kiteorang seterusnya ialah ke Westminster Abbey dan The Queen's Diamond Jubilee Galleries. Tiket masuk Westminster Abbey berjumlah £30 seorang dan tiket galeri The Queen's Diamond Jubilee tu pulak £5 seorang.

Westminster Abbey ni sebenarnya ialah sebuah gereja Anglican di mana upacara pertabalan ratu dan raja England berlangsung di gereja ni. Kiteorang ke sini sebab nak tengok architecture dalam bangunan ni yang cantik dan jugak tengok kerusi pertabalan yang Raja Charles guna masa dia ditabalkan menjadi Raja England pada tahun 2022.


United Kingdom
Antara architecture yang menarik dalam dan luar Westminster Abbey

Dalam bangunan Westminster Abbey ni jugak terletaknya The Queen's Diamond Jubilee Galleries. Tapi sayangnya tak boleh ambik gambar dalam galeri ni, tapi korang boleh tengok video dekat YouTube ni untuk pengalaman di galeri ni. Antara barang-barang yang dipamerkan ialah replika mahkota-mahkota yang pernah dipakai oleh raja-raja dan ratu-ratu England, jubah diraja, pedang diraja dan gaun-gaun yang dipakai oleh ratu-ratu England. Selain tu ada jugak patung raja-raja dan ratu-ratu yang dipamerkan masa pengebumian diraja zaman dulu. Galeri ni kecik je sebenarnya. Tapi nak ke sini kena naik tangga beberapa tingkat haha. Mengah dibuatnya 😆.



Big Ben. Parliament Street. Horse Guards

Keluar dari Westminster Abbey, wajib la ambik gambar berlatar belakangkan Big Ben (gambar pertama kat atas). Lepas tu kiteorang berjalan ke destinasi seterusnya melalui Parliament Street. Berhenti ambik gambar kuda di bangunan Horse Guards.


United Kingdom
Dekat sini ramai orang beratur nak ambik gambar dengan kuda. Apa la perasaan jadi askar atas kuda tu kena duduk hidu bau najis kuda berjam-jam sehari ye?

Kiteorang berhenti di salah sebuah kedai sepanjang jalan ni beli sandwich untuk makan tengahari. Lepas tu kiteorang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


The National Gallery

National Gallery ni ialah satu lagi tarikan percuma di London. Bangunan ni menempatkan pelbagai lukisan hasil karya pelukis terkenal. Ada lukisan yang permanently installed dalam galeri ni dan ada jugak lukisan yang dipinjamkan dari galeri lain dan dipamerkan untuk tempoh waktu tertentu (contohnya lukisan karya Van Gogh yang dipinjamkan dari Van Gogh Museum di Amsterdam).


United Kingdom
The National Gallery

London
Salah satu ruang menarik dalam The National Gallery ni

London
Antara lukisan-lukisan hasil karya Max Pechstein (1881 - 1955), 'The Umbrellas' oleh Renoir (1881),  Monet (1896), 'Van Gogh's Chair' oleh Van Gogh (1888) dan 'The Execution of Lady Jane Grey' oleh Paul Delaroche (1833)

Dalam banyak-banyak lukisan ni, kisah di sebalik lukisan 'The Execution of Lady Jane Grey' paling menyentuh hati aku.  Lady Jane Grey ni ialah cicit Raja Henry VII of England dan sepupu kepada Raja Edward VI. Selepas Edward VI meninggal dunia, Lady Jane Grey ni ditabalkan sebagai Ratu England pada usia 17 tahun. Tapi baginda berada di atas takhta cuma selama 9 hari je, sebelum Ratu Mary, sepupu Lady Jane Grey merampas takhta dan Lady Jane Grey ni pun turun takhta. Ratu Mary memerintahkan supaya Lady Jane Grey dan suaminya dibicarakan (biasalah, alasan sebenarnya nak bagi hukuman mati supaya Lady Jane Grey ni tak memberontak dan merampas balik takhta). Selepas diputuskan bersalah, kedua-duanya (Lady Jane Grey dan suaminya) dihukum mati dengan cara penggal kepala. Sebelum Lady Jane Grey dibicarakan, dia dipenjara di Tower of London dan dijaga oleh dayang-dayang yang mengasuh baginda dari bayi lagi. Dalam lukisan ni, kedua-dua dayang ni dilihat menangis di belakang sebab kena tengok puteri yang dieorang jaga dari lahir tu akan dijatuhkan hukuman penggal kepala huhu. Tak boleh bayangkan betapa hancur perasaan dieorang kan, mesti dah rasa macam anak sendiri.


London
Ni saja posing menghayati lukisan dalam galeri ni padahal tak tau pun pokok pangkal lukisan ni hihi

Kisah Lucu Terpisah Kena Tinggal Bas Double Decker

Dah puas tengok lukisan di The National Gallery, kiteorang pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Baker Street sebab nak tengok tugu Sherlock Holmes dan jugak Muzium Sherlock Holmes. Zaman sekolah dulu, aku suka baca buku tentang penyiasat terkenal Sherlock Holmes dan 'side-kick' nya, Dr John Watson. Kebanyakan cerita tentang detektif terkenal ni ditulis dari kaca mata Dr John Watson.

Since dekat apps CityMapper ada alert train delay di beberapa lokasi, jadi aku pun suggest kiteorang ambik bas double decker ke Baker Street. Mula-mula tu ok, kawan-kawan aku seronok sebab dapat duduk seat paling depan dekat tingkat atas jadi boleh la dieorang rakam banyak-banyak gambar pemandangan London dari dalam bas.

Tiba-tiba dekat satu bus stop ni, semua orang turun. Aku pun terpinga-pinga, dan terdengar salah seorang penumpang ni cakap 'the bus is terminating here'. So aku pun signal dekat kawan-kawan untuk turun dari bas ni jugak. Aku yang mula-mula turun dan keluar dari bas, tapi bila aku toleh, aku tengok kawan-kawan aku tak turun lagi. Bila dieorang turun dari tingkat atas dan belum sempat keluar, tiba-tiba pintu bas tu tertutup. Maka sama-sama terloponglah kiteorang, aku dekat luar bas dan dieorang dekat dalam bas sebab bas tu dah mula bergerak tinggalkan aku sorang-sorang 😅.

Aku terus mesej dieorang suruh tunggu dekat next bus stop. Then aku naik bas seterusnya. Guess what, bas yang aku naik tu tak berhenti dekat bus stop yang kawan-kawan aku turun! Dah dua kali terlopong tengok masing-masing dari dalam / luar bas! 🤣

In the end, dieorang naik Tube je la ke Baker Street dan aku pulak turun di Baker Street tapi seberang jalan. Bila dah berjumpa semula, kiteorang gelak terbahak-bahak. Kisahnya dieorang perasan ada seorang penumpang ni tertidur dalam bas yang kiteorang mula-mula naik, jadi dieorang pun dengan baik hatinya kejutkan penumpang tu. Sebab tu dieorang lambat turun dari bas pertama tu. Baik hati sangat kan! 🤣


Baker Street Station
Tugu Sherlock Holmes betul-betul luar stesen Baker Street

Baker Street
Sherlock Holmes Museum terletak di alamat 221B Baker Street, macam yang ditulis dalam buku-buku cerita Sherlock Holmes. Kiteorang tengok dari luar je la sebab kena bayar £20 kalau nak masuk.

Berjalan-jalan di Notting Hill, UK

Kalau korang peminat Julia Roberts, mesti korang ingat filem Notting Hill gandingan Julia Roberts dan Hugh Grant kan? Filem romantik komedi ni memang famous tahun 90an dulu. Tak sangka pulak 26 tahun lepas tengok cerita ni dapat jejak kaki ke bandar Notting Hill tengok beberapa lokasi penggambaran filem ni.


Notting Hill UK
Lokasi kedai buku dalam salah satu babak Notting Hill

Selain dari tu, dekat Notting Hill ni ada sederet kawasan rumah yang berwarna-warni. Tempat ni pun selalu jadi tumpuan pelancong.


Notting Hill UK
Notting Hill, UK

Makan Malam di Poppies

Tak sah la kalau ke UK dan tak cuba fish & chips dekat sana. Last aku ke UK pun dah cuba Poppies ni. Kali ni kawan-kawan aku pun nak cuba jugak sebelum kiteorang gerak balik ke rumah Aini.


Fish & Chips
Poppies terkenal dengan hidangan fish & chips yang tak menggunakan alkohol dalam campuran batter

Poppies UK
Lawa kan tandas dalam kedai Poppies ni 😅

Dengan itu, berakhirlah cerita hari kedua di London hehe. Hari ketiga kiteorang keluar kota London pulak. Ke manakah? Kena tunggu next entry ye...


OOTD London
OOTD hari kedua di London

1 comment:

  1. Terima kasih Carneyz bawa saya jalan-jalan ke Europe.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .