• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, September 02, 2023

Memenuhi Undangan Majlis SA & Haidy

Sekejap lagi kiteorang akan bertolak ke Seremban untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Suria Amanda dan suami. Insha Allah kalau takde aral melintang, dapatlah akhirnya berjumpa dengan SA yang selama ni cuma bertegur-sapa dekat blog je.

Terima kasih buat SA sebab menjemput kawan-kawan blogger. 

Selamat pengantin baru buat SA dan suami! Sedikit ucapan buat kalian berdua:



Nota kaki: Tak sabar nak jumpa seseorang jugak di kenduri SA ni 😉. Harap-harap sempat la mengopi/mengeteh sebelum bertolak ke Melaka pulak.

Read more »
on Saturday, September 02, 2023 16
Share this!
Tags
Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 01, 2023

Makan Malam di Al Azmi ZK Garden Shell Out

Throwback masa mak masih di KL tempoh hari.

Satu malam ni, kiteorang termasuk kakak dan adik aku bawak mak makan shell out di Al Azmi ZK Garden tak jauh dari rumah kiteorang.

Selalu limpas tapi tak pernah singgah, so apa kata kita cuba menu shell out kat sini.

Kalau korang pernah lalu Bandar Baru Sentul mesti korang takkan miss papan tanda ni. Dengarnya shell out kat sini sedap. Selalu nampak ramai orang singgah makan.


Al Azmi ZK Garden
Malam-malam nampak meriah dan terang je kedai shell out ni
 

Kat sini boleh pilih nak duduk dekat meja makan atau di pondok sambil bersila. Memandangkan mak sakit lutut, kiteorang duduk di meja makan.

Selain shell out, ada jugak makanan Thai, goreng-goreng dan Western. Tapi masa kiteorang pergi tu bila request spaghetti katanya pasta takde. Macam slack sikit kat situ. Nasib baik chicken chop ada, jadi order chicken chop untuk Khayla sebab dia tak makan seafood.

Untuk shell out, ada beberapa pilihan kuah tapi kena pilih kuah yang tak pedas sebab mak tak boleh makan pedas sejak sembuh dari kanser. So pilih kuah masam manis. Set yang kiteorang pilih ni ada ikan siakap, ketam, udang, sotong, lala, kerang, kepah dan sayur-sayuran.

Memandangkan aku tengah buat IF, jadi aku rasa sikit-sikit je la dan tak makan nasi. Bagi aku not bad la kuah shell out nya ni. Seafood nya pulak kurang segar so ada la jugak satu dua kerang yang tak berapa elok.


Al Azmi ZK Garden
Set shell out dengan kuah masam manis


Khayla pulak makan chicken chop sampai licin. Maksudnya sedap la tu.

Aku baca online review, tomyam kat sini pun sedap jugak. Boleh la cuba lain kali.


Al Azmi ZK Garden
Alamat: 65, Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
Facebook: Restoran ZK Al-Azmi Garden

Read more »
on Friday, September 01, 2023 22
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 01, 2023

Aktiviti Makan-makan dengan Geng Makan Lagi

Salam Jumaat semua,

Macamana pengisian cuti Merdeka korang? Ada yang pergi tengok sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya ke? Since Suami Terchenta masih kurang sihat jadi kiteorang batalkan plan nak pergi, which nasib baik jugakla tak pergi sebab bila baca news dan tengok kat IG ramai yang dah berkumpul dan book tempat duduk sejak tengah malam tadi. Kalau datang pagi tadi agaknya memang hampa tak dapat tempat duduk kat depan dan kena tengok melalui skrin besar je kot. Cukuplah mengikuti siaran langsung di kaca TV je. 

Anyway, kita dah masuk bulan September, birthday month BFF kiteorang Nurul. Bercerita pasal Nurul, nak cerita pasal aktiviti minggu lepas. Nurul organise potluck kat rumahnya. Tema potluck kali ni ialah masakan kampung / masakan Sarawak. Bila geng makan semuanya (kecuali Zaira) pernah bertugas di Sarawak, apa lagi masing-masing request makanan Sarawak sebab rindu! 😂 Kebetulan Nurul beli sekilo buah dabai dari kawannya jadi dari situ terus la berkembang menu siap ada linut, ikan bakar, sambal belacan dan sayur pucuk paku tumis belacan.

Aku offer masak sayur pucuk paku tumis belacan memandangkan kat rumah memang ada stok belacan Bintulu sebab nak bagi rasa asli belacan Sarawak dalam sayur tumis tu. Lepas tu aku buat jugak sikit sambal ikan bilis. Zura order ikan bakar cicah air asam dan Zaira dan Azie pulak bawak dessert dan belanja kopi. Nurul order sekali linut dari Kedey Kamek sebab katanya sambal linut kat situ sedap. Buat korang yang tak tau linut tu apa, linut atau kalau di Sabah atau Brunei dipanggil ambuyat ialah sejenis makanan yang diperbuat dari tepung sagu dan dibancuh dengan air mendidih sampai warnanya bertukar jernih dan seakan-akan gam. Selalunya makan dengan sambal dan sayur midin tapi sebab takde sayur midin, sayur pucuk paku pun sedap jugak.


Makanan tengahari potluck konsep makanan Sarawak

Seronok dan puas hati bila Azie dan Zaira tak berhenti-henti puji sayur dan sambal belacan yang aku buat tu sedap sangat, sampai bertambah-tambah nasi dieorang makan. Licin sampai kuah sayur tu pun dieorang hirup sampai habis. Dieorang tanya apa yang buatkan sayur dan sambal belacan aku tu sedap sangat, aku jawab rahsianya belacan Bintulu lah. Bintulu memang terkenal menghasilkan belacan yang paling sedap di Sarawak dan dulu kalau ada orang dari Semenanjung atau Sabah ada meeting kat ofis kiteorang kat sana memang dieorang pesan nak bawak balik belacan Bintulu je. 


Geng makan posing dengan kopi masing-masing

Lepas makan, Zaira order kopi ZUS untuk kiteorang. Bukan selalu dapat minum kopi, lagipun orang belanja hehe. Masing-masing pesan buttercrème latté which bagi aku ok la sebab rasa kopinya tak kuat sangat, so malam tu takde la triggered GERD.

Read more »
on Friday, September 01, 2023 20
Share this!
Tags
Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 31, 2023

Bawa Anak-anak Jumpa Doktor Gigi di Klinik Pergigian Rohaya

Aku sebenarnya segan nak mengaku yang kiteorang ni jarang-jarang pergi buat pemeriksaan kesihatan gigi. Kali terakhir pergi ialah 2 tahun lepas. Selagi gigi elok tak sakit memang idok ler nak jejakkan kaki ke klinik gigi 🤣.

Tapi bila aku baca pengalaman Kak Ujie mendapatkan rawatan penyakit gusi ditambah pulak dengan gigi bawah yang selalu rasa nyilu dan setiap kali meludah lepas gosok gigi je nampak darah, aku buat keputusan berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan bermula sekarang. Yang lepas tu tak dapat la nak buat apa kan, tapi mulai sekarang dah kena ambik tindakan untuk menjaga kesihatan mulut kalau taknak gigi tanggal sebelum waktunya.

Ambik kesempatan cuti sekolah ni bawak anak-anak berjumpa doktor gigi di Klinik Pergigian Rohaya di Sentul Boulevard. Seperti dijangkakan, tak ramai orang mungkin sebab pergi hari bekerja dan cuti sekolah.

Lepas mendaftar nama, kiteorang pun menunggu untuk dipanggil masuk ke bilik rawatan. Dalam 10 minit kemudian, nama Khayla dipanggil tapi aku dan Khadeeja pun masuk sekali untuk bagi morale support dengan Khayla.  

Doktor gigi yang merawat kiteorang ni perempuan Melayu, baik dan lemah-lembut orangnya. Pandai melayan budak-budak so anak-anak terus hilang rasa takut. Bila dia check gigi Khayla, dia kata kena buat scaling sikit sebab ada plak gigi dekat celah-celah gigi yang bertindan (gigi Khayla macam gigi aku, tumbuh senget sebab rahang yang sempit. Lepas tu dia pesan Khayla untuk gosok gigi sampai ke bahagian belakang mulut jugak sebab ada sisa makanan kat bahagian gigi geraham di belakang. Prosedur scaling dan polishing berjalan tak sampai 10 minit dah selesai.

Untuk Khadeeja pulak, doktor kata tak perlu buat scaling sebab takde plak gigi (yang ni aku musykil sebab si Khadeeja ni dah la suka makan gula-gula, minum air Coke dan kadang-kadang lupa gosok gigi sebelum tidur, tapi doktor kata takde plak gigi! 😅), so dia buat polishing je. Rasanya 2 minit je giliran Khadeeja.

Seterusnya giliran aku pulak. Aku cerita dekat doktor yang gigi bawah aku tu rasa ngilu dan bila gosok gigi ada pendarahan. Doktor pun check keadaan gigi dan gusi aku. Katanya mungkin aku rasa ngilu sebab gigi aku sensitif dan tabiat minum air bersuhu sejuk. Pendarahan tu pulak mungkin disebabkan plak gigi di celah-celah gigi. Jadi untuk aku, kena buat prosedur scaling dan polishing. Doktor syorkan aku tukar ubat gigi ke Sensodyne warna purple dan guna floss jenama Oral-B.

Di penghujung sesi dengan doktor gigi ni, dia puas hati dengan tahap dental hygiene kiteorang dan katanya tak perlu jumpa 6 bulan sekali, cukup jumpa setahun sekali pun dah ok. Alhamdulillah, seronok dengar doktor gigi puji gigi kiteorang sihat dan bersih.


Klinik Pergigian Rohaya
Doktor gigi yang profesional dan mesra kanak-kanak

Jumlah keseluruhan rawatan gigi kiteorang ialah RM170 - RM100 untuk aku, RM60 untuk Khayla dan RM10 untuk Khadeeja (sebab dia buat polishing je). OK la, standard harga buat rawatan gigi biasa. Lain kali aku nak try pergi klinik gigi kerajaan pulak (tapi tak tau kat mana kat Sentul ni).

Kalau ada kawan-kawan yang duduk di sekitar Sentul KL, boleh cuba perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan gigi di Klinik Pergigian Rohaya ni sebab bagi aku servis dieorang ni profesional dan mesra. Sebelum buat apa-apa rawatan, doktor akan bagitau apa rawatan dan berapa kosnya so takde la terkejut masa nak bayar nanti. Satu  lagi kat sini boleh bayar guna tunai atau kod QR.


Klinik Pergigian Rohaya
Tingkat 2, Sentul Boulevard (tepi kedai 7E) 
Whatsapp untuk temujanji: 016-2166 861 / 016-2166 862
https://www.klinikpergigianrohaya.com/
Read more »
on Thursday, August 31, 2023 14
Share this!
Tags
Daily Life, Reviews, Services
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 31, 2023

31 Ogos - Selamat Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia!

 

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66 buat negaraku yang tercinta, Malaysia 🇲🇾! Semoga terus makmur, sejahtera, bersatu-padu pada masa akan datang 🌹.

Sempena hari kemerdekaan ni, jom kita layan lagu-lagu patriotik Malaysia:



Nota kaki: Dalam banyak-banyak lagu patriotik ni, yang mana korang paling suka? Aku suka Saya Anak Malaysia (Sudirman), Tanggal 31 (Sudirman), Warisan (Sudirman), Bahtera Merdeka (Aisyah), Inilah Barisan Kita, Satu Malaysia, Standing In the Eye of the World (Ella) dan Negaraku (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir).

Read more »
on Thursday, August 31, 2023 12
Share this!
Tags
Celebrations
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 30, 2023

Dah dapat keputusan ujian HPV Screening Test

Dua minggu lepas kalau korang ingat lagi, aku temankan mak ke temujanji susulan HPV Screening Test di Pusat Perubatan UM. Masa tu aku pun disuruh oleh doktor pakar dari Yayasan ROSE untuk membuat ujian saringan HPV jugak.

Lepas buat ujian tu aku tunggu keputusan dengan sedikit berdebar-debar sebab aku taknak la kena melalui prosedur kolposkopi yang mak aku kena buat tu. Walaupun mak aku bagitau prosedur tu cuma pedih sikit je tapi apa-apa yang melibatkan anggota sulit kita mesti rasa gerun dan ngilu la jugak kan huhu.

Akhirnya hari ni aku dapat Whatsapp keputusan ujian saringan HPV yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, keputusan ujian menunjukkan normal (tiada virus HPV dikesan) 💕 🤲🏻.

 

cervical cancer screening

Sebenarnya ada ralat sikit kat entry aku sebelum ni. Aku ingatkan bila result normal, kena repeat test 5 tahun akan datang. Tapi sebenarnya ujian saringan cuma perlu dibuat lagi 10 tahun akan datang. Dalam tempoh 10 tahun tu, aku tak payah buat pap smear jugak. Best kan? Bila doktor kata tak payah buat pap smear lepas ni, aku senyum sampai telinga tau hehe. 

Mesej ni aku akan simpan untuk rekod dan bukti yang aku dah buat ujian saringan HPV ✌🏻.

