Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)

Weekend lepas memandangkan kiteorang tak ada rancangan bercuti di luar KL, jadi kiteorang pun singgah ke Festival Taman Kuala Lumpur 2025 di Taman Tasik Titiwangsa. Ni kali kedua kiteorang ke festival ni - kali pertama dulu tahun 2023. Nak tau apa tu Festival Taman Kuala Lumpur, boleh baca dekat posts aku sebelum ni dekat sini, sini, sini dan sini. Since aku dah cerita panjang tentang pameran di festival ni sebelum ni, jadi entry kali ni aku buat ringkas je la ye hihi. Dasar pemalas nak mengarang cerita! 😜


KL Park Festival 2025
Tema KL Park Festival tahun ni ialah ASEAN Unity in Diversity
 
KL Festival Park 2025
Belakang tulisan ni cantik berlatar belakangkan bangunan-bangunan ikonik KL

Pergi masa weekend memang ramai la umat manusia sampai banyak kereta yang terpaksa park atas bahu jalan. Nasib baik kiteorang pergi dengan motor, ajaibnya parking motor tak penuh pulak.


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Festival Taman Kuala Lumpur bermula dari 15 hingga 26 Oktober (Ahad ni)

Macam biasa, bila ada festival ada la gerai makanan dan food truck sebab rakyat Malaysia ni suka makan termasuk la kami. Tapi takde la yang jual nasi berlauk, kebanyakannya jual fast food dan makanan ringan macam sosej, roti, keropok lekor, panna puri, latok, aiskrim, popcorn, kopi dan sewaktu dengannya. Agaknya senang nak makan dan tak bersepah kot. Selain makanan ada jugak yang jual kraftangan, keropok kering dan buah-buahan tempatan. 

Ada jugak agensi kerajaan yang bukak booth pameran macam PPZ, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Jabatan Muzium. Eh, random sungguh kan. Tak pasti la sama ada penganjur panggil jabatan-jabatan ni je atau dieorang ni je yang boleh datang bukak booth kat sana.


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Antara gerai jualan dan pameran yang dibuka di KLFP2025

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Booth Jabatan Muzium Malaysia menarik ramai pengunjung sebab ada aktiviti permainan tradisional

Jabatan Muzium Malaysia
Suami Terchenta tunjuk skill bermain sepak bulu ayam. Khadeeja pulak mencuba permainan kaki gajah dan rampanau (atau kaki hantu)

Dah namanya festival taman, mestilah tarikan utamanya ialah bunga-bungaan hihi. Peminat flora, sila munculkan diri di KLPF2025 ni, pasti korang tak menyesal!  Peminat bunga dan pokok tanaman tak melepaskan peluang membeli pokok-pokok bunga, buah-buahan dan tanaman untuk masakan di KLPF2025.


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Bahagian tempat jualan pokok-pokok hiasan dan tanaman lain


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Khas untuk tatapan mata peminat-peminat orkid

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Cantik-cantik kan kaktus mini ni

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Ada banyak lagi pokok hiasan lain tapi masa ni bateri phone aku dah panas so terpaksa berhenti kejap ambik gambar

Setiap sudut dalam taman tasik ni ada segmen-segmen dengan tema tersendiri:


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Environmental Arts - pameran arca yang dibuat menggunakan bahan-bahan terpakai
Garden of Haven - pameran laman rumah
ASEAN sculpture Gardens - pameran ukiran dalam taman

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Antara arca yang dipamerkan di pelbagai lokasi dalam taman tasik Titiwangsa. Gambar kanan atas ialah Malaysian Heritage Garden

Dah alang-alang kat Taman Tasik Titiwangsa, kiteorang ambik kesempatan naik paddle boat. First time bawak anak-anak naik paddle boat ni hihi. Kemain dieorang suka. Cuaca pun baik, berangin je tengah-tengah tasik tu. Rasa nak terlelap je layan mata sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.


Taman Tasik Titiwangsa
Naik paddle boat dekat Tasik Titiwangsa. 

