Lirik Lagu 'Bi Saraha' (Abeer Nehme)

First time aku dengar lagu ni, melodinya menarik. Lepas tu aku cari makna kata lirik lagu ni, Masha Allah! Lagi bertambah-tambah suka! Terus terbayang muka Suami Terchenta bila menghayati lirik lagu ni😅 #hanyadiadihati. Tentang isteri yang jatuh cinta dengan suaminya dengan sedalam-dalam kasih, melihat suaminya sebagai lelaki yang melengkapi dunianya. Eh, gitulah aku mentafsir makna di sebalik lirik katanya yang indah 😍.

Dulu aku tak layan sangat lagu Arab tapi lately ni macam best pulak. Jom layan...




بصراحة Bi Saraha (Abeer Nehme) - Sejujurnya


بصراحة هيدي أول مرة بحب
Sejujurnya, inilah kali pertama aku jatuh cinta
Honestly, this is the first time I fall in love

بصراحة هيدي كذبة كل شاب
Sejujurnya, inilah pembohongan setiap jejaka
Honestly, this is the lie of every guy

بيقلي إني الأحلى والبنت اللي بيرتاحلها
Memberitahu bahawa aku yang tercantik dan gadis yang membuatnya selesa
Telling me that I am the prettiest and the girl who makes him feel comfortable

بيطلع كذاب وما بينحب
Ternyata dia pembohong dan tidak layak dicintai
He ends up being an unlovable liar

(Chorus)

لا، بس هو منه متلن كلن
Tidak, tapi dia tidak seperti mereka semua
No, but he's not like any of them

لا، محالي جروحي من محلهن
Tidak, dia menghapus semua luka hatiku
No, he wiped all of my wounds

وعيشني أحلى قصة حب
Dan aku jalani kisah cinta terindah dalam hidup
And made me live the most beautiful love story

ترك لي مطرح جوه القلب، بنص القلب
Dia berikan ruang dalam hatinya, di dasar hatinya
Left me a place inside of his heart, in the core of his heart

القلب، القلب، القلب، القلب
Hatinya, hatinya, hatinya, hatinya
The heart, the heart, the heart, the heart

(Verse)

بصراحة بطيبة قلبه مش موجود
Sejujurnya, tiada kebaikan setanding kebaikan hatinya
Honestly, his kindness is unmatched

بصراحة راح حبه بدون حدود
Sejujurnya, aku akan mencintainya tanpa batas
Honestly, I would love him endlessly

بيحميني، بيبقى حدي، بيعملّي شو ما بدي
Dia melindungi, sentiasa ada di sisiku, dia melakukan apa yang aku inginkan untukku
He protects me, he stays by my side, he does whatever I want

عمري حده مليان ورود
Hidupku bersamanya seindah bunga di taman
My life beside him is a field filled with roses

لا، حبيبي منه متلن كلن
Tidak, kekasihku tidak seperti mereka semua
No, my love is unlike them all

لا، محالي جروحي من محلهن
Tidak, dia menghapus semua luka hatiku
No, he wiped all of my wounds

وعيشني أحلى قصة حب
Dan aku jalani kisah cinta terindah dalam hidup
And made me live the most beautiful love story

ترك لي مطرح جوه القلب، بنص القلب
Dia berikan ruang dalam hatinya, di dasar hatinya
Left me a place inside of his heart, in the core of his heart


He made me live the most beautiful love story

Sekolah Khayla Muncul Juara IYC's Got Talent!

Salam Isnin semua,

Macamana hujung minggu korang? Best ke tak? Hujung minggu kiteorang terisi dengan lunch date dengan BFF aku Zura pada hari Sabtu dan hari Ahad pulak, menghadiri pertandingan IYC's Got Talent di International Youth Centre di Cheras.


Juara IYC's Got Talent 2025 peringkat sekolah menengah - tahniah kumpulan Adipatra! (kredit: Pn Nelly dari Whatsapp parents)


Buat pertama kali Khayla terpilih mewakili band simfoni sekolah dia ke pertandingan macam ni. Kiteorang memang terujalah, sebab selalunya dia main keyboard dekat belakang band, tapi kali ni dia main kompang pulak.

Sebelum ni dia tak pernah main kompang dan sebenarnya dia prefer main keyboard sebab tak perlu pergerakan tubuh badan (dia sejenis tak suka menonjolkan diri, introvert la katakan hehe). Tapi kali ni jurulatih band dieorang nak bagi peluang dekat orang lain pulak main keyboard sebab budak tu lebih mahir bermain lagu yang dieorang persembahkan. OK la jugak, boleh cungkil bakat Khayla bermain kompang 😅.

Dua minggu sebelum pertandingan, dieorang buat latihan setiap hari termasuk hujung minggu. Balik dari sekolah je, Khayla akan makan, rehat sekejap, solat dan pergi balik ke sekolah untuk join latihan. As a mom, memang nampak la dieorang semua bekerja keras untuk memberikan persembahan yang terbaik sebagai wakil sekolah. Lagi-lagi beberapa hari terakhir, sampai ke malam dieorang kena turun buat latihan di sekolah.

Pertandingan ni sebenarnya ialah peringkat akhir dan sekolah Khayla terpilih antara lima finalis yang layak berentap di peringkat akhir. Sekolah lain yang juga tersenarai ke peringkat akhir ialah SM Sains Tuanku Aishah Rohani (Dewi Darmawangsa Sari dan Sri Gempita Sari), SM Sains Tuanku Ja'afar (Gemalai Tingkah) dan  SMK Sentul Utama (Simfoni Jahari Citra). 


Ambik gambar dulu sebelum masuk pertandingan

Sebelum mula persembahan, kena buat sound check dulu

Punyalah semangat aku dan Suami Terchenta nak tengok Khayla main kompang, kiteorang standby duduk seat paling depan sekali 😅 Barulah dapat rekod persembahan dengan jelas dan tanpa halangan 🤭. Kumpulan dieorang dapat giliran nombor 2. Sebelum Adipatra, kumpulan Dewi Darmawangsa Sari tu pun best jugak buat persembahan. Memang hebat-hebat kumpulan finalis ni!


Seriusnya muka dia masa sound check

Masa ni tengah bersedia nak buat persembahan

Suami Terchenta yang rakam video persembahan dieorang sebab aku sibuk ambik video untuk IG story 😅. Aku tak upload semua sebab panjang sikit (10 minit) tapi korang boleh tengok persembahan band Adipatra yang  penuh bersemangat dekat video kat bawah ni. Aku rasa tu antara sebab dieorang muncul juara, pemilihan lagu yang rancak dan pergerakan dieorang atas pentas.

 


Ni pulak video aku ambik yang fokus dekat Khayla. Sejenis perangai mak-mak kan 🤭, fokus kat anak je:



Sekali lagi, tahniah buat kumpulan Adipatra yang muncul juara IYC's Got Talent tahun ni! Semoga Adipatra terus menjuarai pertandingan-pertandingan akan datang jugak 🥳.

Makan Nasi Goreng Fuiyoh! It's Uncle Roger

Salam korang!

Aku sekarang tengah stuck nak sambung update tentang jalan-jalan kat Eropah bulan lepas haha. Mana taknya, hari ketiga je ada 100+ gambar aku nak kena filter dan pilih mana yang sesuai untuk penceritaan di blog 😜. Tu yg menjadikan mood aku pun kelaut sudahnya hehe.

Sementara aku pilih-pilih gambar hari ketiga di UK untuk blog ni, kehidupan diteruskan seperti biasa.

Minggu lepas kiteorang pergi ke Pavilion KL sebab nak tukar bateri jam tangan Khayla dekat kedai jam di situ. Dah alang-alang sampai di Pavilion KL, anak-anak ajak makan di restoran Uncle Roger. Dah lama sebenarnya dieorang teringin nak ke situ sebab dieorang suka tengok video Uncle Roger dekat Youtube, tapi masa mula-mula bukak dulu, asyik panjang je barisan depan kedai ni. Sekarang Uncle Roger pun dah bukak beberapa cawangan jadi dah kurang la orang beratur nak makan kat sini. 


egg fried rice
Dari jadi pempengaruh Youtube yang buat review nasi goreng, sekarang Uncle Roger dah bukak restoran nasi goreng sendiri


Fuiyoh! It's Uncle Roger
Restoran dia macam basic je, tapi penggunaan warna terang buatkan restoran ni nampak ceria

Fuiyoh! It's Uncle Roger
Ada corner photo booth untuk buat aksi macam Uncle Roger, siap dengan tuala 'Good Morning' selempang dekat bahu 🤭

Aku dan anak-anak pesan egg fried rice yang tak pedas - Khayla pesan yang kosong je, Khadeeja punya dengan garlic shrimps dan aku punya dengan smoked duck breast. Suami Terchenta pulak pesan special fried rice with grilled chicken


Fuiyoh! It's Uncle Roger
Atas: Special fried rice with grilled chicken breast; bawah kiri: egg fried rice with garlic shrimps, kanan: egg fried rice. Nasi goreng memang datang sekali dengan telur goreng.

Fuiyoh! It's Uncle Roger
Bekas minuman yang unik dan boleh bawak balik

Servis kat sini agak cepat. Pesanan dibuat menggunakan kod QR tapi masalahnya bila order guna 2 h/p, dieorang jadi keliru. Makanan dieorang bertiga dah sampai awal, tapi aku punya tunggu 10 minit tak sampai-sampai lagi. Pesanan dari meja belakang kiteorang yang sampai lambat dari kiteorang pulak yang sampai dulu. Bila aku check dengan staff, baru dieorang perasan nasi goreng aku tak sampai lagi. So kat situ macam ada slack sikit la.

Ramai yang kata nasi goreng dekat sini mahal sangat. Nasi goreng kosong je (tak pedas) RM16. Tambah garlic shrimps RM18, smoked duck breast dan special grilled chicken pulak tambah RM12. Jadi harga nasi goreng Khadeeja ialah RM34 dan nasi goreng aku dan Suami Terchenta pulak masing-masing jadi RM28.

Akhirnya... moment of truth. Dari segi rasa pulak macamana ye? Bagi kiteorang, nasi goreng kat sini sedap dan aroma asap kuali (atau wok hey) tu memang menyerlah. Smoked breast duck pulak bagi aku agak kering, tapi anak-anak aku suka rasanya sebab dieorang kata rasa macam sosej haha. Cuma nasi goreng Suami Terchenta je datang dengan sambal, kalau nak mintak sambal kena tambah RM3-RM5. Tapi atas meja ada chili oil kalau nak 'kick' rasa pedas bila makan nasi goreng.

Satu benda yang aku puji pasal Uncle Roger ni ialah since dia nak bukak restoran di Malaysia yang kebanyakan pelanggannya ialah Muslim, jadi dia dah awal-awal lagi apply untuk dapatkan sijil halal. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ialah dari pembekal sumber halal dan sekarang masih lagi tengah tunggu sijil halal JAKIM. Cuma mungkin proses ni ambik masa sikit. Syarikat premis makanan besar pun kadang-kadang makan tahun jugak nak dapat logo halal tu, bukan sebab sumber dieorang tak halal tapi sebab standard JAKIM ni memang tinggi dan merangkumi pelbagai aspek. Bagi aku kalau dia tengah usaha sijil halal tu, bermakna dia dah belajar proses sijil halal JAKIM dan dah apply dekat restoran sebab bila-bila je JAKIM boleh datang check premis dieorang. Apapun, ikut keyakinan kita. Kalau was-was, baik tunggu sampai ada sijil halal.

Tim Hortons Dah Bukak di Sunway Putra Mall

Memandangkan aku ni jarang-jarang la keluar rumah melainkan dah bosan tahap dewa atau ada keperluan je 😂, maka aku baru tau dekat Sunway Putra Mall tu dah ada beberapa kedai baru yang dibuka - Chagee, Oriental Kopi dan Tim Hortons.

Biasalah, benda baru ni wajib la try kan. Jadi aku pun singgah di Tim Hortons sebab nak tau apa bezanya dengan Krispy Kreme, Big Apple Donut dan yang sewaktu dengannya.


Sunway Putra Mall
Tim Hortons ialah rantaian kedai kopi dan donut terkenal berasal dari Kanada


Sunway Putra Mall
First time dengar perkataan 'Donwich' haha

Kedai Tim Hortons ni tak sebesar di IOI Mall sebab aku pernah tengok gambar cawangan Tim Hortons di IOI Mall dari blog sis Ezna, nampak lebih luas dan lagi banyak tempat duduk untuk lepak dalam kedai.

 
Sunway Putra Mall
Lokasi di Sunway Putra ialah di tingkat Ground berdekatan dengan pintu masuk dari PWTC

Aku tak perasan logo halal JAKIM tapi terpampang dalam kedai ni kenyataan dari syarikat yang mengesahkan semua bahan yang digunakan dalam restoran dieorang adalah dari pembekal makanan halal. Bila aku Google pulak, ada kenyataan media yang Tim Hortons Malaysia dah dapat sijil halal JAKIM. Dekat IG pun ada dieorang ada publish tentang sijil halal JAKIM dieorang.


Tim's Promise
Komitmen syarikat terhadap makanan dari sumber halal, berkualiti dan segar

Jom tengok donat yang ada di sini:


donut
Harga donat dalam lingkungan RM3.80 - RM5.50. Compare  dengan KK, aku rasa harga glaze donut tu murah sikit dekat Tim Hortons (KK dalam RM4+ kalau tak silap)

kek, pastries
Selain dari donat, ada kek dan pastries jugak

Tim Hortons Malaysia
Peminat dessert mesti suka ni

Sebenarnya aku ni bukan la peminat donat sangat pun lagi-lagi sejak ada diabetes aku dah kurangkan makanan manis, tapi anak-anak ye jadi aku pun beli la sekotak. Aku ambik glaze donut, maple glaze donut (saja buat raso2) dan cinnamon sugar donut.



Tim Hortons Malaysia
Cantik kotak donat Tim Hortons

Donat Tim Hortons ala-ala Krispy Kreme yang lembut, gebu dan sedap dicicah dengan kopi. Tapi aku rasa aku prefer Krispy Kreme kot. Maple syrup tu macam tak kena je dengan donat haha. Aku lebih suka maple syrup makan dengan pancake.

Korang dah pernah cuba Tim Hortons? Apa pulak pendapat korang? Korang team Tim Hortons atau team Krispy Kreme? Cer drop dekat komen.

Bermain di Taman Tema i-City

Isnin minggu lepas, Suami Terchenta ambik cuti sebab sekolah anak-anak cuti peristiwa sempena Hari Sukan Sabtu lepas. Memandangkan hari tu hari bekerja, jadi kiteorang buat keputusan untuk pergi ke i-City Shah Alam untuk bermain di WaterWorld dan jugak Sky glass slide sepanjang 600 meter. Kiteorang jarang-jarang ke taman tema sebab malas nak beratur panjang dan bersesak-sesak kalau pergi hujung minggu atau cuti sekolah. Jadi bila Suami Terchenta dan anak-anak dapat cuti hari biasa, kenalah ambik kesempatan tu untuk melawat taman tema 😅.

Satu lagi sebab aku pilih ke sini ialah nak recce tempat ni bagi pihak Fanny sebab dia berminat nak datang ke sini mencuba glass slide tu. So kalau ada kawan-kawan lain yang bercadang nak datang ke i-City ni boleh la teruskan membaca review aku tentang tempat ni.

Mula-mula sekali, kiteorang beli tiket melalui aplikasi i-City SuperApp. Tapi kalau malas nak install apps ni boleh je beli tiket dari laman web . Kiteorang ambik pakej SkySplash berharga RM60 seorang untuk akses ke WaterWorld dan jugak SkyCity. 


taman tema i-City Shah Alam
Sumber: iticket.i-city.my

Sebelum ke taman tema i-City, kiteorang singgah di restoran Nasi Kukus Sotong Besar untuk makan tengahari dulu. Kalau tak makan nanti lembik pulak macamana nak bermain kan haha. Aku pesan nasi kukus sotong besar dan macam biasa, sotong besar goreng tepung tu sedap dan tak mengecewakan. Suami Terchenta nak mencuba nasi kukus dengan ayam herba madu. Rasa ayam herba madu tu macam ayam kicap madu. Khayla pulak pesan makaroni keju dengan popcorn ayam. Portion besar, dia tak habis makan jadi bungkus bawak balik. Khadeeja ambik bebola daging dengan kentang putar. Tapi dia kata so-so je la. OK la at least ada menu baru dekat restoran ni. Dulu rasanya takde menu Western dekat sini.


Nasi Kukus Sotong Besar
Makan tengahari di Nasi Kukus Sotong Besar

Perut dah kenyang, marilah kita meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu ke taman tema i-City. Kiteorang parking betul-betul sebelah Sky City. Pit stop pertama ialah WaterWorld memandangkan Sky glass slide tu bukak pukul 4 petang dan masa kiteorang sampai, baru pukul 2 petang.

Lokasi surau sangat strategik iaitu sebelum pintu masuk ke WaterWorld. Sebelum masuk, kena scan dulu beg. Lepas scan beg, staff kat situ scan tiket kiteorang dekat dalam apps i-City SuperApp.


i-City theme park
WaterWorld i-City

Bilik mandi dan tandas terletak di sebelah kanan selepas pintu masuk. Locker pun ada disediakan dengan bayaran RM10, tapi memandangkan tak ramai orang pun, kiteorang tak simpan beg dalam locker.

Agak sayang tak dapat ambik gambar dalam WaterWorld ni sebab lupa bawak GoPro dan jugak takde waterproof pouch untuk simpan telefon bimbit. Tarikan yang paling best di WaterWorld ni ialah Vortex Water Slide (slide gergasi macam bentuk kon). Aku rasa macam nak tercabut jantung (dan anak tekak) naik bendalah ni 🤣! Seriau tapi seronok! Anak-anak request main slide ni 2x jadi 2x la rasa nak tercabut jantung 😆. Permainan ni bagus untuk release stress kalau korang bukan sejenis yang takut tinggi / gayat. Kalau nak main Vortex Water Slide ni kena pergi berempat tau, dan minimum berat kesemua yang naik pelampung kena lebih dari 200kg dan kurang dari 300kg. Yang tak syoknya, pelampung tu kita sendiri kena bawak naik tangga setinggi 4 tingkat. Memang memerlukan kerjasama dan kudrat 4 orang huhu. Aku rasa i-City kena install gondola bawak naik pelampung barulah lebih seronok. Oh ya, kalau nak naik Vortex Water Slide ni, aku cadangkan naik slide ni paling last sekali, kalau tak permainan yang lain confirm rasa kurang menarik / kurang thrill! Hahaha!


i-City theme park
Vortex Water Slide (Kredit gambar: Jeshryna Maira dari Google Review)

Seterusnya kiteorang naik rainbow slide dan jugak family raft.


Waterworld i-City theme park
Rainbow slide. Dekat belakang slide biru putih tu pulak ialah family raft (kredit foto: esam hnaish dari Google Review)

Rainbow slide ni kena guna tikar getah tu untuk meluncur ke bawah. Cara turun slide ni kena dalam keadaan meniarap. Yang ni pun kiteorang naik 2x. Family raft tu pulak kena guna pelampung macam naik Vortex Water Slide (4 orang). Sama jugak, kena bawak sendiri pelampung yang berat tu naik ke atas. Makanya sekali je la naik sebab aku dah malas nak mengangkut pelampung tu haha.

Akhir sekali anak-anak bermain di Wave Pool, tapi yang tak syoknya takde ombak pun. Aku masa ni dah malas so lepak dekat pool chair je la menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sementara tunggu anak-anak dan Suami Terchenta bermain dalam Wave Pool tu.

Nasib baik ada Vortex Water Slide tu kalau tak bosan jugak haha. Fasiliti bilik air dan bilik mandi bagus dan bersih. Aku bagi rating 3.5/5 je la kot untuk WaterWorld ni.

Lepas mandi dan tukar pakaian, kiteorang pergi simpan beg berisi baju basah dalam kereta sebelum pergi ke Sky glass slide pulak. Sekali lagi, kena scan tiket melalui apps i-City SuperApps then naik lift ke Sky Deck untuk menikmati pemandangan 360 darjah dari deck dekat atas ni. Jujur aku gayat tau! Jadi aku tak berani nak pijak dekat bahagian lantai yang tembus boleh tengok ke bawah 😮‍💨. Tapi anak-anak aku hati kering ye, dieorang bukan setakat pijak dan berdiri atas gelas lutsinar tu, siap baring lagi tau! Mak dieorang seriau je nengok 😅.


i-City theme park
Aduhai anak-anak... tinggi tau kalau jatuh ke bawah tu huhu...

Sky City i-City
Senyum tahan gayat haha. Aku cuma berani berdiri dekat bahagian lantai cermin yang pantul view langit dan awan

i-City theme park
Pemandangan hotel DoubleTree by Hilton dari atas sky deck. Nak tunjuk tinggi la jugak platform ni

DoubleTree by Hilton dari bawah

Dah puas tengok view sekeliling i-City, marilah kita naik glass slide pulak. Sebelum naik, kena pakai baju hujan sebab dekat beberapa bahagian, air akan terpercik dalam pelampung. Satu pelampung tu naik dua orang, jadi aku dan Suami Terchenta kongsi satu pelampung dan anak-anak kongsi satu pelampung.


Sky City i-City theme park
Mak bapak pun jadi kanak-kanak Ribena jugak bila naik bendalah ni

Overall, seronok la jugak naik glass slide ni sambil menikmati pemandangan sekeliling. Slide ni pun tak terlalu curam bukan macam naik roller-coaster ye, maka sepanjang naik slide rasa selamat je hehe. Cuma bagi aku for RM35, naik slide ni terlalu singkat, kurang dari 3 minit dah sampai ke bawah 😅. So pandai-pandai la korang buat kesimpulan sendiri sama ada berbaloi ke tak bayar tiket untuk naik slide ni 🤭.

Pendapat aku, kalau nak pergi naik glass slide ni, lebih baik pergi sebelah malam sebab boleh tengok lampu berwarna-warni dan view lebih cantik sebelah malam.

With that, selesai la aktiviti kiteorang di taman tema i-City, masa untuk balik ke rumah. Berbaloi pergi waktu hari bekerja sebab tak ramai orang. Yang datang pun ramai foreigners family Arab.