Read more »
on Wednesday, August 30, 2023 14
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 30, 2023

Malbatt: Misi Bakara Best Giler, Rasa Nak Tonton Berkali-kali!

Malbatt Misi Bakara
Filem yang bagi goosebump sebab hebat giler! 

Semalam aku bawak anak-anak pergi tengok Malbatt : Misi Bakara sebab ramai kawan-kawan blogger bagi ulasan yang memberangsangkan. Lagipun dulu anak-anak memang suka giler filem Paskal, so bila dapat tau je ada cerita genre aksi ketenteraan Malaysia, apa lagi dieorang pun request nak tengok cerita ni. Semangat giler dieorang nak tengok sampai malam sebelumnya dieorang tengok trailer filem ni dan beberapa video kat Youtube tentang macamana askar Malaysia menyelamatkan askar US di Bakara lepas helikopter Black Hawk terhempas.

Sinopsis:

Sedikit background info tentang filem ni.

Filem arahan Adrian Teh yang menelan belanja RM20 juta ni berdurasi 131 minit dan membariskan pelakon-pelakon veteran dan baru antaranya Bront Palarae, Fauzi Nawawi, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Dini Schatzmann dan ramai lagi. Penggambaran dilakukan di beberapa lokasi termasuk luar negara iaitu di Gaziantep (Turki), Pinewood Studio Malaysia (scene HQ MALBATT 1 dan Mogadishu) dan Pangkalan TUDM Subang (scene kontinjen MALBATT berlepas ke Somalia). Untuk menjadikan lakonan nampak real seolah-olah para pelakon ni askar sebenar, dieorang semua membuat latihan tentera di kem di Port Dickson.

Filem ini diadaptasikan dari kisah benar operasi tentera Malaysia pada tahun 1993 yang menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari MALaysia BATTalion (MALBATT) menyelamatkan 70 lebih anggota askar Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu dalam kejadian Black Hawk Down. Pada awalnya, tentera Malaysia dan Pakistan menawarkan diri untuk misi menyelamatkan (rescue mission) tapi pada saat terakhir, Pakistan berundur dan meninggalkan Malaysia untuk meneruskan misi berani mati tu. Dalam misi tersebut, seorang anggota tentera Malaysia telah gugur dan 7 orang lagi cedera, namun mereka berjaya menyelamatkan dan membawa pulang kesemua anggota tentera Amerika yang terperangkap di Bakara.

Review aku:

Cerita ni sangat BEST! Dari awal sampai akhir tengok sampai tak berkedip-kedip mata, terutama babak perang (aku rasa 98% memang scene perang je). Ada jugak babak humor yang bagi aku tak berapa nak layan sebab memang tujuan tengok cerita ni nak tau camane tentera kita berjaya menyelamatkan tentera AS je. Tapi aku faham babak tu sebenarnya penting untuk penonton lebih memahami karakter macam Lans Koperal Ramlee (Shaheizy Sam) yang di luar perang dia suka buat lawak dan gila-gila tapi masa misi dia serius dan berani.

CGI dan set up bandar Mogadishu (struktur bangunan, layout dalam rumah Abdalle) bagi aku memang hebat, sebab mula-mula aku ingatkan dieorang betul-betul pergi shooting dekat Somalia 🤣, tapi rupa-rupanya dekat studio di Johor. Cuma CGI dekat kem MALBATT je la nampak tak kemas dan tak berapa nak real sangat. Still, efek CGI yang tak kemas ni tak mengganggu jalan cerita dan dimaafkan sebab lakonan yang sangat cemerlang oleh pelakon-pelakonnya dalam membawa watak anggota tentera. Takde dialog yang kaku sepanjang pengamatan aku.

Apa yang aku suka teruk filem ni ialah jalan ceritanya yang straightforward bila ke operasi ketenteraan. Babak perang memang sangat realistik bila dieorang melakonkan segala taktikal peperangan lengkap dengan alatan ketenteraan, pengendalian senjata dan kenderaan ketenteraan. Hasilnya, penonton berjaya menghayati suasana perang dengan emosi suspen, cemas dan berdebar-debar.

Dekat sini jugak aku puji lakonan pelakon tambahan iaitu tentera Somalia sebab cara dieorang bawak dialog tu memang betul-betul real, tapi pelakon mat salleh pulak aku rasa macam agak kaku sikit dan tak berapa menunjukkan mimik muka masa deliver dialog part dieorang.

