Mencuba Pizza di Pizza Duo @ The Campus, Ampang

Orang lain dah lama jejak kaki ke The Campus di Ampang, aku je yang tertinggal keretapi 🤭. Takpe, janji dah sampai. Menarik jugak konsep mall dalam bangunan kampus ni. Asalnya tempat ni ialah sebuah sekolah antarabangsa (The International School of Kuala Lumpur) tapi bila sekolah ni berpindah ke lokasi baru, tempat ni dimanfaatkan semula sebagai open air mall.


The Campus Ampang
Antara kedai yang ada di The Campus

Memandangkan anak-anak dicutikan sempena peperiksaan SPM di sekolah dieorang, aku pun bawak dieorang lunch kat sini sebab aku teringin nak cuba pizza artisanal di Pizza Duo


Pizza Duo
Pizza Duo di The Campus Ampang

Pizza Duo diasaskan oleh pasangan suami isteri, Aina Ghani dan Mark Lee. Keistimewaan pizza di sini ialah resipi pizza yang berasaskan Neopolitan pizza dari Itali yang berbeza dengan pizza dari US. Pizza dibakar dalam ketuhar yang sangat panas dan mengambil masa cuma 70-90 saat je untuk masak.


Pizza Duo
Pizza dibakar dalam oven Stefano Ferrara yang dihias retro-style

Pizza Duo
Buku menu / harga pizza di Pizza Duo


Aku pesan 2 jenis pizza - satu klasik (Fourmaggio untuk Khadeeja) dan satu lagi specialty (The OD @ Original Duck).


Pizza Duo
Atas: Fourmaggio pizza menampilkan 4 jenis keju sebagai topping pizza (Parmigiano fondue, fior di latte, gorgonzola dolce, ricotta, Canadian maple syrup)
Bawah: The OD - topping utamanya ialah daging itik (duck prosciutto & duck sausage), jem nanas, jeruk jalapeno dan tomato


Selain pizza, anak-anak request menu lain jugak:


Pizza Duo
Fried Cheese (RM24)

Pizza Duo
Beef Bolognese Pappardale (RM38)

Dua-dua sedap dan menggunakan bahan-bahan premium. Cuma fried cheese tu aku rasa agak pricey la, baik aku buat sendiri kat rumah beli mozzarella stick, salut dengan bread crumb dan goreng sendiri 😅. Anggap je ni harga yang dibayar untuk kemalasan nak buat sendiri tu.

Yang ni pulak minuman yang kiteorang pesan:


Pizza Duo
Kiri: Matcha Banana, Tengah: PB&J, Kanan: Iced Chocolate

Minuman ni jangan tanya harga, kemurungan aku karang. Tapi semua sedap! Harus la sedap sesuai dengan harga yang kayangan tu.

Akhir sekali, aku pesan dessert tiramisu sebab orang kata tiramisu kat sini the OG ikut resipi asal dari Itali versi halal (tak rendam dalam coffee liquor la):


Pizza Duo
Tableside tiramisu (RM34)

Kesimpulannya, ye legit sangat sedap, tak manis sangat, light-light gitu, menggunakan keju mascarpone dan bukan keju cream cheese. Aku boleh kasi rating 10/10.


Selfie sementara tunggu makanan sampai

Overall, am I impressed by the pizzas? My honest review:

  • Pizza crust - lembut, cukup rasa dan dibakar sempurna. Pizza crust dekat sini sedap dan aku faham kenapa pengasas Pizza Duo ni menghabiskan masa mencuba pizza-pizza di Itali dan belajar dengan pakar pizza Itali sebelum dieorang bukak restoran Pizza Duo ni. 
  • Fourmaggio pizza - Topping pizza tak memenuhi jangkaan aku. Fourmaggio (ejaan Itali "formaggio" atau biasanya "pizza quattro formaggi" sebab menggabungkan 4 jenis keju) pizza tu rasanya agak bland sebab takde keju mozzarella dan aku dah biasa order yang ada sos tomato sebagai base topping. Selalunya favourite aku yang ada blue cheese tapi tak semua orang masuk dengan aroma blue cheese.
  • The OD - Sedap dan ada rasa smoky dari topping daging itik. Jem nanas tu agak pelik mula-mula tapi lama-lama aku rasa ok la, boleh masuk dengan rasa pizza ni. 

Tapi adakah aku akan repeat pizza dekat sini? Erm. Mungkin tak, atau mungkin aku kena cuba pizza yang lain.

Hidangan yang paling sedap bagi aku ialah tiramisu. Khayla pulak suka Beef Bolognese Pappardale tu. Khadeeja suka cheese stick. 

0 Comments:

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .