Hujung minggu lepas masa jalan-jalan dekat TRX Mall, aku sempat usha berus gigi elektrik dekat kedai Xiaomi. Jangan ingat Xiaomi buat phone je, berus gigi pun ada 🤭. Sebelum ni memang dah lama aku jeling-jeling berus gigi elektrik dekat farmasi dan Shopee sebab aku baca banyak review orang kata pakai berus gigi elektrik ni gigi lebih bersih dan boleh kurangkan plaque buildup jugak.
End up aku pun terbeli la bendalah ni 😜. OK la sebenarnya memang aku dah plan nak beli cuma tak tau nak beli jenama mana. Sekali boleh pulak tersangkut dengan jenama Xiaomi ni sebab tengah promosi dan aku tertarik dengan features berus gigi ni. Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang berus gigi ni, moh ler kita buat unboxing berus gigi canggih ni dulu 😁:
![]() |
Berus gigi ni datang dalam kotak macam kotak hp. Perkara pertama yang buat aku tertarik dengan berus gigi ni ialah sebab warnanya which is kegemaran aku iaitu purple 😂 I loike! |
![]() |
Jenama Xiaomi ni datang dari China |
![]() |
Dalam kotak ni ada kabel type-C untuk mengecas berus gigi dan didatangkan sekali dengan dua jenis kepala berus - soft dan clean |
![]() |
Rupa berus gigi ni lepas pasang keapal berus dekat badannya |
Harga pengenalan berus gigi ni ialah RM149 (harga normal: RM169). Untuk kepala berus pulak, harganya RM39.
So lepas aku pakai berus gigi ni, ni antara ciri-ciri yang buat aku impressed dengan berus gigi ni:
1. Gegaran Dia Sampai Ke Lubang Cacing (Deep Cleaning!)
Berus gigi ni pakai teknologi gegaran berayun (oscillating ultrasonic motor) yang memang kuat. Paling best, dia ikut teknik berus gigi yang pakar gigi selalu sarankan, iaitu Teknik Bass. Ayunan dia boleh cecah sampai 20 darjah, kiranya dia bukan setakat berus permukaan, tapi dia korek sekali plaque kat celah-celah gigi dan gusi. Lepas berus, rasa licin je gigi!
2. Berus Ni Boleh Detect Kalau Berus Terlalu Kuat (Gusi Selamat!)
Selalu tak kita terberus gigi sampai gusi berdarah? Haa, yang ni lah masalah utama yang boleh buat gusi kita luka. Berus Xiaomi ni ada ciri smart over-pressure alert.
Kalau aku berus kuat sangat, lampu amaran dia akan menyala. Bukan setakat tu, gegaran berus pun akan slow secara automatik. Kiranya, berus gigi ni macam dah jadi personal dentist aku yang alert kalau aku tersalah teknik!
3. Smart Display Macam Skrin Phone!
Berus gigi ni ada smart display yang boleh tunjuk:
- Risiko Plak: Bagitahu tahap risiko plak gigi.
- Tekanan Berus: Tunjuk pressure masa memberus gigi.
- Zon Mana Kena Berus: Ada sistem 6-zon yang ingatkan aku untuk switch kawasan berus. Kalau ada kawasan yang ter-missed, berus ni akan alert dekat skrin.
Pendek kata, boleh tengok status berus gigi secara real-time. Rasa lebih yakin lepas berus gigi.
4. Bateri Tahan Macam Power Bank!
Bagi kaki travel, ciri ni memang penyelamat. Bateri berus gigi elektrik ni boleh tahan sangat lama. Dalam mode Gentle, boleh tahan sampai 180 hari ye 😍. Kalau pakai mode Standard, pun boleh tahan sampai 100 hari. Sekali caj penuh, boleh pakai berbulan-bulan tanpa risau charger tertinggal. Pengecasan pun guna port Type-C universal, senang nak share charger dengan handphone. Cuma risau sebab bila dah tak payah cas berbulan-bulan, lupa pulak nak cas dan masa nak berus gigi bateri habis pulak sebab skrinnya takde tunjuk berapa peratus lagi bateri yang tinggal 😅.
5. Kepala Berus Lebih Selesa & Hygienic
Kepala berus gigi ni ada getah penyerap hentakan (shock-absorbing) di bahagian belakang supaya tak terlanggar gigi bila tengah memberus. Paling penting, reka bentuknya bebas kuprum (copper-free). Takde la risiko karat kuprum, jadi lebih hygienic dan bersih. Bila warna bulu berus dah pudar, itu tanda dah sampai masa untuk tukar kepala berus baru (selalunya setiap tiga bulan).
Pendek kata, bagi aku berbaloi beli berus gigi elektrik Xiaomi ni 👍🏻. Kalau korang tengah cari berus gigi elektrik yang bukan je membersihkan gigi sampai licin, tapi siap ada coach peribadi yang bagi feedback masa berus, berus ni memang highly recommended. Memang rasa berbaloi la invest untuk gigi yang sihat dan senyuman yang yakin! 😊
0 Comments:
Post a Comment
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .