Mencuba Pizza di Pizza Duo @ The Campus, Ampang

Orang lain dah lama jejak kaki ke The Campus di Ampang, aku je yang tertinggal keretapi 🤭. Takpe, janji dah sampai. Menarik jugak konsep mall dalam bangunan kampus ni. Asalnya tempat ni ialah sebuah sekolah antarabangsa (The International School of Kuala Lumpur) tapi bila sekolah ni berpindah ke lokasi baru, tempat ni dimanfaatkan semula sebagai open air mall.


The Campus Ampang
Antara kedai yang ada di The Campus

Memandangkan anak-anak dicutikan sempena peperiksaan SPM di sekolah dieorang, aku pun bawak dieorang lunch kat sini sebab aku teringin nak cuba pizza artisanal di Pizza Duo


Pizza Duo
Pizza Duo di The Campus Ampang

Pizza Duo diasaskan oleh pasangan suami isteri, Aina Ghani dan Mark Lee. Keistimewaan pizza di sini ialah resipi pizza yang berasaskan Neopolitan pizza dari Itali yang berbeza dengan pizza dari US. Pizza dibakar dalam ketuhar yang sangat panas dan mengambil masa cuma 70-90 saat je untuk masak.


Pizza Duo
Pizza dibakar dalam oven Stefano Ferrara yang dihias retro-style

Pizza Duo
Buku menu / harga pizza di Pizza Duo


Aku pesan 2 jenis pizza - satu klasik (Fourmaggio untuk Khadeeja) dan satu lagi specialty (The OD @ Original Duck).


Pizza Duo
Atas: Fourmaggio pizza menampilkan 4 jenis keju sebagai topping pizza (Parmigiano fondue, fior di latte, gorgonzola dolce, ricotta, Canadian maple syrup)
Bawah: The OD - topping utamanya ialah daging itik (duck prosciutto & duck sausage), jem nanas, jeruk jalapeno dan tomato


Selain pizza, anak-anak request menu lain jugak:


Pizza Duo
Fried Cheese (RM24)

Pizza Duo
Beef Bolognese Pappardale (RM38)

Dua-dua sedap dan menggunakan bahan-bahan premium. Cuma fried cheese tu aku rasa agak pricey la, baik aku buat sendiri kat rumah beli mozzarella stick, salut dengan bread crumb dan goreng sendiri 😅. Anggap je ni harga yang dibayar untuk kemalasan nak buat sendiri tu.

Yang ni pulak minuman yang kiteorang pesan:


Pizza Duo
Kiri: Matcha Banana, Tengah: PB&J, Kanan: Iced Chocolate

Minuman ni jangan tanya harga, kemurungan aku karang. Tapi semua sedap! Harus la sedap sesuai dengan harga yang kayangan tu.

Akhir sekali, aku pesan dessert tiramisu sebab orang kata tiramisu kat sini the OG ikut resipi asal dari Itali versi halal (tak rendam dalam coffee liquor la):


Pizza Duo
Tableside tiramisu (RM34)

Kesimpulannya, ye legit sangat sedap, tak manis sangat, light-light gitu, menggunakan keju mascarpone dan bukan keju cream cheese. Aku boleh kasi rating 10/10.


Selfie sementara tunggu makanan sampai

Overall, am I impressed by the pizzas? My honest review:

  • Pizza crust - lembut, cukup rasa dan dibakar sempurna. Pizza crust dekat sini sedap dan aku faham kenapa pengasas Pizza Duo ni menghabiskan masa mencuba pizza-pizza di Itali dan belajar dengan pakar pizza Itali sebelum dieorang bukak restoran Pizza Duo ni. 
  • Fourmaggio pizza - Topping pizza tak memenuhi jangkaan aku. Fourmaggio (ejaan Itali "formaggio" atau biasanya "pizza quattro formaggi" sebab menggabungkan 4 jenis keju) pizza tu rasanya agak bland sebab takde keju mozzarella dan aku dah biasa order yang ada sos tomato sebagai base topping. Selalunya favourite aku yang ada blue cheese tapi tak semua orang masuk dengan aroma blue cheese.
  • The OD - Sedap dan ada rasa smoky dari topping daging itik. Jem nanas tu agak pelik mula-mula tapi lama-lama aku rasa ok la, boleh masuk dengan rasa pizza ni. 

Tapi adakah aku akan repeat pizza dekat sini? Erm. Mungkin tak, atau mungkin aku kena cuba pizza yang lain.

Hidangan yang paling sedap bagi aku ialah tiramisu. Khayla pulak suka Beef Bolognese Pappardale tu. Khadeeja suka cheese stick. 

Shell Out di Ombak Kitchen

Ni throwback kisah bulan lepas. Balik dari acara Family Day merangkap CR, kiteorang singgah ke IOI Mall untuk makan tengahari. Ternampak Ombak Kitchen, rasa dah lama pulak tak makan kat sini. Jadi moh ler kita singgah.


IOI Putrajaya Mall
Kali terakhir makan kat Ombak Kitchen tahun 2022 kalau tak silap


Belek-belek menu kat sini, hajat di hati nak Alaskan Giant King Crab tapi ketam yang ada beratnya di luar kemampuan fulus pulak 😅. Terus batalkan niat. Kiteorang ambik seafood combo yang paling murah. Tu pun tak murah sangat - RM229.90. Janji ada ketam. Macam biasa, untuk sosnya kiteorang pilih sos Cajun. Tapi takut anak-anak tak makan pedas, jadi kiteorang tambah kuah buttermilk jugak. Tapi bagi tekak aku, sos Cajun jugak yang sedap.


Ombak Kitchen
Combo 3 - My Queen

Untuk side dish pulak aku ambik mantou goreng buat cicah dengan sos Cajun / buttermilk:


Ombak Kitchen
Mantou goreng - rasanya lebih sedap cicah dengan sos Singapore chili crab

Macam biasa la, budak yang tak makan telur tu pun tak makan seafood jugak 🥲. Kena la order makanan lain untuk dia. 


Ombak Kitchen
Mac & Cheese untuk Khayla (RM12.90)

Sementara tunggu shell out sampai, Khadeeja yang dah kebulur sangat request fish & chips bite:


Ombak Kitchen
Fish & Chips Bites (RM18.90)

Untuk dessert pulak, anak-anak request churros yang didatangkan dengan sos coklat:


Ombak Kitchen
Namanya dalam menu 'The Sugar Daddy Churros' (RM25.90)

Alhamdulillah, terubat jugak rindu nak repeat shell out di Ombak Kitchen ni. Semoga murah rezeki Suami Terchenta belanja anak-anak dan isteri makan sedap-sedap. Harga tu, kita pejam mata je bukan selalu pun!

Beli Apa Sale 11.11?

Semakin berusia ni, semakin suka pulak dengan produk-produk kecantikan hehe. Dulu tak pandang pun benda-benda macam ni. So, apakah benda yang aku beli masa jualan 11.11 hari tu? Jeng... jeng... jeng! Aku beli EMS Device dengan krim Retinol dari Meditherapy:

 

Meditherapy
Hasil tangkapan Shopee 11.11


Peranti EMS ni berfungsi untuk membantu penyerapan krim dan serum muka dan manakala krim retinol pulak untuk menganjalkan kulit muka (katanya la). Since harga pun berpatutan (harga asal RM175.99 tapi lepas tolak shipping cost, voucher dari Shopee dan kedai, harganya jadi RM126.71), maka aku pun teracun nak beli bendalah ni.


Meditherapy
Unboxing peranti EMS dan krim retinol. Kabel pengecas disediakan sekali

Meditherapy
Krim retinol yang tak terlalu pekat dan senang menyerap dalam kulit

Apa yang membuatkan aku nak cuba peranti EMS dan krim retinol ni ialah sebab nak menguji keberkesanan peranti ni untuk meminimakan garis senyuman (smile line) kat muka aku ni sebab bila tak senyum nampak garang pulak 😜. Tengok la macamana, berkesan ke tak hehe.


Meditherapy
Antara sebab aku beli peranti EMS dan krim ni (sumber: Meditherapy)

By the way, ni beza muka aku senyum dan tak senyum 🤣. Patut la dulu masa aku kerja bahagian HR ramai staff takut nak jumpa sebab muka aku nampak garang weyh kalau mod tak senyum! Pernah kaunselingkan sorang staff yang tengah depression, habis sesi kaunseling boleh pulak dia cakap, "Walaupun muka sis nampak garang, tapi hati sis baik," 🤣. Adudu... don't judge a book by its cover. Tapi cover tu nak kena kasi buang garis senyum kat muka supaya nampak mesra alam sikit kihkihkih!


Acik HR (Kiri: mod bertemu pelanggan; kanan: mod fokus buat kerja 😝)

Camping di Mayangsari Campsite, Port Dickson

Minggu lepas masa Suami Terchenta cuti hari Jumaat tu, tiba-tiba dia mengajak berkhemah di tepi pantai. Since dah 2 tahun barang-barang camping tu terperuk dalam almari, maka aku pun onz je la. Rugi pulak dah beli macam-macam barang camping tapi tak dipakai. 

Pacak khemah dekat tanah tinggi dah, tepi sungai dah, jadi kali ni kiteorang pilih untuk camping di tepi pantai pulak iaitu di PD Mayangsari Campsite. Dari dulu lagi teringin nak camping kat sini tapi asyik fully booked je. Alhamdulillah kali ni berjaya 🥳.

Dari KL ke Mayangsari mengambil masa 2 jam lebih sebab banyak kereta menghala ke selatan. Selepas 2 jam memandu,  akhirnya selamat sampai di tapak perkhemahan Mayangsari Campsite:

 

Port Dickson
Mayang Sari Campsite

Untuk tapak khemah kali ni, kiteorang ambik zon Sity Village (non-sea view) dengan sewa tapak RM80 semalam (rate hujung minggu). Masa check-in, kiteorang dikenakan lagi bayaran RM25 (RM5 untuk parking, RM10 untuk tandas/bilik mandi dan RM10 untuk elektrik). Jadi jumlah bayaran semuanya RM105. Bagi aku berbaloi sebab kemudahan yang disediakan cukup baik dan bersih. Oh ya, nak sewa tapak khemah kat sini boleh pergi ke laman web escabee.com

Dekat camp site ni ada disediakan surau (ada bumbung dan dinding separuh dengan lantai jubin), bilik mandi, tandas duduk, tong sampah untuk setiap tapak dan kedai runcit.


Mayangsari Campsite
Ni paling penting untuk seorang camper macam aku - tandas dan bilik mandi yang bersih!

Selesai buat pembayaran, kiteorang dibawa ke tapak khemah betul-betul sebelah pokok, jadi redup la sikit. Alhamdulillah cuaca hari tu pun memberikan kerjasama - tak hujan dan redup je. Aktiviti memasang khemah mengambil masa sejam (sebab dah lama tak pasang khemah, jadi ingat-ingat lupa macamana 😅). By the way, kiteorang dah upgrade khemah ke Payung Camp Village L yang ada 2 'bilik' - basically dalam khemah tu ada dinding kanvas yang boleh dibukak macam tirai dan dizip untuk memisahkan ruang tidur kiteorang dengan anak-anak. Khemah Payung Camp Village M sebelum ni kiteorang dah jual dengan orang lain yang beli dari group FB (Suami Terchenta yang iklankan, sekejap je dapat pembeli sebab baru 2x pakai sebelum jual).


Mayangsari Campsite
Dah siap pasang khemah dan pam tilam, tinggal nak susun-susun barang-barang luar khemah


Mayangsari Campsite
Pemandangan dari luar khemah - nampak la sipi-sipi view laut tu

Dah siap pasang khemah dan menyusun barang-barang memasak, kiteorang lepak-lepak dekat kerusi camping sambil makan aiskrim yang dibeli di kedai runcit berhampiran. Haha, penat betul lepas pasang khemah 😅. Faktor usia agaknya.

Dah petang dan tak panas sangat, barulah kiteorang tukar pakaian untuk mandi-manda di pantai. Best tau pantai kat sini, luas dan landai, tak dalam sangat. Ramai mak ayah yang bawak anak-anak kecik mandi di pantai ni.


Mayangsari Campsite
Pantai Port Dickson

Lepas mandi dan salin pakaian di bilik mandi, kiteorang keluarkan barang-barang memasak untuk masak makan malam. Disebabkan trip camping kali ni sekejap je, aku cuma perap ayam dan udang untuk dipanggang. Malas nak beriya2 masak nasi bagai hehe.


Mayangsari Campsite
Suami Terchenta tengah hidupkan api untuk aktiviti BBQ

Mayangsari Campsite
Makan malam - BBQ ayam dan udang


Sambil Suami Terchenta memanggang ayam dan udang, anak-anak pulak bakar marshmallow. Ni kira aktiviti wajib dieorang la bila buat BBQ 😅.


Mayangsari Campsite
Family time - BBQ ayam, udang dan marshmallow 😜

Lepas makan, aku mengemas apa-apa yang patut dan anak-anak pergi cuci pinggan dan peralatan memasak. Lepas tu kiteorang layan tengok Legasi: Bomba the Movie dekat iPad sebelum masuk tidur. Ringkas je jalan ceritanya, sampai Suami Terchenta komen, "Ni je ke? Best friend mati terbakar, padam api dekat Menara 118, dah habis cerita." Tergelak aku dengar komen dia! 😂

Syok jugak tidur sambil dengar deburan ombak. Aku harapkan malam tu hujan lebat, syok la sikit tidur tapi tak. Hujan rintik-rintik je 😅. Lepas Subuh, kiteorang memasak pulak untuk sarapan pagi tu. Aku bawak pancake mix, buat pancake untuk Khayla yang tak makan telur. Pelik betul anak dara yang seorang ni, dia sorang je yang tak makan telur dari kecik lagi tak suka. 

Yang lain-lain pulak makan telur mata goreng dengan baked beans dan sosej ayam.


Mayangsari Campsite
Khayla tolong masak pancake di atas dapur

Mayangsari Campsite
Breakfast with a view


Lepas sarapan, Khayla sambung tidur balik dan aku pulak bawak kerusi camping ke tepi pantai, layan view laut pagi-pagi. Khadeeja join sekejap lepas tu dia ajak Suami Terchenta berenang. Siap pujuk bapak dia belikan pelampung! 🤣 Bapak dia layankan je la permintaan anak bongsu ni.


Mayangsari Campsite
Tenang otak tengok pemandangan laut yang cantik ni

Mayangsari Campsite
Anak-beranak ni rajin nak pergi berenang di laut pagi-pagi

Bila hari dah panas, aku balik ke khemah untuk mengemas barang-barang sebab dah nak balik. Sejam lepas tu, dua beranak yang pergi berenang tu pun balik untuk ambik baju dan tuala mandi. Khayla dah terjaga masa ni jadi kiteorang berdua la mengemas barang-barang sementara Suami Terchenta dan Khadeeja pergi mandi di bilik mandi.

Kena cepat-cepat kemas sebab nampak cuaca macam nak hujan. Aktiviti membuka dan melipat khemah ni boleh tahan penat jugak, rasanya lebih penat nak kemas balik barang-barang masa balik dari masa mula-mula sampai.


Mayangsari Campsite
Kena bekerjasama nak bukak balik khemah ni, sebab kena lipat ke tengah sebelum digulung dan masuk semula dalam beg khemah

Dalam sejam je dah setel aktiviti mengemas ni. Mula-mula ingat nak singgah makan dulu sebelum balik tapi masing-masing dah kepenatan jadi kiteorang terus gerak balik dan tak singgah di mana-mana.

Kali ni banyak betul benda yang terlupa nak bawak gara-gara dah lama tak pergi camping. Lupa nak bawak kipas gantung dalam khemah (nasib baik ada kipas tangan bateri tahan lama dan kipas meja camping tapi kiteorang bagi anak-anak guna malam tu), kain lap khemah (guna tuala mandi untuk lap khemah sebelum simpan dalam beg), alas kaki untuk lap kaki berpasir sebelum masuk ke khemah dan paling penting sekali, vacuum untuk buang pasir-pasir dalam khemah! Terpaksa la guna tuala mandi untuk 'menyapu' pasir-pasir tu. Saja je aku senaraikan kat sini untuk rujukan di masa depan (bila la agaknya nak pergi camping lagi? Jangan-jangan tunggu 2 tahun lagi baru keluarkan balik khemah dan peralatan camping tu 😝).

Kesimpulannya, best tapi penatttt! 🤣 Nak repeat ke Mayangsari Campsite? Insha Allah, akan repeat camping dekat sini sebab kawasan berangin, tak panas sangat, pantai best, kemudahan lengkap dan tak jauh sangat dari KL. Sesuai untuk weekend getaway dan aktiviti healing Suami Terchenta 🤭.

Jalan-jalan di Street Cafe @ Medan MARA

Hari tu masa aku pergi melawat adik sepupu yang bertugas di booth Sarawak Showcase, aku sempat la jalan-jalan dekat Street Cafe dekat sebelah Medan MARA ni.

Terus rambang mata sis tengok pelbagai makanan viral dan menarik yang dijual di sini! Nasib baik dah kenyang makan mee kampua Sibu, kalau tak mau melayang RM memborong makanan kat sini 😜. Tapi lain kali kalau rajin nak menapak ke Medan MARA lagi boleh la aku singgah ke sini tapau makanan kat sini sebab semuanya nampak menarik!

Jom tengok gerai-gerai yang ada dekat sini:


Medan Mara
Keropok Gemok Pasar Payang ni dah pernah cuba masa dekat KT dulu. Boleh beli kat sini kalau teringin lagi. Ada gerai menjual popia bolognese/carbonara dan big Mac jugak dari Abe Western.


MAD Street Cafe
Yang ni buat aku teringin... nasi kerabu dengan lemak bakar 🤤 Macam tak cukup lagi kolesterol dalam badan tu, nak tambah lagi dengan lemak bakar tu ye Carneyz. Bila nak insaf??

MAD Street Cafe
Bukan makanan lokal je, makanan antarabangsa pun ada.

MAD Street Cafe
Smash burger dengan hot mozzarella stick ni pun menarik jugak. Terliur tengok cheese yang ditarik tu 🤤

MAD Street Cafe
Yang ni mesti kak Nohas suka (jelly viral). Kalau rasa bersalah makan jajan, boleh beli buah potong jugak dari gerai yang sama

MAD Street Cafe
Goreng-gorengan dan apam mini premium. Dua-dua sesuai untuk minum petang

MAD Street Cafe
Baru ku tau meatball pun boleh buat menu gepuk jugak 🤭 First time jumpa kunafa pelbagai perisa

MAD Street Cafe
Kalau Allah bagi sedap tu, Insha Allah sedap. Lain kali boleh cuba. Ada jugak gerai briyani di sini

MAD Street Cafe
Kalau teringin nak mee kolok dan mee kampua, boleh singgah dekat sini sebab rupa-rupanya dieorang memang bukak booth di Street Cafe ni. Tauhu bergedil dan tauhu crispy ni pun menggoda sungguh!

MAD Street Cafe
Makanan Thai dan makanan Indonesia memeriahkan pilihan di sini. Ada jugak gerai kopi dan gerai jus avokado di sini

Sebenarnya ada banyak lagi gerai-gerai menarik di sini. Kalau korang nak tau kena la pergi jalan-jalan di Street Cafe ni jugak 😄. Lokasinya sebelah Medan MARA bertentangan dengan Pertama Complex. Best tau, macam-macam ada kat sini.