Salam Maulidurrasul - Kelahiran Nabi Muhammad ﷺ Membawa Rahmat ke Seluruh Alam

Kredit imej: https://learn-islam.org

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 128 yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."


Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ . 

Rasulullah ﷺ dilahirkan pada 12 Rabiulawal 570 Masihi iaitu pada tahun gajah di Kota Mekah. Pada malam kelahiran Nabi Muhammad ﷺ, terpancar cahaya yang sangat terang yang menyinari rumah bapanya dan ada juga pendapat yang mengatakan cahaya tersebut menyinari seluruh alam. Ini berdasarkan kesaksian dari pengakuan oleh ibunda Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu Siti Aminah dalam Kitab Al-Khasaish Al-Kubra karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi:


ورأيت نورا ساطعا من رأسه حتى بلغ السماء 
“Aku menyaksikan cahaya memancar dari kepala bayiku Muhammad hingga menembus langit.”

Pada saat kelahirannya, berhala yang berada di Ka'abah tiba-tiba jatuh dan musnah menandakan kedatangan baginda untuk menyucikan Ka'abah dari berhala-berhala sembahan orang-orang kafir. Kelahiran baginda Nabi ﷺ membawa rahmat ke seluruh alam. 

Betapa beruntungnya kita kerana terpilih menjadi umat Nabi Muhammad ﷺ kerana dalam kalangan umat manusia di padang Mahsyar nanti, kitalah satu-satunya umat yang mendapat syafaat Rasulullah ﷺ. 

Syafaat yang dimaksudkan ialah permohonan oleh baginda Nabi ﷺ kepada Allah supaya disegerakan amalan mereka dihisab setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan Mahsyar. Selain itu, syafaat dari Nabi Muhammad ﷺ membolehkan kedudukan orang-orang soleh ditinggikan di syurga, mengeluarkan umat Nabi ﷺ yang mempunyai sisa iman walau sebesar gandum dari neraka dan masuk ke syurga, membantu orang yang timbangan amal baik dan amal buruknya yang sama berat supaya dapat masuk ke syurga, memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa dihisab dan diazab dan menyelamatkan umatnya yang melakukan dosa besar dari azab api neraka (selagi dia tidak menyekutukan Allah SWT). (Sumber: Khutbah Jumaat "Syafaat Sebagai Peluang Terakhir" JAIS)

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dan keluarga baginda sebagai tanda hormat dan cinta kita kepada Rasulullah:


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli 'ala Muhammadin wa 'ala ali Muhammad (Ya Allah, berilah selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan keluarga Nabi Muhammad )


Jom kita sama-sama menghayati nasyid dari penyanyi terkenal Maher Zain ni. Salam Maulidur Rasul!


Road Trip Ke Pantai Timur

Insha Allah, esok pagi kiteorang akan road trip ke negeri-negeri Pantai Timur. Plan nya nak singgah ke Kuantan sebelum bergerak ke Kuala Terengganu dan keesokan harinya ke Kota Bharu. Harap-harap dipermudahkan perjalanan kami esok pagi, Ameen Ya Rabbal 'Alameen!



Kepada kawan-kawan yang menetap di Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu, cuba suggest kat mana tempat best singgah makan? 😄 Kiteorang ni macam biasa buat plan mengejut, jadi aku tak sempat sangat nak buat research hihi... Suami Terchenta kata onz je plan cuti sekolah ni, aku cuma sempat book tempat bermalam je yang lain-lain on the way baru nak cari 🤪. Mungkin dalam perjalanan nanti baru sempat nak Google. Yang pasti destinasi dekat Kuantan tu ialah singgah solat Subuh di masjid dan sarapan pagi di Kuantan Pickers. Lepas sarapan, kiteorang akan terus gerak ke Kuala Terengganu dan terjah la mana-mana tempat berdasarkan cadangan kawan-kawan atau cadangan Encik Google 🤭.

Gulai Nanas Ikan Masin Versi Mak Mertua

Aku belajar masak gulai nanas ikan masin ni dari mak mertua masa mula-mula kahwin dulu. Tapi style gulai nanas yang mak mertua aku ajar ni tak sama dengan gulai nanas ikan masin dekat sini, sebabnya tak guna santan, kunyit dan daun kunyit. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas.

Kat Sarawak jarang-jarang sangat kiteorang masak masakan yang bersantan. Bukan la takde langsung, tapi jarang-jarang. Kebanyakan masakan di Sarawak menggunakan belacan, udang kering atau ikan bilis.


Gulai Nanas Ikan Masin
Gulai nanas ikan masin

Gulai Nanas Ikan Masin Versi Mak Mertua

Bahan-bahan:

  • Sebiji nanas separuh masak (dihiris kecil-kecil)
  • Sejemput udang kering (direndam terlebih dahulu)
  • 2 batang cili merah (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan talang masin (dikerat dalam 3-4 inci), dibasuh dan direndam sebentar
Cara-cara:
  1. Kisar / tumbuk udang kering, cili merah, bawang merah dan bawang putih
  2. Panaskan minyak untuk menumis
  3. Tumis bahan tumbuk / kisar sampai naik bau dan wangi
  4. Masukkan nanas dan gaulkan
  5. Masukkan air anggaran 4-5 cawan
  6. Masukkan ikan talang masin
  7. Biar mendidih atas api perlahan sampai nanas lembut sikit
  8. Perasakan dengan gula & garam (biasanya aku tak tambah sebab dan masuk ikan masin dan manis dari nanas tadi)

Senang kan? Suami Terchenta kalau ada masak gulai nanas ikan masin ni dan goreng ikan bulu ayam masin tak pun masak daging masak hitam, perghh... bertambah-tambah nasi dalam pinggan. Lepas tu dia mengadu dah gemuk. Tang mana dia gemuk aku pun tak tau 🤷🏻‍♀️. 

Jemputan Makan-makan Sempena Housewarming/Birthday

Sabtu lepas, member aku Yana ajak kiteorang ke rumah dia yang baru lepas renovate selepas kiteorang hint nak tengok dapur baru dia yang lawa hihi. Akhirnya dia termakan pujuk rayu kiteorang dan buat jugak la housewarming merangkap makan-makan sempena birthday anak sulung dia yang jugak BFF Khadeeja.

Walaupun Yana kata tak payah bawak apa-apa tapi aku dan Jaja tak sampai hati la nak datang berlenggang-kangkung je. Aku bawak donut dari Big Apple dan Jaja pulak bawak Tauhu Anora. Mujur ada Big Apple Donut tu sebab Yana sebenarnya nak buat cookie cake untuk kek birthday anak dia tapi tak sempat pulak. Sudahnya donut tu la pengganti kek birthday. Dan since kiteorang lepak lama-lama kat rumah Yana sampai ke petang, tauhu Anora tu end up untuk minum petang.


Donut Big Apple jadi pengganti kek birthday

Dah lama tak makan tauhu Anora ni...

Yana buat nasi ayam Hainan untuk jamu tetamu. Sedap, boleh buat bisnes nasi ayam ni!

Nasi ayam Hainan guna rempah '5 spices'

Yang ni pulak dessert mochi yang dia order tapi dia tak puas hati sebab mochi dah la lambat sampai, lepas tu saiz pun tak sekata. Coklat kat dalam mochi tu pun masih beku lagi (sepatutnya cair)

Sebelum kiteorang pergi ke rumah Yana, sempat lagi aku dan Khadeeja keluar ke Sunway Putra cari hadiah untuk BFF dia tu. Lepas tu dia menghabiskan masa decorate paper bag untuk letak hadiah tu.


Gigih Khadeeja lukis dan warna paper bag untuk letak hadiah

Hasil kreativiti Khadeeja


Suka sangat BFF dia bila dapat hadiah dari Khadeeja. BFF dia tu dah pindah sekolah, jadi bila dieorang berdua berjumpa memang tak berenggang la sepanjang kiteorang dekat rumah Yana.


Birthday girl happy dapat jumpa Khadeeja. Kali terakhir jumpa bulan Mei masa aku jemput makan-makan raya

Sebelum balik, ambik gambar ramai-ramai buat kenangan

Thank you tuan rumah Yana sebab sudi jemput kiteorang datang ke rumah walaupun barang-barang tak habis kemas lagi. Sempat dia bawak house tour di tingkat atas rumah dan kiteorang semua setuju berbaloi la dia tunggu setahun lebih sebelum rumah dia akhirnya siap di renovate 😄.

Nak Travel Ke UK Dah Kena Apply ETA Mulai Januari 2025

Selama ni, rakyat Malaysia sebagai salah sebuah negara Komanwel tak diwajibkan memohon visa untuk melancong atau transit di UK. Tapi mulai 8 Januari 2025, rakyat Malaysia wajib memohon Electronic Travel Authorisation (ETA), yang mana walaupun ETA bukan dokumen visa tapi ianya ialah 'dokumen' yang wajib ada sebelum memasuki sempadan negara UK tu.

Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia baru-baru ni mengumumkan ETA bakal diwajibkan ke atas semua pelawat asing termasuk kanak-kanak yang mana sebelum ni tak diwajibkan untuk memohon visa bagi tujuan memasuki UK untuk jangka masa pendek.

ETA bukanlah dokumen visa tapi lebih kepada kebenaran digital untuk melawat negara UK, termasuk rakyat Malaysia yang bermastautin di UK yang belum mempunyai status imigresen UK.

Rakyat Malaysia boleh memohon ETA secara dalam talian di laman web kerajaan UK atau melalui aplikasi "UK ETA app". Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak GBP10 (RM57) setiap seorang termasuk bayi dan kanak-kanak dan 'laku' selama tempoh 6 bulan untuk lebih dari sekali perjalanan ke / transit di UK.

Nota kaki: Nasib baik dah pergi UK tahun lepas. Bukan murah tu, bayangkan nak masuk UK je dah melayang RM200+ untuk kiteorang anak-beranak. Dah la currency UK mahal. 


Lepas ni kena siap-siap bajetkan untuk mohon ETA kalau nak ke UK

Makan Malam di Café Chef Wan

Masa kiteorang stay di Moxy Putrajaya sebab nak tengok acara perbarisan Hari Kemerdekaan yang lepas, lepas check in kiteorang semua kelaparan tapi Suami Terchenta malas nak menapak jauh-jauh cari tempat makan. Sudahnya kiteorang makan di Chef Wan Café sebab lokasi restoran sebelah hotel je.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Chef Wan Café di IOI City Mall Putrajaya

Mula-mula ingat nak duduk di bahagian luar tapi dah penuh pulak. So kiteorang pun duduk dekat bahagian dalam kafe.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Luar kafe

Ni kali kedua kiteorang makan di Chef Wan Café. Kali pertama rasanya 2 tahun lepas di KL East Mall. Rasanya cawangan di IOI Mall ni lebih besar dan luas dari yang di KL East Mall, tapi dekor kat dalam sama je - vibrant colours wall dan classy.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Lampu chandelier yang menarik dan potret Allahyarhamah Cik Ani, ibu kepada Chef Wan

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Ruang makan dalam kafe

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Wall panel divider dari material rotan yang menarik


Sebaik je masuk, kiteorang terus diberi buku menu tapi nak order, kena order melalui kod QR.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Buku menu pun berseni, nampak sangat Chef Wan ni artistic orangnya

Ni la antara menu yang kiteorang pilih untuk makan malam:


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Kerutup Lamb Shank dengan nasi bukhari (RM79) - yang ni Suami Terchenta kongsi dengan Khadeeja

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Laksa Johor (RM36), aku punya

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Spaghetti Beef Meatball Bolognese (RM38), Khayla punya

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Cendol CCW (RM18)

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Lychee Rose Bandung (RM19)

Makanan of course la sedap. Owner chef tersohor di Malaysia kan, mesti la kena jaga kualiti makanan. Cuma laksa Johor tu kuahnya aku rasa agak cair. Tapi dari segi garnishing semua lengkap. Aku still prefer Pak Tam Laksa lagi kot. Harga tu jangan dipertikaikan ye, sebab kita bayar untuk makan di restoran chef terkenal, umpama kita makan di restoran chef Michelin kalau di luar negara haha. Sekali-sekala makan tempat macam ni ok la, kalau setiap bulan mau bengkok Suami Terchenta 🤭.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Ni pulak bahagian display pastries tapi sebab dah kenyang tengok sekali imbas je. Memang lawa giler restoran ni

Café Chef Wan
Ada jual cenderahati jugak. Sambal tu macam menarik tapi masa tu tak rasa nak beli. Lain kali la kalau singgah di Café Chef Wan lagi

Korang pernah tak makan di Café Chef Wan? Apa menu favourite korang? Cer share dekat komen.

Jalan-jalan di Ekspo Kucing 2024

Ahad lepas kiteorang singgah ke Ekspo Kucing di PWTC. Dah lama giler tak jalan-jalan dalam ekspo tak kira ekspo apa pun, sebab malas nak bersesak-sesak 🤭. Tapi kali ni rajin pulak sebab nak tengok kucing dekat sini. Sepatutnya bawak sekali 2 ekor anak bulu kat rumah tu tapi sebab kiteorang naik LRT, jadi tak boleh la bawak sebab haiwan peliharaan tak dibenarkan naik pengangkutan awam.

Ekspo Kucing 2024
Ramai betul pencinta kucing yang datang ke Ekspo Kucing untuk borong makanan dan pasir kucing!


Sekarang ni rupa-rupanya nak masuk ekspo dikenakan bayaran ye. Dulu takde pun. Nasib baik cuma aku dan Suami Terchenta je kena bayar RM10 seorang, walaupun Khayla dah lebih dari 12 tahun. Mahal jugak kan? Tak beli apa-apa lagi pun dah melayang RM20.


Ekspo Kucing 2024
Belum masuk ekspo lagi anak-anak dah sangkut dekat booth Bichi Mao ni. Dieorang suka sebab ada macam-macam barang dengan design Bichi Mao yang comel ni - sticker, penanda buku, keychain, poskad dll.

OK jom masuk ekspo tengok kat dalam:


Ekspo Kucing 2024
Banyak betul booth kat dalam ekspo ni, tak sangka industri haiwan peliharaan kat Malaysia ni tumbuh macam cendawan!

Dekat ekspo ni, ada macam-macam jenis produk haiwan peliharaan yang dijual dari makanan dan pasir sampai la ubat-ubatan, aksesori kucing dan perkhidmatan macam pet hotel, pet grooming dan sebagainya. 


Ekspo Kucing 2024
Sebahagian dari booth yang ada di sini

Ekspo Kucing 2024
Makanan kucing seakan-akan nama aku hihi

Ekspo Kucing 2024
Kiteorang beli syampu, spray dan ubat titik untuk kucing sebab anak bulus dekat rumah tu asyik tergaru-garu je, takut ada fungal infection atau hama

Selain dari menjual barangan khas untuk kucing peliharaan, kucing-kucing baka pun ada dijual di sini. Harga memang kayangan la - RM2k ke atas. Aku tak tau apa jadi dengan cadangan mengharamkan penjualan binatang peliharaan yang pernah diwar-warkan satu masa dulu. Nampak macam masih banyak je bisnes menjual kucing baka ni.


Ekspo Kucing 2024
Antara kucing baka yang dipamerkan

Selain dari kucing baka untuk dijual, ada jugak kucing jalanan untuk dipelihara secara percuma. 


Ekspo Kucing 2024
Ada beberapa animal rescue / shelter yang menawarkan kucing untuk dipelihara

Ekspo Kucing 2024
Kucing sebelah kiri dan belah atas kanan tu buat muka kesian sebab takde siapa nak adopt... 

Selain dari kucing ada jugak sudut untuk binatang selain dari kucing macam arnab, ular, iguana, sugar glider, dan lain-lain.

Anak-anak aku ni pantang tau nampak ular, mesti nak pegang. Aku memang tak la, berdiri jauh-jauh sambil tangkap gambar dieorang sebab aku geli dengan ular! 😖 Ambik gambar dengan ular ni kena bayar RM15. Tapi elok je ular tu memberi kerjasama, suruh pandang kamera dia pandang kamera hihi.


Ekspo Kucing 2024
Haiwan lain yang ada di ekspo kucing

Best jugak jalan-jalan dalam ekspo ni sebab dapat tengok kucing orang lain yang comel-comel. Elok pulak perangai dieorang ni kena dukung, kena pakai baju, kena bertenggek atas bahu bibik. Kalau Louis dengan Kiera ni, mau menggelupur dieorang dah la takut tengok orang lain. Orang datang servis penapis air tekan loceng rumah pun dieorang boleh lari lintang-pukang bersembunyi!


Ekspo Kucing 2024
Antara kucing-kucing yang kiteorang jumpa di ekspo ni. Owner pun baik hati bagi orang lain belai-belai kucing dieorang.

Sibuk la Kiera Nak Temankan Mommy Blogging!

Dak kecik Kiera ni kan, time mommy nak update blog la dia sibuk lalu-lalang depan laptop. Kalau duduk diam tak pe jugak, ni kejap-kejap bangun libas-libas ekor dia kat muka aku! Adoi, geram nau! Lepas tu jalan-jalan atas keyboard, mengiau-ngiau mintak perhatian dan mundar-mandir atas meja. Last-last aku paksa jugak dia duduk dekat tepi laptop sambil perhati mommy karang entry blog. Tapi tak lama, dalam 5 minit je dia behave. Lepas tu sambung lagi mundar-mandir mintak perhatian!


SPCA cat
Kiera suka kena belai sekarang ni, jauh berbeza dengan Kiera masa kiteorang mula-mula adopt dulu

Kejap lagi sambung buat entry pasal pergi Ekspo Kucing di WTC Ahad lepas. Rugi pulak tak bawak Kiera & Louis bersosial dengan kucing-kucing dekat situ 🤭.