Minggu lepas masa Suami Terchenta cuti hari Jumaat tu, tiba-tiba dia mengajak berkhemah di tepi pantai. Since dah 2 tahun barang-barang camping tu terperuk dalam almari, maka aku pun onz je la. Rugi pulak dah beli macam-macam barang camping tapi tak dipakai.
Pacak khemah dekat tanah tinggi dah, tepi sungai dah, jadi kali ni kiteorang pilih untuk camping di tepi pantai pulak iaitu di PD Mayangsari Campsite. Dari dulu lagi teringin nak camping kat sini tapi asyik fully booked je. Alhamdulillah kali ni berjaya 🥳.
Dari KL ke Mayangsari mengambil masa 2 jam lebih sebab banyak kereta menghala ke selatan. Selepas 2 jam memandu, akhirnya selamat sampai di tapak perkhemahan Mayangsari Campsite:
![]() |
| Mayang Sari Campsite |
Untuk tapak khemah kali ni, kiteorang ambik zon Sity Village (non-sea view) dengan sewa tapak RM80 semalam (rate hujung minggu). Masa check-in, kiteorang dikenakan lagi bayaran RM25 (RM5 untuk parking, RM10 untuk tandas/bilik mandi dan RM10 untuk elektrik). Jadi jumlah bayaran semuanya RM105. Bagi aku berbaloi sebab kemudahan yang disediakan cukup baik dan bersih. Oh ya, nak sewa tapak khemah kat sini boleh pergi ke laman web escabee.com.
Dekat camp site ni ada disediakan surau (ada bumbung dan dinding separuh dengan lantai jubin), bilik mandi, tandas duduk, tong sampah untuk setiap tapak dan kedai runcit.
![]() |
| Ni paling penting untuk seorang camper macam aku - tandas dan bilik mandi yang bersih! |
Selesai buat pembayaran, kiteorang dibawa ke tapak khemah betul-betul sebelah pokok, jadi redup la sikit. Alhamdulillah cuaca hari tu pun memberikan kerjasama - tak hujan dan redup je. Aktiviti memasang khemah mengambil masa sejam (sebab dah lama tak pasang khemah, jadi ingat-ingat lupa macamana 😅). By the way, kiteorang dah upgrade khemah ke Payung Camp Village L yang ada 2 'bilik' - basically dalam khemah tu ada dinding kanvas yang boleh dibukak macam tirai dan dizip untuk memisahkan ruang tidur kiteorang dengan anak-anak. Khemah Payung Camp Village M sebelum ni kiteorang dah jual dengan orang lain yang beli dari group FB (Suami Terchenta yang iklankan, sekejap je dapat pembeli sebab baru 2x pakai sebelum jual).
![]() |
| Dah siap pasang khemah dan pam tilam, tinggal nak susun-susun barang-barang luar khemah |
![]() |
| Pemandangan dari luar khemah - nampak la sipi-sipi view laut tu |
Dah siap pasang khemah dan menyusun barang-barang memasak, kiteorang lepak-lepak dekat kerusi camping sambil makan aiskrim yang dibeli di kedai runcit berhampiran. Haha, penat betul lepas pasang khemah 😅. Faktor usia agaknya.
Dah petang dan tak panas sangat, barulah kiteorang tukar pakaian untuk mandi-manda di pantai. Best tau pantai kat sini, luas dan landai, tak dalam sangat. Ramai mak ayah yang bawak anak-anak kecik mandi di pantai ni.
![]() |
| Pantai Port Dickson |
Lepas mandi dan salin pakaian di bilik mandi, kiteorang keluarkan barang-barang memasak untuk masak makan malam. Disebabkan trip camping kali ni sekejap je, aku cuma perap ayam dan udang untuk dipanggang. Malas nak beriya2 masak nasi bagai hehe.
![]() |
| Suami Terchenta tengah hidupkan api untuk aktiviti BBQ |
![]() |
| Makan malam - BBQ ayam dan udang |
Sambil Suami Terchenta memanggang ayam dan udang, anak-anak pulak bakar marshmallow. Ni kira aktiviti wajib dieorang la bila buat BBQ 😅.
![]() |
| Family time - BBQ ayam, udang dan marshmallow 😜 |
Lepas makan, aku mengemas apa-apa yang patut dan anak-anak pergi cuci pinggan dan peralatan memasak. Lepas tu kiteorang layan tengok Legasi: Bomba the Movie dekat iPad sebelum masuk tidur. Ringkas je jalan ceritanya, sampai Suami Terchenta komen, "Ni je ke? Best friend mati terbakar, padam api dekat Menara 118, dah habis cerita." Tergelak aku dengar komen dia! 😂
Syok jugak tidur sambil dengar deburan ombak. Aku harapkan malam tu hujan lebat, syok la sikit tidur tapi tak. Hujan rintik-rintik je 😅. Lepas Subuh, kiteorang memasak pulak untuk sarapan pagi tu. Aku bawak pancake mix, buat pancake untuk Khayla yang tak makan telur. Pelik betul anak dara yang seorang ni, dia sorang je yang tak makan telur dari kecik lagi tak suka.
Yang lain-lain pulak makan telur mata goreng dengan baked beans dan sosej ayam.
![]() |
| Khayla tolong masak pancake di atas dapur |
![]() |
| Breakfast with a view |
Lepas sarapan, Khayla sambung tidur balik dan aku pulak bawak kerusi camping ke tepi pantai, layan view laut pagi-pagi. Khadeeja join sekejap lepas tu dia ajak Suami Terchenta berenang. Siap pujuk bapak dia belikan pelampung! 🤣 Bapak dia layankan je la permintaan anak bongsu ni.
![]() |
| Tenang otak tengok pemandangan laut yang cantik ni |
![]() |
| Anak-beranak ni rajin nak pergi berenang di laut pagi-pagi |
Bila hari dah panas, aku balik ke khemah untuk mengemas barang-barang sebab dah nak balik. Sejam lepas tu, dua beranak yang pergi berenang tu pun balik untuk ambik baju dan tuala mandi. Khayla dah terjaga masa ni jadi kiteorang berdua la mengemas barang-barang sementara Suami Terchenta dan Khadeeja pergi mandi di bilik mandi.
Kena cepat-cepat kemas sebab nampak cuaca macam nak hujan. Aktiviti membuka dan melipat khemah ni boleh tahan penat jugak, rasanya lebih penat nak kemas balik barang-barang masa balik dari masa mula-mula sampai.
![]() |
| Kena bekerjasama nak bukak balik khemah ni, sebab kena lipat ke tengah sebelum digulung dan masuk semula dalam beg khemah |
Dalam sejam je dah setel aktiviti mengemas ni. Mula-mula ingat nak singgah makan dulu sebelum balik tapi masing-masing dah kepenatan jadi kiteorang terus gerak balik dan tak singgah di mana-mana.
Kali ni banyak betul benda yang terlupa nak bawak gara-gara dah lama tak pergi camping. Lupa nak bawak kipas gantung dalam khemah (nasib baik ada kipas tangan bateri tahan lama dan kipas meja camping tapi kiteorang bagi anak-anak guna malam tu), kain lap khemah (guna tuala mandi untuk lap khemah sebelum simpan dalam beg), alas kaki untuk lap kaki berpasir sebelum masuk ke khemah dan paling penting sekali, vacuum untuk buang pasir-pasir dalam khemah! Terpaksa la guna tuala mandi untuk 'menyapu' pasir-pasir tu. Saja je aku senaraikan kat sini untuk rujukan di masa depan (bila la agaknya nak pergi camping lagi? Jangan-jangan tunggu 2 tahun lagi baru keluarkan balik khemah dan peralatan camping tu 😝).
Kesimpulannya, best tapi penatttt! 🤣 Nak repeat ke Mayangsari Campsite? Insha Allah, akan repeat camping dekat sini sebab kawasan berangin, tak panas sangat, pantai best, kemudahan lengkap dan tak jauh sangat dari KL. Sesuai untuk weekend getaway dan aktiviti healing Suami Terchenta 🤭.













suka pula sy tengok tandas dan bilik air bersih macam tu... haha...
ReplyDeletelaaa ya ke? khayla tak suka telur... habis tu mcm mn dgn biskut or kuih muih yg ada campur telur? dia mkn juga ke?
Ye bersih sangat tandas dan bilik air kat sini. Tu faktor utama nak repeat camping kat sini lain kali hehe.
DeleteKalau dah campur dgn biskut / kuih-muih dia makan. Kalau telur yg rasa telur tu, dia tak makan.
Jiwa camping saya bergelora bila melihat post nie... arghhh... nampak best.. kawan saya selalu camping sini.. saya je tak ready lagi nak camping tepi laut sebab saya takut di lambung ombak.. thehehe
ReplyDeleteBest tau camping kat sini! Jom la kita ajak yg lain2 pacak khemah kat sini jugak hehe
Deleteaik..khayla x makan telur...bestnya camping....SA pun minat camping tapi tu la..x tau la bila dapat pi camping2 healing macam ni
ReplyDeleteBest tau SA, dah la dekat dgn rumah SA je tempat ni 😄. Ye Khayla sorang je tak suka makan telur. Memang tak boleh hidup kalau ada telur je dekat dapur huhu. Ajak suami SA pergi glamping la macam tu, sebab dia tak minat camping tapi glamping mungkin dia seronok.
DeleteTeringin nangga org camping, mun kmk org camping mst kamboh gia jak kali.. ahahaha
ReplyDeleteKmk org pun kamboh juak hahaha! Nang siap kelayi gik mok berpasang khemah ya 😂
DeleteKita kagum betul la dengan orang yg pergi camping macam ni. Kita membayangkan nak memasang dan buka khemah, nak.masak² semua, haishhh! Memang salute!
ReplyDeleteSebab ada anak2 tolong pasang & bukak khemah tu SK. Kalau saya dgn suami je, memang hmm. Sadaqallahul azim je la! 🤣
DeleteBanyak perkataan penat tu laa jadikan Sis trauma nak bercamping.. now tua² ni layan view dr bilik tidur hotel jer laa, takat nk piknik jer okk.. tp klu ada yg ajak camping ‘siap semua’, Sis ON hihihihi ..
ReplyDeleteHahaha! Sebab tu khemah tu dok tersadai dalam almari 2 tahun! 🤣 Tunggu betul2 ada mood baru pergi camping 😆
DeleteTengok orang ber-camping rasa teringin. Tapi takat tu je la 😅
ReplyDeleteBest la dekat and dapat pula mandi laut..
Tu la seronok pergi camping kat sini sebab dekat dengan laut, kemudahan semua terjaga dan bersih. Patut la asyik fully booked je tapak khemah kat sini 😅
DeleteTeringin nak camping. Tapi mengenangkan banyak persediaan nak bercamping tu jadi terkubur jela rasa teringin tu.
ReplyDeleteKalau tak mengenangkan barang2 camping dah dibeli, mungkin tak la kot nak pergi camping 😅 Suami la semangat betul nak ber camping lepas PKP, lengkap semua barang2 camping dia beli dari khemah besar, wagon untuk bawak barang2 camping, peralatan memasak, rak barang2 dan tempat bbq, semua dia beli! 😂 😂 nak tak nak terpaksa la teruskan aktiviti camping ni sbb rugi dah beli tapi tak guna hihi
DeleteDia tunjuk gambar udang bbq la pulak.... uncle ni dah lama tak bbq udang!
ReplyDeleteJgn Uncle, nnt gout pulak hehe.
DeleteLama dah ammi stop camping. Last pergi bulan 5 haritu kot. So far pergi area sungai je.
ReplyDeleteReview Mayang Sari ramai kata angin terlalu kuat, risau juga
Hari tu kiteorg pergi ok je. Angin petang tu dan pagi esoknya mmg kuat tapi takde la kuat sangat smp tercabut khemah. Kiteorg pakai peg 6 inci alhamdulillah tak tercabut. Risau jugak sblm pergi sbb ada kawan kata kena pakai peg 12 inci.
Deletesronok tu camping dkt area pantai..mlm plak layan bbq
ReplyDeleteSeronok, angin sepoi2 bahasa sambil dengar bunyi ombak. Memang healing habis 😅 part BBQ tu paling best masa camping hehe
DeleteBagus betul ada kerjasama buka/tutup khemah. Penat ya berkhemah? Hehe.
ReplyDeleteAktiviti berkhemah ni kena buat sekurang2nya 2 hari baru berbaloi pasang khemah tu hehe. Kalau sehari je penat betul nak pasang dan buka balik khemah.
DeleteSaya jadi ingat masa2 ikut Pramuka dulu. Ada acara kemping di tepi laut. Dulu saya pikir akan panaaaas. Tp ternyata baru merasa kalau pantai itu di malam hari dingiiiiin hahahahah. Padahal siangnya panas maksimal.
ReplyDeleteBelum pernah lagi merasakan kemping. Teringin, tp kalau mikir pasang dan bongkar, haiiish, saya dan Raka memang kesabaran macam tissue lah kalau bab begini 🤣🤣.
Tapi serunya kalau kemping, part bbq memang. Langsung terasa sedaaap sangat walau hanya simple lauk. ❤️❤️
Mungkin belum sampai serunya lagi tu Fanny 🤭 kalau di Malaysia ni ada fasa dalam hidup tiba2 suka camping atau pergi mencandat sotong, atau riding atau hiking gunung 🤣
Deletemenarik aktiviti gini cuma i tak pernah try sbb i jenis cerewet--zmn2 bujang pernah jer pergi camping dgn kwn2 sama uni (rasanya 2 or 3 kali kot i pergi camping)...tp bila dh ada anak, i tak de minat la nak buat aktiviti gini as family activities..so my boys kena join their frens/school/uni activities ajer lah utk dpt pengalaman camping
ReplyDeleteI follow je my hubby punya hobi ni, and our girls pun jenis ikut je apa yg kiteorg buat hihi. Paling penting ada toilet bersih tapi of course i rasa u mesti tak berkenan jugak since toilet kat sini bukan jenis lantai kering 😅
DeleteKenngau tak ada pantai laut..pokok2 hutan bukit tinggi dan nyamuk banyak kat sini..bertuah dapat tengok langit cantik memayungi perkelahan..atau berkumpul di pantai indah
ReplyDeleteDekat sini boleh pilih nak camping di tepi laut, dalam dusun, tepi sungai atau dalam hutan hihi. Di Sabah & Sarawak tempat camping belum lagi dibangunkan macam di Semenanjung, siap ada tandas, charging point dsb.
DeleteDulu pernah la camping ni tapi sebenarnya Glamping kat Tanah Aina Fahad jadi tepi sungai. Makan pun disediakan....tapi cara macam ni nampak menarik jugak la....
ReplyDeleteGlamping pun menarik dan kurang penat berbanding camping. Saya rasa kalau bermalam semalam je lebih baik ambik glamping sebab tak penat sangat lepas tu.
Deletemenarik camping tepi laut...view cantik...
ReplyDeleteYa kak, tenang & aman je tepi laut. Nyamuk pun kurang 😅
Delete