Cuti Sekolah dah Bermula!

Kredit: Google

 
Semalam dengan berlangsungnya majlis apresiasi sekolah anak-anak, maka bermulalah cuti akhir tahun persekolahan tahun 2022. 

Buat mak bapak sekalian, bertabah la ye! Tergelak bila baca status FB Sislin pagi tadi katanya jiran di hujung lorong dah mula terpekik terlolong macam tarzan bila anak-anak di rumah 😂 

Korang dah ada plan ke nak bawak anak-anak jalan-jalan atau balik kampung cuti sekolah ni? Kiteorang ni macam biasa, tak de plan sebab Suami Terchenta (macam biasa) sibuk dengan projek di pejabat. Anak-anak pun lebih suka memerap di rumah dari keluar berjalan-jalan.

Apapun, selamat bercuti sekolah buat anak-anak semua. Kita bagi can untuk dieorang merehatkan minda cuti sekolah ni sebelum bermula alam persekolahan tahun 2023 pulak. Hmm... bila la agaknya jadual sekolah akan back to normal iaitu dari bulan Januari - Disember? Pendapat korang, lebih baik back to normal atau ikut jadual sekarang iaitu Mac - Februari?

Mencuba Xiao Long Bao di DIN by Din Tai Fung KLCC

Throwback kisah hujung bulan lepas.


DIN by Din Tai Fung KLCC

BFF Nurul ajak keluar makan lepas habis waktu kerja. Mula-mula pilih nak ke Ben's KLCC. Lepas tu tiba-tiba tukar fikiran pulak, katanya mengidam nak makan kepah di Two Sons Bistro. Tapi aku pulak tak minat Two Sons Bistro. Entah macamana end up ke DIN by Din Tai Fung. OK la, aku pun tak rasa nak makan berat sebelah malam.

(Untuk mengelakkan salah faham, Din Tai Fung ada membuka cawangan DIN by Din Tai Fung di Malaysia yang menyediakan Muslim-friendly food menggunakan bahan-bahan dari sumber yang halal dan kaedah yang halal. Di Indonesia dan negara Timur Tengah pun ada lebih dari 10 cawangan mereka yang Muslim-friendly. Cumanya kalau cari logo halal memang takde sebab sesetengah cawangan ada jual minuman keras dalam tin).


DIN by Din Tai Fung KLCC
Di Sarawak, kami dah terbiasa dengan kedai-kedai makanan laut yang mempamerkan label 'No Pork'

Restoran ni terkenal dengan menu xiao long bao iaitu sejenis dumpling di dalamnya berisi daging ayam dan sup. First time aku makan xiao long bao ialah di hotel di Miri. Masa tu aku tak tau dalam dumpling tu ada sup panas, aku masukkan terus seketul tu dalam mulut lepas tu menggelupur weyh! Melecur lidah kena sup panas dalam dumpling tu. Nasib baik tak telan terus, kalau tak melecur anak tekak.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Xiao long bao, RM16.98 (6 ketul)

DIN by Din Tai Fung KLCC
Baca dulu arahan cara-cara yang betul untuk menikmati xiao long bao

Nak tambah kick, bubuh sikit minyak cili (chilli oil) ni. Tapi bagi aku chilli oil ni tak sesedap chilli oil di Dolly Dimsum. Yang tu memang boleh rasa udang keringnya. Sedap! Mungkin lain kali aku boleh cuba buat sendiri kat rumah.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Chilli oil

Aku pesan xiao long bao dengan air suam. Tu pun dah kenyang. Sup dalam dumpling ni tak sepanas yang di hotel Miri tu. Kalau telan sebiji pun tak melecur mulut. Tapi memang sedap menghirup kuah sup dalam dumpling tu.

BFF Nurul pulak pesan nasi goreng Cina. Nasi goreng kat sini pun sedap jugak, tapi aku rasa sedap lagi nasi goreng Dolly Dimsum, siap ada telur ikan (fish roe) atas tu. Dari segi harga, nasi goreng Cina di Dolly Dimsum ialah RM24.90. Kesimpulannya, lebih berbaloi makan nasi goreng Cina di Dolly Dimsum.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Shrimp Egg Fried Rice, RM26.98

Member yang seorang lagi pesan noodle soup tapi aku lupa nak ambik gambar sebab sampai-sampai je dia dah kelaparan tak sempat lunch sebab meeting memanjang. Tak sampai hati nak suruh dia tunggu kejap sementara aku ambik gambar 😅 Yang duduk depan aku tu pulak baru je baik dari batuk lepas balik dari umrah. So dia kurang selera makan, tumpang makan dumpling dan nasi goreng je.

Bagi aku, makanan kat sini not bad dan tak mengecewakan. Xiao long bao ialah menu wajib try kalau singgah ke sini. Bila aku baca review pengunjung yang pernah ke cawangan asal di Taiwan dan di luar negara, rata-rata memuji xiao long bao di DIN by Din Tai Fung sebab rasanya konsisten sama je macam di cawangan-cawangan lain. Maksudnya kawalan kualiti rasa makanan di restoran ni memang sangat tinggi sebab nak bagi rasa tu tak lari jauh di cawangan berbeza memang susah!


Nota kaki:
Buat mereka yang was-was ke tempat yang tiada sijil halal, hukumnya lebih baik meninggalkan (Hadis Riwayat Imam Tarmidzi). 

Hari Terakhir Khayla di Sekolah Rendah

Semalam hari terakhir Khayla di sekolah rendah. Terasa baru semalam dia masuk sekolah rendah, ni dah nak masuk sekolah menengah pulak. Cepatnya masa berlalu.


Hari pertama Khayla masuk sekolah rendah

Khayla masa darjah dua dan Khadeeja di tadika

Sempat lagi mintak aku ambikkan gambar hari terakhir di sekolah sekarang. Pasti menjadi kenangan terindah buat Khayla.


Posing dalam bilik kelas

Depan rak library yang mommy tolong susun ikut warna buku awal tahun ni

Bersama guru-guru yang mengajar kelas Khayla

Selamat tinggal bilik kelas. Selamat tinggal primary school!

Sekolah yang sekarang ni ialah sekolah muslimah. Lepas ni Insha Allah Khayla akan masuk sekolah campur pulak. Harapnya dia tak lupa apa yang dia belajar masa di sekolah sekarang. 

Mommy taknak dengar nanti nak bercinta di bangku sekolah pulak 😂 Dah lama mommy tak jumpa surat / kad dari peminat di sekolah Khayla. Sebelum ni bila mommy jumpa je dalam beg terus mommy report kat bapak, biar sama-sama putih rambut fikirkan kenapa budak-budak zaman sekarang cepatnya matang nak bercinta hahaha! 

Throwback Peristiwa Hari Valentine's Beberapa Tahun Lepas

Bunga dan Suami Terchenta (Kredit foto: freekpik.com)

Kiteorang ni sebenarnya tak sambut Hari Kekasih, tapi setiap tahun bila tiba 14 Februari, aku mesti teringat peristiwa beberapa tahun lepas yang buatkan aku tersengih sendiri.

Kisahnya masa tu Suami Terchenta datang melawat dan kiteorang keluar nak pergi makan. Tiba-tiba Suami Terchenta tunjuk gerai bunga kat tepi jalan sambil bertanya,

'Ada apa orang jual bunga tepi jalan hari ni? Ada konvo ke?'

Terus aku gelak terbahak-bahak. Alahai Suami Terchenta, nampak sangat dia tak ambik port bab-bab romantik ni! 😂 

Hihi... masih terasa lucu bila terkenangkan yang dia betul-betul ingat gerai-gerai tepi jalan jual jambangan bunga tu sebab ada konvo. Lepas tu dia pun sama-sama tergelak bila teringat hari tu ialah Hari Valentine's!

Happy Birthday Kakak & Adik!

 


To the two favourite sisters of mine,

Happy birthday twins by 10 years apart! May God’s blessings shower down on you both today and every day. May you both live long, prosperous life full of love and gratitude. May you both meet your jodoh soon! Praying that you get all the desires of your heart today and always.


Love always & forever more,
Your one & only June baby sister 😘