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Singgah tengok pertandingan tarian tradisional, salah satu acara menarik di KLPF2025


Festival ni sampai Ahad ni je tau. Siapa yang ada dekat area KL minggu ni, boleh la singgah ke Taman Tasik Titiwangsa sebab serius lawa giler Taman Tasik Titiwangsa sepanjang festival ni, boleh 'fefeeling' macam bersiar-siar dekat taman di luar negara!


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Antara lanskap yang menarik di KLPF2025

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Bunga lavender macam dekat overseas pulak

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Khadeeja kagum macamana orang gantung pokok-pokok hiasan dekat pokok besar ni 😅 

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Family selfie!

Kalau datang weekend ni eloklah ambik pengangkutan awam kalau takde plan nak memborong pokok-pokok jualan di sini takut jem giler. Korang boleh naik MRT dan turun di stesen Hospital KL. Dari stesen MRT ni boleh jalan kaki je ke Taman Tasik Titiwangsa. 

Aktiviti Semalam

Cuti Deepavali kiteorang tak kemana-mana sebab anak-anak akan menduduki peperiksaan UASA minggu depan. Jadi minggu ni since dieorang cuti sampai Rabu, aku suruh dieorang fokus buat ulangkaji. Tapi dah namanya budak-budak kannnn... banyak betul gangguan kat rumah ni. Nak main dengan kucing la, main dengan gajet la, baca buku cerita la. Hmm. Sudahnya semalam aku angkut la si adik ke Perpustakaan KL supaya dia boleh fokus ulangkaji. Yang kakak pulak 'selamat' sebab ada latihan Adipatra di sekolah.


Perpustakaan KL
Aku bagi la jugak dia bawak iPad tu sebab nak rujuk buku teks dalam tu. Lagi satu sebab kiteorang subscribe apps Pandai, kalau dia ada masalah boleh tanya kat chatbot dalam apps Pandai

Sementara dia buat ulangkaji, maknya apa lagi buat kerja-kerja blogger ler... Edit dan pilih gambar memang makan masa tau, jadi aku ambik kesempatan sambil pantau Khadeeja belajar, sambil tu aku edit gambar, reply mesej dekat blog posts dan jugak blogwalking.


KL Library
Dah setel ulangkaji, Khadeeja bagitau nak pinjam buku jadi aku pun tunggu dekat kerusi bahagian lobi sementara dia pergi pinjam buku cerita

Agak lama jugak kiteorang lepak di Perpustakaan KL, dari pukul 10 pagi sampai 2.30 petang. Bila perut dah berkeroncong, baru la kiteorang keluar. Mula-mula nak singgah di 4Fingers, tapi masa nak pulangkan payung dekat pintu stesen seberang (ingatkan nak hujan sebab tu sewa payung guna apps Payunglah), ternampak pulak O'Briens dekat bangunan OCBC sebelah stesen LRT Masjid Jamek. Tetiba teringin pulak nak makan sandwich Tripledecker Chicken kat sini, so cancel 4Fingers kiteorang singgah di O'Briens untuk makan tengahari.


O'Briens
Teringat masa teman mak buat kimoterapi dekat hospital Pantai KL, aku selalu lepak dekat O'Briens sementara tunggu dia buat kimo

Chicken & Mozzarella Toastie
Classic Tripledecker Sandwich untuk aku dan Chicken & Mozzarella Toastie untuk Khadeeja

Aku suka menu O'Briens sebab semuanya menu sihat dan tinggi protein. Roti tu pun guna roti wholemeal yang lebih sihat. 


O'Briens
Makan berdua je, lepas tu tapau Rotiboy untuk si kakak

Alhamdulillah portion sandwich besar dan mengenyangkan. Yang Khadeeja punya tak habis sebab dia lebih suka sandwich aku so dia makan separuh sandwich. Yang tak habis kiteorang tapau bawak balik. Esok pagi boleh panaskan dan makan untuk sarapan pulak.

Unboxing berus gigi Xiaomi Oscillation Electric Toothbrush Pro

Hujung minggu lepas masa jalan-jalan dekat TRX Mall, aku sempat usha berus gigi elektrik dekat kedai Xiaomi. Jangan ingat Xiaomi buat phone je, berus gigi pun ada 🤭. Sebelum ni memang dah lama aku jeling-jeling berus gigi elektrik dekat farmasi dan Shopee sebab aku baca banyak review orang kata pakai berus gigi elektrik ni gigi lebih bersih dan boleh kurangkan plaque buildup jugak. 

End up aku pun terbeli la bendalah ni 😜. OK la sebenarnya memang aku dah plan nak beli cuma tak tau nak beli jenama mana. Sekali boleh pulak tersangkut dengan jenama Xiaomi ni sebab tengah promosi dan aku tertarik dengan features berus gigi ni. Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang berus gigi ni, moh ler kita buat unboxing berus gigi canggih ni dulu 😁:


Xiaomi Oscillation Electric Toothbrush Pro
Berus gigi ni datang dalam kotak macam kotak hp. Perkara pertama yang buat aku tertarik dengan berus gigi ni ialah sebab warnanya which is kegemaran aku iaitu purple 😂 I loike!

Xiaomi Oscillation Electric Toothbrush Pro
Jenama Xiaomi ni datang dari China

Xiaomi Oscillation Electric Toothbrush Pro
Dalam kotak ni ada kabel type-C untuk mengecas berus gigi dan didatangkan sekali dengan dua jenis kepala berus - soft dan clean

Xiaomi Oscillation Electric Toothbrush Pro
Rupa berus gigi ni lepas pasang keapal berus dekat badannya

Harga pengenalan berus gigi ni ialah RM149 (harga normal: RM169). Untuk kepala berus pulak, harganya RM39.

So lepas aku pakai berus gigi ni, ni antara ciri-ciri yang buat aku impressed dengan berus gigi ni: 

1. Gegaran Dia Sampai Ke Lubang Cacing (Deep Cleaning!)

Berus gigi ni pakai teknologi gegaran berayun (oscillating ultrasonic motor) yang memang kuat. Paling best, dia ikut teknik berus gigi yang pakar gigi selalu sarankan, iaitu Teknik Bass. Ayunan dia boleh cecah sampai 20 darjah, kiranya dia bukan setakat berus permukaan, tapi dia korek sekali plaque kat celah-celah gigi dan gusi. Lepas berus, rasa licin je gigi!


2. Berus Ni Boleh Detect Kalau Berus Terlalu Kuat (Gusi Selamat!)

Selalu tak kita terberus gigi sampai gusi berdarah? Haa, yang ni lah masalah utama yang boleh buat gusi kita luka. Berus Xiaomi ni ada ciri smart over-pressure alert.

Kalau aku berus kuat sangat, lampu amaran dia akan menyala. Bukan setakat tu, gegaran berus pun akan slow secara automatik. Kiranya, berus gigi ni macam dah jadi personal dentist aku yang alert kalau aku tersalah teknik!


3. Smart Display Macam Skrin Phone!

Berus gigi ni ada smart display yang boleh tunjuk:


  1. Risiko Plak: Bagitahu tahap risiko plak gigi.
  2. Tekanan Berus: Tunjuk pressure masa memberus gigi.
  3. Zon Mana Kena Berus: Ada sistem 6-zon yang ingatkan aku untuk switch kawasan berus. Kalau ada kawasan yang ter-missed, berus ni akan alert dekat skrin.

Pendek kata, boleh tengok status berus gigi secara real-time. Rasa lebih yakin lepas berus gigi.


4. Bateri Tahan Macam Power Bank!

Bagi kaki travel, ciri ni memang penyelamat. Bateri berus gigi elektrik ni boleh tahan sangat lama. Dalam mode Gentle, boleh tahan sampai 180 hari ye 😍. Kalau pakai mode Standard, pun boleh tahan sampai 100 hari. Sekali caj penuh, boleh pakai berbulan-bulan tanpa risau charger tertinggal. Pengecasan pun guna port Type-C universal, senang nak share charger dengan handphone. Cuma risau sebab bila dah tak payah cas berbulan-bulan, lupa pulak nak cas dan masa nak berus gigi bateri habis pulak sebab skrinnya takde tunjuk berapa peratus lagi bateri yang tinggal 😅. 


5. Kepala Berus Lebih Selesa & Hygienic

Kepala berus gigi ni ada getah penyerap hentakan (shock-absorbing) di bahagian belakang supaya tak terlanggar gigi bila tengah memberus. Paling penting, reka bentuknya bebas kuprum (copper-free). Takde la risiko karat kuprum, jadi lebih hygienic dan bersih. Bila warna bulu berus dah pudar, itu tanda dah sampai masa untuk tukar kepala berus baru (selalunya setiap tiga bulan).


Pendek kata, bagi aku berbaloi beli berus gigi elektrik Xiaomi ni 👍🏻. Kalau korang tengah cari berus gigi elektrik yang bukan je membersihkan gigi sampai licin, tapi siap ada coach peribadi yang bagi feedback masa berus, berus ni memang highly recommended. Memang rasa berbaloi la invest untuk gigi yang sihat dan senyuman yang yakin! 😊

Ngopi Kat Hat Yai, Yokk!! (Bahagian 4@Akhir)

Untuk bahagian 1-3, boleh baca kat sini:

Sambung cerita hari kedua. 

Shopping di 7-Eleven Hat Yai


7-Eleven Hat Yai
Ajommm shopping di 7-Eleven pulak! 😂

Kiteorang singgah di 7-Eleven sebelum balik ke hotel. Aku selalu dengar orang kata kalau ke Thailand wajib singgah di 7-Eleven kat sana. Bila aku masuk 7-Eleven kat Hat Yai baru aku faham kenapa. Kat at sana ada banyak produk yang unik dan harga pun murah! Jom tengok apa yang ada di 7-Eleven di Hat Yai:


7-Eleven Hat Yai
Atas: Produk penjagaan diri yang dijual dalam bentuk paket mesra travel
Bawah (kiri): Sabun kolagen + vitamin C ni menarik perhatian aku
Bawah (kanan): Susu pisang dijual dalam bungkusan menarik dan unik

7-Eleven Hat Yai
Korang wajib cuba Thai milk tea dekat 7-Eleven ni tapi kena letak ais dulu tau kalau tak harganya lebih mahal dan manis leting!

7-Eleven Hat Yai
Ada bahagian terpampang perkataan 'HALAL' memudahkan kita nak cari makanan halal. Banyak makanan sedia untuk dimakan dijual di 7-Eleven kat sana

7-Eleven Hat Yai
Kalau nak jimat duit makan boleh cari sosej ni dekat 7-Eleven di Hat Yai. Nanti masa bayar boleh mintak cashier tolong panaskan dalam microwave

Burger CP halal
Burger instant ni antara produk yang paling diminati oleh pelancong Malaysia sebab harga kat sini lebih murah dari di Malaysia. Rasa pun not bad, sedap. Ramai orang borong burger ni sebelum balik

7-Eleven Hat Yai
Burger ni ada dijual dalam paket besar jugak tapi kalau nak pelbagaikan perisa kena beli asing-asing

Kiteorang pun ambik kesempatan borong burger jugak 🤣:


7-Eleven Hat Yai
Masing-masing sibuk kira total harga burger yang nak diborong 😅

7-Eleven Hat Yai
Penuh troli dengan burger 🤭

Dah setel menyopping di 7-Eleven, kiteorang pun jalan kaki balik ke hotel.


Hari Ketiga (5 Oktober, Ahad): Sarapan di Khaled. Shopping Lagi di Kim Yong. Check out hotel. Naik ETS balik ke KL

Hari ketiga aku malas nak ambik gambar 😅. Kiteorang sarapan di Khaled. Aku ambik nasi lemak ayam goreng kali ni. Yang lain pun sama jugak rasanya. Lepas sarapan, kiteorang berjalan kaki ke Kim Yong untuk membeli apa-apa yang patut dan tak cukup masa pergi hari sebelumnya. Lepas tu, balik semula ke hotel dan kemas beg untuk pulang. Alhamdulillah, beg aku tak beranak-pinak tapi makin gemuk! 😂 Pengajarannya lain kali bawak tote bag kecik atau luggage besar sikit, tapi tu la kononnya tak nak shopping nak JJCM je tapi bila yang lain memborong, aku pun terhasut sekali memborong jugak 😝. 


Hat Yai
Bergambar depan hotel sementara tunggu van sampai

Lepas check out dari hotel, kiteorang tunggu van datang untuk hantar ke Padang Besar semula. Part ni penat sikit sebab kena turun naik van bawak luggage dekat checkpoint tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Di stesen Padang Besar, kiteorang lepak di kafe dalam stesen sementara menunggu pukul 1.50 petang. Kali ni kiteorang naik kelas ekonomi tapi ok je sebab dah kenyang makan kat kafe sementara tunggu ETS sampai. Kiteorang sampai ke KL dalam pukul 7 petang. 

Dengan tu berakhir la cerita ngopi di Hat Yai (tapi takde pulak kiteorang pergi mengopi, lebih kepada mengeteh dan menyopping je 😝). Tajuk tu aku cilok dari tajuk group chat kiteorang dekat Whatsapp hehe. Apapun, best travel dengan geng gegurl lagi-lagi jenis sekepala dan kaki foodie macam aku 😜. Harap-harap boleh repeat trip gegurl lagi tapi lain kali nak pergi tempat lain pulak. Jakarta ke... Ehhhhhhh??? 🤭


Central Festival Mall
Terima kasih Geng Kamie, bawak aku jalan-jalan dan makan-makan di Hat Yai 🫶🏻

Kalau korang nak merancang trip ke Hat Yai, boleh la follow itinerari yang Kak Retna rancang ni. Confirm seronok!


Itinerary Hat Yai
Itinerary 3 hari 2 malam di Hat Yai (kredit: Kak Retna)

Nota kaki: Cerita Hat Yai dah habis, cerita jalan-jalan di Eropah tak habis lagi. Hadoi la, bila nak datang mood rajin ni? 😜

Ngopi Kat Hat Yai, Yokk!! (Bahagian 3)

Untuk bahagian 1 & 2, boleh baca kat sini:

Hari Kedua (4 Oktober, Sabtu): Menikmati Panorama di Good Mountain Cafe. Lunch di Dimsum Chabura. Jalan-jalan di Samila Beach. Melawat Floating Market. 

Menikmati Panorama Indah dari Good Mountain Cafe

Sebenarnya dari Seaverse Cafe, kiteorang singgah di Good Mountain Cafe dulu baru la ke Amazon Cafe. Tapi tertinggal pulak part ni, so aku sambung je la kat sini.

Good Mountain Cafe terletak di atas bukit di pulau kecil Koh Yo, Songkhla kira-kira 40 minit dari Hat Yai. Tempat ni ialah port lepak minum kopi sambil layan view panorama hampir 360 darjah bandar Songkhla, tasik Songkhla dan jambatan yang menghubungkan ke pulau Koh Yo. Kalau pergi waktu petang mesti syok boleh layan sunset kat sini.

Kalau setakat nak ambik gambar pemandangan panorama dari kafe ni, aku baca pengunjung dikenakan bayaran 40 baht tapi kalau pesan makanan atau minuman kat sini, takde la bayaran dikenakan.


Koh Yo Island
Good Mountain Cafe

Good Mountain Cafe
Kafe ni siap menyediakan prop dan backdrop cantik untuk ambik gambar. View atas ni memang lawa giler!

Dah puas bergambar di atas bukit ni dan membasahkan tekak, kiteorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Songkhla. Untuk ke Songkhla, kiteorang dibawa menaiki feri untuk ke seberang.

Lunch di Dimsum Chabura

Ikutkan plan asal nak ke Samila Beach dulu tapi disebabkan perut masing-masing dah berkeroncong, jadi kiteorang pun singgah dulu di Dimsum Chabura untuk makan tengahari.


Dimsum Chabura
Dimsum Chabura

Restoran Dimsum Chabura memang tak asing lagi di kalangan pelancong dari Malaysia sebab selain dari status halal, restoran ni ada banyak jenis dimsum yang kita boleh pilih sendiri dan terus dikukus sebelum dihantar ke meja. Harga pun berpatutan, dari 15 baht sepinggan. Selain dari dimsum ada jugak menu Thai yang lain. Yang pasti semuanya sedap-sedap dan kena dengan tekak aku!


dimsum
Rambang mata tengok pilihan dimsum yang banyak ni!

Sizzling tomyum
Menu pilihan kami - semua sedap dan fresh ok!

halal Thailand
Order jugak nasi putih nak makan dengan lauk tapi end up separuh pun tak habis sebab ratah lauk macam tu je pun sedap 😋

Hat Yai halal food
Alhamdulillah, puas hati dengan makanan di Dimsum Chabura ni 🫶🏻

Total damage dekat Dimsum Chabura ni ialah RM60++ seorang (kiteorang bahagi 3 orang sebab Kak Siti tak makan seafood).

Jalan-jalan di Samila Beach

Lepas menikmati makan tengahari yang sedap, barulah kiteorang meneruskan agenda jalan-jalan ke Samila Beach.

 
Songkhla
Hampir-hampir tak nampak sebab warna baju kiteorang sama dengan pokok-pokok di belakang tu!

Samila Beach terkenal dengan pantai berpasir putih halus dan laut kebiruan. Tapi 'trademark' yang paling terkenal dekat sini ialah sebuah patung 'mermaid' emas. Patung yang dibuat dari gangsa ni menggambarkan seekor duyung emas yang sedang menyikat rambut di tepi laut. Ia diilhamkan daripada lagenda rakyat Songkhla tentang seekor duyung yang muncul di pantai dan meninggalkan sisir emasnya. Tak sah ke Samila Beach ni kalau tak bergambar dengan patung mermaid ni 😅.


mermaid statue
Gaya posing kami di Samila Beach

Melawat Khlonghae Floating Market (Pasar Terapung Klonghae)

Dah puas bergambar di Samila Beach, kiteorang ke pit stop seterusnya iaitu Khlonghae Floating Market. Yang ni mesti korang semua tau kan, sebab sebut Hat Yai je mesti terbayang penjual makanan berniaga dari perahu di tepi sungai.


Khlonghae Floating Market
Pasar Terapung Hat Yai yang menjadi destinasi popular pelancong

Di pasar terapung ni, korang boleh nampak gerai-gerai dalam perahu berbaris di sepanjang tebing sungai dan peniaga menjual makanan terus dari atas bot kayu. Antara makanan / minuman yang popular dekat sini ialah minuman dalam buluh, pancake Thai, pulut mangga, makanan panggang, aiskrim kelapa dan kuih tradisional Thai.


Khlonghae Floating Market
Dekat sini pun boleh bayar menggunakan kod QR tau

Khlonghae Floating Market
One for the memory!

Kiteorang tak banyak beli makanan di sini sebab masih kenyang lagi. Lebih kepada ambik gambar dan cuci mata tengok jualan di sini.

Dah puas menjamu mata, kiteorang decide nak ke Central Festival Mall sekali lagi. Tapi sebelum tu, Abdullah hantar kiteorang balik ke hotel untuk solat jamak. Dekat Central Festival Mall, aku beli dessert viral Thai untuk dibawa pulang ke Malaysia.


viral Thai dessert
Jujurnya aku pun tak tau apa yang special tentang Thai milk bun ni, tekak aku rasa macam biasa-biasa je, makan sesuap dah muak. Tapi Khadeeja suka giler dengan milk bun ni

Akhir sekali sebelum balik ke hotel, kiteorang request Abdullah drop off di 7-Eleven dekat belakang Lee Garden. Tapi cerita pasal 7-Eleven ni aku up dekat entry seterusnya la ye. Dah banyak sangat gambar untuk cerita jalan-jalan Hat Yai dan Songkhla hari kedua ni 🤭.