Throwback kisah hujung bulan lepas.


DIN by Din Tai Fung KLCC

BFF Nurul ajak keluar makan lepas habis waktu kerja. Mula-mula pilih nak ke Ben's KLCC. Lepas tu tiba-tiba tukar fikiran pulak, katanya mengidam nak makan kepah di Two Sons Bistro. Tapi aku pulak tak minat Two Sons Bistro. Entah macamana end up ke DIN by Din Tai Fung. OK la, aku pun tak rasa nak makan berat sebelah malam.

(Untuk mengelakkan salah faham, Din Tai Fung ada membuka cawangan DIN by Din Tai Fung di Malaysia yang menyediakan Muslim-friendly food menggunakan bahan-bahan dari sumber yang halal dan kaedah yang halal. Di Indonesia dan negara Timur Tengah pun ada lebih dari 10 cawangan mereka yang Muslim-friendly. Cumanya kalau cari logo halal memang takde sebab sesetengah cawangan ada jual minuman keras dalam tin).


DIN by Din Tai Fung KLCC
Di Sarawak, kami dah terbiasa dengan kedai-kedai makanan laut yang mempamerkan label 'No Pork'

Restoran ni terkenal dengan menu xiao long bao iaitu sejenis dumpling di dalamnya berisi daging ayam dan sup. First time aku makan xiao long bao ialah di hotel di Miri. Masa tu aku tak tau dalam dumpling tu ada sup panas, aku masukkan terus seketul tu dalam mulut lepas tu menggelupur weyh! Melecur lidah kena sup panas dalam dumpling tu. Nasib baik tak telan terus, kalau tak melecur anak tekak.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Xiao long bao, RM16.98 (6 ketul)

DIN by Din Tai Fung KLCC
Baca dulu arahan cara-cara yang betul untuk menikmati xiao long bao

Nak tambah kick, bubuh sikit minyak cili (chilli oil) ni. Tapi bagi aku chilli oil ni tak sesedap chilli oil di Dolly Dimsum. Yang tu memang boleh rasa udang keringnya. Sedap! Mungkin lain kali aku boleh cuba buat sendiri kat rumah.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Chilli oil

Aku pesan xiao long bao dengan air suam. Tu pun dah kenyang. Sup dalam dumpling ni tak sepanas yang di hotel Miri tu. Kalau telan sebiji pun tak melecur mulut. Tapi memang sedap menghirup kuah sup dalam dumpling tu.

BFF Nurul pulak pesan nasi goreng Cina. Nasi goreng kat sini pun sedap jugak, tapi aku rasa sedap lagi nasi goreng Dolly Dimsum, siap ada telur ikan (fish roe) atas tu. Dari segi harga, nasi goreng Cina di Dolly Dimsum ialah RM24.90. Kesimpulannya, lebih berbaloi makan nasi goreng Cina di Dolly Dimsum.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Shrimp Egg Fried Rice, RM26.98

Member yang seorang lagi pesan noodle soup tapi aku lupa nak ambik gambar sebab sampai-sampai je dia dah kelaparan tak sempat lunch sebab meeting memanjang. Tak sampai hati nak suruh dia tunggu kejap sementara aku ambik gambar 😅 Yang duduk depan aku tu pulak baru je baik dari batuk lepas balik dari umrah. So dia kurang selera makan, tumpang makan dumpling dan nasi goreng je.

Bagi aku, makanan kat sini not bad dan tak mengecewakan. Xiao long bao ialah menu wajib try kalau singgah ke sini. Bila aku baca review pengunjung yang pernah ke cawangan asal di Taiwan dan di luar negara, rata-rata memuji xiao long bao di DIN by Din Tai Fung sebab rasanya konsisten sama je macam di cawangan-cawangan lain. Maksudnya kawalan kualiti rasa makanan di restoran ni memang sangat tinggi sebab nak bagi rasa tu tak lari jauh di cawangan berbeza memang susah!


Nota kaki:
Buat mereka yang was-was ke tempat yang tiada sijil halal, hukumnya lebih baik meninggalkan (Hadis Riwayat Imam Tarmidzi). 

8 comments:

  1. Belum pernah mencuba makanan nama xiao long bao. Lepas ni kalau jumpa, dah tau la kena hati-hati dan ada caranya, jangan ngap terus 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berhati-hati, cucuk dulu dgn chopstick bagi keluar sup dlm tu. Tapi supnya mmg sedap, mcm sup ayam :)

      Delete
  2. Saya pun nak belajar buat chili oil. Nanti kalau Carneyz buat, jangan lupa kongsi ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah klu saya buat dan sedap, saya share ye :)

      Delete
  3. harga nasi goreng buat sy terkebil2😀tp tgk tempat laa kan... KLCC kot...

    lately sy perhatikan ramai yg share psl resepi chili oil mkn dgn dumpling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard di klcc ni. chilli oil ni dgn udang kering sedap sangat, sesuai makan dgn dumpling atau nasi goreng.

      Delete
  4. sekali sekala mkn chinese style ni ok jugak.. sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. di kl ni mcm2 jenis makanan ada tapi chinese food memang salah satu feveret saya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .