Salam Sabtu semua,
Pagi-pagi lagi aku dan Suami Terchenta naik motor menuju ke Kampung Bharu untuk mencari sarapan pagi. Kiteorang singgah di Stable Kitchens sebab aku nak try lontong jawa kat sini.
Stable Kitchens terletak bertentangan dengan Nasi Lemak Wanjo |
Selain lontong, kat sini pun ada menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk dan kuih lopes |
Mungkin sebab kiteorang datang pukul 7 pagi jadi tak ramai lagi pelanggan kat sini. Cuma ada 2 pelanggan yang beratur depan kiteorang. Servis pun cepat.
Boleh pilih pelbagai lauk - bergedil kentang, paru goreng atau tempe goreng. Untuk nasi lemak pulak, ada pilihan lauk sambal sotong, sambal kerang, rendang dan telur goreng |
Aku pilih lauk bergedil kentang, paru goreng dan tempe goreng. Jumlah keseluruhan RM10. Suami Terchenta pulak ambik nasi lemak dengan sambal kerang (RM6.50).
Lontong jawa |
Verdict - lontong sedap cuma kuah cair sikit dan sambal pulak manis. Aku prefer kuah yang pekat sikit dan sambal yang masin. Portion memuaskan dan confirm kenyang lepas makan. Suami Terchenta pun bagi feedback yang sama tentang sambalnya yang agak manis. Kalau korang suka sambal manis, boleh cuba lontong dan nasi lemak kat sini.
Nasi lemak kangkung dan sambal kerang |
Lepas makan, kiteorang singgah pulak di The Warong tak jauh dari Masjid Kampung Bharu untuk beli nasi lemak daun pisang dan kuih seri muka untuk anak-anak.
The Warong Kampung Bharu |
Ada nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih bingka pandan bakar dan kuih seri muka |
Agak terkejut dengan harga sepeket kuih sekarang (RM4). Semalam pergi ke pasar malam pun, 4 ketul kuih harganya RM4. Aku tak boleh brain seketul agar-agar dijual dengan harga RM1. Seingat aku masa beli kuih di bazaar Ramadhan, tak pernah pulak aku beli sepeket kuih dengan harga macam ni. Tapi sebab dah ambik, maka bayar je la huhu. Harga sepeket kuih tu lebih mahal dari harga sebungkus nasi lemak (RM2.50).
Long weekend ni korang buat apa? Cer komen sikit.