Salam Jumaat semua,

Macamana pengisian cuti Merdeka korang? Ada yang pergi tengok sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya ke? Since Suami Terchenta masih kurang sihat jadi kiteorang batalkan plan nak pergi, which nasib baik jugakla tak pergi sebab bila baca news dan tengok kat IG ramai yang dah berkumpul dan book tempat duduk sejak tengah malam tadi. Kalau datang pagi tadi agaknya memang hampa tak dapat tempat duduk kat depan dan kena tengok melalui skrin besar je kot. Cukuplah mengikuti siaran langsung di kaca TV je. 

Anyway, kita dah masuk bulan September, birthday month BFF kiteorang Nurul. Bercerita pasal Nurul, nak cerita pasal aktiviti minggu lepas. Nurul organise potluck kat rumahnya. Tema potluck kali ni ialah masakan kampung / masakan Sarawak. Bila geng makan semuanya (kecuali Zaira) pernah bertugas di Sarawak, apa lagi masing-masing request makanan Sarawak sebab rindu! 😂 Kebetulan Nurul beli sekilo buah dabai dari kawannya jadi dari situ terus la berkembang menu siap ada linut, ikan bakar, sambal belacan dan sayur pucuk paku tumis belacan.

Aku offer masak sayur pucuk paku tumis belacan memandangkan kat rumah memang ada stok belacan Bintulu sebab nak bagi rasa asli belacan Sarawak dalam sayur tumis tu. Lepas tu aku buat jugak sikit sambal ikan bilis. Zura order ikan bakar cicah air asam dan Zaira dan Azie pulak bawak dessert dan belanja kopi. Nurul order sekali linut dari Kedey Kamek sebab katanya sambal linut kat situ sedap. Buat korang yang tak tau linut tu apa, linut atau kalau di Sabah atau Brunei dipanggil ambuyat ialah sejenis makanan yang diperbuat dari tepung sagu dan dibancuh dengan air mendidih sampai warnanya bertukar jernih dan seakan-akan gam. Selalunya makan dengan sambal dan sayur midin tapi sebab takde sayur midin, sayur pucuk paku pun sedap jugak.


Makanan tengahari potluck konsep makanan Sarawak

Seronok dan puas hati bila Azie dan Zaira tak berhenti-henti puji sayur dan sambal belacan yang aku buat tu sedap sangat, sampai bertambah-tambah nasi dieorang makan. Licin sampai kuah sayur tu pun dieorang hirup sampai habis. Dieorang tanya apa yang buatkan sayur dan sambal belacan aku tu sedap sangat, aku jawab rahsianya belacan Bintulu lah. Bintulu memang terkenal menghasilkan belacan yang paling sedap di Sarawak dan dulu kalau ada orang dari Semenanjung atau Sabah ada meeting kat ofis kiteorang kat sana memang dieorang pesan nak bawak balik belacan Bintulu je. 


Geng makan posing dengan kopi masing-masing

Lepas makan, Zaira order kopi ZUS untuk kiteorang. Bukan selalu dapat minum kopi, lagipun orang belanja hehe. Masing-masing pesan buttercrème latté which bagi aku ok la sebab rasa kopinya tak kuat sangat, so malam tu takde la triggered GERD.

20 comments:

  1. Seronok tu ada event potluck dengan kawan2 macam ni. Tak pernak cuba lagi belacan Bintulu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti makan2 memang aktiviti kegembiraan saya hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. Makan ramai2 memang best, lagi2 potluck sbb tak penat sgt nak prepare full meal 😊

      Delete
  3. Mengolah sayur pakai belacan memang sedap dan lebih harum, biasanya saya masak tumis kangkung belacan..sedaap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sama ya lauk kangkung di Malaysia dan Indonesia. Saya pun selalu buat sayur kangkung tumis belacan. Favourite saya dan suami 😊

      Delete
  4. Bestnya makan makan. Terliur dengar pucuk paku. Nyumss. Dulu masa memula rasa belacan sarawak terus jatuh hati. Tapi belacan miri Je la. Memula kirim kawan, lepas tu gi sana beli stok setahun. Haha. Tapi di pasar borneo sini ada jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM kena cuba belacan Bintulu. Saya pun kalau order dari kawan mak saya, order stok untuk setahun hehe.

      Delete
  5. Replies
    1. Di Sarawak nyaman gik ada sayur midin makan dgn linut & sambal belacan.

      Delete
  6. Bestnya dapat makan dengan kawan2. Ambuyat? Teringin juga nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linut/ambuyat ni takde rasa sebenarnya, tapi kalau kena sambal belacannya memang boleh bertambah2 makan. hehe

      Delete
  7. Saya jadi penasaran dengan rasa belacan bintulu kak 😍. Memang untuk beberapa masakan, belacan itu menentukan enak tidaknya.

    Pas baca tentang linut, saya langsung teringat dengan papeda, makanan khas Papua. . Setelah saya browsing, benar, ternyata miriiiip sangat dengan papeda . Tapi kalau papeda dimakan dengan ikan kuah kuning. Itu makanan khas mereka.

    Kalo di Serawak dimakan dengan sayur belacan tadi lah yaa. Pasti sedap. 🤤👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, makan dengan sayur tumis belacan dgn sambal belacan. Sedappp 👍🏻

      Delete
  8. Untung ada org belanja kopi zus tu.. Asyik starbuck je kan tukar la pulak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kopi zus paling dekat dari rumah member kot hehe. Masa ni masing2 mata dah kuyu lepas makan tengahari, minum kopi bagi segar balik mata.

      Delete
  9. sedap betul nampak ikan bakar air asam tu..
    ammi merdeka tahun ni di Seremban..so crowd tak mcm KL. last year ammi pergi yg kat dataran tu...tp mmg nampak sipi2 je sbb full to the max. nak jalan pun tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni KL tak crowded sebab sambutan dekat Putrajaya. Kiteorang tak gigih nak bangun pukul 4 pagi ambik mrt ke Putrajaya. Lagipun encik suami pun tak sihat lagi.

      Delete
  10. ni kompem lepas makan tersandar kekenyangan... kalau lagi ramai ni... haaa faham faham je laaa ;-)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .