• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, May 16, 2022

Isi Minyak Petrol Guna Apple Watch? Dengan Setel, setel.

Aku baru tau aplikasi Setel dah upgrade dan sekarang pengguna Apple Watch boleh bayar petrol tanpa menggunakan telefon pintar.

Apple Watch x Setel
Sumber: Instagram Setel

Memandangkan aku pun pengguna Apple Watch dan juga Setel, aku pun saja-saja la try:

Langkah #1: Pergi ke mana-mana stesen Petronas yang ada kemudahan Setel dan buka apps Setel di Apple Watch

Apple Watch x Setel
Tekan 'Purchase Fuel' untuk memulakan pengisian minyak

Langkah #2: Pilih nombor pam minyak (aku lupa nak snap gambar part ni).

Langkah #3: Pilih amaun minyak yang kita nak isi

Apple Watch x Setel
Suami Terchenta nak isi 'Full Tank' jadi aku pun pilih option 'Full Tank'

Langkah #4: Pilih cara pembayaran (sama ada prepaid Setel, Setel Share atau linked card). Tunggu sampai arahan untuk memulakan pengisian minyak


Apple Watch x Setel
Masa ni boleh lagi nak cancel order kalau tetiba berubah fikiran atau nak tukar amaun bayaran

Lepas dah isi minyak, kira setel la.


Apple Watch x Setel
Selesai mengisi minyak...

Mudah sungguh sekarang ni kan? Tak perlu bawak tunai, kad kredit ataupun handphone pun boleh lagi singgah ke stesen minyak untuk isi minyak. Cuma rasanya Apple Watch yang ada eSIM dan Siri 2 ke atas je yang tak memerlukan handphone dibawa bersama-sama (ni pendapat aku je la). Sebagai rakyat Malaysia, kena bangga sebab Petronas mula-mula sekali perkenalkan teknologi inovatif ni. 
Read more »
on Monday, May 16, 2022 2
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, May 15, 2022

Imperial Hotel Kuching

Hari Raya ke-6, kiteorang menghadiri majlis doa selamat sempena perkahwinan sepupu rapat aku di Imperial Hotel Kuching.

Memandangkan Samarahan memang terkenal dengan traffic jammed, kiteorang decide untuk tidur semalam di hotel yang sama. Bila bandingkan harga Agoda dengan Booking.com, Booking.com lagi murah RM187++ (tanpa sarapan pagi), jadi kiteorang pun proceed dengan Booking.com.

Kiteorang ambik bilik superior twin room. Bilik ni berkeluasan 32 meter persegi, cukup luas untuk kiteorang berempat. Siap boleh solat berjemaah lagi dalam bilik ni. Walaupun cuma ada 2 katil single, tapi katilnya agak besar dan selesa untuk 2 orang berkongsi setiap katil.

Imperial Hotel Kuching
superior twin room

Proses check-in pun mudah sebab bilik dah bayar online, jadi cuma perlu ambil kunci dari kaunter daftar masuk. Setiap bilik diberi 2 kunci bilik jadi senang la kalau ada yang nak keluar tapi ada jugak yang nak duduk je dalam bilik.

Imperial Hotel Kuching

Walaupun hotel ni dikategorikan sebagai hotel 4 bintang, tapi harga bilik boleh dikatakan agak murah. Bilik ni cukup selesa dan sangat bersih. Aku terlupa pulak ambik gambar tandas bilik hotel ni, tapi memang bersih la. Tandas hotel dilengkapi dengan ruang shower, tandas dengan paip air dan jugak bathtub. Sesiapa yang ada anak-anak kecil atau yang suka berendam dalam air panas tu mesti suka.

Imperial Hotel Kuching

Imperial Hotel Kuching

Kemudahan lain seperti seterika, cerek air, peti sejuk mini dan sebagainya pun ada disediakan. Yang paling penting, ada WiFi free dalam bilik. Tempat letak kereta pun disediakan dan percuma kepada tetamu hotel. Kolam renang ada jugak di tingkat 6 kalau tak silap, tapi kiteorang lebih suka lepak-lepak dalam bilik hotel je.

Dari segi layanan pulak, staff hotel dari porter, receptionist sehingga ke housekeeping semua beri layanan mesra. Cuma masa kiteorang check-in, ramai jugak tetamu hotel yang check-in jadi bila kiteorang request tuala ekstra, kiteorang cuma boleh mintak sehelai je. Itupun agak lama barulah tuala dihantar ke bilik.

Imperial Hotel Kuching ni sebenarnya bersambung dengan Boulevard Shopping Mall Kuching. Lepas check-in, kiteorang turun ke shopping mall di sebelah hotel membeli minuman kotak dan makanan untuk bawak balik ke hotel. Anak-anak pulak lebih suka tinggal di bilik sambil menonton kartun.

Kalau berkunjung ke Kuching Sarawak, boleh la mencuba Imperial Hotel Kuching ni. Walaupun agak jauh dari kawasan-kawasan tarikan pelancong, tapi mesti berpuas hati dengan keselesaan bilik di hotel ni.

Rating: 8/10

Read more »
on Sunday, May 15, 2022 4
Share this!
Tags
Hotel Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, May 14, 2022

Hurry Raya Kami - Beraya di Rumah Mertua

Seronok pulak jelajah blog kawan-kawan dan baca pengalaman raya terkejut masing-masing. 

Pengalaman aku pulak, raya kami tak terkejut sangat. Sebabnya, tahun ni kiteorang balik kampung seminggu awal memandangkan tiket flight lebih murah dan jugak taknak bersesak-sesak di airport bila balik last minute. Jadi sempatlah mengemas rumah, buat biskut dan kek serta pasang pelita di depan rumah 2 hari sebelum raya diumumkan. Mak mertua memang biasanya akan buat kelupis minggu sebelum raya, lepas tu simpan dalam freezer. Pagi raya dia keluarkan kelupis tu dan kukus balik.

Tugas adik-adik ipar ialah mencuci balang-balang kaca dan bekas kek lapis sebelum aktiviti mengisi biskut raya, sotong merah, kekacang dan kudapan dalam balang raya. Kek pulak biasanya kiteorang potong pada pagi raya.


Kek Lapis India
Bukan orang Sarawak kalau hari raya tak hidangkan kek lapis. Jenuh pujuk Suami Terchenta buat kek lapis India, sehari sebelum raya barulah dia buat. Aku tolong susun-susun coklat je 😜

bermain bunga api
Mak pun nak menyibuk sama main bunga api dengan anak-anak 😂

Malam pengumuman raya dibuat, kiteorang kat masjid sedang menunggu solat terawih. Bila takbir raya berkumandang, jemaah perempuan terus bangun sambil ada yang panik sebab ayam masih dalam freezer lagi. Sampai rumah terus keluarkan ayam dan daging dari peti sejuk. Mak mertua pun panik sekejap takut daging tak sempat empuk sebab masih beku lagi tapi aku teringat mak mertua ada pressure cooker yang dibelinya bertahun-tahun dulu. Rupa-rupanya dia tak pernah pun pakai lagi pressure cooker tu sebab tak reti nak pakai. Apa lagi, Suami Terchenta terus cari kat stor dan cuci untuk kami rasmikan pada malam raya terkejut tahun ni. Tak sampai 2 jam, terus empuk daging masak hitam mak mertuaku! 😂

Pagi raya lepas solat raya di masjid, kiteorang makan-makan dulu sebelum acara 'family photo' diikuti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya.


gambar raya
Foto keluarga di pagi raya menggunakan kamera Go Pro. Tema kiteorang caca-merba je macam biasa

gambar raya
Keluarga kecil kami

Lepas tu barulah kiteorang ziarah raya di rumah keluarga terdekat je sampai tengahari. Petangnya kami balik ke rumah sebab taknak mengganggu orang lain yang kepenatan tak tidur semalaman menyiapkan juadah raya dan mengemas rumah sampai ke pagi.

Esok harinya iaitu raya ke-2 barulah raya kami bermula. 

Pagi 2 Syawal, setiap tahun bapak mertua akan ajak kiteorang ziarah kubur sanak-saudara. Di kampung mertua, aktiviti ziarah kubur ni boleh tahan meriah, sampai anggota RELA terpaksa bertugas mengawal lalulintas kenderaan para pengunjung kawasan tanah perkuburan ni. Mana taknya, kawasan ni menempatkan tanah perkuburan tiga buah kampung yang berhampiran. 

Aku teringat kali terakhir kami ziarah kubur di sini, aku terdengar seorang anak kecik bertanya dengan maknya, 'Mak, kita buat apa kat sini.' Mak dia jawab, 'Kita ziarah kubur keluarga la.' Anak kecik bertanya lagi, 'Kubur mak kat mana?' Terus maknya naik angin, 'Ish ko ni, mak kan belum mati lagi!' 😆


tanah perkuburan
Ahli keluarga dan sanak-saudara tak putus-putus menziarahi kubur pada hari raya kedua

ziarah kubur
Walaupun SOP dah dilonggarkan, tapi masing-masing tetap pakai face mask sebab keadaan agak sesak di tanah kubur

ziarah kubur
Ni kubur nenek Suami Terchenta. Sebenarnya ada kisah sedikit lucu which is bapak mertua tersalah kubur sebab dia lupa nama maknya (mak bapak mertua meninggal masa dia kecil)

ziarah kubur
Redup je tanah perkuburan di sini dikelilingi rumpunan buluh. Tapi sebelum ke sini, haruslah sembur mosquito repellent seluruh badan sebab nyamuk boleh tahan jugak berpesta di sini!

Selesai ziarah kubur, kiteorang balik ke rumah barulah mandi dan basuh pakaian. Lepas tu bersiap-siap untuk berkunjung raya pulak. Dari pagi sampai ke malam kami berkunjung ke rumah kawan-kawan dan ahli keluarga. Part ni memang anak-anak letih sikit tunggu kiteorang bersembang. Ye la kan dah lama tak jumpa, banyak la benda yang nak catch up. Sebuah rumah sampai 2-3 jam jugak la dieorang kena tunggu!


ziarah raya
Rumah pertama - jiran lama masa kecik dulu dan bekas blogger, Amy Maria. Kali terakhir jumpa Amy masa Khayla umur 2 tahun dan Khadeeja masih baby lagi

ziarah raya
Rumah kedua - dengan my ex-boss

ziarah raya
Rumah ketiga - jiran di Bintulu dan ex-colleague

ziarah raya
Rumah keempat - pakcik saudara dan sepupu-sepupu

ziarah raya
Rumah kelima - sepupu dan anak-anak buah

ziarah raya
Rumah keenam - sepupu-sepupu

Sambung pulak raya ketiga:

ziarah raya
My BFF

Tak macam tahun-tahun sebelum ni kiteorang akan balik ke kedua-dua belah kampung, tahun ni kiteorang pilih untuk beraya di sebelah mertua je memandangkan 2 tahun tak jumpa keluarga mertua. Sedangkan sebelum pindah ke KL, kiteorang beraya dengan keluarga sebelah aku untuk 2 tahun berturut-turut disebabkan masa PKP aktiviti rentas daerah tak dibenarkan. Lagipun sejak pindah ke KL, nak bergerak ke mana-mana memang kena naik flight (mahal), compare dengan masa kiteorang masih tinggal di Bintulu dan ada kereta sendiri untuk berulang-alik ke kampung kami.

Boleh dikatakan raya kami tahun ni macam biasa je, takde la kacau-bilau walaupun tahun ni raya terkejut. Walaupun kurang meriah (sebelum pandemik, aku dan kawan-kawan siap buat group Whatsapp #teamrayakuching pastu kiteorang plan turutan rumah-rumah untuk dikunjungi) sebab ada jugak yang tak buat open house untuk menjaga kesihatan orang tua dan anak-anak kecik di rumah, tapi kiteorang tetap rasa kemeriahan dan keseronokan berkumpul dengan kawan-kawan dan sanak saudara yang lain.
Read more »
on Saturday, May 14, 2022 4
Share this!
Tags
Family, Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, May 13, 2022

Carian Arah Kiblat Google

 Salam Jumaat semua,

Korang tau tak Google pun ada penanda kiblat (Qiblat Finder)? Mesti ramai tak tau, kan? Jadi kat sini aku nak share semoga bermanfaat untuk semua.

Penanda arah kiblat Google ni tak perlu install apps pun. Cuma pergi ke URL Qibla Finder dan ikut arahan-arahan seterusnya:


Google Qibla Finder
Taip URL qiblafinder.withgoogle.com

Google Qibla Finder
Google akan minta akses kamera dengan lokasi

Google Qibla Finder
Nampak tak bulatan putih tu? Halakan bulatan tu ke dalam bulatan ikon Kaabah

Google Qibla Finder
Sikit lagi, bulatan pun makin membesar

Google Qibla Finder
Ok, dah menghadap ke arah kiblat

Aku dah check dengan aplikasi carian arah kiblat yang aku install di telefon (Iman apps), Insha Allah penanda arah kiblat Google ni sama dengan arah kiblat dari apps Iman.

Read more »
on Friday, May 13, 2022 12
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, May 12, 2022

Selamat Hari Jururawat Sedunia

.
Kredit: mkn.gov.my

Tadi nampak my mom post dekat IG ucapan 'Selamat Hari Jururawat Sedunia'. Maka dengan ni, aku pun nak ucapkan 'Selamat Hari Jururawat Sedunia' kepada para jururawat dan bekas jururawat semua.

Actually, my mom pernah menyandang jawatan jururawat di Hospital Umum Kuching sebelum dia berkahwin. My mom bercerita, dulu di sekolah dia selalu dapat keputusan peperiksaan yang bagus dan pernah ditawarkan biasiswa sambung pelajaran di sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia. Tapi disebabkan masa tu orang-orang tua masih lagi berfikiran 'anak perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi / bersekolah jauh-jauh' maka tawaran tu ditolak oleh orang tua. Disebabkan tu, cuma adik lelaki my mom je yang dapat pergi ke sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia sehingga berjaya ke universiti dan bekerja dengan syarikat besar.

Tapi my mom tak berputus asa. Lepas habis MCE (Malaysian Certificate Exam atau sekarang SPM), dia memohon pulak kursus kejururawatan dalam Sarawak je. Mungkin sebab kursus ni diberikan elaun, maka orang tua pun bersetuju melepaskan my mom belajar ke Kuching Sarawak (my mom berasal dari Bekenu, Miri. Masa tu Kuching pun dikira agak jauh tapi masih lagi setanah jadi kurang sikit tentangan dari orang tua).

My mom selalu bercerita tentang pengalamannya sepanjang jadi jururawat pelatih dan juga jururawat. Macamana dia ditempatkan di hospital sakit jiwa (Hospital Sentosa) di Batu 7 dan pernah dikejar oleh pesakit mental di sana. 

Macamana dia pernah assist jururawat di wad beranak (ye, zaman tu jururawat bengis-bengis tak macam sekarang. Kalau meraung sebab sakit beranak, memang kena sebijik dengan jururawat masa tu). Pernah ada seorang perempuan datang ke hospital dari kawasan pedalaman untuk beranak. Lepas lahir je anak, dia mengadu sakit perut lagi dan tiba-tiba melahirkan anak kedua. Kelam-kabut jugak wad dibuatnya sebab perut si ibu yang kecik jadi tak siapa sangka ada bayi kedua. Macamana dia pernah bekerja syif malam dan diganggu (lif tiba-tiba berhenti di basement walaupun dia seorang je dalam lif tu).

My mom bagitau, perkara yang paling diingati ialah pengalaman menguruskan pesakit yang meninggal dunia. Kalau pesakit berbangsa Cina yang meninggal dunia, maka berebut-rebut la jururawat bertugas nak menguruskan simati sebab keluarga Cina akan menghadiahkan duit saguhati tanda terima kasih. Kalau keluarga yang kaya, sampai beratus-ratus jugak dieorang hulur kat jururawat yang menguruskan simati. Mungkin zaman sekarang dah berubah dan takde lagi praktis macam ni dibenarkan di hospital.

My mom sampai sekarang masih lagi contact rakan-rakan jururawat yang lain. Kebanyakan dah pencen, tapi ada juga yang masih lagi bekerja sebagai matron. Hubungan dieorang masih rapat sampai sekarang. Aku selalu tanya dengan mak, dia menyesal tak berhenti kerja dari jadi jururawat?

Mak jawab, 'Kadang-kadang, tapi bila tengok wajah anak-anak masa kecil dulu, mak tak menyesal.' Begitulah pengorbanan seorang mak untuk membesarkan sendiri anak-anak di depan mata.

Buat my mom dan seluruh jururawat - kalian memang tabah dan selayaknya diraikan pada hari ni. Selamat Hari Jururawat Sedunia, terima kasih atas khidmat dan pengorbanan kalian semua!


Bersama dengan bekas jururawat Hospital Umum Kuching (my mom)
Read more »
on Thursday, May 12, 2022 4
Share this!
Tags
Celebrations, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • SURIA AMANDA
    58 minutes ago
  • Inilah Shaizhar
    3 hours ago
  • Mreneyoo
    4 hours ago
  • Aku Sis Lin
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    5 hours ago
  • Miles of smiles
    7 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    15 hours ago
  • Blog Anamizu™
    21 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    23 hours ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 day ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • My Small World
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    6 days ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Asa Blog
    2 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    2 weeks ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 month ago
  • Afzan Sidi
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.