Cerita ni sangat best sampai habis je, Khayla ajak tengok sekali lagi bila Suami Terchenta dah sihat kelak 🤣. So aku boleh bagi rating 9.5 / 10 (0.5 lagi tu sebab ada part CGI yang tak berapa nak real).

Kalau korang belum tengok lagi, korang kena pegi tengok. Barulah lebih best sambut Hari Merdeka dengan semangat patriotisme yang tercetus lepas menonton cerita Malbatt: Misi Bakara!

Read more »
on Wednesday, August 30, 2023 9
Share this!
Tags
Entertainment
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 30, 2023

Makan-makan di Mitasu Bukit Bintang

Ni kisah masa keluarga adik lelaki aku datang ke KL awal bulan ni. Kebetulan adik ipar ada seminar di KL jadi alang-alang di KL, dieorang buat keputusan untuk bercuti pendek di KL. Adik aku dan anaknya yang berumur setahun menumpang di rumah kakak, tapi ada la dieorang singgah mandi di kolam renang kat rumah kiteorang.

Lepas adik ipar aku selesai seminar, kakak aku ajak kiteorang join makan-makan di restoran Jepun Mitasu di Bukit Bintang. Restoran ni adik bongsu aku yang perkenalkan sebab dia dan kawan-kawannya yang sama-sama belajar kat Jepun dulu pernah makan kat sini.


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Mitasu Japanese Restaurant terletak di Wisma Chuang Bukit Bintang

Konsep restoran ni ialah Japanese ala carte buffet. Harga untuk sekepala dalam RM81.40++ untuk dewasa dan RM43++ untuk kanak-kanak. Tapi alhamdulillah malam tu kakak aku bermurah hati belanja kiteorang. Semoga dimurahkan kakak yang pemurah dengan adik-adiknya 🥰.


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Kakak aku yang pakai tudung merah duduk sebelah Khayla. Masih single lagi (ehem)

Kalau korang peminat makanan Jepun, kat sini memang berbaloi sebab makanannya free flow dan sedap-sedap semuanya. Makanlah sampai kenyang sebab takde had masa untuk pesan makanan dalam menu buffet. Chef akan sediakan makanan bila pelanggan buat pesanan jadi makanannya freshly cooked. 


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Antara menu yang aku pesan dan my favourite (dari kiri atas ke bawah) - hotate mentaiyaki, sake chahan (nasi goreng salmon), aiskrim, wakame udon dan sashimi salmon dan butter fish

Sashimi tu memang fresh giler, rasanya manis dan segar. Nak makan berpinggan-pinggan pun takpe sebab dah bayar harga buffet so makanlah sampai lebam hihi.

Untuk minuman pulak, ada pilihan air panas (kopi/teh/teh tarik), air sejuk (milo / air berkarbonat) dan teh hijau Jepun (panas & sejuk). Teh tariknya tu memang sedap yakmat sampai aku berkali-kali refill.


Mitasu Japanese Restaurant Bukit Bintang
Stesen minuman dengan pelbagai pilihan minuman

Aku rasa tempat ni memang sangat worth repeat untuk penggemar-penggemar makanan Jepun terutama sashimi. Nak solat pun senang, sebab ada surau dalam bangunan Wisma Chuang tu (in fact kiteorang berenti kejap solat Maghrib pastu sambung makan balik hehe).

Kalau ada yang tanya status halal restoran ni, jawapannya takde status halal sebab restoran ada menjual arak. Cuma adik aku dan kawan-kawan pernah tanya dan restoran ni bagitau bahan-bahan makanan diambil dari sumber yang halal, termasuk daging pun ada sijil halal. Bagi aku, konsepnya bila kita tanya dan diyakini halal, jadi takde isu nak makan kat situ. Of course lebih afdhal cari restoran milik orang Islam, tapi terpulang pada masing-masing ok ✌🏻.


Anak buah aku si HH ni asyik menangis je kalau orang lain pegang tapi bila hulur tangan untuk salam dia suka pulak
Read more »
on Wednesday, August 30, 2023 12
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Drawing the Words
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    3 hours ago
  • Warisan Petani
    4 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    5 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    5 hours ago
  • KasihkuAmani
    6 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    6 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    7 hours ago
  • Blog Anamizu™
    10 hours ago
  • Aku Sis Lin
    11 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    17 hours ago
  • My Small World
    19 hours ago
  • Miles of smiles
    20 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Sunah Sakura
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    3 days ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    3 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.