Replika Kedai Lama di Stesen LRT Masjid Jamek

Hari Isnin lepas nak ke Perpustakaan KL dengan anak-anak, tapi terlupa pulak perpustakaan di KL ni tutup setiap hari Isnin 🤦🏻‍♀️. Makanya kiteorang patah balik ke stesen LRT nak balik ke rumah. Masa lalu dekat laluan bawah tanah ni, aku ternampak ada replika kedai-kedai lama yang masih lagi "dalam pembinaan" (dieorang tak habis cat lagi).


Masjid Jamek LRT station
Replika Restoran Hong Ngek - restoran makanan Hokkien yang dah bertapak di KL sejak tahun 1940an


Masjid Jamek LRT station
Replika restoran Lakshmi Vilas - satu lagi restoran "legend" di kalangan masyarakat India dan peminat makanan vegetarian

Ada 2 lagi replika tapi masih tengah dibina masa aku lalu kat sini jadi tak nampak nama kedai tu. Bagus ada inisiatif memperkenalkan sejarah KL yang mana kedai-kedai ni dah bertahan sejak zaman sebelum merdeka lagi dan masih beroperasi sampai sekarang.

Ada tak orang KL yang membesar di KL? Apa kedai legend yang korang pernah masuk dan masih wujud sampai sekarang?

2 comments:

  1. saya bukan org KL heheh cuma start study kat matriks UIA (masa tu kat lembah pantai) sept 1995...so dari masa tu memang stay kat klang valley la...sbb lpa abih matriks, masuk UIA gombak plak 1997, then grad 2000, then keje kat KL jugak dari 2001 -2004, then 2004 sampai sekrg lah i keje kat UIA gombak..errr terrkomen panjang la plakkk

    ReplyDelete
  2. Tak ingat dah apa yang legend di KL. Ayah saya lahir di Kampung Baru, KL. Dah tak ada lagi rumah lama di situ.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .