Sabtu lepas sekolah anak-anak mengadakan hari sukan sekolah. Tahun ni anak-anak join acara perbarisan - Khayla dengan unit badan beruniform dan Khadeeja pulak dengan rumah sukan.


Khayla terpilih bawak sepanduk tahun ni

Sebelum jam 7.30 pagi lagi dieorang dah berada di sekolah. Aku dan Suami Terchenta datang lambat sikit so terlepas la tengok dieorang berbaris masuk ke padang. Tapi keluar padang tu sempat la kiteorang ambik gambar.

Tahun ni tema rumah sukan ialah jenama minuman/dessert. Rumah biru bertemakan minuman kopi ZUS, rumah hijau minuman jus Boost, rumah ungu minuman Tealive, rumah kuning aiskrim Inside Scoop, rumah oren Dunkin Donut dan rumah merah pulak ialah aiskrim Mixue. Kreatif betul cikgu-cikgu rumah sukan mereka pakaian untuk maskot dan dekorasi untuk anak-anak yang berkawad 😍. 


Tema rumah sukan tahun ni memang gempak habis

Di akhir acara sukan, rumah kuning (Inside Scoop) dinobatkan sebagai rumah dengan deko tema terbaik 👏🏻👏🏻. Bukan main gembira lagi cikgu-cikgu rumah kuning sebab berbaloi la dengan hasil kerja keras dieorang. Memang all out kan. Tahniah rumah Satria!


Tudung kepala maskot tu dibuat dari tudung saji ye. Kreatif tak?

Walaupun anak-anak tak ikut pertandingan sukan, tapi ada jugak wakil turun padang hari ni dari family kiteorang iaitu Suami Terchenta! 🤣 Sebabnya dia kena 'paksa' ikut pertandingan bola besar - team bapa-bapa lawan team guru lelaki. Walaupun kena paksa, tapi dia semangat memukul bola. Yang penting gaya tu kena ada hehe. Dan keputusannya - team bapa-bapa MENANG! Hahaha! Ok la tu, walaupun main berkaki ayam sebab tak pakai kasut sukan 😅.


Beberapa aksi Suami Terchenta di padang

Aku pulak terhibur dengan acara selingan iaitu persembahan tarian dari pelajar-pelajar. Dieorang ni memang ada bakat menari, nampak lincah dan tak kekok langsung. Siap buat backflip lagi. 


Group ni yang buat back-flip, semua orang bertepuk tangan bila tengok aksi stunt dieorang

Yang ni wakil kelab tarian kot. Hujung-hujung persembahan tu dieorang tarik pelajar-pelajar lain ikut sama menari. Memang sporting budak-budak ni!


Syukurlah cuaca hari Sabtu tu elok je, tak berjerebu sangat. Cuma panas sikit, kesian tengok anak-anak kena berdiri tengah panas sewaktu acara penutupan. Selesai majlis penutupan, Pengetua pun umumkan hari Isnin ialah cuti peristiwa. Bukan setakat anak-anak, kiteorang pun bersorak sekali dengar pengumuman cuti tu 🤣.


With my bubble tea girl 😅

16 comments:

  1. cute betul sbb ada tema2 gitu! kreatif sgt! good job khayla!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, comel je tema dieorang hari tu 🥺 terbaik cikgu2 sebab buat tema yg menarik tahun ni.

      Delete
  2. Cuti ank2 tu membahagiakan mak2...sebab x yah kelam kabut...

    ReplyDelete
  3. Eh sama la tema dgn hari sukan sekolah Angah. Zus, Boost & Mixue tu pun sama :D
    Wah hebat papanya, tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya cikgu2 berfikiran sama hehe. Tu la hari sukan anak tapi yg bersukan bapak dieorang 😆.

      Delete
  4. ada 6 rumah sukan...meriah nya...
    hari sukan sek men dah lepas, anak tak masuk apa2 dan tak pergi pun hari sukan.
    yang sek rendah nie tak tau lah bila...takde ura2 pun lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cakap kat anak2 kena join sbb nak dapat markah PAJSK. Tapi mmg tau dieorg ni bukan aktif sukan sebab mak bapak dieorang pun bukan pernah masuk pertandingan sukan masa sekolah dulu hehe

      Delete
  5. wahh masing masing memang berfikiran kreatif sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kreatif dieorang menghias tema rumah sukan masing-masing

      Delete
  6. Pastinya senang dan bahagia sekali ya Mbak menyaksikan anak aktif dalam kegiatan olah raga di sekolah.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dari dulu sampai sekarang kalau ada aktiviti di sekolah anak-anak saya pasti ikut teruja Pak Asa 😄

      Delete
  7. comelnya tema rumah sukan depa dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan Kak Ana, pandai cikgu2 deko rumah sukan masing2 😄

      Delete
  8. Ini jenama - jenama tu ada sponser ke untuk hari sukan ni? Shj lah tanya. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, entah la Shai. ZUS dgn Boost tu beria2 letak cawan kertas atas topi pelajar yg ikut perbarisan haha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .