Seronok pulak jelajah blog kawan-kawan dan baca pengalaman raya terkejut masing-masing. 

Pengalaman aku pulak, raya kami tak terkejut sangat. Sebabnya, tahun ni kiteorang balik kampung seminggu awal memandangkan tiket flight lebih murah dan jugak taknak bersesak-sesak di airport bila balik last minute. Jadi sempatlah mengemas rumah, buat biskut dan kek serta pasang pelita di depan rumah 2 hari sebelum raya diumumkan. Mak mertua memang biasanya akan buat kelupis minggu sebelum raya, lepas tu simpan dalam freezer. Pagi raya dia keluarkan kelupis tu dan kukus balik.

Tugas adik-adik ipar ialah mencuci balang-balang kaca dan bekas kek lapis sebelum aktiviti mengisi biskut raya, sotong merah, kekacang dan kudapan dalam balang raya. Kek pulak biasanya kiteorang potong pada pagi raya.


Bukan orang Sarawak kalau hari raya tak hidangkan kek lapis. Jenuh pujuk Suami Terchenta buat kek lapis India, sehari sebelum raya barulah dia buat. Aku tolong susun-susun coklat je 😜

Mak pun nak menyibuk sama main bunga api dengan anak-anak 😂

Malam pengumuman raya dibuat, kiteorang kat masjid sedang menunggu solat terawih. Bila takbir raya berkumandang, jemaah perempuan terus bangun sambil ada yang panik sebab ayam masih dalam freezer lagi. Sampai rumah terus keluarkan ayam dan daging dari peti sejuk. Mak mertua pun panik sekejap takut daging tak sempat empuk sebab masih beku lagi tapi aku teringat mak mertua ada pressure cooker yang dibelinya bertahun-tahun dulu. Rupa-rupanya dia tak pernah pun pakai lagi pressure cooker tu sebab tak reti nak pakai. Apa lagi, Suami Terchenta terus cari kat stor dan cuci untuk kami rasmikan pada malam raya terkejut tahun ni. Tak sampai 2 jam, terus empuk daging masak hitam mak mertuaku! 😂

Pagi raya lepas solat raya di masjid, kiteorang makan-makan dulu sebelum acara 'family photo' diikuti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya.


Foto keluarga di pagi raya menggunakan kamera Go Pro. Tema kiteorang caca-merba je macam biasa

Keluarga kecil kami

Lepas tu barulah kiteorang ziarah raya di rumah keluarga terdekat je sampai tengahari. Petangnya kami balik ke rumah sebab taknak mengganggu orang lain yang kepenatan tak tidur semalaman menyiapkan juadah raya dan mengemas rumah sampai ke pagi.

Esok harinya iaitu raya ke-2 barulah raya kami bermula. 

Pagi 2 Syawal, setiap tahun bapak mertua akan ajak kiteorang ziarah kubur sanak-saudara. Di kampung mertua, aktiviti ziarah kubur ni boleh tahan meriah, sampai anggota RELA terpaksa bertugas mengawal lalulintas kenderaan para pengunjung kawasan tanah perkuburan ni. Mana taknya, kawasan ni menempatkan tanah perkuburan tiga buah kampung yang berhampiran. 

Aku teringat kali terakhir kami ziarah kubur di sini, aku terdengar seorang anak kecik bertanya dengan maknya, 'Mak, kita buat apa kat sini.' Mak dia jawab, 'Kita ziarah kubur keluarga la.' Anak kecik bertanya lagi, 'Kubur mak kat mana?' Terus maknya naik angin, 'Ish ko ni, mak kan belum mati lagi!' 😆


Ahli keluarga dan sanak-saudara tak putus-putus menziarahi kubur pada hari raya kedua

Walaupun SOP dah dilonggarkan, tapi masing-masing tetap pakai face mask sebab keadaan agak sesak di tanah kubur

Ni kubur nenek Suami Terchenta. Sebenarnya ada kisah sedikit lucu which is bapak mertua tersalah kubur sebab dia lupa nama maknya (mak bapak mertua meninggal masa dia kecil)

Redup je tanah perkuburan di sini dikelilingi rumpunan buluh. Tapi sebelum ke sini, haruslah sembur mosquito repellent seluruh badan sebab nyamuk boleh tahan jugak berpesta di sini!

Selesai ziarah kubur, kiteorang balik ke rumah barulah mandi dan basuh pakaian. Lepas tu bersiap-siap untuk berkunjung raya pulak. Dari pagi sampai ke malam kami berkunjung ke rumah kawan-kawan dan ahli keluarga. Part ni memang anak-anak letih sikit tunggu kiteorang bersembang. Ye la kan dah lama tak jumpa, banyak la benda yang nak catch up. Sebuah rumah sampai 2-3 jam jugak la dieorang kena tunggu!


Rumah pertama - jiran lama masa kecik dulu dan bekas blogger, Amy Maria. Kali terakhir jumpa Amy masa Khayla umur 2 tahun dan Khadeeja masih baby lagi

Rumah kedua - dengan my ex-boss

Rumah ketiga - jiran di Bintulu dan ex-colleague

Rumah keempat - pakcik saudara dan sepupu-sepupu

Rumah kelima - sepupu dan anak-anak buah

Rumah keenam - sepupu-sepupu

Sambung pulak raya ketiga:

My BFF

Tak macam tahun-tahun sebelum ni kiteorang akan balik ke kedua-dua belah kampung, tahun ni kiteorang pilih untuk beraya di sebelah mertua je memandangkan 2 tahun tak jumpa keluarga mertua. Sedangkan sebelum pindah ke KL, kiteorang beraya dengan keluarga sebelah aku untuk 2 tahun berturut-turut disebabkan masa PKP aktiviti rentas daerah tak dibenarkan. Lagipun sejak pindah ke KL, nak bergerak ke mana-mana memang kena naik flight (mahal), compare dengan masa kiteorang masih tinggal di Bintulu dan ada kereta sendiri untuk berulang-alik ke kampung kami.

Boleh dikatakan raya kami tahun ni macam biasa je, takde la kacau-bilau walaupun tahun ni raya terkejut. Walaupun kurang meriah (sebelum pandemik, aku dan kawan-kawan siap buat group Whatsapp #teamrayakuching pastu kiteorang plan turutan rumah-rumah untuk dikunjungi) sebab ada jugak yang tak buat open house untuk menjaga kesihatan orang tua dan anak-anak kecik di rumah, tapi kiteorang tetap rasa kemeriahan dan keseronokan berkumpul dengan kawan-kawan dan sanak saudara yang lain.

3 Comments

  1. Meriah sungguh pada 1 minggu Syawal.
    Semoga berbahagia disampimng orang2 tersayang.,
    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana2 baca pengalaman 1 Syawal kali ni sgt meriah walaupun huru-hara. Selamat Hari Raya Aini.

      Delete
  2. dpt smp kampung mertua awal..ok la skit..tkla terkejut sgt kn hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .