Hiatus Mode

Salam Selasa semua,

Dah nak berakhir pun cuti sekolah ni, tapi kiteorang baru nak pergi bercuti-cuti Malaysia hihi... better late than never, betul tak?

Kali ni kiteorang akan pergi camping trip ke Stellar Golden Hill di Cameron Highlands. Memang dah lama teringin nak camping kat tempat sejuk-sejuk ni! 

Insha Allah kalau ada masa aku update blog. Tapi buat sementara waktu, aku on hiatus mode.

Cerita percutian akan menyusul kelak. Nantikan ye semua!


Kredit foto: Google


Biasakan diri mengemas meja selepas makan

Semalam di SOGO KL, aku dengan anak-anak singgah makan tengahari di foodcourt. Foodcourt SOGO KL sesak dengan orang ramai memandangkan sekarang cuti sekolah. Mujur kiteorang dapat meja kosong dekat dengan air terjun tak payah tawaf 2-3 kali. Selepas makan, kiteorang kemas meja dan gerak ke tingkat atas.

Apa yang menarik perhatian aku ialah bila lalu sebelah beberapa meja yang ditinggalkan selepas makan dalam keadaan begini:


Biasakan diri mengemas meja selepas makan


Dan begini:


Biasakan diri mengemas meja selepas makan

Apa kata ubah tabiat tinggalkan meja dalam keadaan kotor / bersepah dan biasakan diri mengemas meja selepas makan? Sebenarnya ini sifat orang yang kemas meja selepas makan:

  • Mempunyai peribadi yang sukakan kekemasan (tidiness). Biasanya orang yang kemas ni dia terbawa-bawa tabiat yang kemas dari rumah. Nak tau orang tu jenis macamana kat rumah, tengok apa dia buat selepas makan. Kalau sejenis yang tinggal je macam tu, besar kemungkinan di rumah pun lepas makan sama ada dia tinggal je meja makan bersepah atau longgok je pinggan kotor dalam sinki. Selalu tak dengar kisah horror rumah sewa? Keluar rumah bukan main lawa, makeup tebal dan wangi menusuk hidung tapi sebenarnya pengotor? Nak ke dicop orang yang macam ni bila tinggalkan meja makan dalam keadaan bersepah?
  • Melambangkan didikan ibubapa yang baik dan berdisiplin. Pernah sekali aku terpandang sekumpulan remaja lelaki selepas makan dieorang bangun dan kemas meja sendiri. Aku rasa kagum sebab nampak kan didikan mak ayah dieorang macamana di rumah?
  • Hatinya baik. Walaupun dia tau akan ada pekerja yang akan datang kemas meja, tapi dia masih nak tolong kemaskan jugak. Dia jugak nak pastikan meja yang ditinggalkan bersih untuk keselesaan orang selepas dia. Kan kebersihan ni sebahagian dari iman?

Di sesetengah tempat contohnya di IKEA, ramai yang dah mula kemas meja selepas makan. IKEA tampal notis besar-besar dalam restoran mohon kerjasama supaya kemas meja sendiri dan sambil makan pun pengunjung akan dengar pengumuman yang sama. Lama-lama kita nampak orang mula ikut dan kemas meja sendiri subconsciously. Pandai kan IKEA psycho pelanggan?

Sebenarnya mengemas meja selepas makan ni tak susah mana pun. Memandangkan sekarang dah masuk tahun 2023, apa kata kita ubah mentaliti dan tabiat kita bila makan di tempat awam? Barulah terserlah imej rakyat Malaysia as first world citizen. Setuju tak?

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL

Psst... ada tak orang macam aku ni yang belum lagi beli barang sekolah anak? Mana yang duduk di KL / Selangor boleh la pergi ke Members' Day SOGO KL hari ni sampai 19 Mac untuk dapat lebih banyak diskaun di promosi kembali ke sekolah yang berlangsung dari 6 - 19 Mac.

Kat mana tu? Haa... korang naik je ke tingkat 7 atas food court SOGO lepas tu korang akan terus nampak.

Menyesal aku tak tau awal-awal, sebab aku datang semalam belum start lagi Member's Day. Kalau tak aku datang hari ni boleh dapat lebih banyak diskaun huhu... Tapi dah alang-alang ke sini, jom tengok jenama baju sekolah dan harganya:


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Outpost

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Canggih

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Professor

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Professor (baju sekolah agama dengan pinafore sekolah)

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Kiko


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Othello

Selain dari uniform sekolah, kat sini pun ada barang-barang sekolah yang lain:


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Beg sekolah

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Beg sekolah dan pakaian badan beruniform

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Kasut sekolah

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Bekal sekolah

Berair jugak mata tengok harga uniform sekolah selepas 3 tahun tak membeli uniform sekolah. Semalam aku survey baju kurung sekolah menengah (jenis kain licin sebab anak aku kata sejuk sikit bila pakai), baju kurung je rata-rata dalam lingkungan RM30-50 ke atas, kain pulak harga lain dalam lingkungan RM40 - RM51. Belum lagi kasut dan stokin sekolah, sekurang-kurangnya 2 pasang. Tudung sekolah pun kena beli 2 pasang jugak.


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Harga keseluruhan barang-barang sekolah Khayla

Setiap pembelian RM200 ke atas dapat baucer RM10 boleh redeem semasa pembelian seterusnya. Jadi korang kira la dulu cukup RM200 pergi bayar dulu dapatkan baucer lepas tu guna untuk bayar yang selebihnya. #tipsjimat

Oh ya, semalam aku pergi ambik result penempatan sekolah Khayla sebab Pejabat Pendidikan call bagitau dah ada result. Dan keputusannya... Khayla tak dapat sekolah yang dia nak pergi 😢 Mungkin sebab sekolah ni di kawasan padat penduduk dan keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar dari SK. Sekolah yang dia dapat tu jauh sikit di Jalan Ipoh, pagi-pagi memang sesak kat situ. Aku pujuk Khayla, mungkin Allah letak Khayla di sekolah satu lagi tu sebab future best friend dia di sekolah tu. Adalah hikmahnya, Allah kan sebaik-baik perancang. #thinkpositive 

Lepas aku cakap macam tu, barulah dia ceria dan tak sabar-sabar nak ke sekolah baru. Aku doakan Khayla akan jumpa kawan-kawan yang baik dan dia boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah menengah, Ameen Ya Rabbal Alamin...

Festival Taman Kuala Lumpur (KL Park Festival) 2023 - Part 4

Sambungan dari sini:


Seterusnya kiteorang sampai di pertandingan hiasan taman paling menarik antara majlis perbandaran di setiap negeri / bahagian:


MBSJ
Majlis Bandar Subang Jaya

Bangga sekejap bila tengok taman yang dihias oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara ni, siap ada replika kucing macam tugu kucing di sana:

DBKU
Dewan Bandaraya Kuching Utara

Sebelahnya pulak dibawakan dari bumi Hang Tuah:


MBMB
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Sebelah taman MBMB ni sebenarnya ada satu lagi lot untuk Majlis Bandar Taiping, tapi masih kosong belum berhias. Orang Taiping tak mari ke? So kiteorang pergi ke taman seterusnya:


MBK
Majlis Bandaraya Kuantan

Dari Kuantan, kita pergi pulak ke Terengganu:


MBKT
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

Dari pantai timur, kita turun balik ke selatan:


MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri siap dengan tanjak sultan

Ingatkan Johor hantar satu wakil je, rupa-rupanya dua:


MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Ni pulak penyertaan dari Perbandaran Putrajaya: 

Perbadanan Putrajaya
Perbandaran Putrajaya - agak luas taman dieorang ni

Perbadanan Putrajaya
Siap ada buaian lagi

KL Park Festival 2023
Laman terapi

Dan yang ni pulak penyertaan dari tuan rumah:


DBKL

Yang lain-lain tak sempat nak explore sebab tengah-tengah jalan boss Suami Terchenta call suruh masuk meeting. Terpaksa la kiteorang patah balik ke pintu masuk berhadapan dengan dewan sukan.


KL Park Festival 2023
Subhanallah, cantik sangat view ni!

Oleh sebab masing-masing penat menapak, jadi kiteorang decide nak tunggu bas shuttle untuk ke pintu gerbang tempat kiteorang mula-mula masuk.


shuttle bus
Lega tak payah berjalan kaki ke tempat mula-mula sampai

KL Park Festival 2023
OK dah sampai, terima kasih DBKL sediakan bas shuttle yang awesome

Tamatlah cerita Festival Taman KL 2023. Tak menyesal pergi walaupun hari panas terik 😄

Festival Taman Kuala Lumpur (KL Park Festival) 2023 - Part 3

Sambungan dari sini:

Dah pusing separuh tasik, kiteorang sampai pulak ke Balcony KL Showdown. Pertandingan menghias balkoni rumah yang paling lawa. Aku tak ambik banyak gambar sebab masa ni bateri phone dah panas so phone jadi lagging. Serius panas giler hari tu, tapi gigih jugak mengukur jalan kan.


KL Park Festival 2023

balcony ideas
Nampak ceria je balkoni ni. Simple but nice decor

balcony ideas
Oleh sebab balkoni ni sweet sangat, kita pun posing sweet jugak kat sini

balcony ideas
Ada sesetengah balkoni jadi tempat melepas lelah berjalan-jalan

Yang paling menarik kiteorang jumpa ialah balkoni yang ada tempat kucing memanjat dan kotak laluan kucing di siling. Siap ada kucing hidup lagi tengah lepak-lepak dalam kotak tu. Tapi lupa nak ambik gambar.

Oleh sebab berjalan-jalan dalam cuaca yang panas, kena la singgah beli minuman untuk menghilangkan dahaga.


KL Park Festival 2023
Depan gerai ni ada arca kuda merah

KL Park Festival 2023
Duduk dulu minum air sambil makan takoyaki

Boleh tahan mahal jugak air coklat ice blended yang diminum Khayla, rasanya sekitar RM9-10. Takpelah, kita kongsi rezeki dengan penjual.

Selesai makan dan minum, perjalanan diteruskan merentasi jambatan semata-mata nak tengok ni:


rainbow
Dari jauh lagi nampak cantik macam pelangi

Cantik, kan? Kreatif betul idea gantung kertas berwarna sepanjang laluan ni. Harap-harap lepas festival berakhir, benda ni biarlah kekal je jadi hiasan di Taman Tasik Titiwangsa ni.



rainbow
Selfie dengan Khadeeja sebab kakak tak suka bergambar, Suami Terchenta pulak sibuk ambik video

Lepas tu terjumpa satu lagi koridor yang menarik dan berwarna-warni. Apakah pulak kali ni?


KL Park Festival 2023
Koridor berwarna-warni yang menarik perhatian

KL Park Festival 2023
Wah, pelampung berwarna-warna! Kena pulak dengan jalur berwarna atas simen di laluan ni

KL Park Festival 2023
Ambik gambar dekat sikit

Cerita seterusnya akan disambung dalam part terakhir. Lepas tu sekian la cerita Festival Taman KL ni. Kalau nak tengok lebih banyak gambar korang kena datang ambik gambar sendiri ke sini sebab semua tempat lawa dan Instagrammable. Sampai tak larat nak ambik gambar! 😂