Hujung Minggu dengan Keluarga

Khadeeja teringin sangat nak menonton cerita Five Nights at Freddy's sebab dia minat siri buku cerita tajuk yang sama. Dari awal bulan lepas sebelum cerita ni keluar lagi dia dah berzikir kat telinga Suami Terchenta nak pergi tengok cerita ni hari pertama cerita ni disiarkan.

Jadi Sabtu lepas kiteorang pun pergi tengok cerita ni di TGV Cinema dekat Sunway Putra Mall. Tak sangka ramai budak-budak yang pergi tengok cerita ni, penuh panggung petang tu dengan budak-budak dan mak ayah yang temankan anak-anak macam kiteorang jugak. Secara jujur, cerita ni ada bahagian-bahagian yang agak gruesome bagi aku (Khayla asyik keluar masuk panggung sebab tak tahan tengok) tapi Khadeeja enjoy sangat movie ni. Siap bagi verdict movie paling best yang dia pernah tengok setakat ni (eh, dia lupa la tu dulu zaman dia beriya-iya berjoget ulang tayang cerita Frozen sampai mak dia nak termuntah?).



Khadeeja tak sabar-sabar nak tengok movie Five Nights at Freddy's


Lepas movie, kiteorang pergi solat Maghrib di surau Sunway Putra Mall. Ternampak kedai Me'nate ni, teringat dah lama benar tak makan dekat Me'nate, rasanya last pergi tahun 2021. Suami Terchenta malas nak fikir panjang kat mana nak makan, jadi dia pun ajak makan kat sini.


Lawa betul outlet Me'nate di Sunway Putra Mall ni

Tempat duduk pun selesa dan menarik

Bila masuk Me'nate ni, mula-mula sekali kena pilih daging apa untuk dimasak, tahap kemasakan daging (rare, medium rare, medium, medium well atau well done) dan sos untuk dihidangkan. Aku dengan Suami Terchenta sepakat kongsi sekeping daging wagyu, tapi kiteorang ambik yang bawah RM200. Kalau tak silap aku dalam RM180+ sekeping tu. Lepas tu Suami Terchenta kata nak ambik satu lagi daging biasa, pilih la sekeping harga bawah RM100.

Pekerja kat situ bagitau daging wagyu ni memang lembut sangat, walaupun pilih medium well pun masih lagi lembut. Kiteorang pilih medium untuk dua-dua keping tu dan sos pulak kiteorang pilih blackpepper dengan garlic.


Selain daging wagyu ada jugak daging black Angus, kambing dan seafood

Daging wagyu - aromanya pun dah buat air liur kecur

Daging black Angus dengan sos garlic

Bila masuk dalam mulut je, Masya Allah Tabarakallah... nikmat Allah yang manakah nak didustakan? Sedapnya daging wagyu ni tak perlu cicah sos pun dah sedap. Makan kongsi pulak tu, lagi la terasa nikmatnya. Daging black Angus tu pun tak kurang sedapnya, cuma tak selembut daging wagyu.

Antara dua sos ni, aku suka sos garlic compared to blackpepper. Dappp...


Sementara tunggu daging wagyu dimasak, anak-anak pesan mac and cheese untuk kongsi berdua

Ni pulak dessert yang ada kat sini

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan 💕.

Mesin ATM Kopi?

Salam Isnin semua,

Harapnya minggu ni baik-baik je untuk kita semua, terutama buat saudara-saudara kita di bumi Anbiya. Satu dunia ni dah bukak mata dengan kebenaran di sana, jadi harapan aku semoga kuasa rakyat mampu mengubah pendirian kerajaan masing-masing, Ameen YRA 🤲🏻.

Minggu ni walaupun aku belum ada mood sangat nak menulis, tapi aku cuba la atasi mood ni #siscuba.

Nak cerita pasal minggu lepas. Aku kena pergi ke Proton service centre sebab lampu enjin menyala. Yang best nya service centre sekarang ni dah ada tempat menunggu yang selesa dan siap bagi roti dan kopi / teh percuma untuk para pelanggan yang menunggu.


Mesin ATM Kopi
Sambil buat kerja, sambil tu layan minuman panas dekat sini

Aku pulak tertarik dengan mesin ATM kopi yang disediakan. Kreatif betul pengusaham mesin vendor ni namakan mesin ni sebagai mesin ATM, padahal konsep sama je dengan mesin air yang buat minuman pra-bancuh ni.


Mesin ATM Kopi
Macam ni la rupa mesin ATM kopi

The good thing is, mesin ni benarkan kita untuk tentukan jumlah gula yang kita nak. Jadi kalau kita tengah jaga paras gula, boleh la pilih opsyen tak nak gula.


Mesin ATM Kopi
Cara-cara buat pembelian minuman di mesin ATM kopi

Mesin ATM Kopi
Antara pilihan minuman yang ada. Aku pilih hot chocolate

Mesin ATM Kopi
Lepas buat pembayaran menggunakan kod QR, mesin pun bancuh minuman


Mesin ATM Kopi
Minuman keluar dekat bawah ni

Mesin ATM Kopi
Penutup minuman pun disediakan di sebelah mesin

Menarik kan mesin ATM kopi ni? Air pun tak panas sangat, lepas keluar dari mesin ni boleh je nak hirup terus tak payah nak tunggu sejuk dulu.

Wordy Wednesday - Sabar

Quran quote
Sumber imej: Pinterest

Sekarang dah masuk hari ke-25 sejak peristiwa di bumi Anbiya bermula. Ramai dah saudara kita di sana telah dijemput menjadi penghuni syurga, Alhamdulillah. Tapi pada masa yang sama, ramai lagi yang masih menjadi mangsa keganasan dan berjuang untuk terus hidup.  

Jujur cakap - mood blogging aku lately jatuh teruk mengenangkan dieorang yang masih terus terus-menerus dibedil, ditindas dan dinafikan hak kemanusiaan di sana. As someone yang ada anxiety, it hurts to see their sufferings. Aku struggle untuk ingatkan diri-sendiri yang semuanya dalam perancangan Allah bila tengok anak-anak kecik terkujur tak bernyawa. 

Cuma dengan menghayati Al-Quran, hati jadi tenang dan keyakinan menjadi teguh. 

First, comes the trial. Second, comes the patience. And finally, with your perseverance and faith the hardship will end.

Sekarang ni, kita masih dalam fasa bersabar dengan ujian yang Allah turunkan. Kena sentiasa remind myself - Jangan cepat melatah, Carneyz! Teruskan berdoa, teruskan bangun malam, teruskan mengingati dieorang dalam setiap amal jariah sebab dengan amalan dan doa yang berterusan (perseverance) dan keyakinan dengan ketentuan Allah (faith), kesulitan ni akan berlalu. Berpegang teguhlah pada janji Allah, bahawa ganjaran dan kemenangan yang besar menanti orang-orang yang bersabar.

And that you emerge from your sorrow unscathed, without tumbling.

Salam Jumaat - Surah Ibrahim

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعۡمَلُ ٱلظَّـٰلِمُونَۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمۡ لِيَوۡمٖ تَشۡخَصُ فِيهِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ ٤٢
Wa laa tahsabannal laaha ghaafilan ‘ammaa ya’maluz zaalimoon; innamaa yu’akh khiruhum li Yawmin tashkhasu feehil absaar.

Tafsir Ayat 42:

And never think that Allah is unaware of what the wrongdoers do. He only delays them for a Day when eyes will stare [in horror].

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).


وَقَدۡ مَكَرُوۡا مَكۡرَهُمۡ وَعِنۡدَ اللّٰهِ مَكۡرُهُمۡؕ وَاِنۡ كَانَ مَكۡرُهُمۡ لِتَزُوۡلَ مِنۡهُ الۡجِبَالُ‏ ٤٦

Wa qad makaroo makrahum wa ‘indal laahi makruhum wa in kaana makruhum litazoola minhul jibaal.

Tafsir Ayat 46:

They devised every plot, which was fully known to Allah, but their plotting was not enough to ˹even˺ overpower mountains ˹let alone Allah˺.

Dan sungguh, mereka telah membuat tipu daya padahal Allah (mengetahui dan akan membalas) tipu daya mereka. Dan sesungguhnya tipu daya mereka tidak mampu melenyapkan gunung-gunung.


Percaya kepada kitab Allah ialah rukun iman yang ketiga. Allah telah menyatakan dalam kitabNya yang Dia tidak sesekali lalai dengan perbuatan kemungkaran di muka bumi, bahawa apa yang berlaku itu sudah pasti ada pembalasannya. 

My daughter who is wise beyond her age told me - Mommy, everything has been planned by Allah and He is the BEST planner.

Masya Allah. Kalau kita perhatikan apa yang sedang berlaku - sedikit demi sedikit Allah bukakan mata dan nurani dunia untuk sedar dari tipu daya mereka, mungkin itulah dalam perancangan dan kehendak Allah. 


Sumber: Pinterest

Mungkin kita rasa sakit hati dan sakit mental tengok kekejaman yang bermaharajalela dan kutuk sekeras-kerasnya apa yang berlaku. Kita mungkin rasa tak berdaya nak buat apa-apa. Inilah bahagian ujian kita - untuk terus beriman dan percaya kepada Allah dan kitab Al-Quran walau apapun sandiwara dunia sekarang. Subhanallah.

To those who feel helpless at this situation, what can you do to counter this feeling?


قُل لِّعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّۭا وَعَلَانِيَةًۭ مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ يَوْمٌۭ لَّا بَيْعٌۭ فِيهِ وَلَا خِلَـٰلٌ ٣١


Qul li’ibaadiyal lazeena aamanoo yuqeemus Salaata wa yunfiqoo mimmaa razaqnaahum sirranw wa ‘alaaniyatam min qabli any yaatiya Yawmul laa bai’un feehi wa laa khilaal.

Tafsir Ayat 31:

Tell My believing servants to establish prayer and donate from what We have provided for them—openly and secretly—before the arrival of a Day in which there will be no ransom or friendly connections.

Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).