Salam Isnin semua!
Sambungan dari siri jalan-jalan ke Eropah musim panas 2025:
Sebelum tu, nak jawab soalan Kak Ujie dalam entry sebelum ni. Last pergi UK tahun 2023 (November). Sebab tu tajuk entry kali ni 'Selamat kembali ke London' 😅.
![]() |
Welcome to London! |
Day 2 - Heathrow Airport. British Museum. Tottenham Court Road. Neal's Yard. Covent Garden Market. Goodwin's Court, Covent Garden.
Menaiki Elizabeth Line dari Heathrow Airport ke Tottenham Court Road Station
Alhamdulillah, perjalanan kiteorang dari Istanbul ke London lancar dan takde sebarang masalah. Dekat kaunter border control, kiteorang ditanya serba-sikit tujuan ke UK, berapa hari akan berada di UK dan ke mana destinasi seterusnya. Once passport dah kena cop, kiteorang pergi ambik bagasi di conveyor belt dan terus keluar mencari stesen Elizabeth line untuk ke destinasi pertama - Tottenham Court Road.
![]() |
Dari UK Arrivals ni, kiteorang ikut je signage menuju ke stesen Elizabeth line, Heathrow Express dan London Underground (aka 'the tube') |
Simpan Bagasi di Tottenham Court Road
Perjalanan dari Heathrow ke London mengambil masa lebih kurang 45 minit. Destinasi pertama kami ialah ke Tottenham Court Road sebab kiteorang dah sewa tempat letak beg di kawasan ni.
![]() |
Kalau taknak sesat, muat turun dan guna aplikasi CityMapper untuk navigate stesen London Underground yang bersimpang-siur ni |
![]() |
Kiteorang tinggalkan bagasi di Basicmart bertentangan dengan stesen Tottenham Court Road. Boleh tempah dari aplikasi Bounce.com dengan harga £4.90/bagasi sehari. |
Dari Tottenham Court Road, kiteorang berjalan kaki ke British Museum sebab dah tempah slot masuk ke muzium pukul 12 tengahari. Masa kiteorang sampai, memang ramai sangat pelancong tapi sebab kiteorang dah buat tempahan siap-siap, pegawai muzium terus bagi kiteorang masuk tanpa perlu beratur panjang.
Melawat Koleksi Mumia di British Museum
![]() |
Sebelum masuk, posing dulu depan British Museum. Bahagian luar muzium dengan struktur bangunan berkonsepkan Greek Revival menampilkan tiang dan serambi yang menonjol dengan jumlah 44 tiang semuanya. |
![]() |
Sebahagian dari galeri di British Museum menempatkan pelbagai artifak dari tamadun dunia |
British Museum ni besar dan ada banyak galeri menampilkan peninggalan dari sejarah tamadun dunia. Sehari pun sebenarnya tak cukup nak cover semua galeri dalam muzium ni kalau korang sejenis peminat sejarah. Dan bila pergi pada musim panas dengan takde aircond/kipas dan sesak dengan orang ramai, memang rasa cepat-cepat nak keluar je 😅. Sebab tu kiteorang cuma target satu galeri je - Galeri "Egyptian death and afterlife: mummies". Kiteorang nak tengok pelbagai mumia asli dari zaman Mesir purba sebab British Museum menempatkan koleksi mumia kedua terbesar di dunia di luar Kaherah, Mesir. Kalau nak tengok lebih banyak mumia, datang la ke Mesir terus hehe.
![]() |
Sebahagian dari koleksi mumia dan keranda di galeri Egyptian death & afterlife: mummies (Bilik 62-63) |
Rupa-rupanya bukan kiteorang je yang berfikiran macam tu - rasanya majoriti pengunjung muzium pun berfikiran sama macam kiteorang sebab galeri ni yang paling sesak dalam muzium ni 😅. Nasib baik ada kipas tangan, kalau tak mau berkicap dalam galeri tu. Panaih mak aih!
Bagi aku berbaloi la nak jadikan British Museum sebagai salah satu tempat jalan-jalan di London cuma jangan pergi masa musim panas haha. Masuk percuma, banyak koleksi menarik dan bangunan pun estetik.
![]() |
Posing dalam muzium pulak sebelum keluar dari muzium |
Immersive Exhibition di The NOW Building
Satu lagi tarikan percuma di London iaitu immersive exhibition di The Now Building, tak jauh dari Tottenham Court Road. Serius cantik weyh! Korang boleh tengok sebahagian dari exhibition dekat video bawah ni ye.
![]() |
Antara immersive exhibition yang dipancarkan di skrin LED |
Makan Tengahari di Wildwood Restaurant, Covent Garden
![]() |
Makan tengahari kami. Total damage aku £16.78 |
Bangunan Berwarna-warni di Neal's Yard
Hari pertama di London, kiteorang fokus bersiar-siar di Covent Garden. Kawasan ni memang charming dan tipikal pemandangan UK sangat. Setel lunch, kiteorang menuju ke Neal's Yard which is salah satu tarikan di Covent Garden. Neal's Yard ni terkenal dengan bangunan yang ceria dan berwarna-warni. Lepas tu dengan cuaca yang memberikan kerjasama, memang tempat ni lawa sangat kalau nak ambik gambar selfie 😄.
![]() |
Pemandangan di Neal's Yard |
![]() |
Neal's Yard |
Covent Garden Station. Young Dancer Statue. Covent Garden Market. Goodwin's Court.
Next, kiteorang menuju ke Covent Garden Station sebab nak ambik gambar bangunan stesen Underground ni. Bangunan stesen ni nampak striking sebab menampilkan batu-bata berwarna merah terang dan design klasik dari awal abad ke-20.
![]() |
Covent Garden Underground Station |
Dari Covent Garden Station, kiteorang singgah di Broad Street tak jauh dari Royal Opera House untuk melawat patung Young Dancer. Di belakang patung ni ada beberapa pondok telefon berwarna merah yang ikonik dan sinonim dengan imej London.
![]() |
Young Dancer Statue diperbuat dari tembaga hasil karya Enzo Plazzotta, seorang artis dari Itali |
Destinasi kami seterusnya ialah Covent Garden Market. Bangunan ni menempatkan pelbagai kedai berjenama dan juga Apple Market. Historically, Apple Market ni ialah pasar yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan bermula dari abad ke-16, tapi sekarang ni ia terkenal sebagai pasar menjual barangan hasil kraftangan UK, handmade jewellery, hasil seni dan sebagainya. Kalau aku nak samakan dengan bangunan di Malaysia, aku akan cakap tempat ni seakan-akan Pasar Seni la, abis citer 😅.
![]() |
Covent Garden Market |
Di Covent Garden Piazza, kiteorang sempat menyaksikan street performance sebab dekat sini memang terkenal dengan street performers. Tapi aku lupa pulak ambik gambar haha.
Next stop, Goodwin's Court. Laluan sempit di celah-celah bangunan dengan ciri klasik batu-bata coklat ni dikatakan tempat yang mencetuskan inspirasi penulis novel Harry Potter, J.K. Rowlings untuk menggambarkan suasana di Diagon Alley. Dan ya, bila berjalan di laluan ni, memang auto berangan-angan jadi watak dalam cerita Harry Potter, tak pun watak dalam cerita klasik kurun ke-17 di London.
Sepatutnya hari pertama kiteorang nak teruskan berjalan-jalan di Notting Hill, tapi disebabkan kiteorang tak cukup tidur dan penat giler, kiteorang decide untuk tangguhkan plan tu ke hari lain. Ditambah pulak tak jumpa tempat solat yang dekat, jadi lebih baik terus gerak ke rumah Aini supaya aku sempat jamak Zohor dan Asar.
Kiteorang bergerak semula ke Tottenham Court Road untuk ambik bagasi dan terus ambik tren ke Hendon Central station. Since kiteorang sampai awal, tuan rumah tak siap lagi kemas rumah haha. Sudahnya kiteorang decide ambik Bolt ride ke rumah Aini, drop off luggage dekat rumah dia dan lepak di Airbnb Susan.
![]() |
Kat UK normal naik 'Grab' kereta BMW hehe |
So with that, it's a wrap for day one in London. Kita sambung acara jalan-jalan ke hari berikutnya 😄. Gambar-gambar dekat bawah ni ialah sebahagian dari bangunan yang cantik dan unik sepanjang kiteorang berjalan-jalan di kawasan Covent Garden.
![]() |
Bangunan unik di London |
![]() |
Part paling best bila jalan-jalan dengan geng perempuan ni ialah skill ambik gambar dieorang memang mantap 😍 |
Gmbr semua cantik laaa.bestnya london. Rinduuuu. My boys nak repeat london tp mamanya nak menabung duluuuu
ReplyDeleteLurv all your photos sis...
ReplyDeleteMemang berkicaplah kalau pergi tempat takde aircond/kipas ni kan.. Dgn orang ramai PH pun surrender
Tahniah! gambar semuanya menarik dan warna warni.
ReplyDeletesyok die ke London lagi..mcm blk kampung...cantik view bangunannya
ReplyDelete