Jalan-jalan di Sarawak Showcase 2025 @ Medan MARA

Hari Khamis lepas aku dan Khayla ke Medan MARA untuk melawat adik sepupu aku yang bertugas di Sarawak Showcase 2025. Sesambil tu aku nak tengok jugak apa produk Sarawak yang dijual di sini.


Sarawak Showcase 2025
Sarawak Showcase 2025 x Food Republik by Avatar

Sarawak Showcase 2025
Ada banyak jugak gerai jualan di sini

Sarawak Showcase 2025
Kebetulan masa kiteorang sampai tu tengah acara perasmian event jadi dapat tengok persembahan tarian tradisional

Banyak produk yang dijual tu sesuatu yang baru bagi aku (kecuali kek lapis Sarawak dan beras dari Bario), jadi agak menarik jugak mengenali produk-produk Sarawak yang tak pernah aku jumpa sebelum ni.


Sarawak Showcase 2025
Ada snek berasaskan ikan terubuk, aiskrim terung asam, popcorn gula apong, kopi Sarawak, biskut kek lapis Sarawak (kek lapis dalam bentuk biskut) dan beg tangan anyaman yang menampilkan elemen Sarawak, macam beg busana Melanau dalam gambar ni

Sarawak Showcase 2025
Beras Bario ni sedap dan kaya dengan khasiat. Tapi sebenarnya aku lebih tertarik dengan baju batik mamat ni

Akhir sekali baru la aku singgah dekat gerai jualan tempat adik sepupu aku bertugas, iaitu Meliponi Skincare. Meliponi ni dah tak asing lagi di Sarawak dengan produk berasaskan madu lebah kelulut. Produknya bebas dari bahan kimia berbahaya, mengandungi bahan-bahan alami yang selamat untuk semua peringkat umur dan harga pun berpatutan (haha, tolong promote bagi pihak adik sepupu!).


Sarawak Showcase 2025
Produk Meliponi yang dijual di gerai Sarawak Showcase minggu lepas

Sempat jugak la adik sepupu aku buat analisa kulit muka Khayla menggunakan mesin dengan teknologi AI ni. Hasil dari analisa kulit tu, nampaknya parut jerawat di muka Khayla tu belum lagi dekat lapisan kulit dalam. Lega dengar sebab risau jugak parut tu akan jadi parut kekal.


Sarawak Showcase 2025
Aku muat turun laporan analisa kulit Khayla untuk rujukan. Bagus mesin ni sebab lepas bagi result kita boleh bawak balik result tu. Result tu pun sangat terperinci siap dengan cadangan penjagaan kulit 

Bergambar dengan adik sepupu untuk share dalam group Whatsapp keluarga 😆 

Sebelum meninggalkan gerai Meliponi, aku sempat membeli beberapa produk Meliponi termasuk set penjagaan kulit untuk Khayla sebagai tanda sokongan dekat adik sepupu dan jugak sebab produk Meliponi ni memang bagus dengan harga yang berpatutan.

Seterusnya, kiteorang ke tapak jualan makanan tempatan Sarawak pulak. Ada gerai nasi aruk, gerai menjual sambal, mee kampua Sibu, mee kolok, laksa Sarawak dan banyak lagi. Mula-mula nak beli mee kolok dekat sini tapi dieorang tengah sibuk menyiapkan mee kolok untuk dihidangkan di meja VIP, jadi kiteorang pun tukar fikiran dan beli mee kampua pulak. Jujurnya aku tak berapa gemar mee kampua sebab rasanya agak manis (sebab guna sos dan kicap manis). Aku lebih prefer mee kolok.


Sarawak Showcase 2025
Antara makanan Sarawak yang dijual di sini. Gambar atas tu ialah mee kampua kicap daging

Rupa-rupanya setiap bulan dekat Medan MARA ni ada jualan usahawan tempatan dari setiap negeri. Bulan lepas dari Terengganu. Bulan sebelumnya dari Pahang kalau tak silap. Bulan ni giliran usahawan dari negeri Sarawak pulak untuk mempromosikan produk dari Negeri Kenyalang.

Sayangnya aku tak jumpa pulak sebarang promosi tentang event ni di mana-mana. Kalau tau boleh la jugak singgah bagi sokongan dekat usahawan-usahawan tempatan. Sarawak Showcase ni pun aku tau sebab adik sepupu aku join event ni.

Pendapat aku la kan, harap-harap pihak MARA boleh buat lebih banyak promosi di pelbagai platform media sosial supaya sambutan lebih menggalakkan untuk usahawan-usahawan bumiputra. 

Makan Malam di Rumah Makan Nusantara @ Sunway Putra Hotel

Salam Jumaat kawan-kawan,

Throwback cerita 2 minggu lepas. Kakak ajak kiteorang makan malam sama-sama. Kali ni kiteorang nak mencuba restoran Indonesia di Sunwa Putra Hotel, iaitu Rumah Makan Nusantara. Jujurnya, selain dari nasi padang, aku tak berapa familiar sangat dengan hidangan dari negara jiran ni. Jadi aku agak teruja datang ke sini nak mencuba makanan Indonesia. 


Sunway Putra Hotel
Lokasi Rumah Makan Nusantara (RMN) ni dalam hotel Sunway Putra tu sendiri. Korang kena naik lif hotel ke tingkat 9, sama aras dengan lobi hotel

Aku baca kat IG dieorang, Rumah Makan Nusantara ialah satu-satunya restoran Indonesia terletak dalam hotel di Malaysia ni. Dekat IG dieorang mention jugak yang makanan di sini authentic Indonesian cuisine sampai bahan-bahan pun diimport dari Indonesia. Pergh. Ni fakta atau auta, aku pun tak pasti. Mungkin bahan-bahan yang dimaksudkan tu ialah kecap manis, bumbu terasi dan bahan-bahan yang kita cuma boleh cari dekat kedai Acheh kot.


Sunway Putra Hotel
Suasana dalam restoran tampak mewah dan selesa

Selepas membelek buku menu dari kulit depan sampai ke kulit belakang, akhirnya ni la menu yang kiteorang pilih:

Rumah Makan Nusantara
Starter - sate Madura ayam. Sate disiram dengan kuah kacang dengan rempah khas dari Indonesia. Daging ayamnya tebal dan juicy, kuah sate pun sedap dan tak pedas. Anak-anak aku suka, jadi aku bagi rating 5/5

Rumah Makan Nusantara
Soto Betawi - soto ni lain dari soto yang pernah aku makan sebelum ni, iaitu kuahnya berasaskan susu dan santan dan dalamnya ada keropok emping, hirisan daging, kentang dan tomato. Tak pasti la sama ada dimakan macam tu je atau makan dengan nasi, tapi aku makan dengan nasi buat macam lauk yang lain jugak hihi. Rasanya sedap jugak la tapi kalau korang tak suka susu, mungkin susah nak terima rasanya ni. Aku bagi rating 4/5

Rumah Makan Nusantara
Ayam bakar taliwang - kakak aku kata dia pernah cuba ayam ni masa dia pergi Batam dulu. Dia kata pedas tahap hidung meleleh tapi sedap, so kiteorang pun order. Nasib baik hidung tak meleleh. Ayamnya juicy dan tak kering. Tahap kepedasannya boleh diterima oleh kiteorang. Rating: 4/5

Rumah Makan Nusantara
Tahu telur - hidangan dari Jawa Timur iaitu tauhu yang dibalut dengan telur dan ada udang jugak dalamnya. Oleh sebab aku suka tauhu, telur dan udang, jadi bagi aku sedap tapi takde la wow sangat. Rating: 3/5

Rumah Makan Nusantara
Daun singkong bumbu kencur - literally, daun ubi masak lemak. Takde beza pun dengan hidangan sama di Malaysia. Rating: 4/5.

Rumah Makan Nusantara
Sambal mangga - cukup rasa masam, masin, manisnya. Harga je tak berapa best (RM10!) Rating: 4.5/5

Rumah Makan Nusantara
Ikan Nila Goreng Kecap - ikan tilapia yang digoreng sampai isinya rangup, dihidang dengan sambal kicap pedas. Hidangan yang paling mahal (RM72.64) tapi berbaloi sebab sedap sangat! Ikannya pun besar jadi puas hati makan berlima sampai tinggal tulang. Rating: 5/5

Rumah Makan Nusantara
Soda gembira - sedap, tak terlalu manis di tekak aku.

Overall, puas hati dengan hidangan di RMN ni. Orang kata wajib try jus alpukat kat sini dan dessert yang paling recommended pulak ialah es teler. Tapi memandangkan kiteorang dah kenyang giler, jadi takde la pesan dessert. Insha Allah kalau ada rezeki datang makan kat sini lagi boleh la cuba dua-dua ni.

Selain dari hidangan Indonesia, ada jugak hidangan Malaysia di restoran ni macam udang masak lemak cili api, asam pedas ikan tenggiri, gulai daging dan lain-lain. Next time la boleh cuba menu Malaysia pulak.

Satu je kekurangan dekat restoran ni - makanan ambik masa agak lama nak dihidangkan. Aku rasa dekat 40 minit jugak kiteorang menunggu, dan ikan tu pulak dekat sejam baru sampai. Takkan ada sorang je chef kat dapur tu? Anak-anak dah kebulur, siap ajak aku bergaduh pasal teknologi AI (adoi, restoran yang lambat serve makanan apasal ajak mak korang bergaduh pasal AI pulak? 🤣). Gitulah anak-anak Gen Alpha ni kan. Suka nak meng complicated kan hidup mak dieorang.


Rumah Makan Nusantara
Alamat: Tingkat 9, Sunway Putra Hotel.
Masa operasi: 12 tengahari - 10 malam
IG: @rmn.sunwayputrahotel

Lirik Lagu 'Under The Same Moon' (Myla)

Petang semalam sendu je cuaca. Kalau cuaca sendu aku suka layan lagu yang sendu jugak. Lagu ni lagu kesukaan aku sekarang ni. Liriknya tentang seseorang yang dah break up tapi dia masih lagi dalam denial phase dan tak boleh nak move on lagi.

Jom layan...

Under The Same Moon (Myla)

Remember how that was our thing
We were laying in the field
While looking up to the sky
Our face brightened by the moonlight

On a cold late night breeze
My head sitting on your knees
I could feel the spark fade away
Like a downhearted sunset

I wish we would still shine
Maybe in another life
I am still in your arms and you're still mine

(Chorus)
We were like binary stars
Never thought we'd fall apart
Did we turn into dust
Guess I should've trusted my guts
Looking at the stars
Wondering why you'd break my heart
All alone in my room
At least we're under the same moon

And when you're light years away
I'll still be drifting into space
Recalling our last goodbyes
The way you looked into my eyes

I wish we would still shine
Maybe in another life
I am still in your arms, and you're in mine

(Chorus)
We were like binary stars
Never thought we'd fall apart
Did we turn into dust
Guess I should've trusted my guts
Looking at the stars
Wondering why you'd break my heart
All alone in my room
At least we're under the same moon
(At least we're under the same moon)


Replika Kedai Lama di Stesen LRT Masjid Jamek

Hari Isnin lepas nak ke Perpustakaan KL dengan anak-anak, tapi terlupa pulak perpustakaan di KL ni tutup setiap hari Isnin 🤦🏻‍♀️. Makanya kiteorang patah balik ke stesen LRT nak balik ke rumah. Masa lalu dekat laluan bawah tanah ni, aku ternampak ada replika kedai-kedai lama yang masih lagi "dalam pembinaan" (dieorang tak habis cat lagi).


Masjid Jamek LRT station
Replika Restoran Hong Ngek - restoran makanan Hokkien yang dah bertapak di KL sejak tahun 1940an


Masjid Jamek LRT station
Replika restoran Lakshmi Vilas - satu lagi restoran "legend" di kalangan masyarakat India dan peminat makanan vegetarian

Ada 2 lagi replika tapi masih tengah dibina masa aku lalu kat sini jadi tak nampak nama kedai tu. Bagus ada inisiatif memperkenalkan sejarah KL yang mana kedai-kedai ni dah bertahan sejak zaman sebelum merdeka lagi dan masih beroperasi sampai sekarang.

Ada tak orang KL yang membesar di KL? Apa kedai legend yang korang pernah masuk dan masih wujud sampai sekarang?

Senyum Pagi

Kadang-kadang bila bosan aku suka scroll baca perkongsian dekat Thread. Aku sendiri belum pernah post apa-apa dekat Threads tapi suka baca apa yang orang lain post dekat situ.

Ada masa post dekat Thread tu buat aku tersenyum dan tergelak pagi-pagi. Macam post seorang doktor yang tengah on call di bahagian kecemasan ni:


thread post
Tangkap layar dari Thread

Aku dapat bayangkan doktor tu panik sebab tengok pesakit rentung sampai hitam-legam tapi masih boleh berjalan sendiri masuk wad 😅. Adehh... jiran tu pun, kalau nak bagi petua agak-agak la, kesian lelaki tu tak pasal-pasal nak kena tanggung azab cuci buang serbuk kopi dari luka melecur tu.

Jadi, apa sepatutnya yang kita buat kalau ada orang melecur disambar api atau terkena minyak / air panas?

Ia bergantung dengan tahap melecur tu. Boleh tengok info di IG ni. Lepas ni jangan pulak letak ubat gigi, mentega, ais dan serbuk kopi dekat luka melecur. Silap hari bulan, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka tu. OK, semoga bermanfaat!