![]() |
Bahana bila langgar pantang... |
Dua minggu lepas masa mak aku kat sini, mak selalu buat kopi pagi-pagi lepas Subuh. Aromanya semerbak satu rumah. Pastu, dia bawak jugak biskut mayat / biskut tawar dari sana untuk direndam dalam kopi panas.
Biskut tawar lejen di kampung, nama lain ialah biskut cap kelapa |
Hari pertama aku perhati je mak aku rendam 3-4 keping biskut ni dalam air kopi panas. Bila dah lembik, dicedoknya guna sudu lepas tu masuk ke mulut. Aku dah terbayang sedapnya la biskut ni lalu kat tekak. Masa umur 30-an tak pandang biskut ni. Biskut level Chipsmore je layan... Bila dah masuk 40-an ni, auto bertukar seleranya. Biskut ni pulak nampak terpaling sedap, terpaling awesome.
Hari kedua, aku mulalah mengendeng dekat emak, mintak sesuap. Sesuap je pun kan, takde hal... Rasa je, tak salah pun. Itulah silapnya. Bila dah rasa, mulalah nak rasa lagi. Dan lagi. Kombinasi biskut ni yang masin sikit dengan air kopi susu yang berkrim tu memang matchmade in heaven betul. Terngiang-ngiang dekat lidah (eh, adakah macam tu?)
Maka hari ketiga bila mak aku pergi bancuh kopi, aku pun bancuh sekali. Hihi. Warning dalam otak tu aku ignore je. Alah, secawan je pun. Tak de apa-apa la tu, bisik hati (ke bisik syaitan? Ah, persetanlah!)
Maka aku pun terjerumus dalam kancah biskut mayat rendam dalam kopi untuk hari-hari seterusnya sampailah mak balik ke Sarawak. Tu pun aku mintak mak tinggalkan baki biskut tu kat rumah. Mak balik, dan aku terus hanyut dalam kelazatan nikmat biskut cap kelapa rendam kopi ni.
Tapi hari Isnin lepas, aku bangun tidur dengan kepala berdenyut-denyut. Sikit-sikit sendawa. Perut rasa kembung je. Bila sendawa rasa nak termuntah, masam je tekak aku. Rasa berdebar-debar. Masa nilah penyesalan mula menguasai diri. Padan muka kau, Carneyz! Sapa suruh kau teguk kopi tu macam tak ingat pantang-larang, kan dah gastrik!
Sampai hari ni aku rasa tak sihat. Penangan kopi yang aku teguk bercawan-cawan dek kerana hawa nafsu yang tak tertahan dengan biskut cap kelapa tu.
Nota kaki: Jangan la ajak aku mengopi. Aku memang lemah dan kalah bila terhidu aroma kopi ni.