Alhamdulillah, dah 68 tahun kita merdeka 🥰. Terima kasih atas perjuangan nenek moyang kita demi membebaskan bumi kita dari cengkaman penjajah satu masa dulu. Sebagai pewaris negara, kita semua ada tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara terus kekal di tanah air kita.
Semoga Malaysia terus kekal berdaulat, aman sentiasa 🤲🏻. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68, Malaysia 🇲🇾!
Hasil karya: Khayla
Nota kaki: Semoga negara-negara jiran pun kembali aman dan baik-baik jugak 🥺.
Hari yang sama aku berjalan-jalan di Sunway Putra Mall dan tapau donut Tim Hortons, aku tertarik dengan promosi facial dengan harga RM68 di Face-Wash Cat. Apa lagi, terus la melencong ke sini 🤭.
Facial harga marhaen, moh ler kita cuba...
Sebenarnya harga ni ialah harga promosi untuk first time customer. Untuk sesi-sesi seterusnya, harga yang dikenakan ialah RM90. Promosi RM68 ni ialah untuk buat facial Hoover Bubble Rinse.
Senarai harga rawatan facial di sini
Set up tempat ni simple, bersih dan selesa. Ruang untuk buat facial dipisahkan dengan langsir je, tapi masih lagi tertutup dan ada privasi.
Ruang dalam Face-Wash Cat
Buat pengetahuan semua, produk yang digunakan berasal dari China sebab Face-Wash Cat ni ialah cawangan dari negara China. Aku ingatkan produk Korea haha. Patutlah harganya murah. Tak kisah la China ke Korea, janji lepas sesi facial muka rasa bersih, lembap dan paling penting, hilang segala blackhead dan whitehead yang buat kulit muka rasa berpasir 😜.
Produk skincare yang digunakan untuk facial Hoover Bubble Rinse, diperbuat dari plant-based dan sesuai untuk kulit sensitif
Steps facial kat sini standard dengan steps dekat tempat lain jugak - tanggal makeup, cuci muka bersih-bersih, steam untuk buka liang pori, buang blackhead/whitehead, pakai face mask (atau masker), toner dan akhirnya pelembap muka
Rawatan ni tak lama pun, cuma ambik masa 45 minit je. Aku sebenarnya tak berapa gemar buat facial lagi-lagi part buang blackhead/whitehead tu haha. Kadang-kadang sampai berair mata dan terbersin bila dia picit dekat bahagian sinus. Waa, tak suka! Tapi lepas tu licin je la rasa kulit hehe. Sebab tu wujud perumpamaan - no beauty without pain. Tak gittew? 🤭
Ni steps rawatan facial yang aku cuba tempoh hari:
My verdict - ok la buat raso-raso, orang kata hihi. Memang lepas tu kulit rasa bersih je, boleh rasa perbezaannya. Yang bagusnya tempat ni tak paksa-paksa kita ambik pakej walaupun ada jual pakej. Kalau sesetengah tempat tu, lepas sesi facial, mesti la kena hadap pujuk rayu untuk ambik pakej facial. Sorry ye, sis tak minat sebab bukan penggemar buat facial. Sekali-sekala je akan pergi bila kulit rasa kusam sangat, baru la paksa diri-sendiri pergi buat facial tu pun mungkin setahun sekali je 😅.
First time aku dengar lagu ni, melodinya menarik. Lepas tu aku cari makna kata lirik lagu ni, Masha Allah! Lagi bertambah-tambah suka! Terus terbayang muka Suami Terchenta bila menghayati lirik lagu ni😅 #hanyadiadihati. Tentang isteri yang jatuh cinta dengan suaminya dengan sedalam-dalam kasih, melihat suaminya sebagai lelaki yang melengkapi dunianya. Eh, gitulah aku mentafsir makna di sebalik lirik katanya yang indah 😍.
Dulu aku tak layan sangat lagu Arab tapi lately ni macam best pulak. Jom layan...
بصراحة Bi Saraha (Abeer Nehme) - Sejujurnya
بصراحة هيدي أول مرة بحب Sejujurnya, inilah kali pertama aku jatuh cinta
Honestly, this is the first time I fall in love
بصراحة هيدي كذبة كل شاب Sejujurnya, inilah pembohongan setiap jejaka
Honestly, this is the lie of every guy
بيقلي إني الأحلى والبنت اللي بيرتاحلها Memberitahu bahawa aku yang tercantik dan gadis yang membuatnya selesa
Telling me that I am the prettiest and the girl who makes him feel comfortable
بيطلع كذاب وما بينحب Ternyata dia pembohong dan tidak layak dicintai
He ends up being an unlovable liar
(Chorus)
لا، بس هو منه متلن كلن Tidak, tapi dia tidak seperti mereka semua
No, but he's not like any of them
لا، محالي جروحي من محلهن Tidak, dia menghapus semua luka hatiku
No, he wiped all of my wounds
وعيشني أحلى قصة حب Dan aku jalani kisah cinta terindah dalam hidup
And made me live the most beautiful love story
ترك لي مطرح جوه القلب، بنص القلب Dia berikan ruang dalam hatinya, di dasar hatinya
Left me a place inside of his heart, in the core of his heart
القلب، القلب، القلب، القلب
Hatinya, hatinya, hatinya, hatinya
The heart, the heart, the heart, the heart
(Verse)
بصراحة بطيبة قلبه مش موجود
Sejujurnya, tiada kebaikan setanding kebaikan hatinya Honestly, his kindness is unmatched
بصراحة راح حبه بدون حدود
Sejujurnya, aku akan mencintainya tanpa batas Honestly, I would love him endlessly
بيحميني، بيبقى حدي، بيعملّي شو ما بدي Dia melindungi, sentiasa ada di sisiku, dia melakukan apa yang aku inginkan untukku
He protects me, he stays by my side, he does whatever I want
عمري حده مليان ورود
Hidupku bersamanya seindah bunga di taman My life beside him is a field filled with roses
لا، حبيبي منه متلن كلن
Tidak, kekasihku tidak seperti mereka semua No, my love is unlike them all
لا، محالي جروحي من محلهن Tidak, dia menghapus semua luka hatiku
No, he wiped all of my wounds
وعيشني أحلى قصة حب Dan aku jalani kisah cinta terindah dalam hidup
And made me live the most beautiful love story
ترك لي مطرح جوه القلب، بنص القلب Dia berikan ruang dalam hatinya, di dasar hatinya
Left me a place inside of his heart, in the core of his heart
Macamana hujung minggu korang? Best ke tak? Hujung minggu kiteorang terisi dengan lunch date dengan BFF aku Zura pada hari Sabtu dan hari Ahad pulak, menghadiri pertandingan IYC's Got Talent di International Youth Centre di Cheras.
Juara IYC's Got Talent 2025 peringkat sekolah menengah - tahniah kumpulan Adipatra! (kredit: Pn Nelly dari Whatsapp parents)
Buat pertama kali Khayla terpilih mewakili band simfoni sekolah dia ke pertandingan macam ni. Kiteorang memang terujalah, sebab selalunya dia main keyboard dekat belakang band, tapi kali ni dia main kompang pulak.
Sebelum ni dia tak pernah main kompang dan sebenarnya dia prefer main keyboard sebab tak perlu pergerakan tubuh badan (dia sejenis tak suka menonjolkan diri, introvert la katakan hehe). Tapi kali ni jurulatih band dieorang nak bagi peluang dekat orang lain pulak main keyboard sebab budak tu lebih mahir bermain lagu yang dieorang persembahkan. OK la jugak, boleh cungkil bakat Khayla bermain kompang 😅.
Dua minggu sebelum pertandingan, dieorang buat latihan setiap hari termasuk hujung minggu. Balik dari sekolah je, Khayla akan makan, rehat sekejap, solat dan pergi balik ke sekolah untuk join latihan. As a mom, memang nampak la dieorang semua bekerja keras untuk memberikan persembahan yang terbaik sebagai wakil sekolah. Lagi-lagi beberapa hari terakhir, sampai ke malam dieorang kena turun buat latihan di sekolah.
Pertandingan ni sebenarnya ialah peringkat akhir dan sekolah Khayla terpilih antara lima finalis yang layak berentap di peringkat akhir. Sekolah lain yang juga tersenarai ke peringkat akhir ialah SM Sains Tuanku Aishah Rohani (Dewi Darmawangsa Sari dan Sri Gempita Sari), SM Sains Tuanku Ja'afar (Gemalai Tingkah) dan SMK Sentul Utama (Simfoni Jahari Citra).
Ambik gambar dulu sebelum masuk pertandingan
Sebelum mula persembahan, kena buat sound check dulu
Punyalah semangat aku dan Suami Terchenta nak tengok Khayla main kompang, kiteorang standby duduk seat paling depan sekali 😅 Barulah dapat rekod persembahan dengan jelas dan tanpa halangan 🤭. Kumpulan dieorang dapat giliran nombor 2. Sebelum Adipatra, kumpulan Dewi Darmawangsa Sari tu pun best jugak buat persembahan. Memang hebat-hebat kumpulan finalis ni!
Seriusnya muka dia masa sound check
Masa ni tengah bersedia nak buat persembahan
Suami Terchenta yang rakam video persembahan dieorang sebab aku sibuk ambik video untuk IG story 😅. Aku tak upload semua sebab panjang sikit (10 minit) tapi korang boleh tengok persembahan band Adipatra yang penuh bersemangat dekat video kat bawah ni. Aku rasa tu antara sebab dieorang muncul juara, pemilihan lagu yang rancak dan pergerakan dieorang atas pentas.
Ni pulak video aku ambik yang fokus dekat Khayla. Sejenis perangai mak-mak kan 🤭, fokus kat anak je:
Sekali lagi, tahniah buat kumpulan Adipatra yang muncul juara IYC's Got Talent tahun ni! Semoga Adipatra terus menjuarai pertandingan-pertandingan akan datang jugak 🥳.
Aku sekarang tengah stuck nak sambung update tentang jalan-jalan kat Eropah bulan lepas haha. Mana taknya, hari ketiga je ada 100+ gambar aku nak kena filter dan pilih mana yang sesuai untuk penceritaan di blog 😜. Tu yg menjadikan mood aku pun kelaut sudahnya hehe.
Sementara aku pilih-pilih gambar hari ketiga di UK untuk blog ni, kehidupan diteruskan seperti biasa.
Minggu lepas kiteorang pergi ke Pavilion KL sebab nak tukar bateri jam tangan Khayla dekat kedai jam di situ. Dah alang-alang sampai di Pavilion KL, anak-anak ajak makan di restoran Uncle Roger. Dah lama sebenarnya dieorang teringin nak ke situ sebab dieorang suka tengok video Uncle Roger dekat Youtube, tapi masa mula-mula bukak dulu, asyik panjang je barisan depan kedai ni. Sekarang Uncle Roger pun dah bukak beberapa cawangan jadi dah kurang la orang beratur nak makan kat sini.
Dari jadi pempengaruh Youtube yang buat review nasi goreng, sekarang Uncle Roger dah bukak restoran nasi goreng sendiri
Restoran dia macam basic je, tapi penggunaan warna terang buatkan restoran ni nampak ceria
Ada corner photo booth untuk buat aksi macam Uncle Roger, siap dengan tuala 'Good Morning' selempang dekat bahu 🤭
Aku dan anak-anak pesan egg fried rice yang tak pedas - Khayla pesan yang kosong je, Khadeeja punya dengan garlic shrimps dan aku punya dengan smoked duck breast. Suami Terchenta pulak pesan special fried rice with grilled chicken.
Atas: Special fried rice with grilled chicken breast; bawah kiri: egg fried rice with garlic shrimps, kanan: egg fried rice. Nasi goreng memang datang sekali dengan telur goreng.
Bekas minuman yang unik dan boleh bawak balik
Servis kat sini agak cepat. Pesanan dibuat menggunakan kod QR tapi masalahnya bila order guna 2 h/p, dieorang jadi keliru. Makanan dieorang bertiga dah sampai awal, tapi aku punya tunggu 10 minit tak sampai-sampai lagi. Pesanan dari meja belakang kiteorang yang sampai lambat dari kiteorang pulak yang sampai dulu. Bila aku check dengan staff, baru dieorang perasan nasi goreng aku tak sampai lagi. So kat situ macam ada slack sikit la.
Ramai yang kata nasi goreng dekat sini mahal sangat. Nasi goreng kosong je (tak pedas) RM16. Tambah garlic shrimps RM18, smoked duck breast dan special grilled chicken pulak tambah RM12. Jadi harga nasi goreng Khadeeja ialah RM34 dan nasi goreng aku dan Suami Terchenta pulak masing-masing jadi RM28.
Akhirnya... moment of truth. Dari segi rasa pulak macamana ye? Bagi kiteorang, nasi goreng kat sini sedap dan aroma asap kuali (atau wok hey) tu memang menyerlah. Smoked breast duck pulak bagi aku agak kering, tapi anak-anak aku suka rasanya sebab dieorang kata rasa macam sosej haha. Cuma nasi goreng Suami Terchenta je datang dengan sambal, kalau nak mintak sambal kena tambah RM3-RM5. Tapi atas meja ada chili oil kalau nak 'kick' rasa pedas bila makan nasi goreng.
Satu benda yang aku puji pasal Uncle Roger ni ialah since dia nak bukak restoran di Malaysia yang kebanyakan pelanggannya ialah Muslim, jadi dia dah awal-awal lagi apply untuk dapatkan sijil halal. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ialah dari pembekal sumber halal dan sekarang masih lagi tengah tunggu sijil halal JAKIM. Cuma mungkin proses ni ambik masa sikit. Syarikat premis makanan besar pun kadang-kadang makan tahun jugak nak dapat logo halal tu, bukan sebab sumber dieorang tak halal tapi sebab standard JAKIM ni memang tinggi dan merangkumi pelbagai aspek. Bagi aku kalau dia tengah usaha sijil halal tu, bermakna dia dah belajar proses sijil halal JAKIM dan dah apply dekat restoran sebab bila-bila je JAKIM boleh datang check premis dieorang. Apapun, ikut keyakinan kita. Kalau was-was, baik tunggu sampai ada sijil halal.