Kadang-kadang bila bosan aku suka scroll baca perkongsian dekat Thread. Aku sendiri belum pernah post apa-apa dekat Threads tapi suka baca apa yang orang lain post dekat situ.
Ada masa post dekat Thread tu buat aku tersenyum dan tergelak pagi-pagi. Macam post seorang doktor yang tengah on call di bahagian kecemasan ni:
![]() |
| Tangkap layar dari Thread |
Aku dapat bayangkan doktor tu panik sebab tengok pesakit rentung sampai hitam-legam tapi masih boleh berjalan sendiri masuk wad 😅. Adehh... jiran tu pun, kalau nak bagi petua agak-agak la, kesian lelaki tu tak pasal-pasal nak kena tanggung azab cuci buang serbuk kopi dari luka melecur tu.
Jadi, apa sepatutnya yang kita buat kalau ada orang melecur disambar api atau terkena minyak / air panas?
Ia bergantung dengan tahap melecur tu. Boleh tengok info di IG ni. Lepas ni jangan pulak letak ubat gigi, mentega, ais dan serbuk kopi dekat luka melecur. Silap hari bulan, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka tu. OK, semoga bermanfaat!

Haha 😂
ReplyDeleteTapi bila baca post Doc tu baru perasan yg Doc pun panic juga kan bila nak rawat pesakit. Dari mata kita nampak Doc ni tenang je tapi mereka juga manusia, ada hati dan perasaan kan ☺️
Mana tak panik sis, orang rentung hitam-legam masih boleh berjalan masuk ER 😅
Deleteluka yang paling risau, paling takut adalah luka melecur @ terbakar... seksa ye tengok patient tu...kalau tengah sedar, memang hidp2 lah dirawat... uwaaa..sakitnya..
ReplyDeleteYalah kan Linda, banyak baca pengalaman orang yg melecur dalam kebakaran, azabnya la nak tukar dressing tiap2 hari kan. Sebab tu orang yang mati dalam kebakaran tu tergolong dalam mati syahid.
DeleteTersenyum baca
ReplyDeleteBayangkan kita berada di tempat doktor tu hehe
DeleteAlamak kadang-kadang saya letak ubat gigi untuk lecur.
ReplyDeleteYe haha. Petua orang tua dulu2 letak ubat gigi sebab ubat gigi ada pudina jadi rasa sejuk. Tapi sebenarnya kena letak bawah air sejuk mengalir je.
DeleteSuspen jugak baca hehe kopi rupanya. Aduhai.
ReplyDeleteYa, haha. Kesian doktor dah suspen kena patient tu hitam-legam rupa2nya kena lumur dengan kopi 🤣
Deletememang ada mcm2 kisah kat thread tu..yg lucu, yg sedey..scammer pun ramai jugak!!
ReplyDeleteTu la, kadang2 bosan scroll baca kisah2 lucu ni mmg mencuit hati!
DeleteTak pasti nak gelak ke nak kesian.... huhuhuu
ReplyDeleteSaya gelak dulu baca post tu baru rasa kesian hurmmm 😂
DeleteTak apalah, sekurang-kurangnya ada juga jiran yang nak bantu sementara dapatkan rawatan berikutnya. Kalau luka melecur memang teruk jadinya sekiranya tak dirawat segera.
ReplyDeleteKalau bantu dengan betul tak pe jugak Kak Amie. Ni bagi nasihat yang tak membantu, kesian pesakit tu kena tanggung azab nak cuci bersihkan serbuk kopi pulak 🥲
Deletesaya tergelak part kopi jantan yg sebenar tu hahaa
ReplyDeletetapi tak pernah tahu petua lumur kopi kt bahagian yg melecur ni. saya pernah pakai mask kopi utk sel2 kulit yg mati je
Agaknya sel otak2 jiran tu berhubung macam tu la kot. Takde mask kopi pakai serbuk kopi pun boleh! 😅
DeleteHahaha..gelak SA baca...Eh Carneyz aktif kat Thread ke...SA pun ada kat thread cuma x aktif sangat, masa mula2 dulu aktif..la ni yang follow ramai lelaki yang x sedar diri je..jenuh...
ReplyDeleteTak pernah pun post apa2 kat Thread SA, saja sign up sbb kadang2 menarik jugak perkongsian kat situ terutama tips kesihatan dan kecantikan.
Delete