Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 1)

Apa yang aku boleh ungkapkan tentang pengalaman camping di Sojuk Riverside - best giler! Rasa nak repeat lagi lepas ni hihi.

Dari KL nak ke Sojuk Riverside ambik masa sejam. Kiteorang guna Waze je, confirm tak sesat. Bila dah sampai, dari tepi jalan lagi dah nampak papan tanda yang terpampang ni:


Sojuk Riverside
Yeayy dah sampai!


Masuk-masuk je, nampak sebuah kabin. Kiteorang berhenti kat situ untuk daftar masuk dan bayar baki sewa tapak khemah (RM50) dan deposit sampah (RM10). Deposit sampah ni akan dipulangkan kalau kita bawak balik sampah. 

Rupa-rupanya Sojuk Riverside ni terletak dalam kawasan dusun durian. Masa kiteorang sampai, ada 2-3 buah keluarga yang datang berkhemah hujung minggu, dan dieorang dah nak balik pun. Buat pengetahuan kawan-kawan, tapak khemah kat sini first come first served basis. Tapi tak kisah sangat sebab tanah kat sini luas. Kiteorang pilih untuk pacak khemah betul-betul di tepi sungai. Kereta pun boleh parking betul-betul belakang khemah jadi tak perlu la berulang-alik jauh-jauh nak angkut barang.


dusun durian
First time anak-anak dapat tengok buah durian masih bergayut atas pokok

Sojuk Riverside
Ni tapak yang kiteorang pilih, betul-betul menghadap pokok rambutan

Sojuk Riverside
Pondok tandas dan ruang mandi tak jauh je dari situ

Sojuk Riverside
Selain dari tapak khemah, tempat ni ada menyediakan penginapan di kabin dan teratak pondok

Sojuk Riverside
Tandasnya bersih dan aku suka sebab ada tandas duduk

Sojuk Riverside
Ada tanda arah kiblat jugak

Aktiviti pertama tak lain tak bukan mestilah pacak khemah dulu. Anak-beranak bekerjasama pasang khemah, dan tak sampai sejam dah setel. Kali ni dah pandai pasang khemah, tak macam masa kat Cameron Highlands ambik masa dekat 2 jam nak setup hihi.


Payung.com
Akhirnya ada gambar rupa dalam khemah!

Waktu siang ni kiteorang bukak 'tingkap' khemah supaya angin boleh masuk. Tapi dah namanya khemah, tetap la berbahang jugak dalam tu. Nak pasang khemah bawah teduhan pokok, takut buah durian jatuh atas khemah tak ke naya. Lepas pasang khemah, meja makan dan susun-susun peralatan lain, aktiviti seterusnya ialah makan tengahari. Aku dah siap-siap buat sos spaghetti kat rumah, tinggal nak rebus spaghetti dan panaskan sos.


camping cooking
Aktiviti memasak tengahari

camping cooking
Suami Terchenta tak sabar-sabar nak makan

camping
Minum milo sejuk sementara tunggu spaghetti masak

camping
Dah siap! Jemput makan...

Lepas makan, masing-masing lepak kejap luar khemah sebelum salin pakaian untuk aktiviti seterusnya - mandi sungai!

Best tau, air kat sini jernih dan sejuk! Mula-mula masuk tu, menggigil sampai ke tulang kering sejuknya tu. Tapi lama-lama rasa tak nak keluar! Sayang takde pelampung yang besar, kalau tak boleh duduk dalam pelampung pastu enjoy dihanyutkan ke hilir sungai hihi (gambar mandi sungai takde sebab Suami Terchenta lupa bawak kamera GoPro yang boleh masuk air).

Dalam sejam jugak la kiteorang berendam dalam sungai tu, bila dah start cramp kaki sebab sejuk, barulah sorang-sorang naik ke tebing dan pergi ke bilik mandi untuk salin pakaian kering. Lepas tu kena solat gilir-gilir sebab ruang dalam khemah agak terhad. Lepas solat, masing-masing keletihan. Anak-anak sambung main game kat phone, aku dan Suami Terchenta pulak baring-baring kat tilam dan terus terlena (walaupun dalam khemah tu berbahang, tapi sebab dah sejuk lepas mandi sungai jadi kurang sikit rasa berbahang tu).

Next entry aku sambung pulak aktiviti petang tu. Stay tuned!

Wordless Wednesday - Berapa Minit Rebus Telur?

perfect egg time
Panduan rebus telur

 

Hai korang... Hari ni ada yang bersarapan telur pagi tadi ke? Aku ternampak panduan merebus telur ni masa berjalan-jalan di pasaraya Mercato. So aku pun snap gambar dan letak kat sini untuk rujukan kita semua. So apa kata korang try tengok jadi ke tak telur favourite korang bila ikut panduan ni.

Masa kat rumah sewa, aku selalunya rebus telur sebab dapur kat sana pakai induction cooker jadi boleh set masa sebelum cooker tu off sendiri. Tapi bila dah terleka, kadang-kadang terlajak jugak sampai jadi telur rebus classic boiled egg padahal nak makan telur separuh masak sebab telur tu akan terus masak dalam air yang panas.

Sekarang ni, aku 'rebus' telur dalam air fryer je. Telur dari peti sejuk biasanya aku letak 15 minit pada suhu 100℃ lepas tu aku tinggalkan je la dalam tu sementara aku buat kerja lain. Selalunya akan maintain telur separuh masak, mungkin sebab telur tu ambik masa sikit nak masak sebab ambik dari dalam peti sejuk.

Aktiviti Cuti Sekolah: Kita Pergi Camping Dulu!

Hari ni kiteorang ada trip camping lagi, kali ni di Sojuk Riverside pulak. Taknak pergi jauh-jauh sangat, sebab camping pun sehari je.


Sojuk Riverside
Kali pertama nak try pengalaman camping di Sojuk Riverside (Kredit foto: malaysiacamping.com)

Buat korang yang noob macam kiteorang dalam dunia camping ni, korang boleh tengok tapak perkhemahan yang menarik dengan info yang terperinci di laman web Malaysia Camping.


Malaysia Camping website
Boleh cari tapak khemah ikut kategori

Kat sini boleh tengok sama ada kat tapak khemah tu ada disediakan plug point, rating toilet (penting!), ada coverage line ke tak, harga sewa tapak khemah dan lain-lain maklumat penting. Memang memudahkan peminat dan kaki camping la!


Malaysia Camping website
Antara maklumat yang aku jumpa tentang Sojuk Riverside ni

Aktiviti utama hari ni mestilah nak mandi sungai. Malam nanti Insha Allah akan ber BBQ dan tengok movie (dah siap-siap download movie, bawak projektor dan malam nanti akan buat popcorn). Doakan cuaca malam ni OK dan semuanya selamat.  Kalau line bagus kat sana, Insha Allah aku akan update blog esok. 

Korang pulak apa plan cuti sekolah ni? Cer kongsi kat komen ye. Bye!


Louis the Chonky Cat
Louis jaga rumah lagi...

Sesekali Teringin Makan Burger Tepi Jalan

Dah lama tak makan burger tepi jalan, jadi malam tadi aku ajak Suami Terchenta pergi beli burger. Yang paling dekat dengan rumah ialah Burger Bad Songkok, tak jauh dari UTC Sentul.

Masa kiteorang sampai, gerai agak lengang tapi lepas buat pesanan, tiba-tiba ramai pulak yang datang beli burger kat situ. Nasib baik sampai awal hehe 😅.

Aku pesan burger daging special taknak bawang sebab aku tak gemar bawang mentah yang ditabur atas burger. Untuk anak-anak pulak, aku pesan hotdog ayam tambah cheese tapi kosong (takde sos, mayonnaise, sayur dan lain-lain). Adik yang ambik order tu 2x tanya betul ke taknak letak apa-apa? Mungkin first time dia dapat pesanan yang betul-betul 'kosong'! 😝


burger sentul
Gerai Burger Bad Songkok

Sambil menunggu, aku perhati je pelanggan-pelanggan lain yang datang buat pesanan. Rata-rata pesan burger biasa atau burger oblong. Takde pulak yang pesan roti john walaupun yang terpampang kat gerai tu specialty nya ialah roti john sebenar. Sempat lagi Suami Terchenta buat lawak, 'Abis tu orang lain jual roti john olok-olok ke?' 😂 

Lepas 20 minit, akhirnya pesanan siap dibungkus. Jumlah kesemuanya RM19 - walaupun hotdog kosong tapi takde diskaun di situ ye.


burger daging special
Burger daging special

Sampai di rumah, aku agak kecewa sikit sebab telurnya digoreng dan diletak atas daging. Selalu aku beli burger special dari gerai lain, daging burger tu bersalut telur. Lepas tu, takde mayonais. Jadi makan dengan kurang perasaan.

Kesimpulannya, lain kali aku cari gerai burger lain je la sebab burger kat sini kurang menepati citarasa aku.

Aktiviti Cuti Sekolah: Khadeeja Masuk Kelas Programming di Kidocode

Orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dalam kes kiteorang ni, Suami Terchenta boleh rasa bangga sebab Khadeeja ikut jejak langkahnya iaitu coding skill. Di sekolah lama Khayla dulu pernah diajar coding menggunakan aplikasi Scratch Junior. Bila Khadeeja tengok kakaknya buat coding, dia pun nak tiru jugak dan sejak tu beberapa kali dia develop permainan ringkas yang dia mintak kiteorang test. Permainan yang aku paling suka ialah permainan kuiz. Kakaknya pulak lebih berminat dengan digital art dan kurang minat dengan programming. Sebab tu kiteorang cuma enrol Khadeeja seorang je untuk mengasah bakatnya dalam programming memandangkan cita-citanya nak menjadi seorang engineer


Kidocode
Kelas programming di Kidocode
 

Semalam kiteorang pun hantar Khadeeja belajar programming di Kidocode yang terletak di Solaris Dutamas. Bila kiteorang sampai, ramai jugak parents lain yang dah sampai dan sedang menunggu anak-anak habis kelas. 


Kidocode
Bila tengok setup kelas macam ni, menggamit memori ke kafe Internet semata-mata nak chatting dengan Suami Terchenta masa mula-mula kenal dulu... 

Kidocode
Cabaran teka-teki untuk mak bapak sementara tunggu anak-anak habis kelas


Bagusnya kat sini, setiap seorang pelajar akan di assign seorang trainer.Mula-mula sekali, trainer bagi penerangan dekat Khadeeja tentang platform yang akan digunakan. 


Kidocode
Khadeeja khusyuk dengar penerangan dari trainer

Selepas berpuas hati yang Khadeeja dah biasa dengan platform tu, barulah trainer ajar Khadeeja buat aktiviti coding. Kat sini Kidocode menggunakan konsep gaming iaitu setiap kali pelajar menghabiskan satu lesson dengan betul, akan dapat bit dan coin. Jumlah bit menentukan kedudukan ranking pelajar dengan pelajar-pelajar lain dan coin pulak boleh digunakan untuk 'beli' sesuatu dari platform tu untuk memudahkan aktiviti coding.


Kidocode
Khadeeja mula belajar asas bahasa pengaturcaraan Python

Suami Terchenta bagitau yang dia pun tak biasa dengan Python programming ni sebab Python ialah the next programming language memandangkan pada masa hadapan semua aplikasi akan menjadi cloud-native. Cloud-native ni bermaksud aplikasi tu boleh diakses dari mana-mana tempat menggunakan mana-mana device. Setakat tu je la yang aku faham sebab aku ni bukan dari bidang IT hehe. Kalau nak bercakap pasal Akta Kerja atau Akta Perhubungan Perusahaan tu memang bidang aku. Bab IT ni aku serahkan dengan Suami Terchenta je.

By the way, parents pun boleh pantau progress anak-anak dalam kelas ni sebab setiap parent diberi ID dan password sendiri untuk akses platform ni:


Kidocode

Apapun aku doakan skill coding ni akan membantu Khadeeja mencapai cita-citanya menjadi seorang engineer. Caiyok Khadeeja!

Lepak di Kafe Donutes @ Solaris Dutamas

Hari ni lepas hantar Khadeeja ke kelas programming, kiteorang duduk lepak di kafe kat bawah sementara tunggu kelasnya habis. Ternampak kafe Donutes yang nampak menarik je jadi kiteorang pun masuk dan pesan minuman.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Donutes Solaris Dutamas


Bila aku Google, rupa-rupanya jenama kafe ni berasal dari Taiwan. Sekarang memang banyak kafe dari negara belah sana yang masuk ke Malaysia kan.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Kafe dari Taiwan rupa-rupanya

Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Tiba-tiba berkenan pulak tengok mesin kopi ni

Konsep kafe ni ialah cafe bakery, jadi separuh kedai ada pelbagai jenis roti dan kek. Aku ambik gambar kek je la sebab roti macam tak banyak sangat.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Keknya macam kek yang biasa kita jumpa di kedai kek

Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Swiss roll nampak menarik

Lama jugak kiteorang nak pilih air sebab ada banyak menu minuman kat sini. Selain dari kopi dah teh, ada jugak smoothie, jus soda dan kopi+soda pun ada. Boleh eh air jadian. Entah macamana la rasanya.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Suami Terchenta tengah baca menu minuman yang dijual kat sini

Lepas 10 minit bersoal jawab dengan pekerja yang sabar je melayan karenah kiteorang ni, akhirnya kiteorang pilih mangsa juice dan mango smoothie. Khayla pulak macam biasa nak makan croissant.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Mencuba mango smoothie dan mango juice di sini. Mango smoothie takde beza dengan mango juice dari segi rasa cuma lebih banyak ais je

Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Duduk menunggu Khadeeja habis kelas

Bagi aku biasa je la makanan dan minuman kat sini. Harga minuman kiteorang dalam lingkungan RM18.80, tapi ada promo diskaun 15% sebab guna kad debit CIMB. Agak mahal bagi aku. Lain kali duduk menunggu di sini beli satu minuman dan kongsi lebih jimat.

Kenapa Nakal Sangat Ni Louis??

Pagi semalam, lepas Khadeeja ke sekolah aku pun masuk bilik semula nak berehat sekejap. Tengah berehat tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi yang kuat dari ruang makan, 'Paaannngggg!'

Terus aku meluru ke depan dan tengok si Louis atas meja sambil tengok ke bawah. Rupa-rupanya dia pergi tolak mangkuk yang Khadeeja tinggalkan atas meja sampai jatuh terhempas dan berderai atas lantai! Caught in the act!

Hish, anak bulu seekor ni dah makin nakal sekarang. Yang kakaknya pun satu, kalau lewat pun kenapa la tak letak mangkuk dalam sinki je.


Louis the Chonky Cat
Mommy, pecah la mangkuk Louis tolak tadi...
  

Lepas tu, konon-konon rasa bersalah kot, aku sibuk kutip serpihan mangkuk tu dia pun menyibuk sama tolak-tolak serpihan kaca. Habis kena bebel, yalah nanti luka kaki siapa susah? Mommy jugak susah kena hantar pergi vet...

Louis the Chonky Cat
Louis tolong mommy kemaskan ye...

Lepas kejadian tu, terus dia jadi budak baik duduk diam-diam tak panjat meja lagi. Tau insaf lepas kena marah ye Louis.

Sebab tu la aku bising bila budak-budak ni letak Louis atas meja. Sebelum ni dia behave je tak pernah panjat meja makan, main kat sofa pun tak (cuak jugak masa mula-mula adopt Louis, takut sofa baru kena cakar 😂). Kalau dia nak mencakar, dia cakar tiang scratcher. Lepas tu satu lagi perangai Louis yang aku puji, kalau kiteorang bagi sisa ayam, Louis tak makan kalau letak atas lantai. Dia cuma akan makan bila ada alas contohnya letak plastik atau kain. Senang cerita, Louis ni kucing yang pembersih la! 😹

Cuti Sekolah Mei 2023



Jom tengok aktiviti menarik masa cuti sekolah:


Nak tengok lebih banyak aktiviti menarik musim cuti sekolah dalam Malaysia, klik di pautan 'Travel' > 'Malaysia':



Selamat bercuti, anak-anak!

Girlfriend Outing - Mencuba Umameat Yang Marvelous

Hujung minggu lepas kawan-kawan aku ajak keluar brunch di Umameat sempena birthday BFF aku, Zura. Sebelum ni aku tak pernah join dieorang makan kat Umameat tapi selalu dengar dieorang puji melambung-lambung daging kat umameat ni sedap gilerrr... Haa, meh la aku judge sendiri sedap sangat ke makan daging kat sini.

First time jejak kaki ke Umameat di Bukit Damansara. Rupa-rupanya restoran ni sederet dengan Croisserie, kafe yang pernah kiteorang pergi tahun lepas. Restoran Umameat ni terletak di tingkat 1, jadi kena naik tangga nak ke restoran ni.


Suasana dalam kedai yang 'wow' sangat

Kiteorang je pelanggan yang makan di situ tengahari tu

Suka decor restoran ni yang menggunakan rich colour padanan biru dan merah

Oleh sebab ni first time aku ke sini, jadi aku serahkan kepada dieorang je untuk order makanan. Menu pertama yang dieorang semua kata nak pesan sorang satu tak nak share ialah beef wrap. Malangnya beef wrap tinggal 2 je, jadi terpaksa la share jugak 😆.


Beef wrap yang menjadi rebutan!

Lepas tu Zura order kan jugak set Big Eater bahagian tenderloin 800g dihidangkan dengan 3 hidangan sampingan. Dieorang pilih spinach ricotta, steak fries dengan sautéed mushroom. Daging tu dia request masak medium dan well done (sebab salah sorang kawan kiteorang tak makan daging yang masih berdarah).


Daging datang dengan 3 jenis sos - cheese, mushroom dan blackpepper

Menu tambahan - cheese cauliflower dihidangkan dengan sos marinara

Walaupun masing-masing dah kelaparan, tetap tak lupa ambik gambar sebelum makan!

Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka. Memang valid pujian melambung-lambung dieorang selama ni. Daging tenderloin lembut dan juicy, bertambah-tambah sedap bila makan dengan sos (my favourite sauce tentunya blackpepper). Umameat Beef wraps pulak walaupun nampak beshe-beshe je, tapi bila masuk dalam mulut tu sampai sekarang terngiang-ngiang dagingnya yang cair dalam mulut.

Selain dari menu daging, aku suka spinach ricotta sebab rasanya lemak berkrim. Ikutkan nafsu, rasa nak habiskan semangkuk spinach tu sorang-sorang, biar jadi Popeye! 😂 Dappnyaaa....


Licin!

Dari pukul 12 tengahari sampai pukul 2 petang kiteorang makan-makan sambil membawang bersembang. Maklumlah dah sebulan tak jumpa, banyak la topik yang keluar kihkih. Dari kenyang, lapar balik. Sudahnya kiteorang sambung lepak di Gravy Baby pulak (selang 2-3 buah kedai je dari Umameat).


Ni pun first time jugak aku masuk ke Gravy Baby

Sementara tunggu pesanan sampai, posing lagi

Kat Gravy Baby, kiteorang pesan minuman je. Zura sorang je pesan makanan (grilled cheese sandwich) sebab dia lapar balik 😅 Aku pulak order peanut butter milkshake - sedap. Harga tak payah cakap - memang harga kayangan (RM19). Hehe, takpelah sesekali keluar dengan kawan-kawan.



Umameat ni tempat makan yang sesuai kalau keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan sebab boleh tong-tong bayar sama-sama. Makanan sedap berbaloi dengan harganya.

Alamat Umameat:
22-G, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengahari - 10 malam (tutup hari Isnin)
Untuk tempahan: 013-880 6601
Facebook: Umameat

Trip Cuti Sekolah - Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands (Part 2)

Baca Bahagian 1 di sini:

Trip Cuti Sekolah - Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands (Part 1)

Dah nak masuk cuti sekolah penggal pertama baru nak sambung balik cerita aktiviti camping cuti sekolah akhir tahun lepas hihi.

Bila pergi camping, aktiviti utama tak lain tak bukan ialah makan-makan. Feeling dapat masak dekat open air dan atas open fire tu tak boleh nak describe rasa seronok tu haa gituhhh... Lagi-lagi dalam cuaca sejuk memang heaven dapat makan makanan panas-panas.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Aktiviti utama camping - BBQ

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Jagung beli di Cameron Highlands. Sedap dan manis isinya

Cuaca malam sejuk bawah 20℃. Time sejuk-sejuk ni cepat lapar dibuatnya. Makan malam kiteorang ialah jagung bakar, ayam dan udang panggang, nachos dan spaghetti aglio olio (takde dalam gambar). Sebelum tidur, kiteorang memanfaatkan bara api yang tersisa dengan bakar ubi keledek dan anak-anak nak bakar marshmallow sambil hirup air coklat panas.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Sementara tunggu ayam panggang masak, aku buat nachos untuk alas perut

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Bakar marshmallow atas bara api sementara kiteorang pulak bakar ubi keledek untuk supper

Sengaja kiteorang tak aktifkan Internet masa camping ni supaya anak-anak tak menghadap gajet je. Lepas makan, anak-anak berehat-rehat atas tilam angin sambil membaca buku.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Masa ni kurang sikit gangguan dari gajet, masing-masing khusyuk membaca

Esoknya, kiteorang bersarapan pagi dengan telur dadar dan menghabiskan makanan yang dipanggang malam sebelumnya. Untuk Khayla pulak, aku buatkan roti bersalut telur dengan cheese. Lepas sarapan, tiba-tiba Suami Terchenta dipanggil masuk meeting! Sudahnya separuh hari aktiviti santai-santai dalam khemah je. 


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Suami Terchenta panaskan balik makanan yang dipanggang malam sebelumnya

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Sarapan pagi hari kedua

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Khayla menikmati sarapan pagi

Tengahari pulak, Suami Terchenta masak meatball IKEA dan rebus brokoli. Hari kedua ni agak mencabar nak memasak sebab angin agak kuat. Kena buat penghadang depan stove tu kalau tak api asyik padam je.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Sos meatball tu pun beli kat IKEA jugak

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Makan tengahari yang simple

Petang hari kedua, ramai yang datang set up khemah sampai penuh tapak khemah keliling khemah kiteorang. Malam tu, kiteorang pergi Centrum Mall sebab Khayla teringin nak makan steamboat di Sinar Hijjaz macam trip kiteorang ke Cameron Highlands sebelum ni.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Malam kedua kita gantung kuali, pergi steamboat pulak

Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Khayla tak sabar-sabar nak makan steamboat

Balik dari steamboat dinner, masing-masing dah masuk dalam khemah bergulung bawah selimut. Sejuk! Tapi malam tu susah sikit nak tidur sebab ada campers yang masih lagi berborak-borak dan bergelak ketawa sampai larut malam. Aku keluar ke tandas pukul 1 pagi pun tengok dieorang masih lagi rancak bergelak ketawa tanpa mempedulikan campers lain yang dah senyap-sunyi dalam khemah masing-masing. Geram jugak rasanya tapi tahan je la. Huhu.

Hari terakhir. Untuk sarapan, Khayla dan Suami Terchenta buatkan mac & cheese. Aku dan Khadeeja pulak sarapan telur dadar dan scrambled eggs.


Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Mac & cheese kegemaran Khayla

mac & cheese camping food
Kita kasi perabihkan terus cheese yang dibawak

Lepas sarapan, anak-anak cuci peralatan memasak. Suami Terchenta pulak keluarkan angin dari tilam dan simpan tilam dalam beg khas tilam. Aku mengemas-ngemas barang-barang memasak untuk disimpan dalam troli. Lepas tu semua bekerjasama bukak khemah dan mengemas barang-barang khemah. Kiteorang pinjam troli tapak khemah ni untuk angkut semua barang-barang sekaligus sebab kalau harapkan troli kiteorang je, kena 2-3 trip jugak nak angkut barang-barang ke kereta.

Alhamdulillah, dengan tu berakhirlah trip camping sulung tahun ni. Cuti yang akan datang ni Insha Allah tengah usha-usha tapak camping sebab dah invest camping gear yang bermacam-macam tu kenalah rajin pergi camping selalu!