Semalam hari terakhir Khayla di sekolah rendah. Terasa baru semalam dia masuk sekolah rendah, ni dah nak masuk sekolah menengah pulak. Cepatnya masa berlalu.


Hari pertama Khayla masuk sekolah rendah

Khayla masa darjah dua dan Khadeeja di tadika

Sempat lagi mintak aku ambikkan gambar hari terakhir di sekolah sekarang. Pasti menjadi kenangan terindah buat Khayla.


Posing dalam bilik kelas

Depan rak library yang mommy tolong susun ikut warna buku awal tahun ni

Bersama guru-guru yang mengajar kelas Khayla

Selamat tinggal bilik kelas. Selamat tinggal primary school!

Sekolah yang sekarang ni ialah sekolah muslimah. Lepas ni Insha Allah Khayla akan masuk sekolah campur pulak. Harapnya dia tak lupa apa yang dia belajar masa di sekolah sekarang. 

Mommy taknak dengar nanti nak bercinta di bangku sekolah pulak 😂 Dah lama mommy tak jumpa surat / kad dari peminat di sekolah Khayla. Sebelum ni bila mommy jumpa je dalam beg terus mommy report kat bapak, biar sama-sama putih rambut fikirkan kenapa budak-budak zaman sekarang cepatnya matang nak bercinta hahaha! 

18 comments:

  1. Comel-comel jugak cikgu2 dia...

    eh? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haippp uncle ni, nak kena report dgn aunty ke hehe

      Delete
  2. sedih x khayla nak tggl kan sekolah? apa2 pun all tge best utk sek men nnt👍💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia sedih nak tinggalkan cikgu2 kat sini.

      Delete
    2. sedih tu mmg x leh dinafikan. x pe khayla ada ms nnt boleh dtg jenguk2 cikgu2 dan tanya khabar mereka

      Delete
  3. Hahahaha mommy kalau ada dpt surat tu anggap itu cinta monyet je..biasa tu mommy :D ... cpt btul bdk ni dah besar... pasni taste mommy ngan kayla kena sama la senang nak ajak pi soping..lepak minum2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khayla bff dgn mommy dari dulu lagi mmg takde sorok2 apa2 semua dia citer je hehe.

      Delete
  4. alamak...zaman sekolah rendah Dania x pernah plak SA jumpa surat cinta..dah kat kolej ni je..direct je budak kolej ajak kapel...hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti Dania rasa awkward je bila jumpa budak tu hehe

      Delete
  5. sekejap sahaja masa kanak2 berlalu., dan kita juga merinduinya juga., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wak, sbb tu saya berhenti kerja supaya tak terlepas zaman dieorg membesar skrg.

      Delete
  6. Hala...Hala ..Hala .. dah nak naik f1 ye khayla... Cepatkan rasa masa ni berlalu... Hari tu PH terkesima kejap bila Abang ckp dia dah f3...mcm eh, cepatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. smlm berborak2 dgn asben, mencongak2 cukup ke duit sspn utk sambung belajar sbb 5 tahun je lagi Khayla akan masuk universiti pulak. sekejap je masa berlalu!

      Delete
  7. Selamat menempuh dunia baru untuk Khayla. Tentu janggal jugak dia nak sesuaikan diri masuk sekolah campur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak Ujie. Rasanya tak kot sbb dia dah pernah sekolah campur dulu. cuma bila pindah ke kl je dia sekolah all-girls.

      Delete
  8. wah..best best.. selamat masuk alam sekolah menengah pula yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dah tua sbb dah ada anak masuk sekolah menengah huhu

      Delete
  9. dh nk jd anak dara khayla ni.. huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .