Salam Jumaat kawan-kawan,
Throwback cerita 2 minggu lepas. Kakak ajak kiteorang makan malam sama-sama. Kali ni kiteorang nak mencuba restoran Indonesia di Sunwa Putra Hotel, iaitu Rumah Makan Nusantara. Jujurnya, selain dari nasi padang, aku tak berapa familiar sangat dengan hidangan dari negara jiran ni. Jadi aku agak teruja datang ke sini nak mencuba makanan Indonesia.
![]() |
| Lokasi Rumah Makan Nusantara (RMN) ni dalam hotel Sunway Putra tu sendiri. Korang kena naik lif hotel ke tingkat 9, sama aras dengan lobi hotel |
Aku baca kat IG dieorang, Rumah Makan Nusantara ialah satu-satunya restoran Indonesia terletak dalam hotel di Malaysia ni. Dekat IG dieorang mention jugak yang makanan di sini authentic Indonesian cuisine sampai bahan-bahan pun diimport dari Indonesia. Pergh. Ni fakta atau auta, aku pun tak pasti. Mungkin bahan-bahan yang dimaksudkan tu ialah kecap manis, bumbu terasi dan bahan-bahan yang kita cuma boleh cari dekat kedai Acheh kot.
![]() |
| Suasana dalam restoran tampak mewah dan selesa |
Selepas membelek buku menu dari kulit depan sampai ke kulit belakang, akhirnya ni la menu yang kiteorang pilih:
![]() |
| Daun singkong bumbu kencur - literally, daun ubi masak lemak. Takde beza pun dengan hidangan sama di Malaysia. Rating: 4/5. |
![]() |
| Sambal mangga - cukup rasa masam, masin, manisnya. Harga je tak berapa best (RM10!) Rating: 4.5/5 |
![]() |
| Soda gembira - sedap, tak terlalu manis di tekak aku. |
Overall, puas hati dengan hidangan di RMN ni. Orang kata wajib try jus alpukat kat sini dan dessert yang paling recommended pulak ialah es teler. Tapi memandangkan kiteorang dah kenyang giler, jadi takde la pesan dessert. Insha Allah kalau ada rezeki datang makan kat sini lagi boleh la cuba dua-dua ni.
Selain dari hidangan Indonesia, ada jugak hidangan Malaysia di restoran ni macam udang masak lemak cili api, asam pedas ikan tenggiri, gulai daging dan lain-lain. Next time la boleh cuba menu Malaysia pulak.
Satu je kekurangan dekat restoran ni - makanan ambik masa agak lama nak dihidangkan. Aku rasa dekat 40 minit jugak kiteorang menunggu, dan ikan tu pulak dekat sejam baru sampai. Takkan ada sorang je chef kat dapur tu? Anak-anak dah kebulur, siap ajak aku bergaduh pasal teknologi AI (adoi, restoran yang lambat serve makanan apasal ajak mak korang bergaduh pasal AI pulak? 🤣). Gitulah anak-anak Gen Alpha ni kan. Suka nak meng complicated kan hidup mak dieorang.
Alamat: Tingkat 9, Sunway Putra Hotel.
Masa operasi: 12 tengahari - 10 malam
IG: @rmn.sunwayputrahotel










Aku pernah makan ayam taliwang kat Lombok. Sedap.. tapi kan.. ayam dia pakai ayam baru nak akil baligh besor burung merpati aje.. dengan tak buang kaki dengan cakor dan kepala pon dia bakar sekali. Lalu dengan tak lalu aje nak makan. Plecing kangkong pon sedap kalau ada dalam menu..
ReplyDeleteSoto kalau konsep dorang memang sup soto tu jer la kan. Kena request jika nak makan dengan nasi atau mi. Lauk² lain pun nampak sedap jugak tu, tapi kalau tunggu ikan sampai sejam, lambatnya. Takkan chef sorang aje kat situ kan?
ReplyDeleteTerletak elok ikan tu. Persembahan makanan yang wow 👍🏽
ReplyDeleteTapi menunggu ikan tu keluar dekat sejam. Adehhh…
Makanan Indonesia ni sedap2 juga....kalau nasi padang memang suka. Akan pilih ayam pop, lauk tunjang sedapnya....ikan nila tu pun suka jugak. Dihidangkan ikan macam berdiri tu kan bukan dibaringkan.
ReplyDeleteterliur ikan talapia tu! food presentation semua terbaek laaa
ReplyDeleteIkan tu mmg nampak menarik. Tak rugi mencuba. Ayam taliwang tu pernah dengar, makannya tak pernah.
ReplyDeleteLamanya tak jejak Sunway Putra Hotel ni.
ReplyDeletebiar betik? sambal mangga portion macam tu dah RM10??
ReplyDelete40 minit? Lama nau tu...
ReplyDeleteTapi kalau makanan seperti yg di rate kan tu... ok lah menunggu... sejuk hati.
Soto Betawi selalu makan dengan nasi Carneyz 😁. Nah beberapa soto di Indonesia memang pakai santan. Trutama soto dari Betawi (jakarta ), dan soto di Medan juga Aceh. Itu pakai santan atau susu.
ReplyDeleteSoto bening tanpa santan ada juga, itu biasanya di Jawa tengah dan Jogja.
Kalau soto yg pakai banyak rempah2 Hinga kuahnya pekat, itu dari Sulawesi, biasa disebut COTO.
Tapi kalau menu khas Indonesia begini, di negara lain, saya pasti skip 🤣.
Sebab tujuan saya kalau traveling dah pasti coba makanan khas, tak kan pula coba makanan dr negara sendiri hahahaha . JD cukup baca review Carneyz saja 😁
menarik menu2nya..soda gembira biasa mcm sirap bandung ada ice cream soda...ni tgk airnya mcm ada biji selasih
ReplyDeleteAlamak.. Kalau lambat sangat memang boleh potong mood.. Kalau pergi time tengah lapar ini boleh bergaduh owh.. hahaha.. Menu dia yang paling menggoda Sha, ikan goreng tu.. Nampak wow sangat..
ReplyDeleteKuah satay tu, nampak mcm sambal nasi lemak pulak. Halus betull dia kisar kuah kacang sampai jadi rupa gitu.
ReplyDeleteMakanan indonesia sedap! Banyak lagi yg saya tak explore